Pages

Monday, June 29, 2009

Berapa peruntukan untuk ISLAM ye ?.

Berapa ye peruntukan untuk Islam. Mmm mungkin ada yang tertanya-tanya Islam ada peruntukan ke ?. Ha'ah lah jarang jugak dengar tu. Mungkin masa pembentangan bajet kat parlimen tak sebut.

Peruntukan untuk JAKIM, YADIM dan sebagainyer.memang ada pun.. Maksudnya ada lah. Saya tak kata tak ada. Ada. Kan soalannya pun berapa. Kalau RM1 pun ada jugak..

Rasa2 pembaca sekalian, berpa agak2nya bajet2 yang ada di Jabatan Agama dan Agensi2 yang bekaitan di Negeri2 ?. 100 juta ada tak ?, Wow ( kata husein lempoyang ) banyak tu ?. Banyak ke peruntukan agama sekadar 100 juta.

Kita tengok dalam bentuk yang lebih kecil, dalam komuniti kita. Kenapa Jamban masjid lagi burok dari jamban R&R ?. Mudah aje.:

1. Kualiti barang mesti tak sama kan?. Mana nak sama mangkuk tandas kat R&R dengan masjid. Ala itukan masjid.

2. Di R&R sentiasa ada orang membersihkannya, Di masjid sapa ye nak bersihkan ?. Tok siak ker?. Dah la bagi tuk siak tu beberapa ringgit jer. Takkan 24jam dia nak jaga. Habis kenapa tak bagi lebih lagi, siap bagi KWSP lagi... jawapan mudahnya..mana ada peruntukan.
Saya datangkan dengan contoh yang lain, kadang2 kita sanggup habis beribu ringgit untuk makan aje..tapi untuk ISLAM, untuk masjid, untuk surau...alasan yang sama jugak... tak ada peruntukan ?. Kenapa peruntukan makan ada ? , peruntukan untuk membaiki speaker masjid tak ada ? Ajaib !.

Sebagai contoh..bayangkan suatu program kita peruntukan RM 8 sehari untuk makan. kalau peserta yang datang 1200 orang maka kita terpaksa belanja RM 9600 untuk makan ajer kan sehari. kalau program Minggu Perenalan Pelajar Baru ( contoh je ni ) selama 5 hari, berapa ye bajet makan ?. RM 48,000 kan. Hehehehe kita makan aje RM 48, 000. Ajaib!. Takkan nak repair speaker masjid, tandas masjid, tak ada bajet. Tapi makan ada bajet. Moga Allah memberi hidayah...
Yang bekerja dalam aircond..kadang2, aircondnya pasang selama 8jam bekerja tu. Walaupun kadang2 orangnya takde pun tempat kerja. Kita tak pernah rasa membazir. Tapi masjid kita ada aircond tak ?. Dewan sukan kita ?, kafeteria kita...kan semua ber'aircond melainkan masjid.. Sebab apa..sebab tak ada peruntukan.. Untuk Dewan sukan tu ada aircond..tempat orang tak tutup aurat, tempat percampuran lelaki dan perempuan, tempat tu ada aircond. Tapi tempat kita mengadap Allah...panas pun tak apa. Sebab apa ?. Sebab tidak ada peruntukan..


Kita pergi kecik lagi. Duit gaji kita. Beribu kan ? Berapa untuk Islam. Katakan gaji kita RM5000. Bayar bulan kereta Camry (baru beli ) RM 1300, untuk bayar rumah Bunglow ( pun baru beli ) RM 1500, untuk belanja baju baru RM 200, Takafaul kita RM 200, Simpanan kita RM 500. Sedekah ???. RM 4 aje. kih kih kih kih gelihati. Gaji RM 5000 sedekah RM 4 aje??. Macamna jadi RM4 tu ?. Yelah setiap jumaat sedekah RM1, Sebulan RM 4lah. kah kah kah. memang gelihati, tengok perangai manusia ni kan ?.

Sebab apa tak ada peruntukan ?.. sebab peruntukan semua habis untuk dunia. Betul tak ?. Ada orang kata..nape cakap macamtu ustaz, saya beli kereta tu sebab nak pergi masjid lah.." Iye ke? Temberang je tu labu. Hehehe. Kalau tak pergi masjid pergi mana ?.. Pergi makan angin,,itu pun bagus..Sunat hukumnya. Tapi duduk tepi pantai lama2 tengok awek2 comel...haram pulak. Jadinya macamna tuh. Ha kan dah penin..Bila semua peruntukan dah habis untuk dunia maka tak adalah peruntukan untuk akhirat.

Satu lagi yang akan biasa kita dengar. Bila pangil tuan-tuan guru dan ustaz2 berceramah, agak2 saudara berapa diberi saguhatinyer ?. Iskh ni kan bab2 agama kenapa nak kena bayor?. Abih tu yanng ustaz tu naik apa ?. Naik unta yer?. Unta pun kena belikan makannyer.. Dia pun kata, ustaz..maaflah ini je yang kami mampu. Tak ada peruntukanlah. Hehehehe geli hati.. Bukan nak demand untuk ustaz2 tu. Cuma nak meletakkan nilai.


Bukan nak bayar ilmunyer. Tapi masa dia yang kita guna ( ni pinjam kata2 kawan saya, Ust Syafie ). Kalau nak bayar ilmunyer, takut tak terbayar kita. Yelah berapa nilai ilmu yang selamatkan kita dari neraka ?. Ada nilai ?. Tak ada kan ?. Jadi kita bayorlah untuk masa mereka tu... Sebab masa tu dia punya Allah bagi. Jadi kita ambil masanya. Kita bayarlah untuk masanyer. Faham tak ?. Heheheh. Kadang2 dalam keadaan tak ada peruntukan itu boleh pulak bayar artis beribu riban. Aik tu peruntukan mana pulak ? yang sambut kat masjid, takde peruntukan jugak ker ?. habis yang belanja makan macam2 tu ada pulak. Tu peruntukan mana pulak ?.

ustaz Khir : Manusia memang selalu tersilap. Kita silap bila kita menyangka hidup ini untuk hidup. Kita tak dihidupkan untuk hidup. Tapi diciptakan untuk kehidupan selepas kematian. Tapi itu realiti. Bukan bermaksud yang menulis ni sempurna. Sama je..Saya cerita pasal saya lah ni. Diri saya, rumah saya dan tempat saya. Anda.. tak kot. Betul betul betul ( kata Ipin ).

3 comments:

Zulhilmi said...

assalamualaikum...
menusuk hati kepada semua yang berkenaan lah ustaz..
termasuk yang dalam..

hehe..

Firdausi said...

Assalamualaikum ustaz

Moga2 terbukalah pintu hati orang-orang sebegitu

زهرة حلوة said...

Salamu'alaykum..ustaz..betul kate ustz tu..
kte kt dunia sibuk dgn hal2 dunia smpi lupa pd hal2 yg brkaitan dgn akhirat sna..
Hal ni..kalo akhbar siar,komfem la..pjbt menteri amik tndakan sepantas kilat..
=) truskn ustz..

Post a Comment