Pages

Monday, November 29, 2010

Ke Arah Membina Generasi Pemuda Baru !

Tatakala menyelak helaian-helaian akhbar pada suatu hari, untuk saya jadikan sebagai khutbah Jumaat. Mata saya lantas terpaku pada suatu tajuk yang sememangnya menjadi menu harian seluruh akhbar negara saban hari. Memetik paparan harian Metro pada hari tersebut , kisah seorang kakitangan kerajaan berusia 40-an ditahan kerana disyaki merogol dua anak gadisnya di rumah mereka.. Lelaki berkenaan ditahan pada hari sama selepas bapa saudara mangsa membuat laporan mengenai tindakan kebinatangan lelaki berkenaan. Siasatan awal mendapati remaja berusia 17 tahun dirogol bapanya sejak usianya enam tahun manakala adiknya yang berusia 14 tahun pula menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu ketika berusia 10 tahun. Ini sebahagian kecil dari rencah masalah sosial yang melanda Negara. Sebelum kita menyebak lebaran kisah tragis yang menimpa adik Alia Aiman yang baru berusia 3 tahun yang dirogol, diliwat dan dipukul betubi-tubi kekasih ibunya sehingga meninggal dunia di dalam keadaan sangat memilukan. Jantung kita turut berdebar kencang mengikuti kronologi pembunuhan kejam adik Syafia Humaira. Dipijak, ditendang seperti bola, dipukul bertalu-talu sehingga menyebabkan kulit kepala terkoyak, ususnya pecah dan pelbagai kecerderaan lain yang sangat menyeyat hati.
.
Suka saya lontarkan persoalan . Adakah manusia semakin kejam ?. Sudah lunturkah nilai-nilai murni dan sifat kemanusian. Ayah yang sepatutnya diharap memelihara dan menjaga anak daranya, menjadi peragut keamanan mereka. Ibu yang sepatutnya memberi belaian, menyerahkan anak untuk diratah dan dibelasah tanpa sedikit terdetik rasa belas kasian. Adakah dunia hari ini semakin tandus dari nalai-nilai murni dan kasih sayang ?. Kes-kes pembunuhan kejam juga sentiasa menarik perhatian kita saban hari. Bahkan ada yang bertindak bukan sekadar membunuh, turut membakar, mengebom, menyimen dan yang paling tragis di lipat dan dimuatkan di dalam beg sukan. Di mana sifat belas ehsan manusia hari ini. Tidak cukup kejamkah tindakan meragut nyawa seorang manusia ?. kenapa perlu ditambah dengan mehancurkan jasad kaku itu dengan bom ?. Tidak cukup kejamkah menyebabkan bapa kehilanngan anak, si isteri kehilangan suami anak-anak kehilangan ibu bapa. Kenapa perlu mayat itu dibakar, disimen dan dihancurkan ?.
.
Mari bersama kita berfikir sejenak. Apakah punca manusia semakin tidak bertamadun. Tidak cukup sempurnakah sistem pendidikan yang ada sehingga gagal kita membentuk manusia ?. Atau tidak cukup canggihkan kemajuan yang sedang kita capai sehingga manusia semakin kering hatinya . Atau adakah kerana tidak cukup tinggi menara dan bangunan bangunan pencakar langit yang kita bina sehingga manusia menjadi semakin buas. Atau kita masih memerlukan banyak lagi tranformasi, reformasi, inovasi, evolusi atau pelbagai lagi istilah-istilah yang memeningkan kepala untuk membentuk dan membina manusia. Atau mungkinkah manusia semakin lari dan jauh dari agama ?.
.
Allah S.W.T berfirman : Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai. ( Al-A’raf 179 ) .
Mari bersama saya, kita meneliti ayat ini secara tuntas. Tatkala Allah mengambarkan keadaan mereka lebih hina dari binatang ternakan, mungkin kita tidak mampu menggambarkannya. Saya datangkan dengan analogi mudah. Pernahkan anda melihat mesin perincih, mesih pelebur atau mesin pemotong ?. Adakah mesin perincih mengenal kertas yang dimasukan ke dalamnya samaada biru, hijau, kuning atau apa pun warnanya. Adakah mesin pelebur mengenal sama ada besi yang di masukan kedalamnya besi yang dibeli atau dicuri. Apa beza keduanya pada mesin tersebut ?. Begitu juga dengan mesin perincih. Bukankah ia pun gagal mengenal. Ia tidak tahu membezakan kertas yang halal dan haram Tugasnya adalah merincih.
