Pages

Tuesday, May 12, 2009

Nasihat untuk PU PSIS

Asalamualaikum...

Salam perkenalan... untuk PU

Saya mula menulis di lembaran ini tatkala selesai meneliti dan membaca berberapa blog yang menjadi pengikut... ermmm mungkin lebih menarik saya namakan pendokong setia PU. Saya baru 2 bulan di PSIS ni. Saya tak tahu apa yer PU tu ?. Saya pun masih di dalam proses analisis, teliti dan jengok2 sikit.

Untuk pelajar kelas saya SKE4A, DAS1, DNS1, DIP 1,SKE2A, SIT4B, DUP2 DAN sikit2 SHK2B tentu lebih kenal saya. Bila baca2 masalah korang ni seronok jugak. Persepsi saya waktu mula menjejak kaki di PSIS ni, saya tertanya-tanya kat mana saya nak bermula. Tapi bila dah jumpa apa yang dinamakan PU mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsi bersama.. Tapi sayangnya ada ker nak main bubar2 pulak. Ini dah macam nak bubar DUN Perak pulak.

Mmm macam ni jer lah, untuk nasihat ringkas hari ini, saya nak tanya dulu PU ni apa yer ?... nak pergi mana ...?. Kalau PU ni sama dengan kelab-kelab dan persatuan2 lain yang ada di mana-mana nak risau apa.. Terus jelah. Ye tak. Nak bubar pun boleh, tak bubar pun tak apa. dan kadang2 tu bubar lagi baik ( macam DUN perak jugak hehehehe) Nape ye cakap macam tu??. ye lah apa sumbangan kelab rekreasi yang bukan tujuannya mengenal dan melihat kebesaran Allah. Bahkan dengan demikian kita semakin jauh pulak dengan Allah. Sebab hari2 berekreasi tapi tak terusik hati kita kerana melihat kebesaran Allah. hehehe geli hati melihat orang yang celik tapi buta ni. Kalau PU sama macamtu ... nak takut apa bubar...sebab tidak menjejaskan agama Allah pun. Bahkan menyumbang kerosakan itu lagi banyak ye tak ?

Tapi kalau PU ni sama macam apa yang saya faham dan mengerti dari pembacaan saya...mungkin boleh saya katakan PU ni mcam suatu keluarga yang ingin membina dan mewujudkan satu suasana harmoni di dalam keluarga tu dan adalah sikit2 nilai Islam...ermmm sikit ?. Sikit ker ?. Mmm banyak lah kot :) kalau PU yang ada ni macam apa yang saya faham... Insya Allah saya akan cuba bantu setakat yang saya boleh bantu.. Macam boleh jer saya bantu kan...Insya Allah boleh kot. Kalau saudara dan saudari benar-benar serius telah menginfakan diri untuk membina suasana dan budaya hidup Islam dalam dan di luar PSIS ni, sebenarnya korang tak perlu mengharapkan bantuan sapa-sapa... kan Allah ada.Bantuan Allah itu maha hebat. Pas habis ni baca post saya yang mula-mula dalam blog ni.. Itu persepsi sebenar saya ketika duduk di PSIS.

Lastly, Faham ini ajer. Gelombang cintakan Allah dan Rasul itu, adalah gelombang yang kuat. Ia membuat arus dan bukan menngikut arus. Ia tegak sendiri bukan mengharap sokongan. Ia didaftarkan bukan berhajat kepada pendaftaran. Ia terus berjalan bukan kita yang mulakan dan bukan kita yang akan akhirkan ( confirm tiada siapa boleh bubarkan ). Arus dakwah mesti terus berjalan. Bila ia berada di gunung ia turun menjadi air terjun, bila ia di lembah ia berhimpun menjadi lautan, bila di dalam bumi ia menjadi mineral yang bermanfaat. So PU nak jadi yang mana ?. kalau ia persatuan yang sah... maka ia air terjun..ia yang paling menarik... Bila ia dihimpunkan di suatu tempat maka gelembangnya mampu menghancurkan apa sahaja. Bila ia dibubarkan maka ia menjadi air mineral yang sentiasa dicari dan digali bagi mereka yang kehausan... hehheh jadilah salah suatu darinya.

Wassalam..

p/s : Khutbah Jumaat minggu ini akan disampaikan oleh Ustaz Nahrawi.. tapi teksnya saya tuliskan.. Tunggu saya sentuh isu terbaru dalam PSIS. Minggu lepas dah sebut jugak tapi macam tak ada yang sedar jer. Tunggu pulak gelombang yang baru...

0 comments:

Post a Comment