Pages

Tuesday, December 28, 2010

Hijrah : Anjakan Minda Rabbani


قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذَّبِينَ {137} هَـذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ {138} وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {139} إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاء وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ {140}
137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka Sesungguhnya kaum (musyrik Yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka Yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim[1].

1. keluar menyelamatkan iman.

Sunnah Allah menetapkan perjalanan dan perjuangan Islam sentiasa mendapat tentangan dan cabaran. Hal ini kerana perjalanan iman itu adalah perjalanan yang jauh :
لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ….
42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka….[2]

Justeru bagi pejuang-pejuang Islam, mereka perlu memilih di antara dua. Memilih Islam atau kekal di dalam kekufuran. Memilih Allah atau selainnya. Memilih derita yang sementara atau kemurkaan Allah yang berpanjangan. Apa pun pilihan yang dibuat menggambarkan nilai iman di dalam diri.




2. Pembinaan dan pembentukan komuniti Islam.

Proses hijrah bukanlah proses pembinaan negara semata-mata. Bahkan proses hijrah adalah proses pembinaan negara bangsa. Proses pembentukan yang melalui pendidikan dan pentarbiyahan. Membina masyarakat dengan nilai-nilai iman dan amal. Menekankan kepada masyarakat pendidikan bukan sekadar berpaksikan tahu apatahlagi semata-mata mengejar sijil bahkan pendidikan adalah atas nilai penghayatan dan amal kepada iman.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ {96}

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.[3]

Peristiwa hijrah juga memaparkan golongan-golongan rijal yang sedia berkorban dan menyerahkan jiwa untuk Islam.

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ {37}
37. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.[4]

3. Menggunakan setiap ruang dan peluang untuk Islam.

Dalam peristiwa hijrah memaparkan pelbagai kategori manusia. Ada di antara mereka keluar secara bersembunyi, tidak kurang juga yang keluar dengan keberaniannya. Perjalanan Islam perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat. Gunakan segala kesempatan ruang dan peluang untuk menyampaikan Islam dalam apa keadaan dan suasana. Peniaga dengan caranya. Doktor dengan caranya. Petani dengan caranya. Begitu juga seluruh lapisan masyarakat. Pepatah melayu lama menyebutkan :

Jika cerdik diajak berunding
Jika bodoh disuruh diarah
Yang kurap menanggung buluh
Yang pekak memasang meriam
Yang buta menghembus lesung
Yang tinggi mengait kelapa
Yang berani dibuat kepala lawan
Yang kaya hendakkan emasnya
Kalau mua’alim hendakkan doanya
[1] Ali-Imran : 137-140
[2] Taubah : 42
[3] Al-A’raf : 96
[4] An-Nur : 37
Petikan Ceramah Ma'al Hijrah 1432
Tempat : Kampung Petaling, Bidor, Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, December 22, 2010

Refreshiman : Mempercayai hari akhirat!

Beriman dengan hari pembalasan beerti mempercayai bahwa dunia ini ada kesudahannya. Secara tidak langsung mengakui permulaan alam ini. Kerana yang Qadim tidak binasa dan tidak berubah. Di antara hikmah mengimani hari kiamat agar manusia tidak cenderung kepada dunia dan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupannya. Peristiwa berlakunya kiamat adalah perkara yang pasti berlaku tetapi bilakah berlakunya tetap menjadi rahsia tuhan.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْفِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ ، يَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ ، دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ ، وَحَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ ، قَرِيبٌ مِنْ ثَلاَثِينَ ، كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ ، وَحَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهْوَ الْقَتْلُ ، وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمُ الْمَالُ فَيَفِيضَ ، حَتَّى يُهِمَّ رَبَّ الْمَالِ مَنْ يَقْبَلُ صَدَقَتَهُ ، وَحَتَّى يَعْرِضَهُ فَيَقُولَ الَّذِى يَعْرِضُهُ عَلَيْهِ لاَ أَرَبَ لِى بِهِ . وَحَتَّى يَتَطَاوَلَ النَّاسُ فِى الْبُنْيَانِ ، وَحَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِى مَكَانَهُ . وَحَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا ، فَإِذَا طَلَعَتْ وَرَآهَا النَّاسُ - يَعْنِى - آمَنُوا أَجْمَعُونَ ، فَذَلِكَ حِينَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ ، أَوْ كَسَبَتْ فِى إِيمَانِهَا خَيْرًا ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلاَنِ ثَوْبَهُمَا بَيْنَهُمَا ، فَلاَ يَتَبَايَعَانِهِ وَلاَ يَطْوِيَانِهِ ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلاَ يَطْعَمُهُ ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَهْوَ يُلِيطُ حَوْضَهُ فَلاَ يَسْقِى فِيهِ ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلاَ يَطْعَمُهَا

