Pages

Wednesday, January 6, 2010

Posting pertama tahun 2010/1431

Assalamualaikum..

Lama sangat dah tak menengok kat blog ni. Nak kata sibuk sangat tak jugak. Cuma kerja tu sentiasa ada. Patutlah Imam Hasan Al-Bana kata : الواجبات أكثر من الأوقات , kerja dan tanggungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada.

Tahun 2010 ni dimulakan dengan pelabagai isu dan perkara. nampaknya TV3 pun ada macam-macam yang baru. Yang paling saya berminat dan sempat menyaksikannya adalah soal jawab dan segmen Aduan Rakyat. Ermm dua2 program yang saya kira kalau dilakukan secara baik dan telus, kita boleh bagi satu seat Parlimen untuk TV3. Dan mungkin sahaja TV3, bahkan mana2 media pun lebih pantas untuk mencari masalah berbanding sesetengah wakil rakyat yang dilantik.

Itu satu hal. Yang paling memberi kesan terhadap semua saya kira adalah isu kalimah Allah. Masa nilah kita tengok orang UMNO pun bukan main kuat TAKBIRnya. Kalau tak tu, kat mana-mana pun sentiasa menghidupkan yang layu. Hidup...terus melayu. Maka layulah ia. hehehehe.

Saya kira, kerajaan bukan sekadar perlu membuat rayuan pada mahkamah tentang isu ini. Kerajaan perlu lebih progresif di dalam menjelaskan isu. Dalam kalimah Allah ini adakah isu utamanya kesalahan menggunakan kalimah Allah bagi bukan beragama Islam, atau hanya sekadar mengelakan kekeliruan masyarakat Islam tentang kalimah tu.

Mudahnya begini, saya nak tanya yang duk berdemo tulah. Mereka marah tu sebab apa agaknya ? Ke sebab orang lain berdemo dia pun bukan main kuat demo dan takbirnya. Ermm faham ker tak tu ?. Yang kamu tu nak tuntut apa tu ?. Saya bukan memperlekehkan usaha mereka. Ye butul semangat perlu ditunjukan. Maklumlah dia tu ketua pemuda kan kan kan. Tapi demo tu nak minta apa ?. Nak pertahan apa ?. Ok, dia pun akan kata kita mempertahankan kalimah Allah itu digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Bagus bagus bagus tu. Tapi masa sambutan tahun baru hari tu, kenapa tak ada seorang pun ketua pemuda yang berdemo dan hantar memo dekat TYT ker, Agong ker, PM ker ?. Tak dengar pulak .

Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tanya macamtu kan ?. Haa kan malam sambutan Tahun baru tu, bukan setakat salah guna kalimah Allah tu, tapi dengan berani-beraninya mempersendakan Allah, dengan melanggar larangan Allah. Bila kita langgar larangan Allah, kita ni ikut Allah ker, kita lawan Allah. Kalau dah lawan Allah salah ker tak ?. Kenapa tak demo. Dia pun kata perhimpunan 2010 tu tak salah . Abis yang penguat kuasa tangkap duduk menggesel-gesel tu apa ?. Yang bercampur-campur lelaki perempuan tu apa, yang bersidai-sidai tu apa?. Tak salah ker tu. Itu menjunjung kalimah Allah. Atau menghina kalimah Allah. Kita sebenarnya nak letakan Allah paling tinggi ker apa ?. Cuba jawab sikit...

Cuba tengok ni pulak betul2...Kat Seremban ada seorang budak umur 12 tahun dari lubuk cina kena tangkap sebab naik motor tak ada lesen. jauh tu lebih kurang 50KM. Jalan malam2 pulak tu.

Nak pergi mana ?.
Pergi Seremban.

Cari apa ?.
Nak sambut tahun baru .

Sambut dengan apa ?.
Baca Yasin ker ?.
Solat Hajat ker ?.
Ceramah Agama ker ?.

Ke apa sebab budak tadi berani berjalan sejauh itu?.
Mesti nak cari hiburan kan ?.
Hiburan tu Allah suka ker ?
Allah redha ker ?. Allah benar kan ker ?.

Tolong bagitahu saya yang kurang arif ni...

Jadinya kita sebenarnya menjunjung kalimah Allah itu ke tidak. Kalau kita sendiri dah hina kalimah Allah tu, maka pasti orang2 bukan beragama Islam lebih berani nak buat apa ajer.

Saya gunakan analogi yang sama juga dalam isu yang kedua. Isu vivapalastina. Kita bukan main marah dengan Yahudi, dengan Mesir, dengan Zionis dengan sapa-sapa ajer dengan kurang ajar menghinakan Masjidil Aqsa. Ada yang berdemo sampai hilang suara dia. Sebab punya sayang dia dengan masjidil Aqsa. Fuhhh bagus semangat tu. Ada semangat cintakan Islam. Tapi malangnya masjid kampung dia sunyi, dia tak rasa apa-apa. Masjid taman dia pun, dia tak pernah jejak. Kita sibuk mempertahankan masjid yang jauh tapi yang dekat dengan kita terabai. Jangan jadi macam ayam jantan Kokoknya kuat, ekor berlumuran tahi.

Saya ni sebut pun, untuk diri saya. Mudah-mudahan dengan kedatangan 2010 dan 1431 ni, kita lebih faham mana yang lebih utama. Simbol ke penghayatan.. Kita sibuk mempertahankan simbol, tetapi penghayatan sudah lama terabai..
Perkataan Allah itu wajib kita pertahankan. Tetapi mengenal Allah itu lebih utama dari kalimahnya. Takut Allah itu lebih utama. Menurut perintah Allah itu lebih utama.
Al-Quran itu wajib kita menjaga dan memeliharanya. Tetapi membacanya lebih utama dari sekdar dijaga. Beramal dengannya lebih utama dari menjaganya.
Mempertahankan Masjidil Aqsa itu wajib. tetapi mendirikan masjid di dalamnya adalah lebih utama. Buat apa masjid yang cantik tetapi hanya sekadar perhiasan.


Jumpa lagi.

Ustaz Khir : sekarang sibuk pulak ber Facebook. jangan lupa add saya yer..

1 comments:

Zahrah Az Zahrawi said...

Bismillah..
salamu'alaykum ustaz..
syabas!
=) mmg tepat ap yg ustaz katakn..
rata2nya rmi yg mmbantah,tp trangan mlanggr prntah Allah..
bab ni,rasenye semua org trmasuk pihak2 atasn d Malizi ni akn bising,tpi bab2 akarnya,sprti yg ustaz katakn td prkara2 yg dperintahkn Allah,takde sape na bising2..
semua dah biasa nampak wlupun tahu itu laranganNYA..
pelik kan?
soal ni jadi mcm ni...baru rmi tyg diri,tnjuk bantahan..
tp prkara2 yg dianggap kcil,cth mnutup aurat..
prgaulan bebas dn hiburan yg ta trbendung d negara ni..yg dah lama menjauhkn ummah Islam yg sebenarnya lebih bsar yg lebih memrlukn prhatian pemimpin dn rakyat yg mngaku sbgi Islam masih takde siapa mahu lontar suara..
hmm..makin berat tugas kta yg tahu mngingatkn insan2 yg tahu tp buat2 tak tahu soal ni..
ap2 pn syabas ustaz!
mmg menarik..
pringatan buat diri ana sndri jua~

Post a Comment