Pages

Monday, November 1, 2010

REMEH-bahagian akhir

Dalam meneruskan perjalanan hidup dan mengakhiri sisa-sisa usia yanng masih berbaki, kita perlu terus buat apa yang patut dibuat. Cuma pemilihan apa yang patut kita buat itu yang penting. Mendahulukan yang utama, mengurangkan yang penting dan mengabaikan yang remeh.
.
Cuma apa indicator..(cehhh ayat power sikit) yang perlu kita gunakan untuk mengatakan ini penting dan yang itu kurang penting dan yang itu remeh. Pernah tak kita rasa macam.. alamak.. banyaknye keje kena buat. Ermmm kurang sangatkah masa yang Allah berikan pada kita. Tapi bila tengok orang lain.. aik bila masa pulak dia ni menulis, aik berceramah sekeliling dunia, anak ramai jugak. Ermm anak2 berjaya pulak tu. Terlibat dengan persatuan, pegang jawatan tu, jawatan ini dan macam-macam lagi. Tapi semuanya beres. Wow banyaknya komitmen tapi tetap meletop!. Masa dia banyak ker, masa kita yang kurang ?. Ker masa kita sama.
.
Sebab itu kita kena belajar ilmu yang namanya remeh management. Ermmm ada ker ilmu ini ?. Mestilah ada. Cuma kita tak pernah dengar jer. Itu bahasa canggihnya. Bahasa mudahnya, bagaimana kita menguruskan perkara-perkara remeh dalam hidup. Macam cerita sebelum-sebelum ni.
.
Dalam Islam juga ada Maqasid. Tingkatan keperluan dan kepentingan. Dalam Islam pun ada Fiqh Aulawiyat. Menguruskan keutamaan. Jadi bila dah urus ikut keutamaan, yang tak utama dan tak penting jadi remeh. Dalam Fiqh pun ada usul dan furu'. Perbahasan hukum yang Usul macam solat berapa rakaat, waktu wajib zakat, kadar nisab zakat, miqat haji inikan yang penting-penting. Yang utama. Ingat tak kisah seorang lelaki yang berjalan berbatu-batu jauhnya untuk bertemu seorang ulamak untuk bertanya tentang hukum darah nyamuk pada bajunya, sedangkan waktu itu sedang berlaku pertumpahan darah dan peperangan. Yelah betullah dia nak tahu hukum darah nyamuk tu. Tapi waktu banyak darah umat Islam ditumpahkan, hukum darah nyamuk jadi remeh.
Sama lah jugak. Dalam keadaan hari ini kita pening kepala memikirkan bagaimana nak selamatkan anak-anak remaja kita dari pelbagai kebejatan akidah dan akhlak, tup tup ada sesetengah orang sibuk pulak bincang, malam jumaat nak baca Yasin ke tak. Aik peliknya.. ada beribu lagi kat luar tu tak sembahyang. kita sibuk jaja ke mana-mana cerita Baca Yasin malam Jumaat tu Bid'ah. Ermmm remeh ke tak ?. Apa pandangan pembaca. tepuklah dada tanya ke mana Iman kita ...
.
Sebagai penutup trilogi REMEH ini saya nak ajak semua sekali. Kita agar kembali kepada Islam. Meletakan yang utama tetap jadi utama. Dah remehkan yang remeh. Hidup dunia ni mudah..jangan disusah-susahkan, sebab kat akhirat besok lagi susah..

2 comments:

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

Setelah menghadam episod-episod 'remeh' ustaz ini, rasa banyak sangat kekurangan yang perlu dimuhasabah dan diketepikan. Tidak boleh tidak saya harus mempersiapkan diri dengan keutamaan-keutamaan yang lebih penting untuk berhadapan dengan masyarakat. Syukran atas artikel ustaz yang bermanfat ini.

زهرة حلوة said...

Bismillah.
Salamu'alaykum..
ustaz, mmg best lah ke3 artikel tentang remeh nih!
:( rasa mcm byk kne prbaiki lg ni..
pntg pngurusan mngenai msa dn prkara2 yg lebih utama dn pntg dr prkara2 yg remeh temeh..
syukran jazilan ya ustaz! syabas~

Post a Comment