Pages

Wednesday, June 9, 2010

Kesedaran beragama.

Tiba-tiba saya terasa ingin berkongsi dengan anda tentang hidup beragama. Sebelumnya, terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah saban hari ia tidak putus-putus dengan pengunjung baru. Pengunjung2 setiatidak dilupakan. Kesabaran anda menanti celotoeh-celoteh terbaru di blog ini sangat mengujakan saya.

Kepada yang bertanyakan pelbagai soalan, harap2 berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan. yang masih belum terjawab juga terlalu banyak. Insya Allah ada kesempatan saya akan cuba menjawab segala pertanyaan anda.

Saudara.. saya sangat yakin dan percaya, semua orang tahu hukum menutup aurat. Bahakan saya 110% yakin bahawa semua orang Islam tahu hukum meninggalkan solat. Ala macamada sesetangah anak-anak murid yang saya didik. Bila ditanya kenapa tak solat Jumaat.. Dia buat apa ?.. Dia sengih jer. Macamlah sengih dia tu cantik sangat. Kalau tanya : Awak tahu tak solat jumaat itu wajib. Pun senngih jugak lagi. Maksudnya tahulah tu. Abih kalau awak tahu kenapa awak tak buat ?. Itu persoalannya.

Ermm bukan satu kes macamtu. banyak.bahkan banyak sangat. Awak tahu tak masuk masjid tu kena kaki kanan ?. Tahu kan ?. Abih kenapa masuk kaki kiri ?. Tambah sengih lagi. yang sedang baca ni pun mesti tersengih-sengih kan. Huhuhuhu..

Jadi saya dah pening2 lalat memikirkan. Apa isu sebenarnya. Apa masalah sebenarnya. kalau nak kata kurang didikan agama. Tak jugak. KBSR dan KBSM yang ada hari ini saya kira sudah memadai. Sudah cukup. Semua ada. Solat ada, zakat ada, haji ada. Tutup aurat ada. Yang ambil subjek Syariah Islamiyah dan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah lagi hebat. Lagi tinggi mengajinya. Tapi kenapa ada jugak yang tinggal solat. ermm erkkk ermmm. kita geleng kepala sama ;)

Maka bila dah pening2 .. pusing2. Saya cuba nak letakan hipotesis saya. Saya kata isunya bukan sebab kurang didikan agama tetapi agamanya MATI. Solatnya MATI. Ibadatnya MATI. aik apapasal ustaz kata Mati ?. MATI sebab dia tak hiduplah. Ermmm lagi pening ni.. Agama boleh MATI ke tuan ?. Bolehlah. Sebab lawan hidup itu adalah mati. Bilatak hidup maka ia mati. kalau di mati maka tak hidup. Mana boleh jadi sesorang itu hidup tapi dia mati. tak bolehkan. maka bila agama tak hidup maka dia mati.

Maka proses di dalam JOM REFRESH IMAN, bukan untuk mengajar IMAN. Tetapi belajar menghidupkan IMAN. JOM REFRESH ISLAM. Maksudnya hidupkan agama tu. Hidupkan iman dalam jiwa. Hidupkan Iman dalam diri. Hidupkan Islam dalam jiwa. Teringat salah satu ucapan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dalam satu kasetnya. Lebih kurang macam ni bunyinya : "Sebelum kamu tegakkan Islam di dalam negara, maka tegakkan Islam itu di dalam diri kamu". Lebih kurangbegitulah petikannya. Lama sangat dah dengar ceramah Almarhum tu. Kasetnya pun ntah ke mana ntah. Zaman belajar2 dulu ;). Maksudnya nak tengok Islam itu hidup dalam masyarakat , maka kita hidupkan Islam itu dalam diri kita.

Cukup lah tu dulu. Nanti2 sambung lagi. Tengah menarik ni. Sebab tu kena berhenti. Sambung lain kali ye.

0 comments:

Post a Comment