Pages

Thursday, October 1, 2009

Kuthbah Jumaat ini..

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك، سبحانك اللهم لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصفيه وخليله، خَيرُ نبيٍ أرسله، أرسله الله إلى العالم كلِّهِ بشيراً ونذيراً، اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المذنبة بتقوى الله تعالى…-يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً - يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
.
Kita baru sahaja merayakan sambutan idul fitri. Bahkan belum terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya idul fitri كل عام و أنتم بخير mudah-mudahan dengan sambutan yang kita adakan benar-benar menggambarkan kegembiraan kita meraikan kemengan di dalam pertempuran menentang nafsu di dalam bulan Ramadhan yang lalu.

Ketibaan syawal baru-baru ini telah disambut dengan pelbagai ragam dan keadaan. Sambutan yang berbeza-beza mengikut tingkatan manusia dan keduduakan. Pengertian ’idul fitri kepada kanak-kanak amat berbeza dengan orang dewasa. Orang tua menyambut idul fitri dengan caranya. Orang muda bergaya dengan baju baru dan sebagainya. Orang yang sihat ceria bergembira. Mereka yang sakit menyambut idul fitri dengan caranya, tidak ketinggalan mereka yanng kelainan upaya menyambut idul fitri dengan kelainannya. Begitu juga perbezaan status masyarakat memaparkan pelbagai warna-warni di dalam sambutan tersebut. Ada di antara ahli masyarakat menganjurkan rumah-rumah terbuka bagi menayangkan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki. Disamping membuktikan sokongan dan sambutan yang diberikan masyarakat terhadapnya. Bagi yang kurang berkemampuan masih mengekalkan tradisi ziarah menziarahi disamping mengeratkan silatur rahim. Bagi yang tidak berkeupayaan senantiasa menanti ihsan yang berada untuk turut sama berkongsi kegembiraan. Ini antara petikan senario yang berlaku ketika kita sama-sama meraikan idul fitri baru-baru ini.

Setelah selesai sambutan beraya di rumah sanak saudara dan sahabat-sahabat handai, kini masuk fasa kedua sambutan idul fitri. Di sepanjang minggu ini, minggu hadapan dan minggu yang mendatang pula kita menerima pelbagai jemputan dan undangan untuk menghadiri rumah terbuka. Dari yang bekerja kampung sehinggalah yang berjawatan menteri. Dari seceruk kampung tengkek sehinggalah ke tengah-tengah kota metropolitan kuala lumpur, rumah terbuka diadakan silih berganti. Ramai yang tidak akan melepaskan peluang mengadakan rumah-rumah terbuka. Dari hidangan satay, nasi impit, lemang sehinggalah makanan-makanan seperti spegeti, bbq dan seumpamanya memenuhi meja santapan. Seandainya kita diberikan kesempatan untuk meneropong jauh dari angkasa untuk melihat ke bawah kita akan menyaksikan seakan-akan sebuah pesta makanan besar-besaran sedang berlangsung. Ini merupakan sebagai suatu tanda keamanan dan kemewahan yang kita miliki. Kita mampu bergembira ketika menyambut idul fitri merupakan suatu anugerah nikmat Allah yang tidak terhingga.

Dalam keghairahan kita menimkmati segala kenikmatan ketika idul fitri, dunia turut dipaparkan dengan adegan-adegan pilu dan menyayat hati serta perasaan. Dalam keadaan dunia sedang menanti ketibaan gelombang kedua H1N1 tanpa sesiapa menduga kepulauan samoa dilanda gelombang thsunami yang meratah apa sahaja yang cuba menhalang laluannya. Hasilnya seluruh masyarakat di dunia khususnya di rantau asia mula terbayang memori hitam tsunami melanggar banda acheh yang mengorbankan ratusan ribu manusia. Tidak cukup dengan kesengsaraan yang ditanggung negara di lautan pasifik itu, jantung kita sekali lagi berdegup kencang melihat paparan anak-anak kecil menangis hiba dan wanita-wanita hilang tanpa arah mencari suami. Senarionya seakan sama. Penyebabnya berbeza. Hanya selang berberapa jam selepas tsunami meranapkan apa sahaja di hadapan matanya di samoa, tidak semena-mena Indonesia digegarkan dengan gegaran sekuat 7.9 skala ritcher yang hampir-hampir melumpuhkan pulau sumatera yang berkepadatan melebihi 900 000 orang penduduk. Dalam jangkaan awal dianggarkan hampir 1000 orang menjadi mangsa. Negara turut menerima kesan gegaran yang sama sehingga ada berberapa bangunan tinggi dilaporkan mengalami retakan kesan gegaran itu. Adegan sepi ini tidak sekadar terhenti disitu apabila negara kita turut digemparkan dengan angin ribut yang turut membinasakan 67 buah rumah didungun dan beberpa kerosakan lain di negeri-negeri berhampiran. Dan berberapa jam selepasnya sekali lagi kesabaran kita diuji Allah dengan menyaksikan lebih 4000 buah rumah mengalami kerosakan apabila tiba-tiba hujan batu mengambil alih untuk babak seterusnya di Jerantut. Belum pun redha penduduk Vietnam menangisi kehilangan dan kerosakan yang dialami mereka akibat ribut ketsana kini tiba giliran kita merasainya walaupun dengan kekuatn berbeza. Kesemua rangkuman ini hanya berlaku dalam masa sehari. Ya ia hanya berlaku dalam masa sehari. Dari sejauh Samoa Amerika di lautan pasific kemudian ke sumatera, berpindah ke mlaysia dan terhenti di Vietnam. Dengan bentuk yang berbeza, dengan kekuatan yang berbeza tetapi tetap datang dari tuahn yang sama.

Saya datangkan dengan dua paparan yang berbeza. Paparan kenikmatan dan kesengsaraan. Gambaran kanak-kanak berlari-lari sambil bermain bunga api dengan gambaran anak-anak kecil yang berlari-lari mendapatkan ibu atau ayah yang tertimbus di dalam timbunan konkrit. Dua wajah yang berbeza. Pengertian yang berbeza. Idul fitri yang sama. Inilah pengertian kehidupan. Disaat kita sedang bergembira ramai lagi yang sedang berduka. Dan diwaktu kita berduka di sana ada ramai lagi yang lebih menderita dari pada kita. Kesempatan untuk kita bergembira ini gunakanlah untuk merapatkan diri dengan Allah. Jangan menyebabkan kegembiraan melalaikan kita. Jadikan sambutan ini sebagai tanda kesyukuran. Jadikan juadah dan hidagan sebagai tasbih dah tahmid di hari lebaran. Semoga dengan kedatangan syawal ini akan membuka suatu dimensi baru untuk kita terus meneruskan tugas-tugas sebagai hamba Allah. Saya Rangkumankan episod-episod telenovela idul fitri 1430 h ini di dalam firman Allah :

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَاالسَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
133. Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;

الَّذِينَ يُنفِقُونَفِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَعَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ .
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;

وَالَّذِينَ إِذَافَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْلِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَىمَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
135. Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

أُوْلَـئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌمِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَفِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
136. Orang-orang Yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan Yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang Yang beramal.

قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌفَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذَّبِينَ

137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).

هَـذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُوَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّهُ الَّذِينَآمَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاء وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
140. Jika kamu mendapat bencana, maka Sesungguhnya kaum (musyrik Yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka Yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan, kegembiraan dan kesedihan , Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

0 comments:

Post a Comment