Pages

Monday, June 28, 2010

Contohilah Saidina Abu Bakar..

عن عائشة -رضي الله تعالى عنها- قالت:
لما أسري بالنبي -صلَّى الله عليه وسلَّم- إلى المسجد الأقصى، أصبح يتحدث الناس بذلك، فارتد ناس.
فمن كان آمنوا به وصدقوه وسمعوا بذلك إلى أبي بكر -رضي الله تعالى عنه-، فقالوا:
هل لك إلى صاحبك، يزعم أنه أسري به الليلة إلى بيت المقدس، قال:
أو قال ذلك؟
قالوا: نعم.
قال: لئن كان قال ذلك لقد صدق.
قالوا: أو تصدقه أنه ذهب الليلة إلى بيت المقدس، وجاء قبل أن يصبح.
قال: نعم، إني لأصدقه فيما هو أبعد من ذلك، أصدقه بخبر السماء في غدوة أو روحة.
فلذلك سمي أبو بكر الصديق.
هذا حديث صحيح الإسناد،
.
Ringkasan Maksud Hadith :

Daripada A’isyah R.A katanya : Tatkala Nabi S.A.W diisra’kan ke Masjidil Al-Aqsa, Manusia mula bercerita mengenainya. Ada di antara mereka yang berpaling daripada kepercayaan kepada badinda. Sebahagian yang percaya menemui Saidina Abu Bakar bertanyakan isu berkenaan. Mereka bertanya : “Apa pandanganmu terhadap sahabatmu yang mendakwa dia di’isra’kan pada waktu malam ke Baitulmaqdis ?. Saidina Abu Bakar bertanya : “ Adakah dia mengatakan sedemikian ?.” Mereka menjawab : “Ya” . Kata Abu Bakar : “ Seandainya dia kata sedemikian maka benarlah dakwaannya itu “ . Mereka berkata lagi : “ Adakah engkau mempercayainya sedangkan dia mendakwa dia pergi ke Baitulmaqdis hanya dalam satu malam dan kembali sebelum subuh ?” . Katanya : “ Ya, Aku mempercayainya walaupun dia mengatakan lebih jauh daripada itu. Oleh kerana itulah dia digelar As-Siddiq..

0 comments:

Post a Comment