Pages

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA..

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ

Kita telah pun berada dipenghunjung Ramadhan. 2 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan atau Ramadhan yang berlalu meninggalkan kita. Itulah hakikat kehidupan dunia. Tiada yang kekal. Setiap sesuatu berlari menuju ke garisan penamatnya. Tiada sesuatu pun yang tetap pada tempatnya melainkan Allah. Dia yang kekal dan abadi selamanya. Mungkin ada yang mengatakan Ramadhan itu tidak berlalu, Cuma ia hilang seketika dan akan kembali semula pada masa dan tahun-tahun yang mendatang. Tidak!!!. Ramadhan itu telah pun berlalu, kalau pun kita sempat untuk Ramadhan tahun hadapan, Ia adalah Ramadhan yang baru, bukanlah Ramadhan yang telah kita tinggalkan. Ramadhan hari ini dan semalam hanya sekali di dalam hidup kita. Ia sudah pun berlalu dan pasti tidak akan kembali sama sekali. Walaupun kita memohon dan merayu sehingga kering air mata dan berganti darah ia tetap tidak akam kembali. Bernarlah kata-kata Qiss bin Saadah ketika mengungkapkan bait-bait syairnya di Pasar Ukaz ditengah-tengah kota Mekah :

أيها الناس اسمعوا وعوا. من عاش مات، ومن مات فات وكل ما هو آت آت

Wahai manusia dengarlah dan ambil pengajaran. Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yang mati pasti akan binasa, setiap yang dijanjikan tiba pasti akan tiba.

Saudara-saudaraku sekalian yang disayangi Allah,

Dalam keadaan perasaan yang bercambur baur menanti kedatangan syawal, sambil diiringai lagu-lagu balik kampung, dendang perantau mahupun seloka aidilfitri , jangan menyebabkan kita lupa dan lalai matlamat utama sambutan ‘idul Fitri.

Mari bersama kita melihat keadaan sambutan hari Raya di dalam dunia umat Islam hari ini, Pastinya kita akan mendapati keadaan mula berubah. Sambutan ‘idul fitri telah berubah dari Ibadat menjadi adat. Dari kesibukan umat terdahulu melegkapkan pakej Ramadhan bertukar menjadi segerombolan umat yang berusaha mengejar pakej-pakej jualan murah di mana-mana. Tiada beza di antara sambutan idul fitri dan sambutan-sambutan perayaan yang lain. Masyarakat Islam lebih berlumba-lumba memenuhi Jalan Tuanku Abdul Rahman, kompleks membeli belah Sogo, gudang kain Jakel dan pelbagai lagi gedung-gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai potongan harga sempena hari Raya.

Rata-rata kita termasuk diri saya yang sentiasa lalai dan leka ini terlalu ghairah menyediakan persiapan sebaik mungkin untuk meraikan hari tersebut. Persiapan yang dibuat sentiasa mengambil kira dari baju raya, songkok raya, samping raya, langsir raya, kereta raya sehingga setiap inci badan dan diri perlu dihiasi dengan aksesori yang bertemakan Raya.

Saudara-saudaraku sekalian

Islam tidak menafikan naluri manusia untuk berhias, berhibur dan bergembira. Bahkan Nabi S.A.W sangat menggalakan supaya kita berhias-hias dan berpenampilan menawan ketika menyambut hari-hari perayaan. Tetapi ia bukan pula dijadikan matlamat utama perayaan. Bahkan realitinya itulah yang berlaku. Ramai dikalangan kita terkilan, sedih dan kecewa bila mana terlepas untuk membeli belah atau terlepas dari membeli tiket bas untuk kembali ke kampung. Berbanding dengan berapa ramai pula yang terkilan, sedih mahupun kecewa merintih-rintih kerana tidak berkesempatan menunaikan solat terawih di akhir-akhir ramadhan ini ?. Kekhilafan ini perlu diperbetulkan supaya kita benar-benar memahami tuntutan ’idul fitri.

Perlu dimengertikan Idul Fitri bukan sekadar sambutan yang tidak memberi sebarang erti jauh lagi dari bermatlamatkan hiburan semata-mata. Jangan kerana mengikut runtunan nafsu yang menggila menyebabkan takbir, tahmid dan tasbih yang bergema memenuhi ruang negara kita bermula selepas maghrib sehinggalah pagi 1 syawal berlalu bersama-sama angin yang bertiup. Jangan jadikan lafaz takbir tasbih dan tahmid itu sekdar salah suatu agenda memenuhi pagi hari raya sebelum kita terus bergembira dan berhibur sepuas mungkin.

