Pages

Sunday, August 2, 2009

CERITA LEPAS INDUKSI

Sebuah kisah yang memaparkan kehidupan manusia yang begelar guru dan pelajar. Karya Andrea Hirata ini nyata sangat menusuk hati ketika kali pertama menontonnya. Saya bukan penggila filem. Yang sampai semua cerita ingin saya tonton. Percaya atau tidak, pada pandangan saya filem ini filem ke2 wajib ( bukan wajib hukum ni ) tonton oleh semua masyarakat. Filem pertama wajib tonton adalah filem Iran bertajuk Children of heaven. Memang best. Sapa2 yang tak tengok lagi filem ni. Kena tengok. Rugi sangat tak tengok. Filem Laskar Pelangi ni jugak filem yang wajib tonton. Tetapi baru2 ini menerusi maklumat yang saya baca, filem ini sewaktu ditayangkan di sebuah IPTA Negara kita, sambutannya sangat dingin. Sebab apa ye?. Ke sebab masyarakat kita telalu asyik melayan cinta asmara melalui filem2 tahap membodohkan diri sendiri yang ada di panggung2 kita ?. Saya juga bersutuju dengan komentar yang baru2 ini diluahkan oleh seorang pembaca di sebuah akhbar tempatan, menyebutkan adakalanya cerita2 kartun dari Jepun lebih membangunkan manusia dari filem2 kita yang mana kos pembikinannya melebihi jutaan ringgit.

Sebagai perbandingan ambil sahaja cerita kartun Detektif Conan bandingkan dengan filem remp-it ( saya pun tak pernah tengok, sekadar membaca ulasan). Apa nilai yang kita nak bina dengan membenarkan masyarakat kita menyaksikan aksi2 ghairah Mat2 motor dan chikaro itu ? Bandingkan pula dengan filem Sumo ? Apa nilai yang kita nak bina ?. Tidak termasuk filem2 lawak jenaka bodoh seperti jutawan fakir, kuliyah cinta, sifu dan Tongga dan banyak lagi .

Maka, kita sepatutnya lebih memikirkan sumbangan filem terhadap pembinaan bangsa. Ya, betul. Saya tidak menolak pembikinan filem bertujuan meraih keuntungan. Mencari keuntungan bukan bererti menghalalkan yang haram dan meninggalkan aspek pembinaan bangsa.

Dalam kisah Laskar Pelangi yang berlatar belakangkan sebuah kota kecil di Indonesia, bernama belitong, memaparkan kisah perjuangan 10 orang pelajar dan 3 orang guru membina bangsa Indonesia Raya dengan hanya berlindung pada bangunan yang menanti masa ingin roboh. Watak utama Lintang yang menghiasi dan menguasai hampir keseluruhan cerita sangat menyayukan. Terpaksa berbasikal puluhan batu melalui hutan belantara, sungai dan yang paling menggerunkan melalui sebuah lubuk buaya. Garapan Adrea Hirata sangat kemas. Dengan menyelitkan adengan komedi, sedih, bersemangat, cinta yang tidak keterlaluan, nyata memainkan emosi kita. Maka tidak hairan ada komentar2 yang saya baca, sehingga menitiskan air mata tatkala menontonnya. Hebat bukan ?

Nak dihuraikan filem ni satu persatu, maka saya kira terlalu banyak ingin diceritakan bahkan mungkin akan merosakan mood mereka yang belum menontonnya.

0 comments:

Post a Comment