Pages

Showing posts with label Refresh Iman. Show all posts
Showing posts with label Refresh Iman. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

KHUTBAH UNTUK ORANG MUDA

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ماقدمت لغدٍ واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

Dalam sebulan kebelakangan ini nama saudara Adam Adli menjadi sebutan dan mendapat tempat melalui carian di laman-laman sosial di kalangan mahasiswa. Terlalu banyak pandangan dan komentar diberikan. Sama ada yang menyanjung tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina. Ini bukanlah episode baru di dalam sejarah gerakan mahasiswa bahkan sebahagian kecil dari perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Negara pernah digemparkan dengan kebangkitan mahasiswa seawal tahun 1960an yang membela nasib golongan miskin yang kebulur di kawasan-kawasan perkampuangn. sehingga mengundang kebangkitan Mahasiswa memperjuangkan hak rakyat miskin di Baling Kedah. Pada waktu tersebut, mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) serta beberapa pertubuhan mahasiswa yang agak vokal telah mengambil keputusan untuk menggerakkan rakyat di sana. Pada tanggal 19 November 1974, Mahasiswa telah berjaya menggerakkan lebih 1000 orang rakyat untuk berhimpun. Rapat umum tersebut berterusan sehingga 21 November 1974. Ketika itu, mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran rakyat dikhabarkan lebih 13 ribu ummat membanjiri Pekan Baling.

Peranan golongan mahasiswa juga tidak dapat dinafikan di dalam meniup kesedaran rakyat terhadap isu-isu global seperti Isu Palestin, penjajahan Amerika ke atas Iraq dan sebagainya. Menyorot sejarah ketamadunan umat peranan dan sumbangan golongan muda ini tidak boleh dinafikan.

Firman Allah:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى (13)وربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات والأرض لن ندعو من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا (14)

13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.

14. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran." ( Kahfi : 13-14 )

Sebagai seorang Mahsiswa perlu menguasai suasana dan perkembangan semasa. Jangan menjadi Mahasiswa yang hanya tergelam di dalam selimut keseronokan dan duduk dicelah ketiak gejet-gajet canggih bermain game dan melayari laman-laman sosial. Sehingga melumpuhkan kehebatan intelektual mahasiswa. Mahasiswa perlu mencabar diri untuk berlari bersama dengan kelajuan arus perdana. Kepekakan dan kebisuan Mahasiswa hari ini akan mengundang kepada masa depan yang kelam. Persoalannya adakah mahasiswa kita hari ini benar-benar sensitive terhadap setiap perkara yang berlaku. Adakah mahasiswa yang ada telah benar-benar bersedia untuk mewarisi negara ini dan terus memecut laju menuju sebuah negara yang disegani dunia. Atau mahasiswa kita terus diperbodohkan dengan menghidangkan kepada mereka program-program picisan yang langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap pembinaan jati diri mereka. Program-program hiburan, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang langsung tiada batasan, konsert-konsert, dan pelbagai lagi program yang mengundang kemurkaan Allah terus disusun dan diatur. Yang akhirnya membekukan minda mahasiswa dari terus berfikir.

Mimbar adakalanya tertanya-tanya apakah pandangan mahasiswa terhadap isu-isu besar di dalam negara atau langsung tidak pernah kisah dan peduli dengan apa yang sedang berlaku. Sebagai contoh, apa pendirian mahasiswa tehadap pendedahan sebuah badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) yang melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, ramai boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

Dimana keperihatinan mahasiswa bila berhadapan dengan isu laporan ketua audit Negara yang saban tahun menunjukan ketirisan wang milik rakyat di mana-mana. Sebagai contoh di dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 perhatian seluruh warga Negara tertumpu kepada projek pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding. Wang rakyat dibazirkan sebanyak RM 4 juta 428 ribu. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan gesaan agar rakyat berhemah di dalam berbelanja dan ada yang masih teragak-agak untuk membeli baju, buku, dan kelengkapan sekolah untuk anak-anak, ada sesetengah pihak yang langsung tidak merasa apa-apa dengan pembaziran yang berjumlah puluhan juta ringait seperti yang dicatatkan oleh Jabatan Audit Negara sebuah Agensi kerajaan yang menjalankan tugas memeriksa perjalanan dan aliran kekayaan yang dimiliki oleh rakyat dan diuruskan oleh kerajaan. Begitu juga teguran Ketua Audit Negara terhadap Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 atau 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. Negara juga dikejutkan dengan isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta tetapi tidak membuahkan apa-apa keuntungan kepada Negara. Mahasiswa harus melihat isu-isu ini sebagai agenda utama. Perjuangan Mahasiswa menuntut ilmu adalah untuk mewarisi Negara ini. Apakah yang bakal kita warisi seandainya apa yang sedang kita miliki hilang begitu sahaja.

Justeru golongan mahasiswa atau golongan pemuda seharusnya menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk membina diri selengkap mungkin. Memenuhi segala tuntutan untuk mengharungi dunia ini dengan kehebatan dan keunggulan.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " عَجِبَ رَبُّكَ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ

“Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Setiap pemuda atau Mahasiswa seharusnya menanamkan di dalam diri mereka ciri-ciri pemuda seperti gambaran di dalam Al-Quran. Di antaranya.

1. Keyakinan dan keberanian yang mantap

Firman Allah, maksudnya :

Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. dan Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.(Surah Yunus :83)

Pemuda seharusnya mempunyai keyakinan dan keberanian yang tinggi. Kendatipun mereka menyedari bahawa fir’aun akan menyiksa mereka, namun mereka tetap beriman dengan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Dalam sejarah dunia secara umumnya , kita dapat memerhatikan bahawa sifat ini adalah fitrah golongan mudaa. Revolusi dan perubahan yang berlaku dalam kancah pemikiran dan konflik ketamadunan dunia baik barat mahupun timur seringkali dihiasi dengan pemuda dan merekalah yang menjadi tonggak dalam satu-satu perjuangan dan meruntuhkan firaun ummat sepanjang zaman.

2- Memiliki kesabaran dan ketaatan yang benar

Kisah Nabi Ismail a.s., seorang pemuda yang redha dan rela disembelih bapanya di atas arahan Allah mengajar kepada para pemuda agar bersabar dan taat pada kebenaran. Ia tidak langsung ragu pada perintah yang diterima oleh ayahnya, sekalipun isu yang dibawa terkait dengan nyawanya sendiri. Garis pemisah yang ditunjukkan dalam kisah Nabi Ismail ini adalah kesabaran dan ketaatan yang dicurahkan adalah demi perintahh Allah. Kesabaran dan ketaatan itu tidak diberikan kepada yang mengingkari hokum-hukum Alah.

