Pages

Saturday, March 27, 2010

Melakari Cinta

Iman itu cinta. Mungkin ada yang tanya saya. Kenapa Iman itu cinta ?. Tak pernah dengar pun. Ker sekadar retorik untuk menjadikannya popular. Maklumlah sekarang ni macam-macam Istilah pelik, bombastik nampak best orang buat. Tujuannya apa ?. Apa lagi nak cari popularitilah. Kadang-kadang perkataan itu lansung tak tahu apa matlamat dan tujuannya. Ye tak ?.

Kalau tak percaya, cuba saya tanya anda semua. Tahu 1Malaysia ?. Apa yang anda faham..?. Yeke kita faham ?. Hahahaha susah nak cakaplah kan.

Iman itu cinta. Bukan retorik. Bukan untuk popular. Tapi memang iman itu cinta. Idea ni mula saya lihat waktu dijemput untuk bersama-sama kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan ,di Rumah Kanak-Kanak X ( Rahsia ). Saya terpikir-pikir apa pendekatan yanng paling sesuai untuk saya cerita dengan diorang. Kebetulan masa tu jemputan ceramah Maulidur Rasul.

Takkan saya nak cerita kelahiran Nabi, Mukjizat Nabi dan pelbagai fakta yang mungkin menomadkan otak mereka. Al-Hamdulillah Ilham Allah beri. Saya kaitkan Iman itu dengan cinta. Memang mereka ketandusan cinta. Bila bercerita pasal cinta nyatanya sangat menarik perhatian mereka. ya tentang cinta.Saya namakan program hari itu MELAKARI CINTA
.
Iman itu cinta. Darjat iman yang tertinggi itu cinta. Matlamat itu itu jua cinta. Refresh Iman juga bererti refresh Cinta. Cinta memang dah ada. Kita cuma nak bangunkan. Kita nak bugarkan. Kita nak gilap ia. Biar cinta itu bercahaya. Kuasa cinta ni kuasa ajaib. Kuasa Iman.

Khabab bin al-Arat sanggup di baringkan di atas api sehinga luluh lemak-lemaknya kerana Iman. Ye kerana Cinta. Sumayyah sanggup melihat satu demi satu ahli keluarganya terbunuh di hadapan mata kerana Iman. Ya kerana cinta. Saidina Abu Bakar sanggup mengeluarkan keseluruhan hartanya kerana Imannya. Ya kerana cintanya.

Jom kita refresh Iman. Refresh Cinta kita...

1 comments:

زهرة حلوة said...

Salam..
insyaAllah..
ustaz!
refresh iman/ cinta!
post yg menarik sy baca..
=)

Post a Comment