Pages

Monday, June 6, 2011

Jutaan Penghargaan untuk anda!- ep 1

Alhamdulillah. Minggu pertama cuti sekolah bermula dengan sangat gemilang. Tak sia-sia saya memperuntukan seminggu cuti yang dipohon untuk bersama adik-adik yang sangat berhati luhur. Hari pertama berada di Akademi Imam Cilik telah terpancar gambaran masa hadapan yang sangat cerah. Tanpa lengah saya memulakan langkah menghidupkan hati yang menanti dengan penuh semangat. Sasaran awal seramai 40 orang nyata sangat meleset. Sehingga tamat waktu pendaftaran, Alhamdulillah... Allah menghimpunkan 80 remaja Bidor yang sedia untuk diri mereka dibangunkan. Dengan kerjasama semua abang-abang dan kakak-kakak dan tidak dilupakan kepada para penyumbang dari seluruh tanah air khsusnya tempat-tempat saya berkuliyah, Taman Cheras Utama, Bandar Tun husin Onn, Taman Seri Pulai, Seremban dan surau-surau dan masjid di seluruh bidor, nyata program seminggu dirasakan terlalu singkat.

Setiap hari yang berlalu.. dihiasi dengan keceriaan dan semangat berkobar-kobar adik-adik. Saya melihat ada satu potensi yang perlu terus dibangunkan. Takut juga semangat yang sedang membara akan sejuk dan beku. Sangat terkejut juga, komen2 di fb saya yang meminta untuk dilanjutkan kepada dua minggu dan ada juga yang menginginkan program dilanjutkan sehingga sebulan. Insya Allah..

Sekalung penghargaan untuk semua penggerak yang menjayakan Akademi Imam Cilik Kali ini. Khusus untuk para penyumbang, hanya Allah yang mampu membalas sumbangan kalian. Dan mudah2an sumbangan kalian menjadi penyelamat kalian dari api neraka Allah. Sumbangan anda kami ulit ia dengan tenaga dan penat lelah kami.

Jutaan penghargaan juga untuk anak-anak Abi : Hannan, Din, Khalid, Aiman, Nazmi, Wani, Akma dan Izah. Lautan terima kasih di atas kesudian hadir Anas dari Kelantan dan di atas kesudian berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai.

Khusus buat puteri kesayangan Abi dan Ummi..., seandainya kami menutup mata teruskanlah khidmat kita ini untuk membangunkan manusia. Abi dan Ummi sangat bertuah memiliki puteri solehah seperti dirimu.. yang tidak setanding dengan nilaian dunia dan segala isi di dalmnya. Pada dirimu duhai puteriku, Abi dan Umi sandarkan harapan untuk melihat usaha kita hari ini ada yang akan meneruskannya. Kesungguhan dirimu membuatkan Abi dan ummi teruja. terima kasih puteri Abi dan ummi...

Buat adik-adik Imam Cilik. Program kita telah pun berakhir tetapi perjalanan kita baru sahaja bermula. Ayuhlah kita terus bangun, terus mara dan terus melangkah. Segala pengalaman indah di dalam Akademi ini bukan sekadar dijadikan memori indah semata, tetapi jadikanlah ia pendorong untuk kita terus mara.

Jadikanlah titisan air mata kita kita pada hari keempat sebagai penyuci dosa dan kisah silam kita. Jadikan tawa kita pada hari kelima sebagai penyerinya.. Jadikan Azam kita pada hari pertama sebagai momentumnya. Ayuh lah...

3 comments:

✩ Halawatul Iman ✩ said...

Bismillah hirrohmanirrohim...
assalamulaikum whb abi ummi tercinta...
semoga sentiasa berada dibawah naunganNYA... alhamdulillah selesai sudah pogram IMAM CILIK..
tidak terkata2 anakanda bila membaca bait kata2 abi diatas.. sungguh mulia dirimu abi..
insyaAllah, puteri abi ummi ini akan meneruskan perjuangan ini andai Allah lebih menyayangi dirimu.. n_n
tidak teritung air mata puterimu ini kerana gembiranya bergelar anak dari abi dan ummi.. maha suci Allah.. semoga segala usaha murni kita mendapat keberkatan dari Allah swt.. insyaAllah
"ya Allah ya Rahman Ya Rahim.. hambamu ini sangat2 mengasihi dan menyayangi insan2 ini, maka engkau sayangilah mereka sepertimana mereka mengasihiku yaAllah... panjangkan umur mereka, berkati hidup mereka lapangkan hati mereka Ya Allah.. n_n
yaAllah.. jauhkanlah abi dan ummi dari azab siksaanmu.. titipkanlah kesabaran, kesederhanaan, kelembutan dalam diri insan ini.. berilah kesabaran kepada abi dan ummi dalam menempuhi segala cubaan dariMU yaAllah..
Engkau berikan sinar hidayahMU kpd kedua orang tuaku ini agar mereka sentiasa berada dijalanmu..jadikanlah hamba anak yang solehah buat mereka yaAllah.. gembirakanlah hati mereka bila mendapat anak sepertiku.. hapuskan kesedihan yang melanda diri mereka.. sesungguhnya Ya Allah hamba tidak sanggup melihat air mata keluar dari insan2 ini.. amin ya robbal alamin" syukran jazilan abi ummi tercinta... ^_^

✩ Halawatul Iman ✩ said...

maaf jika puteri abi ummi ini pernah menyakiti hati abi dan ummi...tegur anak abi ummi ini jika ada salah dan silap..

عبد الله said...

amieeannn....ya rabb al'alamin...
jakaAllah haoiran kasirr,,kepada abi dan ummi yang sanggup mengorban harta ,masa,tenaga dan lain-lain lagi.. untuk jalan Allah...
semoga apa yang dikorbankan itu ditukarkan Allah mnjadi setaman syurga di akhirat nnti ,dan mnjadi satu jawapan untuk akhirat nnti apabila dipersoalan 'apakah sumbangan kamu tntng islam'...ameaann....taqabbalaAllah huminna waminkum..

Post a Comment