Daripada Abu Hurairah R.A : Nabi S.A.W bersabda : Tidak akan berlaku kiamat
Kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah berlakunya peperangan diantara dua puak yang besar dimana ia menyebabkan korban yang banyak dan kedua-dua puak itu menyeru seruan yang sama,dan sehingga diutuskan dajjal-dajjal yang pembohong yang hampir mencapai tiga puluh orang dimana kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi,dan sehingga dicabut ilmu penegentahuan[pegangan keagamaan?-p]banyaknya berlaku gempa bumi,masa menjadi semakin singkat,timbulnya fitnah fitanah,banyaknya pembunuhan,harta dikalangan kamu menjadi banyak lalu melimpah ruah sehinggakan pemilik harta inginkan ada orang yang menerima hartanya lalu ia menawarkannya maka berkatalah orang yang ditawarkan harta kepadanya:Saya tiadak inginkan harta itu,dan sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan,dan sehingga lalu seorang lelaki di kubur seorang lelaki lalu ia berkata:Alangkah baiknya jika aku berada ditempatnya,dan sehingga terbit matahari dari sebelah baratnya dan manusia semua melihatnya maka mereka pun beriman,tetapi ketika itu iman seseorang tidak lagi manfaatkan dirinya jika ia sebelum itu tidak beriman atau tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya.Pasti akan berlaku kiamat tatkala dua orang lelaki telah merentangkan pakaian di antara mereka berdua lalu mereka tidak sempat berjual beli pakaian itu dan tidak sempat untuk melipatkanya semula.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang lelaki beredar membawa susu untanya lalu ia tidak sempat meminumnya.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang membaiki kolamnya lalu ia tidak sempat meneguk air dari kolam itu dan kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang mengangkat makanannya kemulutnya lalu ia tidak sempat memakannya.[1]
[1] Hadith riwayat Bukhary .

Monday, December 20, 2010

Cabang iman ketujuh : Iman dengan hari kebangkitan ( يوم البعث و النشور)

Allah S.W.T menyebutkan banyak ayat-ayat berkaitan dengan kebangkitan semula selepas kehidupan di dalam Al-Quran. Di antaranya firman Allah S.W.T :

(di antara sebab-sebab kufur) orang-orang (ialah kerana mereka) mengatakan Bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (Sesudah mati). katakanlah: "Bahkan, Demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya .

Begitu juga firman Allah S.W.T :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian ia akan mematikan kamu, setelah itu ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Ketetapan itu)" .

Bahkan banyak ayat-ayat lain yang membuktikan kewujudan kebangkitan semula selepas kematian justeru menolak pandangan golongan yang menyangka kehidupan dunia ini akan berakhir tatkala berakhirnya kehidupan di atas muka bumi ini.

Menurut Imam Al-Baihaqi beriman dengan hari kebangkitan bererti mengimani kekuasaan Allah menghimpunkan cebisan-cebisan jasad manusia, pecahan-pecahan yang terpecah di dalam laut, di dalam perut binatang buas, dan sebagainya menjadi jasad yang sempurna seperti awal penciptaan mereka. Mereka diberikan nyawa untuk hidup seperti kehidupan mereka sebelum ini.

Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, Adakah kita akan dibangkitkan semula Dengan kejadian Yang baharu?"

Menghidupkan sesuatu yang mati bukanlah mustahil disisi Allah. Bahkan ia turut dibuktikan dengan penilaian zahir dan dapat dilihat. Pernahkan kita melihat sebutir kacang hijau yang kering dan seakan tiada apa-apa. Kemudian darinya tumbuh benih, membesar dan mengeluarkan hasil. Bukankah pada asalnya butiran kacang tadi kaku, tidak bergerak dan ia mati !. Kemudian dengan kuasa Allah ia dihidupkan dan diberikan kehidupan. Ibaratnya sebutir kacang menghasilkan ribuan biji-biji kekacang yang lain. Bukankah Allah mampu menghidupkan selepas kematian ?.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Demikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda Yang kamu jadikan sekutuNya)? .

Begitu juga Allah S.W.T mengisahkan kehidupan dan kematian kepada Nabi Ibrahim A.S

Atau (tidakkah Engkau pelik memikirkan Wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkannya semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama Engkau tinggal (di sini)?" ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (tidak benar), bahkan Engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan Engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, Bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya Dengan daging ". maka apabila telah jelas kepadanya (Apa Yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang Aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ".


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Begitu juga Allah S.W.T membuktikan kemampuan menghidupkan yang mati dengan menjadikan tongkat Nabi Musa ular yang bergerak dan mampu membaham ular-ular sihir yang lain dan bertukar menjadi tongkat semula.

Allah juga menjelaskan kemampuan dan keupayaanNya menghidupkan yang mati di dalam kisah Ashabul Kahfi yang ditidurkan selama 300 tahun kemudian dibangkitkan dari tidurnya. Kemudian mereka dimatikan Allah S.W.T . Kisah mereka menjadi tauladan dan pengajaran sepanjang hayat manusia. Inilah di antara paparan-paran bukti Allah menghidupkan yang mati dan bukanlah sesuatu yang mustahil dari sudut kemampuan Allah untuk menghimpunkan sesuatu yang diciptakan dari tiada. Kerana mencipta sesuatu yang tiada, kemudian menjadikannya ada adalah lagi sukar dari menghimpunkan yang sedia ada. Tetapi kedua-duanya terlalu mudah bagi Allah melakukannya.

Allah juga mencabar golongan yang mendustakan kehidupan semula selepas kematian dengan cabaran yang keras. Bukankah Allah menciptakan manusia juga dari benda yang mati iaitu mani. Ia tidak mempunyai sebarang nilai dan tidak mampu melakukan apa-apa. Persenyawaan mani dan ovum adalah dengan izin Allah. Kemudian menjadi darah, menjadi daging kemudian terbentuklah manusia. Bermuala dari tidak mempunyai apa-apa lalu memiliki segalanya. Hanya dari setitis air mani yang tidak berharga menjadi manusia yang bertenaga. Bukankah itu terlalu mudah bagi Allah ? .


Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (tentulah berkuasa)!

Dengan segala bukti dan keterangan yang dijelaskan meyakinkan kita bahawa kehidupan selepas kematian itu suatu kepastian yang pasti.
.
.
.
Petikan kitab Jomrefreshiman : Cabang-cabang Iman.
Dibaca di Masjid Ikhwaniyah
Setiap hari sabtu minggu ketiga, selepas Subuh