Pages

Monday, May 18, 2009

Imtihan...Periksa...Exam

Sekarang ni sedang belangsung Exam akhir semesta. Student yang dah Semesta 4 (sijil ) dan semesta 6 ( Dip ), adalah periksa akhir bagi mereka. maka bersungguh-sungguhlah mereka bersengkang mata untuk dapat keputusan yang terbaik. Ada juga mungkin bercita-cita nak rebut kerusi anugerah pengarah atau best student masa hari konvokesyen nanti..Kadang-kadang geli hati jugak manusia ni kan..

Cuba korang teka .. yang kita sungguh-sungguh nak dapat yang terbaik tu nape yer?. Sebab apa yer ?, Ke sebab nak dapat kerja yang bagus-bagus..?. iye ker ?...Ermm ada ke kerja ?. Bukan ker ramai yang tak kerja dah sekarang ni ?. Nak kerja ker ?. hehehe memang geli hati. Ker sebab kita nak orang kenang kita sebagai best student ?.. Mungkin jugak... nanti waktu naik pentas ambil dip. tu, kan bangga jer waktu naik atas pentas tu ?.. Iyer ker... itu ker yang kita nak ?. Betul ker ?. Ke sebenarnya apa yang kita nak kita pun tak tahu. Yang kita tahu kita nak yang terbaik.

Ada seorang pelajar tu marah betul dia. Bila ditanya kenapa ?. Dia kata saya tak suka untuk periksa. Kenapa sistem pendidikan kita ada periksa..?. Betul jugak tu. Kenapa yer kita periksa ?. Tak boleh ker tak periksa ?. Kenapa kena ada UPSR, kenapa kena ada PMR, SPM, STPM, STAM masuk IPT pun ada periksa. kakitangan kerajaan pun merungut sebab ada PTK...tu pun periksa. Periksa...Periksa.. Periksaaa dan periksa lagi. Anak-anak murid saya yang di USIM, dengarnya dan selesai periksa. Keputusan pun dah dekat-dekat nak keluar. Hehehe tunggu keputusan periksa pulak... Pun periksa punya hal..

Sekarang ni pun dimana-mana ada perkataan periksa tu. Di Akademi JPJ ada pemeriksaan MENINGITIS, kat pusat tahan Imegresen pun sibuk periksa memeriksa.. Kat sempadan-sempadan negara pun kena periksa Influenza H1N1 (
jangan lupa baca doa wabak ). Ini angka binatang2 yang Allah jadikan untuk Periksa Iman manusia. Pun Periksa jugak.

Perasan tak..kalau kita periksa :

1. Kita takut .

2. Kita nak tahu apa keputusan .

Masa kita periksa kita takut. Time-time periksa, biasanya time ramai student kena histeria, takut ker ? . Agaknya lah. Takut apa ?. Mesti takut apa nak jawab nanti... sebab apa takut... sebab belum baca lagi... Sebab apa belum baca lagi... sebab tak ada masa... iye ker takder masa ????. Alamakkkkk... itu yang kena histeria tu.. Dah masa orang belajar engkau buat benda tak senonoh, masa nak periksa engkau takut yer.. Masa hidup di dunia tak takut Tuhan.. Bila datang Malaikat Mungkar dan Nakir nak buat
Oral Test ngan engkau...engkau takut ye...

Manusia..manusia..manusia. Sama juga saya. Saya pun manusia.

NI GAMBAR ANAK-ANAK MURID SAYA KAT PSIS TENGAH KELAM KABUT JAWAB PERIKSA.

MENUNG APA TU BANG !!!




2 comments:

Kelab Remaja Sukses said...

Imtihan mengajar kita banyak perkara. Imtihan dunia sekolah mengajar kita berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Imtihan kerjaya mengajar kita mencapai "kedudukan" terbaik sebagai pimpinan organisasi yang kita sertai sekarang. Imtihan "JALAN DAKWAH" mengajar kita bersabar menerima ujian, persepsi yang salah oleh orang lain terhadap diri kita dan juga menguji "TAHAP PERGANTUNGAN HATI dan KEIKHLASAN" kita terhadap-NYA. Justeru, IMTIHAN apa yang kau inginkan dalam hidupmu..IMTIHAN apa yang kau kejar dalam hidupmu..Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kelompok manusia yang sedikit yang sanggup bersabar menerima UJIAN-NYA saban waktu..hari ini, esok dan akan datang...SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN DUHAI SAHABAT-SAHABATKU DI PISAS!

nurfathiah said...

adoii.!!!
terkena lagi..
dh laa lagi seminggu jee lagi nk final exam neh..
revision tak buat lagi..
pandai btol sy neyh..
hahaha..
-nurfathiah bt. ramli-

Post a Comment