Pages

Saturday, January 14, 2012

Tafsir Ayat 159-160 surah Al-Baqarah

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاعِنُونَ159 إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (160)

Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.[1]

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ahli kitab tatkala mereka ditanya tentang perihal Nabi S.A.W di dalam Al-Quran . Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A, Muadz bertanya kepada golonganYahudi tentang peihal Nabi S.A.W seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran. Lantas mereka menyembunyikannya. Maka turunlah ayat ini.

· الكتمان menyembunyikan sesuatu yang ingin diketahui dalam keadaan ada permintaan untuk mengetahuinya.

Apa yang diturunkan Allah adalah bertujuan sebagai penjelasan dan petunjuk kepada manusia. Seandainya apa yang diturunkan Allah disembunyikan, maka matlamat penurunan tidak terhasil dan tidak tercapai. Allah member ancaman terhadap mereka yang menyembunyikan sesuatu yang penting, apatah lagi perkara-perkara yang berkepentingan.

Firman Allah S.W.T : ما أنزلنا من البينات و الهدى , bermaksud, segala yang diturunkan oleh Allah ke atas para Nabi samada kitab-kitab, wahyu dan petunjuk-petunjuk yang memimpin akal manusia ke jalan kebenaran. Ayat ini umum termasuk semua jenis perkara yang disembunyikan sama ada perkara keduniaan atau perkara berkaitan akhirat. Kerana ibarat dikira adalah berdasarkan keumuman lafaz bukanlah keranan khusus sebab sesuatu ayat diturunkan.

Firman Allah :

إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (160)

Kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.[2]

· Taubat adalah menifastasi kepada penyesalan terhadap perbuatan yang keji. Tiada matlamat lain selain dari penyesalan kerana melakukan kekejian.

· Islah (memperbaikan ) – Kata lawan kepada fasad, iaitu merosakkan.

Ayat ini jelas menunjukan perbuatan menyembunyikan kebenaran adalah suatu jenayah yang besar. Selayaknya bagi perlakunya menerika kutukan dan jauh dari ramat Allah.

Manakala sebuah hadith Nabi S.A.W menyebutkan :

من كتم علمه جاء يوم القيامة ملجما بلجام من نار

Barangsiapa yang menyembunyikan ilmunya, dia akan dating pada hari kiamat di dalam keadaan memakai topeng dari api neraka.



[1] Al-Baqarah : 159-160

[2] Al-Baqarah : 160

Friday, January 13, 2012

Young Muslim Adventure Camp


Sunday, January 1, 2012

Wahai Annakku ep-8

Seharusnya bagi seorang yang sedang berjalan menuju kepada Allah mempunyai seorang guru Mursyid yang Murabbi untuk mengeluarkan akhlak yang buruk dari dalam jiwanya dengan tarbiyahnya. Kemudian guru mursyid yang rabbani tadi memasukan sifat-sifat yang baik menggantikan sifat-sifat yang buruk. Maksud tarbiyah itu adalah seperti seorang peladang mencabut lalang dan tumbuh-tumbuhan lain di antara tumbuh-tumbuhan yang ditanam dan dipelihara. Proses ini bgi memastikan tumbuh-tumbuhan tersebut dapat hidup subur dan membesar.

Wajib bagi seorang salik memerlukan guru mengajarkannya adab dan membimbingnya ke jalan Allah. Allah mengutuskan bagi hambanya utusan untuk membimbing manusia ke jalannya. Apabila baginda S.A.W berlalu pergi maka tempat baginda digantikan oleh khulafa’ ar-rasyidin.

Syarat bagi guru yang membimbing dan memberikan tunjuk ajar, beliau mestilah menjadi pengganti kepada Rasulullah S.A.W . mempunyai keilmuan, tetapi bukanlah keilmuan itu syarat utama untuk menjadi khalifah. Aku menjelaskan sebahagian dari cirri-cirinya secara umum untuk mengelakan semua orang mendakwa dia adalah Mursyid.

1. Barang siapa yang menyampingkan cinta kepada dunia dan cinta kepada jawatan maka dia mengikut jalan Nabi S.A.W.

2. Sentiasa melatih dirinya dengan sedikit makan , cakap, tidur, memperbanyakan solat, sedekah dan puasa.

3. Menjadikan akhlak yang baik sebagai budaya kehidupan seperti sabar, syukur, tawakal, yakin, qona’ah, jiwa yang tenang, tawadu’, berilmu, benar, pemalu, menunaikan janji,menghormati orang dan sebagainya.