3- Taqwa, berakhlaq mulia dan adil

Firman Allah, maksudnya :

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: “Marilah ke sini.” Yusuf berkata: “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku Telah memperlakukan Aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.( Surah Yusuf : 23)

Pemuda yang dimuliakan oleh Allah adalah yang bertaqwa dan mempunyai akhlaq yang mulia. Inilah sifat-sifat asasi pemuda yang bermakna kepada sejarah manusia. Tindakan mereka adalah untuk keredhaan Allah s.w.t.dan mereka berlaku adil dalam setiap perkara. Inilah juga merupakan manifestasi kepada keimanan dan keberanian yang tinggi. Jika dinilai dari godaan yang diuji ke atas Nabi Yusuf, a.s., pastinya amat sedikit dan barangkali tiada seorang pun yang akan tegar menolak godaan dan pujukan wanita tersebut. Namun begitulah Allah mahu mendidik generasi pemuda yang mendatang melalui contoh tauladan yang baik dari kisah pemuda terdahulu.

Kesimpulannya

Sudah sekian banyaknya kisah pemuda yang dari sisi gemilang dan malang yang disajikan Al-Quran untuk tatapan. Putuskan sekarang di mana dan apa pilihan anda. Wahai mahasiswa! Cukup-cukuplah bersuka ria dengan hiburan yang tidak berkesudahan. Bangkitlah untuk membersihkan segala lumpur yang terpalit pada polisi kehidupan manusia. Walau hanya berada di posisi mahasiswa yang masih muda perjalanan hidupnya, mengapa tidak dimanfaatkan keistimewaan kudrat yang masih gagah dan daya pemikiran yang masih segar untuk terus mencurah bakti. Jika tidak mampu berada di pentas besar masyarakat, cukuplah tidak menjadi dayus dengan membiarkan hak diri sendiri diperkotak katik oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan mahasiswa. Semarak kemaraan mahasiswa pasti menjadi lebih unggul andai seluruh tenaga muda ini menggabung tenaga membentuk gagasan yang lebih perkasa. Sesungguhnya, menjadi mahasiswa anda punya kuasa yang paling digeruni iaitu kuasa belajar! Belajar itu memerlukan segala yang mencabar minda dan kemampuan. Kuasa belajar itu membuatkan anda arif. Arif akan hak untuk membina diri malah hak untuk membina tamadun manusiawi. Belajarlah dari sejarah dahulu. Pedomannya terlalu tinggi untuk disia-siakan.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Sunday, October 2, 2011

Bengkel Menetapkan matlamat

Lamanya dan terlalu lama sangat tidak menulis di lapangan ini. Baru-baru ni baru selesai menyempurnakan program : "BENGKEL MENETAPKAN MATLAMAT". Alhamdulillah dengan bantuan tenaga-tenaga hebat dari anak-anak Abi dan Ummi segalanya berjalan dengan sangat cemerlang.

Sekalung jasa dan penghargaan Abi dan Ummi ucapkan kepada syafiqah, Lina, Nik, Zawani, Zue, Akmar, Izzah, Fatimah, Din, Farhan, Nazmi dan Azman.


Tak lupa juga penghargaan tak terhingga orang yang banyak sangat membantu sepanjang minggu program. Dari bawak Abi balik ke rumah waktu terlantar demam di Poly, hantar pergi klinik, bantu kemas rumah Abi dan Ummi yang bersepah-sepah, bantu memberikan idea dan pandangan tentang perjalanan program. Lautan Terima kasih untuk permata Abi dan Ummi. Wahh minggu itu minggu yang sangat meletihkan. Terima kasih turut sama membantu selama seminggu yang mendemamkan tu :)



Terima kasih juga untuk dua orang insan yang sangat banyak Abang Din Tukang dan Dr Yusuf. Dua-dua ni merupakan tulang belakang yang banyak sangat membantu sepanjang program. dari sudut tenaga dan kewangan.

I

nsya Allah dalam masa yang terdekat program "UNTUKMU MUSLIMAH" akan menyusul. Walaupun pada awalnya saya merenacang pada 29 Okt ni. Tapi nampaknya terpaksa ditunda kerana bertembung dengan program Ijtima' Tarbawi.


Wah bulan depan kita sibuk pulak dengan mini Karnival Maal Hijrah. Untuk Adik-adik Imam Cilik kita berentap pulak dalam pertandingan outdoor dan indoor ye. hehehehe.


Banyak lagi gambar-gambar. Nanti saya upload di Fb aja ye :)

Thursday, May 19, 2011

Jom refresh Iman

PELUANG MENAMBAH SAHAM AKHIRAT ;

Bagi membantu mengumpul dana Kapas Extreme Club ( Bidor ).

K.E.C merupakan sebuah kelab brbasikal di bawah bimbingan Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk membina budaya hidup Islam di kalangan remaja Bidor. Pelbagai program disusun untuk merapatkan remaja kepada Islam diantaranya : jelajah masjid, ibadah camp, perkemahan dll. Semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan memberikan saham terhadap pembinaan generasi Muda yang sayangkan Islam!.

Sumbangan boleh disalur melalui :

155135092640 (Maybank) Mohd Khir Johari bin Abas

Wednesday, February 16, 2011

Nabi Rahmat untuk sekalian alam : Tinjauan dari aspek muamalah dengan non-muslim

Pengutusan Nabi merupakan rahmat bagi sekalian alam. Setiap makhluk mendapat kebahagian di dalam bentuknya meraikan kedatangan Rasul yang mulia. Menurut Jabir bin Abdullah :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا سهلا
Adalah Rasulullah itu lelaki yang mudah.

Menurut Imam Nawawi yang dimaksudkan dengan رجلا سهلا adalah :
سهل الخلق كريم الشمائل لطيفا ميسرا في الخلق
Akhlak yang baik, peribadi yang terpuji, lemah lembut, memudahkan dalam urusan makhluk.

Di atas kemulian dan kehormatan ini dakwah baginda berjalan. Baginda memudahkan segala urusan kehidupan manusia, melarang dari perkara yang diharamkan. Setiap arahan juga selari dengan tabiat manusia. Firman Allah :

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Menurut Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas katanya : Muhammad merupakah rahmat kepada semua manusia. Barang siapa yang beriman dan membenarkannya tergolong di kalangan mereka yang berbahagia. Barang siapa yang tidak beriman dengannya tetap selamat dari azab umat terdahulu dari taufan dan tenggelam . Rasulullah menyebutkan di dalam hadithnya :

لاَ يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ
Allah tidak mengasihi sesiapa yang tidak mengasihi manusia .