.
Adakah kita hari ini tidak ubah seperti mesin ? Mata yang ada hanya sekadar untuk melihat objek bukan merasainya. Telinga yang ada hanyalah untuk menyerap bunyi bukan untuk memahaminya, hatinya yang ada hanyalah alat memperoses darah, bukan untuk memahami dan menghayati. Seandainya hipotesis saya ini nyata kebenarannya. Maka, ini membuktikan kita sebenarnya telah berjaya melahirkan manusia mesin yang mampu menjadi pekerja mahir atau separuh mahir dalam pelbagai sektor sama ada awam mahupun swasta tetapi kita gagal membentuk dan membina manusia. Pembinaan manusia adalah untuk melahirkan manusia yang mampu melahirkan manusia bukan sekadar mampu bekerja.
.
Hari ini pelbagai pihak mencadangkan pelbagai methode untuk membangunkan jatidiri manusia. Pelbagai istilah dan pendekatan yang nampak seakan-akan mantap dan berkualiti dicipta. Pelbagai kursus-kursus dan program-program diatur kononnya bertujuan membangunkan modal insan. Mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang kononnya dapat membangkitkan semangat motivasi dan harga diri mereka. Dalam masa yang sama program yang dihidangkan kepada mereka mencampurkan lelaki dan perempuan, saling bertepuk tampar, saling tolak menolak, angkat mengangkat, bersuka ria. Sukaneka dijadikan alasan untuk melihat wanita-wanita terkinja-kinja merebut kerusi, meniup belon atau pun mengisi air dalam botol. Program-program picisan diatur dengan meletakan pelbagai sempena dan nama. Baik untuk mengenang hari kebersihan alam, cintakan tumbuh-tumbuhan, hari kebudayaan atau kesenian, program Remaja Sedunia atau apa pun namanya. Adakah kesemua ini termasuk di dalam manual pembinaan manusia seperti yang digariskan Allah. Seandainya ia tidak disebutkan di dalam manual Allah. Aturan dan acuan siapa yang kita ikut ?. Adakah kita ingin membangunkan manusia dengan mengundang murka Allah. Adakah kita benar-benar serius di dalam membangunkan bangsa ? . Mampukah manusia dibina dengan mengundang murka Allah. Mampukah semangat motivasi dibangkitkan dengan menghalalkan percampuran di antara lelaki dan perempuan dan dipenuhi dengan perkara-perkara yang langsung tidak menyumbang terhadap pembinaan intelektual dan spritual yang nyata ada kemurkaan Allah, kita harapkan untuk membangunkan generasi manusia.
.
Seandainya program-program sebegini masih berterusan kita melakukan kesilapan yang sama. Ya kita boleh melahirkan jentera-jentera dan mesin-mesin separuh mahir atau pun mahir di dalam pelbagai sektor. Mahir, bertenaga dan mampu memacu kemajuan negara, tetapi dalam masa yang sama kita melambakan manusia yang kering hatinya dengan iman, tandus jiwanya dari kasih sayang dan gerhana jiwanya dari Iman. Justeru sebagai warga PSIS yang baru, mari bersama sebulat suara, kita bina dan gagaskan suatu budaya baru. Budaya hidup dengan Agama. Nyatakan suara kita. Bahawa kita menentang segala unsur-unsur hiburan melampau, program-program percampuran lelaki dan perempuan dan apa sahaja maksiat yang mengundang kemurkaan Allah di bumi PSIS ini. Kita sentiasa berazam ingin menjadi warganegara yang mampu membina keunggulan negara.
.
.
* Petikan ucapan sempenan Minggu Suai Kenal Pelajar Sesi Disember 2010

2 comments:

زهرة حلوة said...

syukran ustaz...

bila kemajuan teknologi smakin mningkat lebih diambil perhatian berbanding keruntuhan akhlak dan nilai moral insani makin tenat..

Zulhilmi said...

Assalamualaikum ustaz.

Ada khabar mengenai MSK kali nih ke? maaf lah saya tak dapat nak join walaupun hati kata nak jer turun PSIS..

Post a Comment