Pages

Tuesday, September 10, 2013

Betulkan... kenapa degil!!!

Apa perasaan anda tatkala dikatakan : " Eh salah ni awak baca.. bacaan yang betul bukan begini..".
Realitinya itulah yang berlaku. Sekadar perkongsian pengalaman. Setelah menjalankan kempen yang sangat agresif untuk memperbaiki bacaan solat. Ramailah yang mengambil kesempatan di kuliyah di mana-mana untuk bacaan mereka diperdengarkan. Antara ramai-ramai yang datang menemui itu, seorang ni sangat menarik perhatian. Saya terpaksa menghabiskan masa selama hampir 2 minggu untuk mendengar keseluruhan bacaannya. Natijahnya apa ???. Alhamdulillah dia rasa sangat lapang. Sangat yakin. Bahkan sekarang ni dah yakin mengajarkan bacaan solat untuk orang lain. Nampak ???. Apa impaknya ???.
 
Anda...???. Ya anda.. Anda yang sedang membaca. Bila kali akhir anda memperbaiki bacaan solat ?. Bila kali akhir anda minta ustaz atau ustazah betulkan bacaan solat anda ? Bila ?. Masa darjah 6 ?. Masa tingkatan 3 ?. Masa kelas KAFA?. Bila dan bila ?. Saya dapat rasakan perasaan anda.
 
Sekarang ?. Kenapa tak betulkan bacaan anda sekarang ?. Sibuk ?. Yaaa memang kita sentiasa sibuk sehingga kita mengunjungi liang lahad. Tak kan nak tunggu masa tu. Itu masa berehat. Bukan masa untuk dipukul dan dipalu sehari-hari. Jadikan masa berehat tu untuk kita berehat dengan tenang. Dari riak wajah anda.. kelihatan anda masih memikirkan sesuatu . Nak fikir apa. Cuba tanya diri. Nak tunggu apa. Tak jumpa Ustaz yang boleh melapangkan masa untuk anda ?. Maka lapangkan masa anda untuk bertemu Ustaz. Tak jumpa ?. Jom datang bertemu dengan saya di Pusat Pendidikan Al-Imam AL-Juwaini setiap sabtu kecuali minggu ketia dari jam 5.00 ptg hingga pukul 6.00 ptg. Sibuk ?. Ya.. curi masa anda.
 
Berbalik kisah orang muda yang satu tadi tu. Umurnya lingkungan 40an. Maksunya dah solat puluhan tahun lah. bila saya dengar keseluruhan bacaannya, saya geleng kepala. Anda jangan. Anda jangan geleng kepala. Anda tak dengar. Bacaan anda yang perlu didengar. Kalau nak tengok lah ustaz geleng kepala macamna pula bila dengar anda baca. Jadi.. dia sedih sangat. Saya bagi dia intensif 2 minggu. Baca depan saya. Saya dengar, dia baca. Dia baca, saya dengar. Setelah dua minggu.. riak wajahnya berubah. Dia puas. Ya Puas. Setelah puluhan tahun inilah kali pertama bacaannya didengar.
 
Anda jangan tunggu puluhan tahun. Sekarang!!!!. Betulkan sekrang. Takkan anda sanggup nak qadha' keseluruhan solat yang tidak sah tu bila dah tua .
 
Mulakan sekarang. Jom semak bacaan Solat. Nak tahu cara ?. Kan Di Pejabat kita ada syarat penganjuran kursus. Kita pun wajib pergi kursus. Jadikan kursus solat sebagai salah satu kursus wajib. Jom perbaiki. Jom refresh iman.
 

0 comments:

Post a Comment