Perkataan manusia di dalam hadith ini umum. Nabi tidak membezakan warna kulit, keturunan, bangsa, agama, idealogi dan sebagainya. Rahmat dan perasaaan belas ihsan itu global, meliputi semua manusia. Bahkan alam seluruhnya. Kertas kerja ringkas ini akan membincangkan رحمة للعالمين dari aspek hubungan dengan non-muslim. Diharapkan agar kertas yang tidak seberapa ini dapat membantu menyelesaikan berberapa khilaf yang berlaku di dalam masyarakat akhir-akhir ini. Khususnya yang melibatkan interaksi dengan non-muslim. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Di antara contoh رحمة للعالمين Nabi dengan golongan non muslim adalah :

1. Nabi menghalang berlaku zalim terhadap ahlu zimmah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رضى الله عنهما - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

“Sesiapa yang membunuh seorang kafir ‘mua’ahad’, ia tidak akan dapat mencium bau syurga kerana bau syurga itu berada di tempat yang jauh, sejauh perjalanan 40 tahun”

Di dalam hadith ini Nabi secara jelas memberi amaran dari berlaku zalim terhadap ahli zimmah. Selain hadith ini ada berberapa hadith yang lafaz dan maksud yang hampir sama. Keseluruhan hadith-hadith ini menganjurkan toleransi dengan golongan tersebut.

2. Nabi mendoakan non-muslim.

Di antara contoh akhlak Nabi terhadap golongan non-muslim, Nabi pernah mendoakan golongan yang tidak beriman untuk diberi hidayah.. Di antaranya :

i. Nabi mendoakan suku kaum Ad-Daus.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ، قَالَ: قَدِمَ الطُّفَيْلُ بن عَمْرٍو الدَّوْسِيُّ، وَأَصْحَابُهُ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهَا، فَقِيلَ هَلَكَتْ دَوْسٌ، فَقَالَ:"اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا، وَائْتِ بِهِمْ"

Pada suatu hari Nabi didatangi oleh Thufail ibnu ’Amru Ad-Dausi dan rombongan. Mereka berkata : ” Ya Rasulullah sesungguhnya suku kaum Ad-Daus mendustai dan membantahmu, maka doakanlah mereka”. Ada yang mengatakan: Binasakan Ad-Daus. Kami menyangka Nabi mengangkat tangannya untuk mendoakan kebinasaan itu. Nabi bersabda : Ya Allah, berilah hidayah kepada suku kaum Ad-Daus dan hampirilah mereka”.

ii. .Nabi mendoakan Ibu kepada Abu Hurairah sebelum keislamannya.

أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ وَهِىَ مُشْرِكَةٌ فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِى فِى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا أَكْرَهُ فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا أَبْكِى قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ فَتَأْبَى عَلَىَّ فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِى فِيكَ مَا أَكْرَهُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَهْدِىَ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ ». فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِىِّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ فَسَمِعَتْ أُمِّى خَشْفَ قَدَمَىَّ فَقَالَتْ مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ. وَسَمِعْتُ خَضْخَضَةَ الْمَاءِ قَالَ - فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ خِمَارِهَا فَفَتَحَتِ الْبَابَ ثُمَّ قَالَتْ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ - قَالَ - فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِى مِنَ الْفَرَحِ

Abu Hurairah pernah mengatakan bahawa, tatkala aku mengajak ibuku untuk masuk Islam yang ketika itu masih kafir, ibuku menolak bahkan memperkatakan sesuatu tentang Nabi yang aku tidak suka mendengarnya. Kemudian Aku datang ke rumah Nabi saw sambil menangis : “Wahai Rasulullah, aku telah menyeru ibuku untuk masuk Islam, tetapi dia enggan, bahkan pada suatu hari dia mengatakan tentang dirimu yang aku tidak menyukainya, oleh sebab itu berdo’alah kepada Allah swt agar ibuku mendapat hidayah “, lalu Nabi berdoa: “Ya Allah, berilah hidayah ibu Abu Hurairah”. Kemudian aku pulang untuk melihat ibuku dalam keadaan gembira kerana doa Nabi. Tatkala sampai didepan pintu rumah, aku dapatinya terkunci. Ibuku mengatakan tunggu sebentar wahai Abu Hurairah. Aku mendengar bunyi air yang ternyata ibuku sedang mandi untuk mensucikan dirinya. Lantas ibuku memakai baju dan bertudung. Tatkla ibuku membuka pintu dia berkata : “Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.” Maka setelah aku mendengar ibuku masuk islam, aku terus memberitahu Rasulullah sambil menangis kerana sangat gembia.
.
3. Kehalusan baginda bermuamalah

Kelembutan baginda di dalam bermuamalah adalah bukti kukuh membenarkan firman Allah , bahawa baginda diutuskan sebagai رحمة للعالمين. Banyak hadith-hadith yang memperincikan perihal ini. Diantaranya:

i. Menziarahi khadamnya yang beragama Yahudi.

عَنْ أَنَسٍ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِىٌّ يَخْدُمُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَمَرِضَ ، فَأَتَاهُ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - يَعُودُهُ ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ « أَسْلِمْ » . فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهْوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ - صلى الله عليه وسلم - . فَأَسْلَمَ ، فَخَرَجَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - وَهْوَ يَقُولُ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ »
Daripada Anas katanya : Seorang budak Yahudi yang menjadi khadam baginda telah jatuh sakit. Baginda lantas menziarahinya. Baginda duduk di kepalanya dan bersabda : Masuklah Islam. Budak itu memandang bapanya. Lantas bapanya berkata : Taatlah kepada Abu Qosim ( gelaran baginda ). Dia pun mengistiharkan keislamannya. Nabi keluar dan bersabda : Segala puji bagi tuhan yang menyelamatkannya dari api neraka.

ii. Kisah Abu Rafi’ yang berbangsa Qibti.

وعن أبي رافع رضي الله عنه -وكان قبطيا-, قال بعثتني قريش إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ألقي في قلبي الإسلام فقلت يا رسول الله إني والله لا أرجع إليهم أبدا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني لا أخيس بالعهد ولا أحبس البرد ولكن ارجع فإن كان في نفسك الذي في نفسك الآن فارجع قال فذهبت ثم أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فأسلمت
Dan dari Abu Rafi’ – Sebelumnya seorang Kafir Qibti- dia mengatkan: “Aku pernah diutus oleh Kafir Quraisy kepada Rasulullah . Ketika aku melihat Rasulullah tercampak ke dalam hatiku Islam. Lantas aku mengatakan: ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tidak mahu kembali kepada mereka . Maka Rasulullah bersabda : ‘Sungguh aku tidak akan mengkhianati perjanjian, dan aku tidak akan menahan seorang utusan, akan tetapi kembalilah! Jika nanti masih ada sesuatu yg ada dalam hatimu sekarang ini, maka kembalilah!”… Lalu aku pun pergi, kemudian aku mendatangi Rasulullah. Lantas mengisytiharkan keislamanku.
..bersambung
.
.
# Petikan kertas kerja, sempena Sambutan Maulidur Rasul , 24 Februari 2011 bertempat di dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi Negeri Sembilan.

