Pages

Sunday, September 13, 2009

Komuniti Islam PSIS...

Kita berada di penghujung Ramadhan. Kalau ketika zaman Nabi S.A.W pastinya ketika ini ramainya sahabat-sahabat Nabi yang bermenung dan bersedih. Bukan mengenangkan Syawal yang akan datang tetapi persiapan belum buat lagi. Tetapi mengenangkan Ramadhan yang berlalu dan harapan untuk Ramadhan yang akan datang itu sangatlah tipis. Tipis ?. Ye memang tipis ..
.
Menjelang berberapa hari nak menyambut kedatangan syawal ni, saya nak berkonngsi dengan semua pembaca suatu gagasan yang sedang saya impikan untuk dilaksanakan di tempat saya bertugas. Saya juga mengharapkan Blogger-blogger PSIS sama-sama berkongsi aspirasi dan matlamat yang sama. Mari bersama kita menjadikan kedatangan Syawal tahun ini sebagai asas pembinaan gagasan ini.
.
Teringat saya cerita zaman sekolah dulu. dulu saya bersekolah di Maahad Ahmadi. Sebuah sekolah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu-satunya sekolah yang menjadikan Thanawi sebagai teras pembelajaran di Negeri Sembilan. Sekolah yang bukan sekadar mengukur nilai dengan anngka-angka tetapi sekolah yang menitik beratkan tentang pembentukan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Sekolah yang mula-mula membentuk jati diri dan kefahaman Islam kepada saya. Masa zaman itu kami mula belajar tentang membudayakan budaya hidup Islam. kami mula kenal dan belajar apa dia Islam sebagai budaya. Lantas kami tanpa lengah, kami bangun...dan kami mengorak langkah melawan arus menjunjung suatu cita-cita : "KE ARAH MENNGAMALKAN BUDAYA HIDUP ISLAM". Bahkan berani saya katakan slogan itu juga yang membuatkan kami Ikhlas belajar dan Ikhlas beramal. Dengan slogan itu juga kami berjaya mempertahankan Sekolah kami di antara sekolah terbaik yang ada di Negeri Sembilan.
.
Saya ingin kongsikan pengalaman manis itu bersama anak-anak didik di sini. Saya juga ingin melihat mereka bangun sebagai seorang pelajar muslim yang ada matlamat dan cita-cita. Mudah-mudahhan cita-cita itu tercapai. Orang yang berjaya dalam dunia adalah mereka yang memahami kehidupan. Tahu matlamat diri dan tahu hala tuju nyer. ke mana dia nak pergi dan apa yang ingin dicapai. Berbeza dengan orang yang langsung tidak pernah memikirkan tentang kehidupan maka dia gagal menjadi manusia yang tahu apa dia kehidupan. maka mereka yang menjadi SUPER HEBAT pula adalah mereka yang bukan sekadar memahami kehidupannya tetapi turut memahami Islam. Kerana Dunia tanpa Islam adalah dunia dan dunia dengan Islam adalah dunia dan akhirat.
.
Untuk memahami dan membudayakan Islam bukanlah suatu tugas yang berat dan tidak mampu dipikul. Islam adalah agama mudah. Ia agama yang paling harmoni. Mana mungkin agama yang mudah tetapi menyampaikannya adalah sukar ?. ia tugas yang mampu dipikul oleh semua manusia. Tugas yang mudah tetapi melalui perjalanan yang cukup panjang. Tugas yang mudah tetapi penuh dengan dugaan. Tugas yang mudah tetapi penuh cabaran.
.
Pembaca-pembaca juga ada tanggung jawab yang sama. tanggung jawab untuk menjadikan Islam sebagai budaya di tempat saudara dan saudari.
Dalam kuliyah subuh baru-baru ni saya minta kerjasama semua pelajar2 saya mari kita mulakan budaya ini dengan jadikan salam sebagai budaya permulaan. bayangkan PSIS ni ada hampir 3000 pelajar, kalau setiap hari kita bertembung dengan 500 pelajar maka kita akan mendengar 500 kali salam diutarakan. kalau setiap orang menemui pelajar yang sama bermakna dalam sehari hampir 1500 000 salam berkumandang di udara PSIS. Masya Allah!. Bererti kita menyebut nama Allah iaitu As-Salam sebanyak 1 500 000 kali. digandakan 2 dengan menjawabnya. Beerti hampir 3 000 000 kali salam berkumandang di bumi PSIS.
.
Ini langkah pertama sebelum memulakan perjalanan yanng lebih jauh.
.
Akhirnya Selamat mencari Malam Al-Qadr. Untuk hari raya dan persiapannya, Nantikan Khutbah Jumaat untuk Minggu ini. Wassalam

0 comments:

Post a Comment