Pages

Tuesday, October 5, 2010

REMEH

Lama..lama dan sangat lama tak mencatat di sini. Sibuk ?. Tak jugak. Ke tak de idea ?. Pun tak jugak. Alhamdulillah banyak sangat idea yang dianugerahkan Allah. Banyak sangat benda yang nak dibincangkan. Ermm mungkin kadang-kadang kemalasan yang membelenggu diri. Ditambah pulak dengan kerja-kerja remeh temeh yang sentiasa mengekang ;) .


Ermm sebut pasal remeh temeh ni. setiap orang pasti akan berhadapan dengan remeh temeh setiap hari. Bahkan setiap saat. Walaupun ia remeh dan temeh kadang-kadang ia boleh jadi besar. Macam tengok anai-anai lah. Kita tengok dia kecik jer. Comel. Siapa sangka makhluk Allah sekecil dan seremeh itu boleh meruntuhkan bangunan. Tapi memang berlaku.



Tetapi membesar-besarkan benda yang remeh pun jadi masalah jugak. Saya pernah dengar ada orang bercerai hanya kerana berebut remote control Tv. Tak percaya ?. Ermm saya bila dengar macam tak percaya. Tapi dengarnya cerita tu cerita betul. Cerita yang betul ni walaupun macam tak logik maka ia berlakulah. Sebab ia betul. kalau tak betul pun tak mustahil berlaku sebab bilamana benda-benda remeh diperbesarkan maka tak mustahil pun berlaku.


Mungkin anda pun pernah duduk dalam perkara remeh. pernah tak kita bermesyuarat selama berjam-jam lamanya. Tapi akhir2 tak ada keputusan jugak. Sebab apa sebab suka bincang benda remeh. Bayangkan ada suatu mesyuarat itu, ahli-ahlinya bertegang urat berjam lamanya. Bincang apa ?. Mereka cuma bincang nak letak makanan dalam polisterin ke nak letak dalam pinggan. Tak caya ?. Ermm kebetulan mesyuarat tu saya ada dalamnya. ermm remeh remeh ;).


Dalam berhadapan dengan perkara-perkara ini mari kita tengok bagaimana Al-Quran dan hadith mengnajar kita berinteraksi dengan makhluk yang namanya siremeh ini :


من حسن إسلام المرء ترك ما لا يعنيه


Maksudnya : "Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang itu, ia meningalkan apa yang tidak penting baginya"




Maksudnya tiggalkan benda-benda remeh. jangan terlalu banyak memikirkan benda remeh. Tetapi tak pula sampai mengabaikan langsung. Tapi pasti ada yang bertanya. Mana kita nak tahu benda tu remeh ke tak. betul gak tu. Kalau kita tak tahu benda tu remeh. macamna kita nak tinggalkan. ini masalah ni.

Sebab tu dalam Islam ada suatu Ilmu yang namanya Maqasid Syar'iyah. tujuan untuk kita mengutamakan yang utama. Bila mana dah tahu mana yang utama dan perlu mengutamakan yang utama maka yang tak utama tulah namanya remeh.

kerja untuk Islam dan kerja untuk diri sendiri. sudah pasti kerja untuk Islam duduk no 1. Jadi kerja untuk diri jatuh no 2. tetapi berapa ramai yang gagal menutamakan yang utama lantas mengutamakan yang remeh.

Wah semakin menarik ni.. Jadi kena berhentilah ni. Jumpa lagi siri akan datang REMEH 2 ;)



0 comments:

Post a Comment