Saturday, February 12, 2011

Selaut CintaMu Ya RAsulullah..

Sekali lagi kita bertemu dengan bulan Rabi’ Al-Awwal. Bulan yang sentiasa dikenang sebagai bulan sambutan kelahiran baginda S.A.W. Umat Islam di pelbagai peringkat di serata dunia meraikannya dengan pelbagai acara. Ada yang menyambutnya dengan mengadakan ceramah, forum, nasyid dan sebagainya. Majlis yang dihiasi dengan warna-warni, ceramah-ceramah yang bertenaga dan adakalanya diiringi nasyid-nasyid dan madih-madih yang meruntun jiwa. Jika diberikan kita kesempatan meneropong suasana ini dari udara , dari barat hingga ke timur, dari utara hinggalah ke selatan, kita melihat seakan-akan berada di dalam sebuah pesta keraian yang sangat besar. Kedatangan Nabi membawa satu gelombang besar perubahan manusia. Dari manusia yang jahil kepada berilmu. Dari penyembah berhala kepada penyembah Tuhan sekalian alam. Manusia yang hidup untuk berhibur kepada manusia yang penuh dengan daya dan semangat juang. Nyata kedatangan Nabi S.A.W. membawa perubahan besar terhadap dunia. Meraikan kehebatan sebegini sepatutnya membugarkan semangat kehebatan. Membungakan putik-putik cinta dan menghampirkan diri kepada pencipta.

Realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Kita semakin jauh dari Allah dan Rasulnya. Adakalanya semakin malu untuk terus meraikan hari gembira ini kerana realitinya tidak sedemikian. Sambutan yang diadakan seolah menggambarkan betapa kasih dan cinta kepada Nabi S.A.W.. Sambutan yang gilang gemilang seolah-olah mensyukuri kedatangan baginda S.A.W.. Akan tetapi tatkala menatap akhbar saban hari, berita-berita di kaca televisyen dan di corong-corong radio seolah-olah manusia semakin tidak mengenal Allah dan Rasulnya. Di mana peranan sambutan majlis-majlis sebegini ?. Apa yang bakal kita katakan kepada Baginda S.A.W. tatkala bertemu dengan baginda S.A.W. ?.

Baginda S.A.W. meninggalkan kepada kita pelbagai tanggungjawab untuk dilunaskan. Perintah. Larangan, suruhan dan pelbagai nasihat untuk kita laksanakan. Seandainya kita melaksanakan keseluruhannya dengan yakin dan pasti kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Tatkala itu kita akan bergembira bertemu Allah dan menatap wajah baginda S.A.W..

Apa yang sangat menyedihkan, setelah baginda S.A.W. berlalu pergi meninggalkan kita, berlalu generasi terbaik yang pertama, kedua dan ketiga, datang generasi yang seterusnya yang digambarkan dengan :

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Seperti yang digambarkan Allah kita melupakan dengan kelupaan yang sengaja sebahagian besar pesan-pesan dan nasihat-nasihat Baginda S.A.W.. Bahkan ada yang dengan sengaja ingin melupakan segala ketentuan dan ketetapan ini. Bahkan kerana itu baginda S.A.W. itu diutuskan.

عَن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَن حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا
Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W. berkunjung ke suatu perkuburan, lalu beliau mengucapkan salam, “Selamatlah kamu wahai penduduk kampung orang-orang mukmin. InsyAllah kami akan menyusul kamu sekalian.” Setelah itu baginda bersabda, “Aku ingin benar, kalau kita dapat melihat saudara-saudara (ikhwaanana) kita.” Berkatalah para sahabat, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Anda semua adalah para sahabatku. Saudara-saudara kita yang ku maksudkan ialah orang-orang yang belum datang, tetapi akan datang kelak di hari kiamat.” Mereka bertanya, “Bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang belum tetapi akan di hari kemudian wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bagaimana pendapat kamu, jika seseorang mempunyai kuda yang putih keningnya, putih kakinya dan putih tangannya. Kemudian kuda itu berada di tengah banyak kuda tetapi hitam kesemuanya. Dapatkah orang mengenali kudanya?” Mereka menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!” Sabda Nabi S.A.W., “ Nah, mereka itu akan datang nanti dalam keadaan putih bercahaya muka, tangan dan kakinya kerana bekas wudhuk! Aku pula mengalu-alukan kehadiran mereka di (pinggir) telagaku (Haudh). Oleh itu janganlah ada sesiapa dari kamu yang dihalangi mendekati kolamku bagaikan unta liar di halau dari mendekati kolam minuman. (Waktu itu ) Aku menyeru mereka dengan berkata; marilah, segeralah, ayuh cepat (minum). Tapi (ada segolongan yang dihalang lalu aku katakan: mereka adalah umatku) Lalu di jawab: Mereka telah bertukar (agama) sepeninggalanmu. Aku pun berkata: Pergilah jauh-jauh!”

Bukankah hari ini kita melihat berapa banyak suruhan, larangan dan wasiata-wasiat Nabi S.A.W. yang diubah, ditukar dan ditinggalkan satu demi satu dan lantas diganti denngan hawa nafsu manusia.

Jika satu demi satu kita kupas dan huraikan pesanan-pesanan yang bernilai dan berharga itu, kita pasti akan tertunduk. Malu berhadapan dengan Nabi S.A.W.. Pada pandangan kita, kita adalah kekasih baginda. Kekasih yang mencurahkan segala rasa cinta. Hakikatnya kita hanyalah pendongeng dan penglipurlara yang menjaja cerita dongeng tanpa membawa sebarang makna. Bagaiaman kedudukan kita berhadapan dengan hadith Nabi S.A.W.. :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَرَّ بِالسُّوقِ دَاخِلاً مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ فَمَرَّ بِجَدْىٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ ثُمَّ قَالَ « أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ ». فَقَالُوا مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَىْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ قَالَ « أَتُحِبُّونَ أَنَّهُ لَكُمْ ». قَالُوا وَاللَّهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيهِ لأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ فَقَالَ « فَوَاللَّهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ »
Daripada Jabir bin Abdullah Rasulullah melalui sebuah pasar. Ada ramai bersama-sama Nabi S.A.W. tatkala itu. Nabi pun melalui bangkai seorang anak kambing yang cacat. Nabi S.A.W. memegang telinganya dan menngangkat ke atas lantas bersabda : “Siapa di antara kalian ingin memiliki bangkai anak kambing ini dengan membayar satu dirham?”“Kami tidak ingin memilikinya walau dengan membayar sedikit, kerana apa yang akan kami perbuat dengannya?” jawab mereka yang ditanya.Beliau kembali mengulangi pertanyaannya, “Apakah kalian ingin bangkai anak kambing ini jadi milik kalian?”“Demi Allah, seandainya pun haiwan ini masih hidup, ia cacat, telinganya kecil, apatah lagi ia sudah menjadi bangkai!” jawab mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Maka demi Allah, sungguh dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian.”
.
Berapa ramai manusia yang menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya ?. Siang, malam, pagi dan petang mengejar dunia, menghimpun dan mengumpul harta sebanyaknya. Memenuhkan seluruh hatinya dengan harta. Nabi S.A.W. menjelaskan hakikat ini dengan mengatakan :

عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : لَوْ كَانَ لابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ كَانَ لَهُ ثَانِيًا لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلا يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Daripada Anas , sesunguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : Andaikata anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”

Bagaimana pula di hadapan Hadith Nabi S.A.W. yang menyebutkan :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Seandainya manusia mengetahui apa yang terdapat pada Solat Isyak dan Subuh pasti mereka akan mendatanginya walaupun denngan merangkak.

Bayangkan keadaan masjid, jalan-jalan dan suasana di zaman Nabi S.A.W.. Alangkah jauhnya berbeza dengan jalan yang sedang kita lalui. Dengan kemewahan, kenikmatan dan keselesaan yang kita sedang kecapi. Tiada siapa yang datang meranngkak apatah lagi dipapah untuk hadir ke masjid. Cukup dengan selsema sedikit, hujan yang renyai-renyai dan amacam-macam alasan remeh kita untuk tidak menghadirkan diri ke masjid. Bukankah semua ini sebagai contoh cinta. Cinta yang membuahkan iman dan amal. Bukan sekadar cinta yang dihamburkan bersama air liur yang memercik sahaja. Tetapi cinta yang menjalar di setiap pembuluh darah. Baginda S.A.W. menyebutkan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « فَوَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda : Demi jiwaku ditangannya, tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku dikasihinya lebih dari bapanya dan anaknya.

Al-‘Allamah Syeikh Yusuf An-Nabhani menyebutkan di dalam kitabnya الأنوار المحمدية من المواهب اللدنية secara jelas tanda-tanda cinta kepada Nabi S.A.W.. Sebagai kesimpulannya antara tanda cinta kepada baginda S.A.W. itu adalah :

1. Seandainya seorang hamba diberikan pilihan samada memilih untuk hilang hartanya dan hilang peluang menatap wajah baginda S.A.W., pasti dia akan memilih kehilangan harta. Kerana menatap wajah baginda itu suatu kegilaan. Menatap wajahnya suatu keasyikan. Menatap wajahnya suatu kerinduan. Menurut Imam Qurtubi setiap orang yang beriman pasti akan wujud perasaan itu. Cuma yang membezakan di antara mereka adalah sejauh mana mereka tenggelam di dalam nafsu dan syahwatnya. Ada di anatara manusia yang obses untuk menatap makam Nabi, barang-barang peninggalannya dan segala yang berkaitannya. Ada yang hanya sekadar memendamnya di dalam hati nurani.

2. Berbangga menjadi pengikutnya, beramal dengan hadith-hadithnya, berjalan di atas jalannya, mengambil hidayahnya dan menginggalkan segala larangan syariatnya . Firman Allah :
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakan (wahai Muhammad ) seandainya kamu mencintai Allah, ikutlah aku nescaya kamu akan dicintai Allah. Dan dia menngampunkan dosa-dosa mu. Allah Maha pengampun lagi mengasihani.

3. Reda dengan segala ketentuan dan pilihan Rasulullah S.A.W.. Sehingga tidak menimbulkan kesukaran terhadap segala yang diperintahkan. Tidak menguranng, menambah dan menggantikan apa yang didatangkan Allah dan Rasulnya dengan sesuatu yang lain. Sebagai renungan mari kita melihat peristiwa penyerahan anak kunci masjid al-Aqsa yang berjaya di buka oleh tentera Islam pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab Ketika menuju ke Palestin Sayyidina Umar bergilir-gilir dengan khadamnya menaiki kuda tunggangan. Apabila sampai berhampiran masjid al-Aqsa tiba giliran Sayyidina Umar menarik kuda manakala khadamnya menunggangnya. Orang ramai yang melihat peristiwa tersebut meminta agar Sayyidina Umar menggantikan khadamnya untuk menunggang kuda demi menjaga kedudukan beliau sebagai khalifah di hadapan khalayak ramai. Lalu Sayyidina Umar dengan suaranya yang lantang mengeluarkan kata-katanya yang masyhur :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan yang bukan apa yang memuliakan kita dengannya oleh Allah maka kita akan mendapat kehinaan daripada Allah..

4. Membantu agamanya dengan perkataan dan perbuatan. Beriltizam dengan syariatnya dan berakhlak dengan akhlak Nabi .

5. Redha dengan musibah yang datang menimpa. Kerana keasyikan cinta akan menyebabkan kesengsaraan tidak memberi sebarang makna.

KESIMPULAN

Banyak lagi tanda-tanda cinta kasih dan sayang kepada baginda S.A.W.. Bahkan seandainya ingin diungkapkan keseluruhannya tidak akan mampu untuk kita merungkainya dalam waktu dan kesempatan yang terbatas ini. Kerana kalimah cinta adalah kalimah yang tidak mampu diungkai dan difahami maksudnya melainkan yang mencintai dan dicintai. Sebagai tanda insaf dan faham mari kita melaksanakan :

1. Menanamkan kecintaan kepada baginda dalam erti kata yang sebenarnya.

2. Mula bekerja dan bertindak selari dengan tuntutan amal.

3. Abaikan yang remeh!. Utamakan yang utama.

* Petikan kuliyah sempena sambutan Maulidur Rasul 1432

13- Masjid Sepintas - Sabak Bernam Selangor.
15 - Surau Tapah Road, Tapah, Perak
15 - Surau Petaling Hulu, Bidor Perak.
20 - SurauTaman Seri Bidor, Bidor, Perak
24 - Masjid Kh Chenor, Jelebu, Negeri Sembilan

Tuesday, December 28, 2010

Hijrah : Anjakan Minda Rabbani


قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذَّبِينَ {137} هَـذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ {138} وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {139} إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاء وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ {140}
137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka Sesungguhnya kaum (musyrik Yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka Yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim[1].

1. keluar menyelamatkan iman.

Sunnah Allah menetapkan perjalanan dan perjuangan Islam sentiasa mendapat tentangan dan cabaran. Hal ini kerana perjalanan iman itu adalah perjalanan yang jauh :
لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ….
42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka….[2]

Justeru bagi pejuang-pejuang Islam, mereka perlu memilih di antara dua. Memilih Islam atau kekal di dalam kekufuran. Memilih Allah atau selainnya. Memilih derita yang sementara atau kemurkaan Allah yang berpanjangan. Apa pun pilihan yang dibuat menggambarkan nilai iman di dalam diri.




