Pages

Tuesday, June 2, 2009

BUAT PEJUANG

Pasted from : http://sheikh-telukintan.blogspot.com/2009/05/nasihat-teman-buat-akhil-hai.html

Bila cerita buruk-buruk tentang Akil Hai banyak diperkatakan, teman tumpang sedih.


Sesungguhnya teman sayang pada budak ini. Teman suka bila dia mengalunkan bacaan al-qur'an. Tergugah jiwa teman mendengarnya. Teman suka mendengar ceramahnya walaupun teman tak berkenaan dengan dua tiga hadis yang dibawanya yang jelas 'maudhu'.


Teman suka sangat bila dia berdiri di atas pentas Pas.Teman juga suka apabila dia kerap kali dijemput berceramah motivasi agama oleh pelbagai pihak. Teman suka dia sentiasa mengajak anak-anak muda, khususnya kembali dan sayangi Islam.


Masa dia rajin berceramah suatu ketika dulu , Raden Zahid Hamidi tak pernah bercakap tentang isu communism yang dikatakan sedang hendak dihidupkan semula oleh kumpulan tertentu di Malaya ini.


Kalaulah masa itu, Raden Zahid Hamidi bercakap tentang ideologi Karl Mark, hampir pasti Akhil Hai dalam ceramahnya akan berkata: " Apa barang ni Zahid!!!, cakap tentang ideologi yang semakin pupus dan tak laku. Fahaman yang masih tak kojol-kojol ialah nasionalisme. Pemujanya ialah dari parti sebelah sana.Kedua-dua ideologi ciptaan manusia adalah haram untuk dianuti".


Teman tahu Akhil Hai dari seorang penyanyi rock kapak beliau kemudiannya beralih ke dunia dakwah. Ramai jugak pengikutnya dikalangan muda mudi. Kelebihan beliau dalam berdakwah ialah kelakarnya ala Ustaz Ismail Kamus dan sambil berceramah dia menyelitkan beberapa buah lagu. Kelebihan beliau ini sudah tentu tidak ada pada Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.


Sentiasa teman berdoa supaya dia istiqamah dalam perjuangan Islam. Dan pernah teman cuba menghubunginya supaya dapat bekerjasama dalam menghasilkan lagu dan muzik yang islamik dalam pelbagai genre yang kontemporari. Tambahan pula teman pun memiliki studio rakaman. Dengan kehadirannya teman harap dapatlah dia membantu teman dalam usaha mentarbiah pemain muzik teman yang hanya islam dari segi nama tapi amalan fardhu Ain selalu terabai. Sayang sekali semasa itu dia telah pun mengikat kontrak dengan syarikat INTEAM.


Dan kini cerita isterinya meminta cerai mula muncul. Sedih teman mendengarnya. Ada orang kata dia telah karam bercinta dengan Wahida dan mula menjadi artis yang mencari glamor.


Teman merayu pada Tok Guru , para ustaz dan kawan-kawan yang mengenali Akhil Hai supaya menasihatinya. Mungkin masih belum terlambat lagi .Akhil Hai orang seni dan dia pun ada asas agama yang agak kuat. Orang sepertinya, mempunyai jiwa yang halus. Kita jangan hanya pandai memarahinya, tapi kita perlu bawa dia ke pangkuan jemaah. Mungkin hari ini, tuhan uji dia dengan kemewahan dan glamor, esok mungkin anak atau diri kita sendiri diuji oleh tuhan. Oleh itu tolonglah nasihatkan si Akil Hai yang teman rasa masih punya nur dalam dadanya.


Buat Akhil Hai teman nasihatkan kembalilah pada isteri dan anak-anak dan rapatkanlah diri dengan jemaah. Perjuangan dakwah ini tidak boleh dilakukan seorang diri. Keberkatan ada dalam jemaah Islam. Percayalah. Dan ingatlah madah yang pernah akhi selalu selitkan dalam ceramah pada suatu kektika dulu:-


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat

Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita ' bukti ' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat!

.Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.


Akhirkata, salam ukhwah buat Akhil Hai dari saudara tua anta!!!

1 comments:

nurfathiah said...

ehem3.!!!
dlm diam rupa-rupanye ustaz ade studio rakaman..
nanti buleh laa sy rakam lagu..
hehehe..
-nurfathiah bt. ramli-

Post a Comment