Seandainya menjumpai guru yang sedemikian maka ikutlah ia kerana dia adalah cahaya dari cahaya kenabian Muhammad S.A.W.. Tetapi guru yang sedemikian terlalu sedikit di dalam sedikit.

Perlulah bagi seorang salik menghormati gurunya luar dan dalam.

Menghormatinya secara zahir adalah dengan tidak berbalah dengannya, tidak menyibukan diri berhujah dengannya dalam setiap masalah walaupun mengetahui kesilapannya. Tidak membentangkan dihadapannya sejadah melainkan waktu solat, apabila selesai angkatlah ia. Tidak memperbanyakkan solat sunat dengan kehadirannya. Melaksanakan arahan gurunya dengan sepenuh usaha dan tenaga.

Adapun menghormatinya secara batin dengan tidak menyalahi di dalam perbuatan, perkataan, sehingga tidak digelar sebagai munafiq. Menjaga dirinya dari duduk di dalam majlis-majlis ahli-ahli suuk. Dia perlu mengurangkan kekuasan syaitan dari jin dan manusia. Dalam apa keadaan dia perlu memilih al-faqr daripada al-ghina.

Kemudian ketahuilah tasauf itu dua bahagian :

· الاستقامة مع الله تعالى.

· والسكون عن الخلق.

Barangsiapa yang istiqomah bersama Allah, diiringi akhlak yang baik dengan manusia, dan berinterkasi dengan mereka dengan al-hilm maka dialah sufi. Istiqomah itu adalah menyerahkan bahagian jiwanya untuk menunaikan suruhan Allah dan berinteraksi dengan baik kepada manusia. Tidak memaksa manusia di bawah kehendaknya tetapi memaksa dirinya mengikut kehendak manusia selagi tidak bercanggahan dengan syara’.

Kamu bertanya tentang ‘ubudiyah. ‘Ubudiyah itu 3 perkara :

  1. محافظة أمر الشرع.

  1. الرضاء بالقضاء والقدر وقسمة الله تعالى.

c. ترك رضاء نفسك في طلب رضاء الله تعالى

Wahai Anakku ep-7

5. “Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, ternyata mereka suka saling mencela dan mengutuk satu sama lain. Penyebabnya adalah kedengkian terhadap harta, jawatan dan ilmu. Kemudian kuperhatikan firman Allah:

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan Yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa Dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka Segala keperluan hidup mereka Dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya Yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya Yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata Yang mereka kumpulkan. ( Az-Zukhruf )

Aku mengetahui sesungguhnya pembahagian itu adalah dari Allah semenjak azali. Maka aku tidak mendengki sesiapa. Aku meredhai dengan pembahagian Allah.

6. Ketika kupandangi makhluk yang ada di duna ini, ternyata mereka suka berbuat kedurhakaan dan berperang satu sama lain dengan sesuatu sebab atau alasan. Aku pun kembali kepada firman Allah:

6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

( Al-Fathir )

Oleh kerana itu aku melihat tiada sebab aku memusuhi orang lain. Kerana syaitan itulah satu-satunya musuh yang sebenar. Maka aku menjadikannya musuhku.

7. Ku melihat setiap manusia berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuap nasi dan tanggungan kehidupan. Sehingga menjerumus mereka kepada perkara yang syubhat dan haram. Mereka menghinakan diri mereka dan merendahkan kedudukan mereka. Aku memerhatikan firman Allah:


6. Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan). ( Hud )

Aku termasuk binatang melata yang rezekinya da pada Allah. Oleh itu aku menyibukkan diri dengan ibadah kerana ia menjadi hak aku kepada Allah dan kutinggalkan apa yang menjadi hak Allah pada diriku”

8. Aku melihat makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing menggantungkan diri pada makhluk lain. Yang satu pada benda yang dicintainya, yang lain pada perniagaannya, dan perusahaannya, atau pada kesihatan tubuhnya. Masing-masing bergantung pada benda. Lalu aku kembali pada firman Allah:


…dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ( Ath-Thalaq )

Kerana itu akupun bertawakkal kepada Allah, ternyata Allah mencukupi keperluanku”

Jawab gurunya Syaqiq: "Sesungguhnya aku lihat di dalam Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Dan inilah intipati kitab samawi yang empat ini. Siapa beramal dengan lapan masalah itu, nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab".