2. Pembinaan dan pembentukan komuniti Islam.

Proses hijrah bukanlah proses pembinaan negara semata-mata. Bahkan proses hijrah adalah proses pembinaan negara bangsa. Proses pembentukan yang melalui pendidikan dan pentarbiyahan. Membina masyarakat dengan nilai-nilai iman dan amal. Menekankan kepada masyarakat pendidikan bukan sekadar berpaksikan tahu apatahlagi semata-mata mengejar sijil bahkan pendidikan adalah atas nilai penghayatan dan amal kepada iman.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ {96}

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.[3]

Peristiwa hijrah juga memaparkan golongan-golongan rijal yang sedia berkorban dan menyerahkan jiwa untuk Islam.

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ {37}
37. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.[4]

3. Menggunakan setiap ruang dan peluang untuk Islam.

Dalam peristiwa hijrah memaparkan pelbagai kategori manusia. Ada di antara mereka keluar secara bersembunyi, tidak kurang juga yang keluar dengan keberaniannya. Perjalanan Islam perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat. Gunakan segala kesempatan ruang dan peluang untuk menyampaikan Islam dalam apa keadaan dan suasana. Peniaga dengan caranya. Doktor dengan caranya. Petani dengan caranya. Begitu juga seluruh lapisan masyarakat. Pepatah melayu lama menyebutkan :

Jika cerdik diajak berunding
Jika bodoh disuruh diarah
Yang kurap menanggung buluh
Yang pekak memasang meriam
Yang buta menghembus lesung
Yang tinggi mengait kelapa
Yang berani dibuat kepala lawan
Yang kaya hendakkan emasnya
Kalau mua’alim hendakkan doanya
[1] Ali-Imran : 137-140
[2] Taubah : 42
[3] Al-A’raf : 96
[4] An-Nur : 37
Petikan Ceramah Ma'al Hijrah 1432
Tempat : Kampung Petaling, Bidor, Perak Darul Ridzuan.

Sunday, October 24, 2010


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْظُرُونَ إِلاَّ فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوِ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ ». قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
.
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : “Bersegeralah melakukan amal kebajikan sebelum tibanya tujuh perkara. Adakah kamu ingin menunggu sehingga menjadi fakir yang melupakan, atau kaya yang melampau, atau sakit yang membinasakan, atau tua yang menguzurkan, atau mati yang datang mendadak, atau menanti kedatangan Dajjal, kedatangan yang dahsyat dinanti, atau kiamat, saat yang memeritkan dan memahitkan. Hadith ini Hasan Gharib.
.
Bersegera melakukan kebajikan.
.
1. Laksanakan kebajikan walaupun sekecilmana. Jangan meremehkan kebajikan dan kebaikan walaupun ia kecil.
.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِىَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
.
Daripada Abdullah bin Shomit daripada Abu Dzar katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : “Janganlah meremehkan kebajikan sedikit pun, walaupun dengan hanya senyum kepada saudaramu”
.
7 Penghalang kebajikan.
.
1. Kefakiran.
.
عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « كاد الفقر أن يكون كفرا ، وكاد الحسد أن يغلب القدر
Daripada Anas bin Malik R.A : Nabi S.A.W bersabda : “Kefakiran itu hampir menjerumuskan ke arah kekufuran, dan hasad dengki itu hampir-hampir mendahului ketentutan”
.

2. Kekayaan.
.
عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا ، وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
.
Maksudnya : Dari ‘Atho’ katanya : Aku mendengar Ibnu Abbas berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Seandainya ada bagi seorang manusia itu dua lembah harta, maka dia akan bercita-cita untuk yang ketiga. Dan tidaklah perutnya dipenuhkan melainkan dengan tanah. Allah mengampunkan orang yang bertaubat”
.
3 & 4. Sakit dan umur yang lanjut.
.
Dengan datangnya sakit dan usia yang lanjut, segala kekuatan menjadi lemah. Tenaga dan kudrat semakin berkurang. Pandangan mata semakin kabur. Dalam keadaan ini tiada daya melakukan kebajikan melainkan angan-angan.
.
5. Mati
.
Kematian adalah pengakhiran amalan hidup manusia. Firman Allah s.w.t :
.
وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
.
Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
.
6 & 7. Dajjal dan hari kiamat
.
Doa Nabi S.A.W memohon dari dilindungi dari fitnah Dajjal :
.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَدْعُو « اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Sunday, May 23, 2010

Ketika berusia 13 tahun sudah memikirkan tentang Negara !.

Beliau adalah Abdullah bin Umar bin Al-Khattab Al-Alawi Al-Qurasyi. Islam sebelum baligh bersama-sama bapanya dan berhijrah sebelum bapanya berhijrah ke Madinah. Diriwayatkan daripadanya : “ Aku menawarkan diri kepada Rasulullah S.A.W untuk menyertai perperangan Uhud, ketika itu umurku 13 tahun tetapi baginda S.A.W menolak tawaranku. Kemudian aku menawarkan diri untuk menyertai perperangan Khandak, ketika itu umurku 15 tahun lantas baginda S.A.W menerima tawaranku dan aku menyertai semua perperangan selepas dari perperangan Khandak”.
.
Bayangkan remaja seawal usia 13 tahun menawarkan dirinya untuk berjihad. Isunya bukanlah keberanian semata-mata, tetapi bagaimana remaja semuda itu telah memikirkan tentang maruah agama dan negara. Pemuada seusia itu sudah memikirkan keselmatan agama dan maruah negara. Nak dibandingkan dengan remaja hari ini umur 13 tahun ni belum fikir apa-apa pun lagi. Jauh lagi nak memikirkan tentang mempertahankan negara. Ditambah pila dengan hari ini televisyen yang mencorak remaja. Bilalah masa mereka nak fikir tentang negara ?. Melainkan berhibur..berhibur dan berhibur..
.
Abdullah bin Umar merupakan sahabat yang paling beriltizam melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau akan melakukan setiap tidak tanduk baginda, akan solat di tempat baginda bersolat, menambat untanya di tempat Rasulullah menambat untanya,

