Pages

Monday, March 8, 2010

Permata yang dilupakan..

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ
.
Maksud Hadith : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. sedang duduk beramai-ramai di masjid di Madinah tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada singgah di majlis Rasulullah dan seorang lagi terus berlalu. Seorang daripadanya telah melihat ada ruang kosong di dalam klompok itu lalu dia duduk dan seorang lagi duduk di belakang sekali . Ada pun orang ketiga membelakangkan majlis itu dan terus pergi. Apabila majlis sudah selesai baginda S.A.W. bersabda : Adakah kamu semua tahu perihal tiga orang manusia ? . Seorang daripadanya mengmbil tempat hampir kepada Allah, maka Allah hampir kepadanya . Manakala orang yang kedua dia malu kepada Allah, maka Allah malu darinya. Manakala yang ketga dia berpaling dari Allah maka Allah berpaling darinya .


HURAIAN

1. Di dalam hadith juga menunjukan bahawa mereka yang masuk memulakan dengan salam. Tetapi tidak dinyatakan jawapan salam itu kerana :

- Sudah sedia maklum.
- Orang yang sibuk di dalam menuntut ilmu digugurkan kewajipan menjawab salam .

2. Di dalam hadith juga tidak dinyatakan mereka berdua menunaikan solat tahyat al-Masjid, Imam ibnu Hajar al-‘Asqalani menafsirkan kemungkinan :

- Belum disyariatkan lagi .
- Mereka bukan di dalam keadaan wudhuk .
- Mereka menunaikannya, tetapi tidak disebutkan keranan menjaga kepentingan kisah yang dibawakan .
- Bukan di dalam waktu yang disunatkan. Oleh kerana itu Qhodi ‚Iyadh berpandangan tidak boleh menunaikan solat tahyat masjid pada waktu yang dimakruhkan .

3. Halaqah ialah sesuatu yang melengkung ( bulat ) ditengah-tengahnya kosong. Oleh kerana itu sunat membentuk halaqah di dalam majlis ilmu dan zikir .

4. Menghampirkan diri kepada Rahmat Allah dan Keredhaan Allah .

5. Di dalamnya juga terdapat hukum sunnah menjaga adab di dalam majlis Ilmu dan menjaga kemuliaan memenuhi ruang kosong di dalam halaqah.

6. Begitu juga harus melangkahi bahu orang untuk memenuhkan ruang-ruang selagi tidak mengganggu orang lain. Walaubagaimanapun seandainya ditakuti mengganggu orang lain, sunat tidak melangkahinya seperti dilakukan orang kedua.

7. Di dalam hadith juga menyebutkan pujian ke atas mereka yang meramaikan majlis ilmu. Dan celaan orang yang meyampingkan majlis Ilmu.

0 comments:

Post a Comment