Pages

Thursday, October 15, 2009

Salahkah kalau ingin berubah...

اللهم اهدني فيمن هديت. وعافني فيمن عافيت. وتولني فيمن توليت. وبارك لي فيما اعطيت. وقني شر ما قضيت. فإنك تقضي ولا يقضى عليك. وإنه لايذل من واليت. ولا يعز من عاديت. تباركت ربنا وتعاليت. فلك الحمد على ما قضيت. وأستغفرك وأتوب إليك. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم.

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
.
Inilah ungkapan kata-kata yang akan kita sebut di awal pagi. Kita pohon dari Allah hidayah. Hidayah ni kena mohon, kena cari dan kena usahakan. Memang Allah yang memberi hidayah tetapi tak bermakna kita hanya menanti di rumah tanpa mencarinya. Carilah hidayah. Dengan hidayah manusia akan berubah. Mungkin kita biasa mendengar kisah taubat Fudhail bin 'Iyadh. Kita juga biasa mendengar kisah taubat Sayyidina Umar Al-Khttab. Bukan sekadar mendapat hidayah tetapi berusaha menguatkan hidayah yang diperolehi.
.
Ada orang tanya apa ye sebenarnya hidayah ni. Errmm saya datangkan dengan analogi mudah untuk difahami. Suatu hari anda dalam perjalanan dari rumah di Sabak Bernam. Kemudian nak datang ke rumah saya di Teluk Intan. Anda tanya saya macamna nak pergi. Saya sebut nak datang dengan Bas pun boleh, naik kereta sendiri pun boleh, saya tunjukan jalan. Ermm jadi petunjuk jalan itu hidayahlah. Tapi kalau sekadar tahu jalan tapi tak berusaha untuk pergi mengikut jalan itu maka hidayah tadi hanya sekadar maklumat sahaja.
.
Manusia yang diberi hidayah dan bekerja untuk memenuhi tuntutan hidayahnya insya Allah dia akan berubah. Mungkin dia dahulu seorang perompak dengan hidayah insya Allah dia berubah. Kerana hidayah ini jalan yang Allah sediakan untuk menemuinya. Berbeza dengan orang yang hanya tahu tentang hidayah tetapi tidak pernah membawa dirinya sampai kepada hidayah, maka dia tidak menjadi apa-apa. Biasa saya sebut kalau seorang ustaz sekali pun tetapi dia tidak pernah berusaha mencari jalan pertunjuk itu maka dia tidak ada apa-apa dengan ilmu. melainkan hanya tahu menyebutnya sahaja (termasuk saya kot). Kerana hidayah tidak terhad kepada hanya mengetahui. hidayah itu diiringi amalan dan langkah. Orang sekarang kata gerakerja.
.
Indahnya kehidupan ini kita mulakan hari ini dengan memohon hidayah. Kemudian di paginya kita berjalan keluar rumah untuk mengejar hidayah itu. Di awal pagi juga kita memohon kesihatan kemudian kita keluar rumah untuk mengejar kesihatan itu. Kita juga memohon di awal pagi dengan keberkatan, kemudian kita akan keluar rumah untuk mengejar keberkatan itu. Jadinya kita keluar rumah mengejar hidayah, mengejar kesejahteraan, mengejar keberkatan. Hakikat sebenarnya kita adalah mengejar Allah...Kita mohon hidayah dari Allah kemudian kita berjalan di atas dasar hidayah itu dan akhirnya kita sampai kepada Allah. Kerana jalan hidayah itu adalah jalan Allah.
.
Mungkin sahaja dalam perjalan kita meraih hidayah itu kita akan diuji macam-macam. Orang akan cerca kita. Sebagai contoh seorang bekas banduan. Suatu masa dahulu dia pernah duduk dipenjara. Jasadnya terpenjara. tetapi jiwanya bebas. Jiwanya sentiasa meronta-ronta untuk pergi belari mendapatkan Allah. Apabila dia keluar penjara. Dia berubah. Dia dah dapat hidayah itu. Pastinya orang akan mengata :"Alah nak tunjuk baik konon bukan aku tak tahu engkau dulu macamna ?". Bayangkan kalau kita yang mengungkapkan kata-kata itu, Tahukah kita kedudukannya di sisi Allah ?. Maka sebab itu bukan sekadar hidayah yang kita mohon di awal pagi, kita turut mohon kesejahteraan untuk kita tabah hadapi cabaran itu. Kita juga mohon pimpinan Allah. Agar tidak lemah dan jatuh tersungkur di dalam perjalanan mengejar hidayah itu. Kita juga mohon perlindungan dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kita dari perjalanan ini.
.
Dalam doa di awal pagi juga sering kita ulang-ulang فلك الحمد على ما قضيت bagimu Ya Allah segala pujian di atas ketetapan mu. Ermm ini yang berat sangat ni. Kadang-kala ada ujian Allah yang kita rasa terlalu berat untuk kita tanggung. Sedangkan itulah ujian Allah yang paling sesuai untuk kita. Maka sebab itu Allah bagi. Allah tak akan zalim kan ?. Allah bagi yang paling baik dan paling sesuai untuk kita. Tapi memang kita rasa berat sangat ujian Allah itu. Sebab itu setiap pagi kita akan sebut pujian bagi Allah atas ketetapan yang diberikan pada kita. Mudah-mudahan kita perlahan-lahan akan belajar erti ikhlas dan redha dengan ketetapan Allah.

0 comments:

Post a Comment