Pages

Wednesday, May 30, 2012

Orang Muda Kena Cerdik!. Sayangi Negara.


Dalam sebulan kebelakangan ini nama saudara Adam Adli menjadi sebutan dan mendapat tempat melalui carian di laman-laman sosial di kalangan mahasiswa. Terlalu banyak pandangan dan komentar diberikan. Sama ada yang menyanjung tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina. Ini bukanlah episode baru di dalam sejarah gerakan mahasiswa bahkan sebahagian kecil dari perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Negara pernah digemparkan dengan kebangkitan mahasiswa seawal tahun 1960an yang membela nasib golongan miskin yang kebulur di kawasan-kawasan perkampuangn. sehingga mengundang kebangkitan Mahasiswa  memperjuangkan hak rakyat miskin di Baling Kedah. Pada waktu tersebut, mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) serta beberapa pertubuhan mahasiswa yang agak vokal telah mengambil keputusan untuk menggerakkan rakyat  di sana. Pada tanggal 19 November 1974, Mahasiswa  telah berjaya menggerakkan  lebih 1000 orang rakyat untuk berhimpun. Rapat umum tersebut berterusan sehingga 21 November 1974. Ketika itu, mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran rakyat dikhabarkan  lebih 13 ribu ummat membanjiri Pekan Baling. Peranan golongan mahasiswa juga tidak dapat dinafikan di dalam meniup kesedaran rakyat
Sebagai seorang Mahsiswa perlu menguasai suasana dan perkembangan semasa. Jangan menjadi Mahasiswa yang hanya tergelam di dalam selimut keseronokan dan duduk dicelah ketiak gejet-gajet canggih bermain game dan melayari laman-laman sosial. Sehingga melumpuhkan kehebatan intelektual mahasiswa. Mahasiswa perlu mencabar diri untuk berlari bersama dengan kelajuan arus perdana.
Penulis adakalanya tertanya-tanya apakah pandangan mahasiswa terhadap isu-isu besar di dalam negara atau langsung tidak pernah kisah dan peduli dengan apa yang sedang berlaku. Sebagai contoh, apa pendirian mahasiswa tehadap  pendedahan sebuah badan pemikir bebas,  Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) yang melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, ramai boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.
Dimana keperihatinan mahasiswa bila berhadapan dengan isu laporan ketua audit Negara  yang saban  tahun  menunjukan ketirisan wang milik rakyat di mana-mana. Sebagai contoh di dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 perhatian seluruh warga Negara tertumpu kepada projek pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding. Wang rakyat dibazirkan sebanyak RM 4 juta 428 ribu. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan gesaan agar rakyat berhemah di dalam berbelanja dan ada yang masih teragak-agak untuk membeli baju, buku, dan kelengkapan sekolah untuk anak-anak, ada sesetengah pihak yang langsung tidak merasa apa-apa dengan pembaziran yang berjumlah puluhan juta ringait seperti yang dicatatkan oleh Jabatan Audit Negara sebuah Agensi kerajaan yang menjalankan tugas memeriksa perjalanan dan aliran kekayaan yang dimiliki oleh rakyat dan diuruskan oleh kerajaan.  Begitu juga teguran Ketua Audit Negara terhadap Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 atau 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.  Negara juga dikejutkan dengan isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta tetapi tidak membuahkan apa-apa keuntungan kepada Negara. Mahasiswa harus melihat isu-isu ini sebagai agenda utama. Perjuangan Mahasiswa menuntut ilmu adalah untuk mewarisi Negara ini. Apakah yang bakal kita warisi seandainya apa yang sedang kita miliki hilang begitu sahaja.
Kepekakan dan kebisuan Mahasiswa hari ini akan mengundang kepada masa depan yang kelam. Persoalannya adakah mahasiswa kita hari ini benar-benar sensitive terhadap setiap perkara yang berlaku. Adakah mahasiswa yang ada telah benar-benar bersedia untuk mewarisi negara ini dan terus memecut laju menuju sebuah negara yang disegani dunia. Atau mahasiswa kita terus diperbodohkan dengan menghidangkan kepada mereka program-program picisan yang langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap pembinaan jati diri mereka. Program-program hiburan, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang langsung tiada batasan, konsert-konsert, dan pelbagai lagi program yang akhirnya membekukan minda mahasiswa dari terus berfikir.  

0 comments:

Post a Comment