Pages

Monday, November 2, 2009

Angkara tauliah atau apa...?

Hah Dr Asri ditangkap. Pelik, aneh dan janggal sekali bunyinya. Tak terlintas difikiran saya tentang penangkapannya. Walaupun memang jangkaan awal bila berita ini keluar saya sudah dapat menangkap kemungkinan asas penangkapan tersebut. tetapi kenapa alasan ketiadaan tauliah diwar-warkan. Apa tauliah yang diperlukan oleh seorang pensyarah dan bekas Mufti yang telah mencurahkan ilmunya kepada masyarakat. Kalau Dr Asri ditangkap kerana ketiadaan tauliyah maka apa status anak-anak didiknya dari yang memegang Ijazah sarjana Muda, Master sehinggalah Phd ?. Tak layak ker seorang Dr ada tauliah Phd, pernah menjadi Mufti, masih tak layak berceramah. Sedangkan kalau di sesetengah Negeri, Muftilah yang mengeluarkan tauliah. Tiba-tiba si pengeluar tauliah itulah yang tak ada tauliah. Tak aneh ker tuh ?
.
Kalaulah Dr Asri ada melakukan kesalahan yang lain kenapa alasan ketiadaan tauliah dijadikan alasan. Isu yang sama juga pernah menimpa Dato' Ismail kamus bila ada orang mempertikaikan sama ada beliau ada tauliah atau tidak. Pelik. Kenapa mengajar Agama memerlukan tauliah. Apa tak cukup ker, dengan ijazah yang diberikan dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti malaya bahkan tak cukup ker Ijazah yang dikeluarkan dari Universiti Al-Azhar, dan Universiti-universiti timur tengah yang lain. Mengapa dalam proses mengajak kebaikan perlu ada tauliah. Kenapa tak ada yang tanya Beyonce ada ker tauliah nak menyanyi kat Malaysia. Mengapa mengajak ke arah kemaksiatan tiada ada prosedur yang menyusahkan ni. Tetapi dalam menyampaikan kebaikan dan kebenaran terlalu banyak pula prosedurnya. nak kena periksa dulu, dah lulus baru interview. Dengan kerenah peroses yang terlalu lama dan membingungkan.
.
Bercakap di atas pengalaman peribadi. Saya memohon tauliah untuk sebuah negeri. Memang saya ada tauliah mengajar di Negeri Sembilan dan dalam proses untuk memegang tauliah negeri Perak. Jadi untuk tauliah di sebuah Negeri ini saya telah pun menghantarkan permohonan seawal bulan 5. Yang sangat menyayat hati lagi menyedihkan, sehingga bulan 10 belum ada sebarang maklum balas. bila saya menelefon ke Jabatan Agama Negeri berkenaan, dimaklumkan permohonan saya masih belum sampai ke tangan mereka. Maksudnya apa ?. Maksudnya borang saya masih belum diproses!. kalau sampai pun belum, macamana nak proses ?. Tak sampai, bukan maksudnya posmen tak hantar, tapi siapa ntah yang buat kerja di Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah yang menyebabkan ia lambat di submit ke Jabatan Agama Negeri. Apa perlunya mereka menyimpan permohonan saya selama 5 bulan. Untuk apa ?. Nak semak apa ?. Nak cari apa ?. Sedangkan tugas mereka cuma memberi sokongan untuk di submitkan ke Jabatan Agama Islam Negeri. Kalau sudah diperam sampai jadi pekasam, bila pula nak sampai. Bila dah sampai pula nanti, berapa lama pula masa untuk diproses ?. Bila dah diproses kena menghadiri kursus pulak, lepas tu baru interview. Baru dapat tauliah . Itupun kalau mereka berpuas hati dengan kita. Kalau tidak mengulanglah semula. Kesimpulannya, berapa lama masa yang dihabiskan untuk mendpatkan tauliah ?. Dalam tempoh setahun itu siapa yang akan bertanggung jawab menyampaikan ilmu ???. Kalau nak juga ceramah dan mengajar maka akan berhadapan dengan tindakan kena tangkap.. Susahnya nak bantu kerajaan memperbaiki masyarakat. Meminjam kata-kata seorang teman, orang yang hebat adalah orang yang mampu memudahkan perkara yang sukar, bukan menyukarkan perkara yang mudah!.
.
Ada juga hikmah di dalam kes Dr Asri ni. Persoalan yang ditimbulkan juga sangat bernas. Adakah orang yang berceramah di 14 buah negeri, mereka memerlukan 14 tauliah. Fuh!.. maksudnya dia akan habiskan masa mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin bertahun-tahun lagi. huh.. Saya yang baru ada 1 tauliah, 1 dalam proses dan 1 lagi ntah ke mana borang saya, itu pun dah frust dah. Bayangkan kena mohon 14 tauliah. Fuh!. Minta JAKIM buat sesuatu untuk selesaikan masalah ni. Sahabat-sahabat di dalam JAKIM mungkin sedang merangka nak buat sesuatu.
.
Kalau masalah ni tak selesai sampai bila-bila, maka akan ramai lagi tokoh-tokoh hebat akan ditahan. Tak Mustahil lepas ni ada juga bekas Timbalan Menteri kena tahan sebab ceramah tak ada tauliah. Hehehe. Hati-hatilah berceramah. Khususnya di Selangor. Bukan masalah kerjaaan Pakatan Rakyat, tapi semua masalah ni JAIS yang menimbulkannya. Yang terpalit adalah kerjaan Negeri Selangor.
>
Ustaz Khir : Proses tauliah yang paling efisyen di Jabatan Mufti Negeri Sembilan kot. Sebab ada sahabat-sahabat yang best2. Khususnya Ustaz Syafie dan Ustaz Hafiz.. :)

0 comments:

Post a Comment