Wahai Anakku ep-5

Renungkan pada kisah yang lain. Hatim Al-Asom[1] merupakan di antara pengikut Syaqiq Al-Balkhi[2]. Pada suatu hari Syaqiq bertanya kepada Hatim : “ Engkau telah bersama denganku selama 30 tahun, apakah yang engkau peroleh sepanjang tempoh itu ?”. Hatim menjawab, sepanjang tempoh itu aku memperolehi 8 ilmu dan ia memadai bagiku. Kerana aku mengharapkan kebebasan dan keselamatanku dari api neraka Allah terdapat pada kelapan-lapannya”. Lantas Syaqiq mengatakan sepanjang tempoh itu Cuma 8 sahaja yang engkau perolehi ? sambil mengungkapkan إنا لله وإنا إليه راجعون Hatim menyenaraikan kelapan-lapan ilmu yang diperolehinya :

1. Aku melihat kepada manusia, setiap mereka mengambil kekasih yang dikasihi dan dicintainya. Sebahagian kekasihnya hanya menemaninya sehingga nazak. Sebahagian yang lain pula hanya menemaninya di tepi lubang kubur. Kemudian semuanya balik. Tinggallah dia sunyi sendirian. Tiada seorang pun yang menemaninya di dalam liang lahad. Aku merenungkan perihal itu dan aku mengatakan kepada diriku : “Sebaik-baik kekasih adalah yang bersama-sama kekasihnya di dalam kubur, menyantuninya dan memeliharanya dari kejelekan kubur. Setelah meneliti aku tidak mendapati yang lain selain amal yang soleh”. Maka aku mengambilnya sebagai kekasihku. Agar dia dapat menerangi kuburku, menyantuniku di dalamnya dan ridak akan sekali-kali meninggalkanku sendirian di dalamnya[3].

2. Aku melihat ramai manusia mengikut hawa nafsunya. Mereka bersegera memenuhi tuntutannya. Aku merenung kepada firman Allah :

$¨Br&ur ô`tB t$%s{ tP$s)tB ¾ÏmÎn/u ygtRur }§øÿ¨Z9$# Ç`tã 3uqolù;$# ÇÍÉÈ ¨bÎ*sù sp¨Ypgø:$# }Ïd 3urù'yJø9$# ÇÍÊÈ

Adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya[4].

Aku meyakini Al-Quran sangat benar. Maka aku bersegera melawan nafsuku. Aku menyediakan diri melawannya. Aku sekali-kali tidak akan menurutinya sehinggalah ia menurut ketaatan kepada Allah.



[1] Nama lengkapnya adalah Abu AbduRrahman Hatim bin Alwan, terkenal dengan gelar Al-Asham. Wafat pada tahun 237 H / 751 M, dia termasuk tokoh guru besar (syaikh) khurasan, murid Syaikh Syaqiq, guru Ahmad bin Khadrawaih. Hatim dijuluki Al-Asham (orang yang tuli) bukan karena ia tuli akan tetapi pernah ia berpura-pura tuli karena untuk menjaga kehormatan seseorang hingga ia dijuluki dengan Al-Asham. Banyak kata-kata hikmah yang terbit dari mulutnya. Di antaranya :

علمت أن رزقي لا يأكله غيري ، فاطمأنت به نفسي ، وعلمت أن عملي لا يعمله غيري ، فأنا مشغول به ، وعلمت أن الموت يأتي بغتة ، فأنا أبادره ، وعلمت أني لا أخلو من عين الله ، فأنا مستحي منه

[2] Namanya Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-balkhi, wafat pada tahun 149 H / 810 msehi dan termasuk guru besar sufi khurasan. Beliau adalah guru Hatim Al-Asham. Diceritakan bahwa Syaqiq Al-Balkhi adalah putera seorang yang kaya raya.

[3] Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya jika mayat telah diletakkan di kuburnya, mereka mampu mendengar suara mereka yang menguburinya. Jika ia seorang Mukmin, solatnya hadir menemani di kepalanya. Puasa di samping kanan dan zakatnya di samping kirinya. Perbuatan lain seperti infaq, silaturrahmi, amar makruf dan akhlak baiknya ada di kakinya. Kemudian dua Malaikat datang dari sebelah kepala. Solatnya berkata, "Tak ada yang boleh masuk dari arah ini". Malaikat tadi pindah ke sisi kanannya, dan dicegah oleh puasanya, "Tidak ada yang boleh masuk dari arah ini". Mereka pindah ke samping kiri. Dijawab oleh zakat, "tidak ada yang boleh masuk dari arah ini". Lalu mereka mendatangi dari sebelah kiri. Sedekah, silaturrahmi, amar makruf dan akhlak baiknya mencegah, "Tidak ada yang boleh masuk dari arah ini". Akhirnya mereka berkata, "Duduklah"

