Pages

Thursday, October 8, 2009

Tun Bertanya, saya jawab...

Baru-baru ini Tun Dr M, ada mengajukan berberapa soalan. Kesian dia terpinga-pinga di dalam mencari jawapan. jadinya saya mengambil inisiatif untuk jawabkan untuk Tun. Walaupun jawapan yang ringkas saya harap dapat merungkai kebingungan Tun Dr. M.
.
TUN DR. M KATA :
1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.
.
Untuk mengetahui sama ada sesuatu itu benar-benar hukum atau tidak maka sebab itu kita diwajibkan belajar. Bukan sekadar dengar, tahu dan rasa. Kita kena belajar. belajar dalam erti kata benar-benar belajar. tapinya berapa ramai dari kita yang benar2 rajin untuk belajar. Ramai dikalangan kita yang belagak macam pandai tapi bodoh sebenarnya. Saya sendiri kena tanya Tun dalam sepanjang hidup Tun sehingga usia sekarang berapa banyak kitab fiqh yang Tun berjaya khatamkan ?. kalau ada satu pun Al-hamdulillah, sebab baru Tun akan dapat bezakan sesuatu itu samada ia benar2 hukum atau tidak ?.
.
TUN DR. M KATA :
2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis (baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.
.
Sama dengan jawapan yang pertama. Pokok pangkalnya kena belajar. Asas pembelajaran fiqh adalah mengenal apa dia wajib, haram, harus, makruh dan sunat. Tun sebenarnya sedang membincangkan perihal yang ada kaitannya dengan harus. Nampaknya jelas sangat kedengkelan Ilmu sesetengah golongan kita dalam bidang yang sedang Tun perbahaskan. Untuk pengetahuan Tun Makruh itu bererti tuntutan meninggalkan sesuatu dalam masa yang sama tidak ada larangan melaksanakannya. Sekiranya sesuatu itu ada tengahan melakukan dan diikuti dengan tuntutan meninggalkannya maka ia menjadi haram. Kenapa kita nak bincangkan isu2 kecil seperti ini sehingga kita mengatakan siapa yang tidak menggosok gigi selepas dari terbenam matahari tidak mengikut Al-Quran dan melanggar sunnah nabi. Sedangkan ia adalah dalam hal-hal furu' dan hukumnya berlegar di antara harus dan makruh. Padahal banyak lagi benda-benda besar yang sepatutnya Tun tanya. Berapa ramai pemimpin2 besar kita yang tidak betul membaca fatihah pun. Sedangkan bacaan fatihah itu wajib di dalam solat. Salah bacaan fatihah maka tidak sempurna solatnya bahkan boleh membawa kepada batal kerana ketiadaan rukun . Saya rasa isu ini lagi utama Tun timbulkan.
.
TUN DR. M KATA :
5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?
.
Ia masih lagi di dalam ruang lingkup yang saya kira tidak sesuai untuk Tun bahaskan kerana, terlalu jauh kita kita bincangkan tentang suruhan memakai purdah atau larangannya. tun kena lihat insan yang paling dekat dengan Tun, sama ada asas kepada purdah itu, iaitu bertudung sudah pun sempurna. Perumpamaan logik akal mudah saya, tun sedang membicarakan untuk menambah aksesori pada kereta. tun sedang bertanya adakah ada keperluan untuk meletak nilai tambah kepada kereta. Sedangkan Tun ketika itu tidak pun mempunyai kereta. kalau sudah tidak berkereta kenapa nak bincangkan keperluan aksesorinya.
.
TUN DR. M KATA :
6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih. 7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?
.
Dalam hal ini saya bersetuju dengan Tun seandainya kita bersependapat mengatakan perkara ini berlaku kerana kedengkelan ilmu di kalangan masyarakat kita. Kenapa hal ini berlaku ?. Kerana masyarakat tidak di dedahkan dengan apa dia hudud yang sebenar. Apa dia undang-undang Allah yang sebenar ?. Apa dia hukum Allah yanng sebenar ? rasa-rasa kalau saya tanyakan kepada Tun, adakah Tun benar2 tahu apa dia hukum Allah, apa yang Tun akan katakan ?. Kalau Tun sendiri pun tak faham maka kita sama-sama memerlukan penjelasan bukan ?. tetapi malangnya di Negara kita isu undang-undang Allah ini isu sensetif bagi sesetenngah pemimpin negara. Jadi bagaimana untuk kita bagi penerangan kepada masyarakat. kalau masyarakat tidak faham kenapa nak salahkan mereka kerana salah tanggapan mereka pada hukum Allah. Kenapa tidak diberi peluang kepada kerajaan Islam Kelantan menerangkan apakah Hudud mereka ?. Benarkah ia benar atau lari dari hukum seperti yang Tun katakan. baru kita tahu dimana betul dan salahnya.
.
TUN DR. M KATA :
8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.
.
Dalam Isu ini Tun sedikit ceridik dengan mendatangkan contoh-contoh dari Al-Quran. Nyatanya Tun telah menjadikan Al-Quran sebagai panduan. tetapi masih dalam bidang yang berbeza. yang tun sebutkan ini didalam undang-undang qisas. memanng qisas ada timbanng rasa dan belas ihsan mangsa. tetapi tun tidak menyebut Hudud. hudud tidak ada keringanan ini kena dilaksanakan berbeza dengan qisas. untuk mengetahui bab ini Tun kena belajar apa dia Qisas, apa dia Hudud dan apa dia ta'zir. Mana yang boleh gugur hukuman dan mana yang hukumannya tidak gugur. hudud tak sama dengan qisas.
.
TUN DR. M KATA :
10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.
.
Di dalam menilai perpecahan dikalangan umat manusia, kita kita lihat sama ada perpecahan itu disebabkan oleh perpecahan disebabkan oleh hukum ( fiqh ), akidah, politik atau sebagainya. tidak adil untuk kita menghukum secara umum. Kita kata perbalahan dikalangan ulamak kerana perbezaan pendapat mereka. Dan kita kena jelaskan perbezaan yang kita kata tadi sama ada perbezaan tersebut di dalam perkara asas atau cabanga. Dan adakah perbezaan itu perbezaan disebabkan sumber hukum atau sebagainya. banyak nak cerita ni. kalau orang yang tak pernah pun belajar tentang agama memang dia akan kata ualamak2 berpecah kerana perbezaan pendapat . ye ke ?.
.
TUN DR. M KATA :
18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?Wallahua'alam.
.
Saya sangat setuju dengan pendapat Tun. Sebab itu kita kena laksanakan Islam itu secara menyeluruh supaya tidak timbul salah faham masyarakat terhadap Islam. Supaya masyarakat tidak melihat tidak menutup aurat itu sebahagian dari islam, supaya masyarakat tidak mengatakan politik wang itu Islam punya, supaya masyarakat tidak melihat tamak dengan harta sehingga membina mahligai seluas alam buana itu sebahagian dari Islam. Saya sokong Tun kerana niat suci untuk menjelaskan Islam yang sebenar sehingga menghilangkan salah faham dan menyebabkan orang lari dari islam sebab Islam sama je dengan agama yang lain... Wassslam.

0 comments:

Post a Comment