Pages

Wednesday, July 1, 2009

Perkembangan Perundangan Islam

السلام عليكم
Semoga kalian semua berada di dalam keadaan yang sangat luar biasa di bawah naungan tuhan yang meletakkan langit tanpa tiang. Terima kasih di atas sokongan anda menjayakan kuliyah mingguan kita. Terima kasih juga saya ucapkan bagi mereka yang sudi mengedarkan bahan2 yang terkandung di dalam blog ini kepada staf2 di pejabat, jiran dan sahabat2 yang lain. Tak apa. Ambil je. Tak perlu minta izin. Ia bukan milik saya pun. Ilham dan ilmu ( kot ada ilmunye lah ) adalah milik Allah.
Terima kasih juga kepada yang meng'email dan sms saya bertanya pelbagai perkara. Yang saya terjawab saya jawablah ( tapi setakat ni saya dah jawab semua kan . hehehehe ). Kalau ada soalan2 yang tak saya jawab lagi, ingatkan saya. Insya Allah saya cuba cari jawapannya.

Pada minggu ni, dalam kuliyah mingguan kita, saya nak berkongsi dengan anda tentang peringkat-peringkat perkembangan perundangan Islam. Opss sebelum tu, sesiapa yang berminat untuk turut serta di dalam kuliyah secara langsung, sudi-sudialah datang ke tempat saya mengajar ( membebel sebenarnya ). Untuk yang duduk di lembah klang dan selangor, kuliyah Perkembangan fiqh saya bertempat di Masjid Al-Mustaqimah, taman Cheras Indah dekat2 Shamelin Perkasa. Pada hari sabtu minggu ketiga dan keempat , selepas maghrib. Untuk mereka yang duduk di Negeri Sembilan, khususnya sekitar seremban, kelas Fiqh dan perkembangan Fiqh bertempat di Surau taman Senangin, dekat2 dengan Seremban Jaya dan dekat2 exit tol Senawang. Pada hari Ahad minggu keempat, selepas maghrib.

Sedara-sedara, Para ulamak telah mengambil langkah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan fiqh itu kepada 2 pandangan atau bahagian :
  • Ada dikalangan mereka membahagikan perkembangan itu mengambil iktibar dan seakan-akan perkembangan manusia, dari sudut pertumbuhan, perkembangan, dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan selanjutnya. Mereka menandaikan Fiqh itu ibarat manusia. Melalui tempoh kanak2 pada awal usia, kemudian membesar dan menjadi matang.
  • Ada juga yang melihat dan menyusun perkembangan perundangan Islam itu berdasarkan perbezaan-perbezaan, keistimewaan-keistimewaan, yang kelihatan di dalam ilmu fiqh itu sendiri. Mereka yang mendokong pandangan kedua ini, walaubagaimanpun bercanggahan pendapat tentang peringkat perkembangannya. Ada yang mengatakan ia mempunyai 4 peringkat, sebahagian yang lain pula mengatakan 5,6 dan ada juga mengatakan 7 peringkat.

Walau bagaimanapun waktu saya belajar dulu, guru kami lebih cenderung memilih untuk membahaskan pandangan kedua dan memilih mereka yang mengatakan perkembangannya terbahagi kepada 4 peringkat.

  • Peringkat pengasasan dan perkembangan. Peringkat ini merujuk kepada zaman baginda S.A.W. boleh kita katakan peringkat ini adalah peringkat At-Tanzil(التنزيل) dan Ittiba' Al-wahyu ( اتباع الوحي) ( Penurunan Al-Quran dan Patuh terhadap apa yang diturunkan ).

  • Peringkat pembinaan dan penyempurnaan. Perinkat ini meliputi zaman sahabat, tabi'in sehinggalah pertengahan kurun ke -empat.

  • Peringkat beku (jumud الجمود ) dan ikut-ikutan ( Taqlid التقليد ) . Peringkat ini bermula daripada pertengahan kurun ke-empat Hijrah sehingga kurun ke 12 Hijrah.

  • Peringkat kesedaran dan kebangkita. ( النهضة و اليقظة) . Peringkat ini bermula daripada kurun ke 12 Hijrah sehinggalah hari ini.
Kita juga akan dapat melihat kesan perkembangan ini pada kitab-kitab fiqh yang ada. Pada zaman permulaan tu, memang tak ada suatu buku fiqh pun dibuat dan dibukukan. Hal ini kerana pada zaman ini segala permasalah mereka akan merujuk terus kepada baginda S.A.W dan akan turun wahyu dari Allah di atas setiap persoalan dan apa yang mereka musykilkan.
Fahamkan betul2 tu. Sebab apa. Masa time kuliyah ada orang tanya, kenapa hari ni kita sibuk2 nak bermazhab, sedangkan saidina Abu Bakar tak ada mazhab, saidina Ali tak ada mazhab..macamna tu ustaz. Betul.. para sahabat tak bermazhab. habis kenapa kita kena bermazhab. Saya jawab mudah je : "Dah kita bukan hidup zaman Nabi. Kita pun bukan Sahabat. Zaman kita Al-Quran tak turun. Haa tu jawapan paling mudahlah". Sebab itu para sahabat tidak membentuk apa2 mazhab. Sebab zaman itu adalah zaman dimana semua hukum Nabi yang jawab. tetapi pada zaman pertengahan para sahabat, kita mula lihat wujudnya para sahabat yang berijtihad ( mengeluarkan hukum yang tiada ). Maka adakalanya ijtihad mereka itu disokong sahabat yang lain dan ada kalanya tidak. Bagi saya itu adalah asas permulaan kepada pembentukan mazhab2 yang lebih tersusun dengan kaedah2 dan usul mereka.

Bersambung minggu hadapan..
.
.
.
.
Di atas itu adalah gambar Al-Marhum Syeikh Abdul Rasyid bin Syeikh Mohd Said Al-Linqqi. Adik Almarhum Syeikh Ahmad bin Mohd Said Al-Linqqi dan juga merupakan bapa saudara Dato' Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad, bekas Muti N. Sembilan. Ketika mendengar ceramah Syeikh Abdul Rasyid, Masya Allah, lautan Ilmunya. Sukar nak jumpa ulmak2 melayu yang sehebat beliau dan adik beradiknya pada zaman ini. sapa2 yang nakkan video tu insya Allah. Saya cuba uploadkan di blog ni.

0 comments:

Post a Comment