Pages

Wednesday, January 11, 2012

Bangkitlah Wahai Pemuda!.

إِنَّمَا تَنْجَحُ الفكرةُ إذا قوي الايمان بها، وتَوَفَّر الإخلاصُ في سبيلها، وازدَادَتْ الحماسة لها، وَوُجِدَ الاِستِعْدَادُ الذي يحمل على التَضحية والعمل لتحقيقها. وتَكاد تكون هذه الأركان الأربعة: الايمان، والإخلاص، والحماسة، والعمل من خصائصِ الشباب. لان أساس الايمان القلبُ الذكي، وأساس الاخلاص الفؤاد النقي، وأساس الحماسة الشُعور القوي، وأساس العمل العَزْم الفَتِي، وهذه كلها لا تكون إلا للشباب. ومن هنا كان الشباب قديمآ و حديثأ في كل أمة عِمَادَ نَهْضَتِهَا، وفي كل نَهضَةٍ سِرَّ قُوَّتِهَا، وفي كل فِكْرَةٍ حَامِلَ رَايَتِها "إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى " الكهف

Sesuatu fikrah akan berjaya bila keimanan kepadanya utuh, dihiasi keikhlasan di dalam perjalanannya, ditambah dengan semangat yang membara, di dokong dengan siap siaga untuk berkorban dan bekerja untuk merealisasikannya sepanjang masa. Iman, ikhlas, semangat dan tekun berusaha adalah empat rukun kejayaan. Keempat-empat dasar utama ini hanya mampu dipikul oleh golongan pemuda. Asas iman adalah hati yang cemerlang. Asas ikhlas adalah jiwa yang suci, Asas semangat adalah penjiwaan yang sejati dan asas kepada amal adalah keazaman yang jitu.

Kesemua ini hanya ada pada pemuda. Justeru pemuda-pemuda dahulu dan sekarang merupakan tonggak kepada pembangunan ummah. Setiap kebangkitan itu ada rahsia yang menjadi momentum utamanya. Setiap ideologi itu ada yang mendokong panji-panjinya mereka itu adalah ”Pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhannya dan kami tambahkan hidayah mereka” إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Jangan sekalai-kali putus asa, putus asa bukanlah sebahagian dari akhlak muslim. Kenyataan hari ini adalah impian semalam. Impian hari ini adalah kenyataan esok. Orang yang lemah tidak akan selamanya lemah. Yang kuat juga tidak selamanya kuat. Tetapi kita ingin menjadikan yang kuat itu gagah dan berkuasa. Dunia menanti ketibaan dan kewujudan kalian wahai pejuang-pejuang.. Untuk menyucikan segala kesakitan dan keperitan yang ditanggungnnya selama ini. Akan tiba masanya bagi kalian memimpin Ummat ini dan memandu dunia ini. Berusaha dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh kerana keesokan hari kamu tidak akan mampu bekerja dan berusaha lagi.

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّهُ الَّذِينَ

آمَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاء وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

( Petikan Khutbah Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna kepada golongan pemuda )

Tatkala membaca dan mendengar khutbah yanng disampaikan oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna ini, meremang bulu tengkuk. Berat rupanya tanggung jawab pemuda ni. Kalau kita menyorot perjuangan dan perjalanan kehidupan Al-Imam As-Syahid kita dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan mereka berjuanng untuk Islam. Terasa sangat kerdil diri ini. Memetik kata-kata Dr Yusof Al-Qardawi di dalam mengenang Asy-Syahid Al-Imam : ” Mereka menyangka kamu mati tetapi kamu hidup selamanya di dalam hati kami, mereka menyangka kamu hilang tetapi kamu sentiasa kami lihat..

0 comments:

Post a Comment