Beliau juga dianugerahkan Allah dengan kekuatan jasmani untuk berjihad, beribadah, sentiasa zuhud di dalam kehidupan dunia. . Seorang yang mendahulukan akhirat dari dunia. Termasuk di dalam enam orang sahabat yang paling banyak menghafal hadith Nabi S.A.W. Diriwayatkan daripadanya sebanyak 1630 hadith. Turut diiktiraf sebagai seorang Faqih, cukup teliti di dalam mengeluarkan hukum. Menurut Imam Asy-Sya’bi : “ Beliau terkemuka di dalam bidang hadith tetapi kurang terkenal di dalam bidang fiqh. Hal ini kerana sikap beliau dipengaruhi perasaan wara’ dan takut kepada Allah. Tidak banyak fatwa-fatwa yang keluar dari mulutnya walaupun memeganga status Mufti
[1] selama 60 tahu. tidak meletakan diri di dalam fitnah kerana mengeluarkan fatwa. Sifat wara’nya juga tertonjol apabila mengelakan diri dari termasuk di dalam kontroversi dan fitnah yang melanda sepanjang hayatnya. Di waktu berlakunya konflik di dalam memilih khilafah, beliau mengambil pendirian tidak memihak ke mana-mana, walaupun jiwa dan cintanya kepada mereka yang duduk di Syam. Daripada beliau wujudnya pandnagan-pandangan yang disandarkan kepadanya dan lahirlah Mazhab Imam Malik dan pengikut-pengikutnya.
.
.
[1] Bukanlah jawatan yang rasmi tetapi merujuk kepada keupayaan dan kemampuannya mengeluarkan Fatwa.

Sunday, September 27, 2009

reFRESH imAN lePAS RAya

''Mana Milik Kita'-Nada Murni-Rabbani
.
Mana milik kita...
Tidak ada milik kita...
Semua yang ada..
Allah yang punya
.
Tidak ada kita punya...
Kita hanya mengusahakan saja..
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...
Kita Allah punya..
.
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja...
Tidak terlepas dari ciptaanNya...
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita...
Kita hanya mengusahakan..
Apa yang telah ada
.
Mana milik kita...
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada..
Allah yang punya
Tidak ada kita punya...
Kita hanya mengusahakan saja..
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...
.
Mengapa kita sombong..
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu...
Kepada Allah yang empunya..
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya..
Malulah kepada Allah..
Kerana milik Ia punya
.
Janganlah berbangga...
Apa yang ada pada kita..
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa...
Janganlah mengungkit..
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya..
Yang sebenarnya Allah punya
.
Marilah kita bersyukur..
Bukan berbangga..
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa...
Gunakanlah nikmat Allah itu..
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja...
Agar tidak mengungkit-ungkitnya..
.
Mana milik kita
Tidak milik kita...Semua yang ada..Allah yang punya..Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
.

Pagi tadi dalam perjanan ke tempat bekerja di politeknik Sultan Idris Shah, saya sangat tertarik dengan dendangan sebuah lagi yang sangat2 memukau. Walaupun lagu ini pernah berkumandang suatu masa dahulu, tetapi kita pasti akan disegarkan kembali setiap kali mendengar lagu ini . Ditambah dengan kemerduan suara Al-Marhum Ustaz Asri, melengkapkan pakej pada lagu ini. Bukan sekadar kemantapan dari sudut vokal tetapi yang paling utama adalah keikhlasan dari sudut lirik, irama dan penyanyinya.
.
Sama ada kita perasan atau tidak, memang kita tak punya apa-apa. Bahkan apa yang ada Allah yang pinjamkan untuk kita. Apa yang kita perolehi memang dia yang telah sediakan untuk kita. Walaupun zahirnya kita yang berusaha, tetapi hakikat sebenarnya kita hanya menerima pemberian Allah. Allah yang bagi.
.
Kereta kita memang zahirnya kita yang beli tetapi sebenarnya Allah yang sediakan untuk kita. Apa aje, semua yang ada, yang kita lihat yang kita rasa, yang kita tak nampak, semuanya segalanya Allah yang punya.
.
Udara ini Allah yang punya Allah bagi pinjam dan guna, bumi ini Allah yanng punya dia bagi pinjam dan guna. BARULAH KITA TAHU TAK ADA YANG MILIK KITA...
.
.
Ustaz Khir : Bagus dengar lagu ni. Sangat2 menyentuh perasaan.
.

Monday, September 14, 2009

Raya yang tertangguh...














Apa yang saya faham tentang R.A.Y.A ?

Dalam bahasa Melayau perkataan RAYA terlalu banyak digunakan.

Kita biasa dengar

JALAN RAYA

BALAI RAYA

HANTU RAYA

KUIH RAYA

BAJU RAYA

PASAR RAYA

KOTA RAYA

BANDAR RAYA

PILIHAN RAYA

Dan ada macam-macam RAYA lagi.

Yang saya faham RAYA ni sesuatu yang SUPER HEBAT.

Dalam taman kita duduk mesti ada banyak kedai2 runcit. tetapi nak bezakan kedai runcit kita dengan kedai runcit orang lain kita guna PASARAYA. Sebab apa ?. Sebab kita bukan kedai runcit tapi kita adalah PASARAYA. PASARAYA bukan kedai runcit tapi dia adalah SUPER HEBAT dari kedai runcit. Kalau awak bukak PASARAYA tapi orang nak beli bawang pun tak ada, kunyit pun tak ada, tepung pun tak ada. Orang tak panggil kedai awak PASARAYA tapi orang akan panggil cari PASAL AJE !.

Begitu juga dengan balai raya. Mesti ada kehebatan perkaataan raya ni kan. Macamana pula Hantu Raya ?. Hantu ni ada masa raya je ker ?. sama macam kuih raya ngan baju raya.

RAYA RAYA RAYA.

Raya ni sesuatu yang sangat luar biasa dan sesuatu yang sangat hebat. Orang tak akan panggil sesuatu tempat itu bandar raya kalau bandar tadi tak ada ciri-ciri banda raya. Orang akan panggil bandar jer. Hari pun orang tak akan panggil sessuatu hari tu hari raya melainkan ia memang sesuatu yang sangat hebat dan mengangumkan.

Apa yang hebat sangat hari raya bagi anda ?.

Mungkin anda akan kata hari Raya hebat sebab kita dah boleh makan balik.. Masa pose tak boleh makan, maka bila raya kita dapat makan. Ermm hebat ker raya hanya kerana dapat makan balik ?

Mungkin juga ada yang kata Hari Raya ni hebat sebab dapat pakai baju baru-baju raya. ermmm iye ke raya ni jadi hebat sebab dapat pakai baju baru ?

Mungkin ada yang kata raya ni hebat sebab masa raya boleh balik kampung. Spesial sangat ker balik kampung awak tu, yang menyebabkan raya tu jadi sangat spesial.

Mungkin ada yang akan memberikan 1001 lagi jawapan.

kalau dengar ustaz2 ceramah masa2 nak raya ni, mesti kita yang dah biasa dengar jadi loya pulak dah, Ustaz2 kata raya ni hari kemenangan, hari kejayaan dan hari meraikan kegemilangan kita menawaskan nafsu. Kalau macamtu betul lah tu. Tapi menang ker kita ?. Kita menang dari apa ?. Kita kalahkan siapa ?. Apa perlawanan yang kita menang tu ?.

