Pages

Sunday, June 7, 2009

Nak Jumpa Siapa Dulu...?

والإسلام يحرر العقل , ويحث على النظر في الكون , ويرفع قدر العلم والعلماء , ويرحب
بالصالح والنافع من كل شيء ، والحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق الناس بها
Islam itu datang bagi membebaskan akal manusia yang sempit dan terbatas dengan kekurangan dan kelemahannya. Islam juga membebaskan akal manusia dari kekeliruan dan kejahilan yang manusia cipta. Kita lihat tipu daya dan kelemahana akal dam cerita Nabi Ibrahim :

75. Dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang Yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin.

76. Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang".

77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat".

78. Kemudian apabila Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".

( Al-An’am 75-79 )

Islam juga membebaskan akal manusia dari rasa takut dan gentar selain dari Allah.

عن ابن عباس قال:
"كنت خلف النبي صلى اللّه عليه وسلم يوما، فقال يا غلام، اني أعلمك كلمات: احفظ اللّه يحفظك، احفظ اللّه تجده تجاهك،إذا سألت فاسأل اللّه، وإذا استعنت فاستعن باللّه، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيئ لم ينفعوك بشيء إلا قد كتبه لك، وان اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه اللّه عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف". هذا حديث حسن صحيح.

Kata Ibu Abbas :

Suatu hari aku menunggang bersama-sama dengan Nabi S.A.W. kemudian baginda bersabda : “ Wahai anak, aku ingin mengajar kamu dengan berberapa pengajaran.

i. Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.
ii. Peliharalah Allah , Nescaya kamu akan dapati Allah sentiasa membantumu.
iii. Ketika kamu inginkan sesuatu mintalah dari Allah.
iv. Ketika kamu innginkan bantuan pohonlah pada Allah.
v. Ketahuilah seandainya seluruh manusia berpakat untuk memberikan kamu manfaat, mereka tidak akan mampu untuk mendatangkan walau sedikit pun manfaat untukmu melainkan apa yang telah Allah tetapkan.
vi. Seandainya seluruh manusia berpakat untuk membinasakanmu, mereka tidak akan mampu melakukan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tetapkan untukMu.
vii. Setiap suratan itu sudah ditulis dan tidak akan berubah.

Sedara-sedari yang saya kasihi... Dimana ye kita di dalam hadith Nabi ini. Waktu kita berkehendak sesuatu biasa siapa orang pertama kita akan jumpa ?.

a. Kalau pegawai kerajaan nak bertukar, Siapa dia kan cari dulu ?. dia akan cari dulu sesiapa yang boleh bantu dia... ye tak ?. Allah kat mana masa tu ye ?

b. Bila rumah kita ada didiami Jin dan lain2 makhluk halus... Siapa kita jumpa dulu ?. kita jumpa siapa nak mintak tolong...? Tok Bomoh kan ?. Mana Allah masa tu ?.

c. Kita yang kerja makan gaji... memang takut sangat nak kritik bos walau pun kita tahu salah, ye tak ?. Sebab apa ..?. Sebab takut kena tukarkan, takut kena potong gaji..takut itu ..takut ini... Kan Nabi kata tidak akan apa2. Nak takut dengan Pengarah sebab apa ?. Nak takut dengan Ketua Penngarah sebab apa?. Kadang2 Allah pun tak pernah kita takut... Ye tak ?..

d. Bila kita ada masalah, tak ada duit..kita jumpa sapa dulu... Along ke ?, Angah ke ?. Allah dekat mana masa tu ?

e. Masa kita nak kahwin tapi belum ada jodoh, kita jumpa sapa yer ?. Bomoh ker ? . Buat apa ?. Apa lagi ustaz..mandi bunga lah. Iskh..iskh..iskh..

Macam2 kita ni kan (saya pun termasuk sama tu ) . Makanya akal kita ni masih dijajah dengan kebodohan kita. Sebab apa ?. Sebab kita belum masukan Islam dalam kepala hotak kita lagi. Lahiriyah kita Islam, Kita solat, puasa, zakat dan sedekah tapi kepala kita masih lagi berkarat merah. Islam belum masuk dalam kepala hotak kita.

Ni tak masuk cerita orang yang kuat mengampu. Apa benda yang ampu-ampu tu bang ?. Yelah ustaz..saya nak naik pangkat. Kenalah ampu sikit. Tak bebalaoi lah bang setakat mangampu dapat masuk Neraka...Habis tu nak naik pangkat macamna ?. Alah nak takut apa bang.. kan Allah dan janji.. Kalau pangkat tu untuk kita, kita akan dapat. Kalau bukan kita punya menonggeng kita menngampu pun belum tentu dapat..

Tu kakak-kakak yang meyombong tu apa pasal. Laa padanlah.. baru dapat naik pangkat. jadi Timbalan pengarah pulak tu. Iskh iskh iskh.. kakak..kakak tak besar pangkat tu. Baru dapat jadi Timbalan Pengarah, kalau dapat jadi CEO pun belum tentu besar. Manusia ni kecil je. Yang dapat tu pun Allah bagi. Nak belagak apa ?. Nak sombong apa ?. Apa nak bangga ? Iskh iskh iskh.. Kecik je tu. Berapa lama awak boleh jadi pengarah ? 30 tahun boleh ? 70 tahun boleh ? Habis nak sombong apa. jangan sampai awak dah tak kerja... staf-staf awak ludahkan awak tepi jalan. Masa tu boleh marah lagi ker ?. Nak marah apa, masa tu awak bukan Pengarah ..awak bukan GM, awak bukan Timbalan Pengarah Lagi. PADAN MUKA AWAK !.

Ingat semua itu Allah bagi. Carilah Allah dulu. Utamakan Allah Dulu..Hiduplah dengan kasih sayang Allah. Cintakan Allah. Jaga perintah Allah. ALLAHU AKBAR !!!


Ustaz Khir : Nabi ajar hadith ini pada seorang budak yang umurnya tak sampai lagi 15 tahun. Malu lah oii orang yang dah umur 51 tahun !!!.

0 comments:

Post a Comment