Pages

Wednesday, May 11, 2011

Refresh..

Assalamaulaikum..


Sekian lama tidak membelek blog ni. Rasa-rasa hampir dua bulan jugak. Insya Allah akan menyusul nota-nota kuliyah selepas ini. Kitab refresh iman pun dah masuk nota yang keenam belas. Begitu juga dengan pengajian Kitab Tarikh Tasyri' kita.


Sebulan dua ni sibuk dimana-mana membentangkan pasal sumpah laknat. Mudah-mudahan masyarakat kita dapat sedikit kefahaman dari apa yang disampaikan. Melihat kepada respon audien di Masjid Ma'muriyah di Sungai Besar, Selangor, dengan tajuk yang sama, sangat memberangsangkan. Nyata masyarakat ingin tahu sesuatu..


Bila berlaku isu-isu sebegini, abnak kuliyah syariah perlu ambil kesempatan jelaskannya kepada masyarakat. Jangan jadikan ia polemik. Sepatutnya abnak kuliyah syariah menghuraikan hukum atas dasar prinsip ilmu. Jangan terikut dengan rentak politik murahan sesetengah pihak. Sama juga dengan isu-isu yang lain-lain. Bila ada isu maka masyarakat akan tahu. Contoh macam sebelum ni. Dalam masalah mendoakan raja di dalam khutbah solat jumaat. Kalau tak jadi isu, mungkin ada yang menyangka doa tu kena baca. tapi bila jadi isu baru masyarakat tahu rupanya doakan raja tu bukan rukun pun. Jadi apa masalahnya kalau tak doa ?. Nilah namanya isu makan tuan.. sama juga dengan isu orang belum Islam masuk masjid. Sapa yang timbulkan isu tu ?. Bila dijelaskan pada masyarakat baru masyarakat tahu rupanya zaman Nabi pun ada orang belum Islam yang masuk masjid. Maka ini peluang untuk jelaskan hukum.


minda masyarakat kita mula ingin menunjukan perubahan. tatkala telah muak dengan pelbagai isu remeh yang menyemakkan kepala, minda masyarakat mula memberontak. Ingin sesuatu yang lebih jelas dan terang. Harap-harap minda generasi emas kita di kampung pun turut sama mengikut rentak. Minda kita dah letih dan penat dengan isu-isu yang memperbodohkan kita.


Ada juga sembang ngan kawan2.... nak bantu orang kampung untuk belajar melayari internet dan mendedahkan mereka dengan media alternatif yang lebih bermaklumat. Taklah tertumpu pada akhbar arus perdana yang dibawa arus ntah kemana.. Dedahkan mereka dengan pelbagai isu utama, bukan sekadar membincangkan berapa kutipan tiket wayang 2 alam, bukan sekadar membincangkan siapa pengetua Af, siapa juara raja lawak.. dan pelbagai isu bawahan yang tidak sewajarnya dan tak sepatutnya pun menjadi agenda dalam minda kita.


Ermm untuk itu bacalah kitab Fiqh Aulawiyat. Pengalaman bersama jemaah Surau Kampung Serentang, Bidor, Perak di dalam membedah kitab ini sangat menarik. rupanya kita ni banyak terperangkap di dalam konflik keutamaan kepentingan. ermm insya Allah ada masa saya muat naikkan nota-nota berkaitannya.


Sampai jumpa lagi..

0 comments:

Post a Comment