Ada yanng kata kita menang sebab dapat menewaskan nafsu. Iye ker nafsu awak tu dah tewas. Cuba tengok betul2. Awak cuma tewaskan nafsu makan jer kan ?. Nafsu tidur kalah tak ?. Nafsu pemalas kalah tak ?. Nafsu membeli belah kalah tak ?. Nafsu takabbur kalah tak ?. Bahkan mungkin ada beratus lagi nafsu yang kita tak mampu nak kalahkan. Menang ke kita ?. Haaah kalah ? Kalah nak raikan apa ?.


Ustaz2 biasa sebut antara nafsu yang berleluasa dalam bulan Ramadhan adalah nafsu makan waktu berbuka. Kesian yang bersemangat membeli di bazar Ramadhan tu hihihi. Asyik kene perli jer tu. ermm mungkin ada yang sedang terlupa tu.. Bahkan ada Nafsu yang lagi huduh dan buruk dari nafsu makan tu.. Macamna pulak nafsu rakus perniaga ?. Mengaut untuk yang berlipat kali ganda. Makanan yang dijual ntah apa-apa ntah rasanyer. Tapi sebab dah letak aji no moto satu beg maka yang beli pun rasa sedap semacam jer. Ini kan Nafsu. Menang ke kita kak ?. Menang ke kita bang ?. kalau tanya yang meniaga mesti dia kata hasil keuntungan jualan tu nak guna untuk keperluan hari raya. Berhak ker dia beraya tu ?. ( hahaha jangan mare ye )

Tu tak masuk yang meniaga kuih raya lagi tu. Yang membelinya satu hal . Dengan sangat bernafsunya memborong apa aje kuih yang ada di depan mata. Yang meniaga pun sama-sama bernafsu rakus. Sebab tu biasa kita tengok kuih macam-macam warna tapi semua satu rasa jer. Ingat tak ? kuih yang paling top dulu-dulu tu , kuih almond london. Ada ke letak 1/4 jer badam dalamnyer. iskh iskh iskh sangat bernafsu peniaga itu. Dia pun mula menjual dari pagi sampai malam, sebab nak cari duit raya. berhak ker beraya tu ?. Kalah tu kak. kalah dengan nafsu 1/4 buah badam dalam almond london hihihi.

Hai.. nampak gayanya macam kena tangguh jer raya tahun ni. Sebab apa kena tangguh ?. sebab kita masih dalam perlawanan lagi. Belum layak dapat PIALA lagi. Dah kalau tak dapat piala nak raikan apa. Kalau dapat pingat gangsa pun ok jugak. Ini kita kena pukulan K.O tu. K.O kita kak, K.O.

Ustaz Khir : nantikan ucapan hari raya merangkap khutbah jummat sempena hari raya..

Thursday, September 3, 2009

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ.

Maksud hadith :

Daripada Ibnu Abbas R.A, katanya : “ Rasulullah S.A.W adalah manusia yang paling pemurah, Dan adalah baginda itu paling pemurah ketika berada di dalam bulan Ramadhan, Ketika bulan itu Jibrail datang berkunjung menemui baginda S.A.W. Jibrail datang pada setiap malam di dalam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah S.A.W itu adalah lebih pemurah dari angin yang berlalu ( perumpaan Nabi di dalam memberi adalah lebih laju dan segera dari angin ).

Ramadhan datang lagi. Bahkan kita telah pun berada di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Bulan yang kita digalakan memperbanyakan amalan. Mudah-mudahan dengan niat yang ikhlas di dalam mengerjakan amalan tersebut Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa kita yang lampau, sesuai dengan hadith Nabi S.A.W :

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan menjadi penghapus dosa di antara keduanya selagi menjauhkan dosa-dosa besar”

Di antara amalan yang digalakan kita menunaikannya adalah bersedekah. Tetapi bukan setakat sedekah tapi ekstra sedekah. Dalam bulan-bulan yang lain kita dituntut bersedekah tetapi di dalam bulan ini kita dituntut bukan sekadar bersedekah bahkan bersedekah lagi. Saya datangkan dengan analogi yang mudah difahami, kalau dalam bulan-bulan yang lain peruntukan sedekah kita untuk sebulan RM 10, maka sepatutnya untuk bulan ini jadi RM 20. Bagaimana pula kalau memang jenis yang tidak pernah ada peruntukan sedekah ?. Maka untuk bulan Ramadhan kena diasingkan duit tu satu bahagian untuk sedekah.

Mungkin juga ada yang terpinga-pinga. Baru juga mendengar untuk sedekah ni ada peruntukan. Mungkin masa belajar pengurusan kewangan yang disebutkan hanyalah peruntukan untuk simpanan, peruntukan untuk membayar bil-bil, peruntukan membayar hutang-hutang yang bertimbun dan tidak ketinggalan peruntukan membayar Astro. Canggih tu Astro pun ada peruntukannya. Kalau tidak dibahagi-bahagikan alamatnya kuranglah bajet untuk bulan tersebut. Pakar perancangan mana pula, yang mengajar perlu ada peruntukan untuk sedekah. Bukankah sedekah itu sunat dan sepatutnya seikhlas hati ?.

Jom Refresh iman !. Kalau untuk simpanan dan takaful pun ada peruntukan apatah lagi untuk sedekah. Bukankah sedekah itu simpanan akhirat. Kita simpan duit RM 100 setiap bulan dalam tempoh 30 tahun kita akan berjaya mengumpul RM 36 000. Untuk apa ye duit tu kita simpan. Kalau kita meninggal sebelum sempat guna duit tu macamna ye ?. Apa jadi dengan duit tu ?. Merasa tak kita ?. Kalau dapat anak-anak yang soleh dan murah hati, dia sedekahkan duit tu dapat juga lah kita. Tapi kalau duit banyak2 tu dia berjoli, apa ye yang kita dapat ?.

Refresh lagi Iman!. Bagaimana pula kalau kita peruntukan hanya RM 50 untuk sedekah setiap bulan, jadi dalam tempoh 30 tahun kita telah bersedekah sebanyak RM 18000. Berapa kita dapat?. 15k ker?. Sudah tentu tidak!. Bahkan mungkin kita akan dapat berganda-ganda lagi. Nabi ada nyatakan kebaikan itu diganda dari 10 hingga 700 kali ganda. Kaya tak kita ?. jadi sebenarnya peruntukan mana yang lebih penting dan utama.


Ustaz Khir : Mulakan bersedekah dari sekarang walaupun hanya dengan 5 sen. Sebelum semua bajet bulan 9 ni diperuntukan untuk baju raya, kuih raya, langsir raya, jalan raya dan hantu raya.