Pages

Monday, June 15, 2009

Agenda seorang pejuang

" Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".


Al-Imam Hasan Al-Bana berpesan kepada seorang pejuang. Jadikan 7 agenda ini sebagai agenda harian. Jadikannya sebagai sesuautu yang ingin kita kejar di dalam hidup ini. Siapa pun kita dan berapa pun usia kita itu tidak penting. Apa yang penting ialah seberapa besar sumbangan kita kepada Agama Islam.

Apa guna memegang jawatan dan kedudukan yang tinggi tetapi kita tidak mampu menyumbang apa-apa untuk Islam. Dan yang lebih teruk lagi kita pulak yang menyumbang ke arah kebinasaan tersebut. Biasa saya jumpa oranng-orang yang besar dan hebat merasa menyesal kerana waktu berada di tampuk mereka tidak melakukan apa2. Tapi bila dah pencen baru menyesal. Yang lagi hodoh masa dia pegang jawatan tersebut dia tak buat apa2, bila dan pencen baru nak kata itu, kata ini. GELI HATI!!!

Pepatah melayu menyebutkan ” seandainya tidak mampu menjadi garam yang mengelokan ikan, jangan menjadi lalat yang membusukkannya ”.

Kawan-kawan sekalian, hidup ini seandainya dihitung dengan bilangan umur ia nampak macam banyak, tetapi hitunglah ia dengan kiraan amal. Kita akan takut..kerana amal terlalu sedikit.

Antara butiran permata yang disebutkan oleh Asy-Syahid Al-Imam, supaya kita jadikan sebagai rutin harian adalah :

1. Memperbaiki dirinya sehingga ia memiliki :

tubuh yang sihat,

akhlak yang terpuji,

berpengetahuan luas,

mampu mencari pendapatan,

akhidah yang sempurna,

ibadah yanng sahih,

bermotivasi tinggi,

menjaga waktu,

kerja yang sistematik

dan memberi manfaat kepada yang lain.

Ustaz Khir : Terlalu banyak yang perlu kita buat!!! MAMPU ke ?. Bukan masalahnya mampu ke tidak. Orang kita ni, suka kan… bila suruh je apa2, benda yang mula-mula akan ditanya : mampu ke nak buat ?. boleh ker ?, Ni saya nak tanya pulak : “ Dah buat ke belum ?”. Tak buat lagi kan .. bila tak buat lagi mana nak tahu boleh ke tak, mampu ker tak ?. Dah cuba ? ..dah buat ?. Belum kan ?. Haa tunggu apa lagi bang..akak ooi..buat le cepat. Baru tahu kita ni mampu ke tidak. Kan budak2 selalu cakat Buah cemperai dalam perahu, tak try mana nak tahu !!!.

2. membina keluarga yang diredhai ( Bait Muslim ) , membawa keluarga ke arah menjaga adab-adab Islam, memilih isteri/suami yang baik, memenuhi segala tuntutan dan hak-haknya, mementingkan pendidikan anak-anak dan membesarkan mereka di atas landasan Islam

Ustaz Khir : Dalam mencari pasangan hidup ni kena cari yang betul2. nabi pun dah ajar tentang perkara ni dalam hadith. Apa yang fikir2 lagi tu kak ?. Tak jumpa lagi ?, haa bak sini saya tolong carikan…Insya Allah.

Bermula dengan keluargalah yang membina Negara. Macamna nak bina rumah yang kukuh kalau tiangnya dimakan anai2. macamana nak buat rumah tangga kalau tangganya rapuh. Tak jadikan. Rumah tadi akan runtuh. Kan padan muka.

Buat rugi duit kahwin kat hotel mewah2 hantaran ratus ribu.. glamer ker ?. Bila bercerai tahu pulak malu. Marah pulak kalau orang tegur. Dia kata : “dah jodoh kami sampai kat situ”. Yang kamu tu kahwin dengan pelakon yang sentiasa kena peluk tu ngapa?. Kan Nabi suruh cari yang baik2. Yang kamu cari yang macam tu nape ?. Tak paham lah kome ni…

3. Membimbing masayarakat dengan menyebarkan dakwah dengan cara yang sesuai. Memerangi kemungkaran dan kedurjanaan, menggalakan amalan sunnah di dalam masyarakat,

4. Membebaskan Negara dari segala kedaulatan Kuffar sama ada politik, ekonomi ataupun ideologi.

5. Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi kerajaan yang mengamalkan Islam secara sempurna. Kerajaan Islam adalah seluruh kepimpinannya melaksanakan segala kefarduan dan meninggalkan segala kemungkaran dan maksiat . Di antara sifat-sifatnya mempunyai sifat mudah diikuti, belas ehsan kepada rakyat, adil dan menjaga diri dari harta dan hak milik rakyat.

Haa tu yang nak kena faham. Pemimpin Islam bukan setakat solat Jumaat. Bukan setakat solat hari raya masuk Tv. Duduk pulak saff depan. Dah lah duduk saf depan tak sempurna pulak tu. Siapa pulak yang ngajor solat berjamaah kena solat satu sejdah sorang. Sah!!!... jarang sangat pergi masjid. Kan kesempurnaan solat jemaah itu bergantung pada kesempurnaan Saff. Dah saffnyer jarang-jarang sempurna apa namanya ?. Orang yang gigi jarang pun nak rapat2kan gigi, inikan pulak Saff.

Solat Jumaat yang masuk Tv tu dia duduk depan, tapi bininya rambut mengerbang. Kenapa dia tak tegur.. Memanglah dia tak tegur. Diakan penyabar. Sabar je dia masa dia tengok bini dia kena bakar dengan api neraka nanti. Kan dia tu sabar... Betul tak ?.

Pemimpin Islam bukan sekadar itu, tetapi ada ciri-cirinya. Ada gayanya. Betul tuturnya. Menarik perwatakannya. Jujur di dalam tindakannya. Amanah pada tanggunjawabnya. Dan banyak lagilah. Hehehehe..

6. Menyediakan sebuah Negara umat Islam. Dengan cara menyelamatkan dan membebaskan Negara dari dijajah. Dengan menyatu padukan seluruh kekuatan umat Islam.

7. Memerintah dunia dengan menyebarkan dakwah Islam sehingga setiap inci bumi ini.

(وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ للهِ) (لأنفال:39) , (وَيَأْبَى اللهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ) (التوبة:32) .

Ustaz Khir : Setiap saat dalam diri pejuang Islam kena ada ketujuh-tujuh benda ni. Setiap saat kena fikirkan pembanngunan diri. Setiap saat kena fikirkan tentang umat ini. Setiap saat kena fikirkan tentang dunia ini. Setiap saat kena fikirkan tentang kerajaan ini. Setiap saat kena fikirkan tentang generasi akan datang SETIAP SAAT..SETIAP SAAT..SETIAP SAAT..

1 comments:

Siapakah Aku? said...

terbaik ustaz...rasanya boleh dibincangkan dalam usrah ni..

Post a Comment