Pages

Thursday, September 12, 2013

Ragam manusia.

Sejak-sejak bergelar kaunselor yang tak terlatih ni mulalah diri ini rajin2 membaca sikap dan sifat manusia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Pensyarah2 di OUM yang banyak memberikan input yang berguna di dalam bidang kemanusiaan. Jutaan terima kasih juga di dedikasikan kepada seluruh kaunselor di Malaysia apatah lagi di dunia, kerana menjadi manusia yang paling memahami ( walaupun hanya dalam sesi aje :) hehehe ) . Manusia ada pelbagai sikap yang kadang-kadang sukar ditafsirkan. Melihat, membaca, memerhati dan meneliti adalah yang terbaik!. Ms Suriya kata Aahaa Observation Skill :).  Serius, bila tengok gelagat orang kita akan ketawa. Cepat melatah, buruk sangka, angkuh, sombong, rasa diri bagus dan lain2 lah.

Bila berhadapan dengan golongan ini, kita diam aje. Al-Quran ajar : "Qaaluu Salama". Teringat kes saya menegur seorang kenalan sebab menge"Share" ala-ala surat berantai di dalam FB. Konon2 dia ada senarai makanan yang haram. Dalamnya pelbagailah makanan yang disenaraikan itu. Saya melihat perkara ini sebagai suatu ketidak pastian. Kerana tidak ada apa2 dakwaan dari JAKIM atau Kementerian Kesihatan berkaitan statusnya. Saya minta dia remove. Amboi.. tiba2 melompat, melatah.. kenapa ?. Saya sangat suka kalau segala input yang baik disebarkan. Supaya semua umat Islam tahu. Tetapi kalau yang tak pasti, takut2 kita terfitnah. Saya tegurlah. Dia punya melatah.. Allah sahaja yang tahu. Akhirnya saya senyum sendiri dan saya kata, saya bukan takut pasal senarai tu, saya bukan takut orang tak beli. Tapi sayang sayang diri awak. Saya takut orang akan kata awak pembawa bahan fitnah. Faham. Haa kan dah malu sendiri. Inilah ragam manusia. Bersyukur sangat kerana sedang mendalami ilmu Psikologi dan segala yang berkaitan dengan keinsanan.

Sedikit perkongsian dengan kawan-kawan. Ini sebahagian dari modul yang kami terapkan di dalam pembinaan jati diri atau pengurusan stress diri. Dalam diri manusia ada ini :

0 comments:

Post a Comment