[4] An-Naazi’at 40-41

Wahai Anakku ep-4

Kesimpulan kepada ilmu adalah engkau mengetahui apakah dia ketaatan dan ibadah . Ketahuilah bahawa ketaatan dan ibadah adalah menuruti Allah di dalam suruhan dan larangan dengan perkataan dan perbuatan. Dalam erti kata lain apa yang kamu katakan, kamu perbuat dan kamu tinggalkan hanya kerana menurutiNya. Sebagai analoginya ; Seandainya kamu berpuasa pada hari Raya dan hari-hari Tasyriq kamu mengingkarinya. Ataupun kamu bersolat dengan menggunakan pakaian yang dirampas dari hak orang lain, kamu tetap berdosa walaupun kesemua perbuatan tadi seakan ibadah.

Wahai Anakku

Jadikanlah perkataanmu dan perbuatanmu selari dengan syara’. Hal ini kerana ilmu dan amal yang tidak berjalan di atas landasan Syara’ adalah sesat. Jangan pula kamu terpedaya dengan gaya dan cara golongan sufi. Laluan bagi orang yang ingin menyucikan jiwa itu adalah dengan mujahadah, mematahkan nafsu dan menewaskan hawanya dengan pedang ibadah dan bukannya dan gaya dan penampilan.

Ketahuilah sesungguhnya lidah yang berkata-kata dan hati yang berdetak yang dipenuhi dengan perkara melalaikan dan syahawat adalah tanda kecelakaan. Seandainya kamu tidak membunuh nafsu dengan mujahadah yang sebenar hati kamu tidak akan hidup dengan cahaya ma’rifah.

Ketahuilah.. sebahagian persoalan yang engkau ajukan pada diriku tidak mampu dijawab dengan penulisan dan nukilan kata-kata. Engkau hanya akan mengetahui seandainya engkau berada pada tahap tersebut. Seandainya tidak, mengetahuinya adalah mustahil. Semua itu adalah Zauqiyah ( rasa). Semua hal yang dirasa tidak mampu disifatkan dengan kata-kata seperti manisnya manisan dan pahitnya hempedu. Manis dan pahit cuma boleh diungkap dengan rasa. Diriwayatkan dari seorang yang tidak berminat untuk berkahwin, ia menulis kepada sahabatnya : Ceritakan kepadaku kelazatan hubungan intim. Maka sahabatnya menulis di dalam jawapannya : Wahai Fulan, selama ini aku hanya mengetahui kamu tidak berminat untuk berkahwin, tetapi hari ini aku turut mengetahui kamu juga seorang yang bodoh. Hubungan intim itu adalah kenikmatan zauqiyah, seandainya engkau berada di tempatnya engkau akan merasainya. Seandainya tidak, mustahil untuk dinukilkan dengan kata-kata dan tulisan.

Wahai Anakku

Kebanyakan soalan mu, termasuk di dalam kumpulan ini. Adapun sebahagian yang mampu dijawab itu telah aku sematkan di dalam Ihya’ Ulumuddin dan kitab-kitab yang lain. Aku abadikan disini sebahagian darinya secara ringkas,.

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap insan yang berjalan menuju kepada Allah 4 perkara :

1. I’tikad yang sahih, tidak wujud di dalamnya bid’ah.

2. Taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak sekali-kali akan kembali kepada kehinaan.

3. Memohon keredhaan lawan, sehingga tiada siapa yang menuntut sesuatu dari kamu.

4. Menguasai ilmu Syariah pada kadar keperluan untuk menunaikan segala suruhan Allah.

Bersesuaianlah dengan kata-kata :

اعمل لدنياك بقدر بقائك فيها واعمل لآخرتك بقدر بقائك فيها فيها واعمل للنار بقدر صبرك عليها

Bekerjalah untuk duniaMu sekadar keperluanmu duduk di atasnya, beramallah untuk akhiratmu sebanyak kekalnya kamu di dalamnya dan beramallah untuk menjauhi neraka setakat kemampuan mu menaggungnya.

Wahai Anakku ep-2

Barang siapa yang tidak beramal tidak akan memperolehi ganjaran. Diriwayatkan kisah seorang lelaki dari Bani Israel beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Allah berkehendak memuliakan lelaki ini dikalangan para malaikat. Diutuskan kepada lelaki tersebut satu malaikat agar mengkhabarkan kepadanya dengan amalan yang sedang dilakukannya sekarang tidak melayakkan untuk memasuki syurga. Apabila disampaikan sedemikian, lelaki itu berkata : “ Kami diciptakan untuk tujuan beribadah, maka sewajarnya kami beibadah kepadanya”. Apabila malaikat itu kembali bertemu Allah dia berkata : “Wahai tuhan, engkau mengetahui apa yang telah dikatakannya”. Allah berfirman : Dengan sedemikian pun dia tidak berpaling dari melakukan ibadah kepadaku, aku ( Allah ) yang mempunyai kemulian sekali-kali tidak akan berpaling daripadanya. Persaksiakanlah wahai malaikat, telah aku ampunkan segala dosa-dosanya”.