”idul fitri adalah sambutan bagi meraikan kejayaan kita melaksanakan ibadah puasa dengan menewaskan godaan nafsu, bukan sekadar godaan kepada perkara-perkara yang di haramkan bahkan termasuk juga perkara-perkara yang harus dan dihalalkan. Bagi menzahirkan kemengan tersebut kita dituntut untuk mengalunkan takbir membesarkan Allah. Firman Allah S.W.T :

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 185 )

Mari kita duduk sejenak merenung seketika berberapa petikan dari takbir yang bakal bergema seawal selepas maghrib hari sabtu atau ahad yang bakal tiba. Di antara kandungan takbir tersebut adalah :

الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا اله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Allah maha besar, Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah. Dialah Allah , Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

لا اله إلا الله
Tiada tuhan melainkan Allah.

ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون .
Kami tidak menyembah melainkan dia, dalam keadaan Ikhlas baginya Agama itu walaupun dalam keadaan dibenci oleh golongan kafir

لا إله إلا الله وحده
Tiada tuhan melainkan Allah dialah Tuhan yang maha esa.

صدق وعده
Membenarkan janji-janjinya,

و نصر عبده
membantu hamba-hambanya,

و أعز جنده
Memenagkan tentera-tenteranya

و هزم الأحزاب وحده
dan menewaskan tentera-tentera bersekutu dengan kekuasaanya.

Ini adalah semangat dan jiwa idul fitri yang perlu difahami. Matlamat idul fitri Adalah membesarkan Allah lebih dari yang lain. Dengan memahami hakikat sambuutan yang begini hari raya akan lebih bermakna bagi kita. Bukan juga dengan melafazkan takbir ini kita digalakan bersedih dan berduka cita seperti kefahaman sesetengah masyarakat kita. Saya cukup percaya, seandainya takbir ini diungkapkan di dalam bahasa Melayu, kita sudah pasti tidak akan menemui satu noktah pun di dalam laungan takbir ini yang membawa kesedihan dan keduka citaan kepada kita. Bahkan lafaz-lafaz takbir ini adalah kata-kata keramat yang membangkitkan semangat dan roh kemenangan dan perjuangan di dalam diri. Seruan takbir ini adalah seruan jihad membela dan memperjuangkan Islam. Membesarkan Allah lebih dari yang lain. Mengutamakan Allah sebelum dari yang lain. Seandainya konsep ini difahami, mudah-mudahan sambutan hari raya itu akan lebih member erti mendalam kepada kita.
.
Dalam kesempatan hari raya yang bakal menjelma juga suka saya mengingatkan diri saya dan siding jumaat sekalian agar jangan melupakan mereka yang kurang berkemampuan dan mengharapkan belas ehsan. Hari ini dengan mudah kita boleh menemui rumah-rumah kebajikan atau golongan yang sangat memerlukan. Bahkan bagi pensyarah-pensyarah, serta guru-guru mungkin ada di antara anak-anak didik kita termasuk di dalam keadaan tersebut dan memerlukan bantuan hulurkanlah bantuan semampu dan seikhlas hati. Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan yang kita berikan akan menambahkan kegembiran mereka di dalam meraikan hari kemenangan ini.

Didalam mood balik berhari raya bersama keluarga dan orang yang tersayang, pastikan perjalanan yang bakal di ambil adalah perjalanan yang selamat. Pastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sentiasa mematuhi arahan keselamatan lalu lintas. Bagi mereka yang bakal menempuh perjalanan yang jauh sama ada ke utara, kelatan, Terengganu atau kawasan sekitarnya, pastikan kemampuan jasmani untuk memulakan perjalanan. Seandainya berasa keletihan dan mengantuk berhenti seketika. Biar lambat asalkan selamat. Dan yang paling utama mulakan perjalanan dengan Lafaz :

بسم الله الرحمن الرحيم . سبحان الذي سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين و إنا إلى ربنا لمنقلبون
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Maha suci tuhan yang memperjalankan kenderaan ini dan tiada upaya kami melakukannya dan hanya kepadaMu kamu tempat kami kembali.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

0 comments:

Post a Comment