Pages

Tuesday, September 1, 2009

PUASA itu SIHAT.. caya TAK ?

فيض القدير، شرح الجامع الصغير،للإمامِ المناوي >> الجزء الرابع >> حرف الصاد.(صوموا تصحوا) قال الحرالي: فيه إشعار بأن الصائم يناله من الخير في جسمه وصحته ورزقه حظ وافر مع عظم الأجر في الآخرة ففيه صحة للبدن والعقل بالتهيئة للتدبر والفهم وانكسار النفس إلى رتبة المؤمنين والترقي إلى رتبة المحسنين وللمؤمن غذاء في صومه من بركة ربه بحكم يقينه فيما لا يصل إليه من لم يصل إلى محله فعلى قدر ما يستمد [ص 213] بواطن الناس من ظواهرهم يستمد ظاهر المؤمن من باطنه حتى يقوى في أعضائه بمدد نور باطنه كما ظهر ذلك في أهل الولاية والديانة وفي الصوم غذاء للقلب كما يغذي الطعام الجسم ولذلك أجمع مجربة أعمال الديانة من الذين يدعون ربهم بالغداة والعشي يريدون وجهه على أن مفتاح الهدى والصحة الجوع لأن الأعضاء إذا وهنت للّه نور اللّه القلب وصفى النفس وقوي الجسم ليظهر من أمر الإيمان بقلب العادة جديد عادة هي لأوليائه أجل في القوى من عادته في الدنيا لعامة خلقه.(ابن السني وأبو نعيم) معاً (في) كتاب (الطب) النبوي (عن أبي هريرة) قال الزين العراقي: كلاهما سنده ضعيف.

Nak kongsi sesuatu yang menarik ni. Saya petik ARTIKEL ni dari kitab Faidul Al-Qadir, syarah kepada Kitab Jami’ As-Shoghir. Hadith yang menarik ni. Tentang puasa dan kesihatan. Nabi bersabda صوموا تصحوا berpuasalah nescaya kamu akan sihat. Ermm sihat kerrr?. Tu yang duduk melepok* jet u nape ?. Tak daya ker ?. Ehh ni puasa ke tak ?. Laa mestilah melepok jer, sebab puasalah yang melepok je tu J kalau tak puasa mesti cergas semcam jer. Ni yang pak cik polik ni J. Nabi kata kalau puasa sihat... tapi yang baring-baring tu nape yer ?.

Bila kita demam kita buat apa ?. ermm kita tido. Bila kita pening kepala ?. Pun kita tido.. Kita sakit gigi ?. Pun kita tido.. Kita puasa ? ? ?. Ermm tido jugak yer. Maknanya kita sakitlah kan . Kan tido tu tabiat orang sakit. Sakit jer, tak kiralah sakit apa tapi mesti tido.

Ni yang lagi tak faham ni, dimanakah pula datangnya kesihatan dalam berpuasa. Jeng jeng jeng. Errm memang pun dari kajian perubatannya mengatakan macam2 sangat kelebihan berpuasa ni. Sampaikan ada suatu buku dulu saya pernah baca, dengan berpuasa juga dapat menghilangkan jerawat. Ruginya tak beli buku tu dulu.

Kita hanya akan benar-benar melihat kebenaran hadith nabi S.A.W ini seandainya kita berjaya memperolehi puasa yang sempurna. Maknanya bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa aje. Kalau setakat menahan diri dari makan dan minum kita hanya akan dapat lapar ajelah. Bila dah lapar kita pun letih. Bila letih dan tak bermaya makanya kita pun tidur la kan. Maka sebenarnya penyakit tu tak hilang lagi. Penyakit apa ?. Itu namanya penyakit HATI.

Kawan-kawan sebenarnya kita terlepas pandang tentang penyakit hati ni. Kita sibuk cerita pasal penyakit Jasmani. Sedangkan penyakit HATI itu lagi merbahaya. Saya ambil contoh, kalau orang ada kencing manis, maka penyakitnya itu hanya ditanggung oleh dirinya sahaja dan tidak menjejaskan orang lain. Tapi kalau orang yang ada hasad dengki. Bukan dia sahaja yang binasa orang lain pun akan dibinasakannya. Sama jugak abang2 yang beratur baik dok ada depan Spot Toto tu. Cuba bagitahu dia, Abang sakit ni. Mesti dia kata : ” Mana ada sakit, sebab sihat yang dok beratur ni, Kalau sakit tak beratur kat spot Toto ni”. Geli hati tak ?. Bukan sakit ke tu ?. Tu namanya sakit hati lah tu. Hatinya sakit. Imannya sakit. Jiwanya sakit.

Tu kakak-kakak yang pakai mask tu takut apa tu. Mesti dia kata : ”iskhh ustaz ni, kan sekrang ni ada pandemik H1N1 . Bahaya tu”. Cuba tanya dia, tu akak tak pakai tudung tu nak cari penyakit ker ?. haa kat mana sebenarnya yang sakit.

Jadi sempena Ramadhan yang datang ni mari sama-sama kita sembuhkan JIWA dari sakit JIWA, mudah-mudahhan dapat mencapat matlamat Ramadhan iaitu sihat. Insya Allah.
.
*Melepok tu maksudnya melepeklah. Memang kepenatan tahap GILA BABI lah. Hehehe

0 comments:

Post a Comment