Pages

Monday, October 12, 2009

Salah REMAJA ker ?

Ada orang kata muzik ni fitrah manusia. Setiap orang suka akan muzik. Saya pun suka. Anda pun saya pasti anda suka. tetapi betul ke kita memerlukan muzik. Betul ke Muzik ni suatu keperluan kehidupan. Sehinggakan ada orang kata kalau lah Muzik ni tak ada seolah-olah tiada kehidupan. Betu ker ?.
.
Ramai juga beranggapan berhibur ni juga macam dah sebati dengan jiwa manusia. tetapi dalam masa yang sama ramai juga mengeluh. Dari Hiburan nilah munculnya gejala-gejala yang tidak baik. Black metal hasil dari berhibur keterlaluan, Begitu juga gejala-gejala yang lain. kadang2 kesian juga dengan remaja-remaja ni. Sering dituduh macam2. Semua benda yang tak elok semua ada pada remaja.
.
Jom Kita Refresh Iman. Tengok, samada betul tanggapan kita selama ini yanng mengatakan remaja lah yang bersalah. Remaja dikatakan suka melepak-lepak dekat shoping2 kompleks. Diorang tu lepak kat mana tu. kat Tesco ker ?. Kat Giant ker ?. Tak kan?. Diorang akan lepak ditempat2 yang ada tempat lepak. Mcm kat Taman Perbandaran Seremban tu. Tempat lepak tu sapa yang buat ?. tak ada seorang pun remaja yang turut serta di dalam kelulusan mewujudkan taman tersebut. jadi SALAH REMAJA KER ?. Boleh ker kita kata kita sediakan tempat melepak pastu kita pun melalak-lalak kata jangan melepak. Pandainya. Kita dah sediakan makanan untuk orang makan. Pastu kita kata ni sapa suruh makan ni. saya sediakan bukan untuk makan. Untuk bau jer. hehehe geli hati betullah. Sama macam merokok. Kerajaan habis berjuta-juta dengan kempen jangan merokok. Kata tak nak lah. kata jangan lah. Tapi awat hang juai jugak.. Ni cerdik punya orang.
Remaja juga dikatakan suka berbondong-bondong ke konsert2 maksiat. Betul ker ?. Diorang suka pergi konsert. memang betul. Tapi salah mereka ker ?. Siapa yang anjurkan dan luluskan lesen konsert. Saya kira tak ada seorang remaja pun yang terlibat. Sapa yang bagi lulus ?. Tolong jawab sikit. Jadi SALAH REMAJA KER ?. Ni Beyonce nak datang Malaysia ni. Remaja ker yang jemput ?. Remaja ker yang anjurkan ?. Remaja ker yang sediakan tempat ?. Dan yang paling penting remaja ke yang LULUSKAN persembahan tuuu ?. jadi SALAH REMAJA KER ?.

.

Ustaz Khir : Kesian remaja sentiasa menjadi cemuhan. tapi bukan angkara mereka . Semua angkara bapak2 remaja yang gila kuasa dan gila dunia.

1 comments:

zakiahzanirun said...

btul2x...ape yg ust duk ckp tu sume btul..:-D

Post a Comment