Pages

Sunday, October 11, 2009

Menang tidak bermakna benar, kalah tak bererti silap..

Persoalan utama... anda pasti anda benar ?.
Orang melayu sentiasa sebut berani kerana benar dan takut kerana salah. Ermm saya rasa sekarang ni falsafah ni dah tak berapa boleh digunakan. Biasa kita jumpa yang salah tu yang beria-ia. Biasa kita jumpa orang yang terkentut bertanya siapakah yang terkentut ni... Sedangkan bau tu datang dari dia dan semua orang pun tahu.
.
Hari ni pembunuh yang beria-ia mencari mangsa bunuh. Ingat tak suatu masa dahulu ada seorang budak bawah umur yang dirogol , dibunuh dan dicampakkan ke dalam ladang kelapa sawit dalam keadaan yang sangat memilukan.. Siapa yang tolong cari ??? Yang rogol dia, yang bunuh dia dan yang campak dia. Biasa juga kita dengar yang merasuah cari yang memberi rasuah. Yang rasuah siapa?. Dia lah.. Yang siasat siapa ?. Dia juga ???. Ermm macamna pulak orang2 tua kita kata yang takut mesti kerana salah. Hari ni tak... yang salah tu lah yang beria-ia nak mencari kesalahan untuk menutupnya. Seolah-olah orang yang tak bersalah itulah bersalah. inikan tabiat yahudi. Yahudi jajah palestin, menghinakan mereka di tanah air mereka sendiri. Maka bangunlah mereka mempertahankan tanah air mereka. Salah ke mereka. Ya mereka salah pada pandangan dunia kerana memberontak mempertahankan tanah air mereka.
.
Apa jadi pulak pada yang benar ?.. yang benar semakin ditepikan. Orang semakin takut untuk mencari kebenaran. Orang semakin takut untuk bersama kebenaran. Sebab apa.. sebab yang salah tadi sudah semakin berani. Apa akan jadi bila sitikus yang sepatutnya dimakan kucing mula mengejar kucing... pastinya kucing pun lari.
.
Apabila si Salah tadi semakin berani maka dia akan menang. bila dia menang maka dia kata dia betul. Betul ker semua yang menag tu betul ?. Siapa kata yang menang betul yang kalah salah. Orang yang kata macamtu pun dah tak betul dah. Maka tak betullah tukan. Abis kalau tak betul takkan dia menang. Dia mesti kata Allah sentiasa membantu yang yang benar. Sebab itu dia menang. Walaupun dia menang dengan pembohongan dan penipuan yang amat menjijikan. Dia menang juga. Tapi betul ke dia betul. Sebab dia sentiasa ingat yang menang pasti betul.
.
Kalau yang menang pasti betul Nabi salah la kan ?. Aikkk berani ke kata Nabi salah ?. Habis tu tadi dah kata yang menang pasti betul. Maka Nabi salah lah. Siapa yang berani kata Nabi salah. Tu boleh bawa kepada murtad tu. Tapi bilamana kita katakan yang betul itu menang maka kena tengok2 jugak tu. Mengucap banyak2. Nabi kan pernah kalah dalam perperangan. uhud kan nabi kalah. Dalam perjuangan Islam ni kalah bukan perkara pelik. Sebab janji menang tu pasti. Cuma bila kalah, maka ertinya sebab musabab kemenangan belum kita penuhi. Prasyarat kemenangan masih belum tertunai. maka kita belum berhak menang lagi...tapi bukan kalah. Walau pun kita kalah tetapi tak bermakna kita salah. Dan bagi yang menang belum tentu anda betul kerana menang. Jadi bila mana menang tak bermakna benar dan kalah tidak bermana salah apa pulak ertinya menang dan kalah ?. Bak kata Nabil..LU FIKIRLAH SENDIRI..
.
Ustaz Khir : Kita sentiasa inginkan kemenangan. Dan sangat takut dengan kekalahan. Seandainya kedua-duanya tidak menggambarkan apa-apa, maka apakah nilai menang ?.

0 comments:

Post a Comment