Nabi S.A.W bersabda :

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah dirimu sebelum kamu ditimbang.

Imam Ali berkata :

من ظن انه بدون الجهد يصل فهو متمن ومن ظن انه ببذل الجهد يصل فهو مستغن

Barang siapa menyangka tanpa kesungguhan dia akan masuk kesyurga, maka dia adalah orang yang berharap. Barang siapa menyangka dia akan samapi dengan berusaha bersungguh-sungguh maka dia terlalu yakin

Berkata Imam Hasan R.H : memeohon syurga tanpa amalan, adalah dosa daripada dosa-dosa. Dan katanya : Tanda-tanda hakikat yang sebenarnya adalah meninggalkan mulahazah amal, bukannya meninggalkan amal.

Nabi S.A.W bersabda :

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ، وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، و الأحمق مَنْ اتبع هَوَاهَ، وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ تعالى الأماني

Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa memuhasabah diri dan beramal untuk sesudah kematian, Orang yang bodoh adalah orang yang mengikut hawa nafsunya dan beraharap kepada Allah dengan pelbagai harapan.

Wahai anakku

Berapa malam yang telah kamu hidupkan dengan mengulang-ngulang ilmu dan mengulangkaji kitab-kitab. Dengan sebab itu kamu mengharamkan tidur ke atas dirimu. Aku tidak tahu apakah pendorong yang menyebabkan kamu berbuat sedemikian. Seandainya niat kamu untuk memperolehi sedikit habuan dunia, memperolehi hartanya, menikmati jawatan dunia dan untuk berbangga di anatara sahabat dan teman, maka celakalah diatas dirimu dan cilakalah. Seandainya niat mu adalah untuk menghidupkan syariah Nabinya, memperbaiki akhlak dan melemahkan nafsu ammarah bi suuk, maka berbahagialah bagimu.

Benarlah kata-kata penyair yang menyatakan :

سهر العيون لغير وجهك ضائع وبكاؤهن لغير فقدك باطل

Ertinya :

Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna.

Wahai Anakku

عِشْ ما شئتَ فإنك مَيِّت وأحببْ من شئت فإنك مُفَارِقُه واعمل ما شئتَ فإنك مُجْزَى به

Hiduplah semahumu kerana kamu akan mati, cintailah sesiapa yang kamu mahu, maka sesungguhnya kamu akan meninggalkannya. Lakukankan apa yang kamu mahu kerana kamu akan diberikan balasan.

Wahai Anakku.

Apakah yang kamu perolehi daripada mempelajari ilmu kalam, ilmu perdebatan, ilmu perubatan, syair-syair, bintang-bintang, ‘arudh, nahu, tasrif, dan sebagainya melainkan membazirkan waktu dengan bercanggahan dengan kemahuan Allah.

Aku meneliti di dalam kitab Injil , Nabi Isa A.S bersabda : Daripada waktu jenazah dibaringkan sehinggalah diletakkan di liang kubur, Allah akan bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertamanya ; Wahai hambaku kamu membersihkan pandangan manusia kepadamu bertahun-tahun lamanya. Dan kamu tidak membersihkan pandanganKu padamu walaupun seketika. Setiap hari ia melihat kepada hatimu dan berkata : Apa yang kamu perbuat untuk selainKu. Sedangkan kamu diliputi dengan kebaikanku,ataupun kamu pekak sehingga kamu tidak mendengar!”

Wahai Anakku

Ilmu tanpa amalan gila, dan amal tanpa ilmu tidak menjadi.

Ketahuilah bahawa ilmu tidak menjauhkan dirimu dari maksiat-maksiat hari ini. Dan tidak membawamu kepada ketaatan. Dan tidak menjauhkan kamu dari apai neraka Allah esok. Seandainya kamu tidak beramal hari ini, kamu tidak akan mampu beramal dengan hari-hari yang telah berlalu. Kelak di hari kiamat kamu akan berkata :

فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا

Kembalikan kami untuk kami melakukan amal soleh.

Wahai sigila, kamu dari sana kamu datang.