Pages

Wednesday, September 30, 2009

Kuliyah Fiqh

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadith Abu Ayub Al-Ansari Nabi S.A.W bersabda :
.
مَنْ صَاْمَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّأ مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
.
Barangsiapa yang berpuasa Ramdhan dan mengikutinya dengan enam hari di dalam bulan syawwal, maka dia seolah-olah berpuasa setahun.
.
Hadith ini banyak diperbincangkan dikalangan ulamak dari sudut kedudukan hadith dan juga cara beramal dengannya. Tidak ketinggalan juga mereka yang mengatakan hadith ini adalah hadith yang sahih. Ada juga yaang mengatakan hadith ini hanyalah hadith yang mawquf. pendapat ini didatangkan oleh Ibnu "uyaynah dan lain-lain. imam Ahmad bin Hnabal juga cenderung kepada pendapat ini.
.
Manakala dari sudut beramal dengannya. Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat melakukan puasa enam hari di dalam bulan Syawwal. Di antara yang cenderung dengan pandangan ini adalah Ibnu Mubarak, Imam Syafie, Imam Ahmad, Ishak dan ada juga yang mengingkarinya.
.
Bahkan ada juga yang mengatakan tidak memadai hanya dengan puasa Ramadhan sahaja. ia perlu dilengkapkan dengan 6 hari di dalam bulan Syawwal.
.
Ada juga yang menyebutkan berpuasa pada harinya hukumnya makruh tetapi tidak membantah bagi yang berpuasa padanya. Sebagai contohnya Imam Malik. Dia menyebutkan di dalam kitab muwatta' bahawa tidak diketahui seorang pun dari ahli ilmu dah Fuqaha' berpuasa pada hari tersebut. Dan tidak sampai suatu maklumat pun kepadaku katanya, dari salafu As-Soleh yang berpuasa pada hari tersebut. Imam malik mengambil pandangan sedemikian kerana khuatir melakukan perkara yang tidak thabit dari Nabi S.A.W.
.
Bagi mereka yang mengatakan hukumnya sunat pulak. Mereka turut berselisih tentang sifat dan cara perlaksanaannya.
.
1. Sunat hukumnya dia berpuasa di awal bulan secara berturut-turut. Ini pendapat Imam Syafie dan Ibnu Mubarak. Mereka berdalilkan hadith yang marfu' dari Abu Hurairah. Yang menyebutkan :
.
من صام ستة أيام بعد الفطر متتابعة فكأنما صام السنة
.
Barang siapa berpuasa 6 hari berturut-turut selepas hari Raya. Maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Hadith ni disebutkan oleh Imam At-Thobrani melalui silsilah yang dhoif.
.
2. Tidak ada beza di antara mereka yang berpuasa berturut-turut atau yang berselang-selang. Ini pendapat Waqi' dan imam Ahmad.
.
3. Pendapat ketiga mengatakan jangan berpuasa hari selepas hari raya kerana ia adalah hari makan dan minum. Digalakan berpuasa 3 hari sebelum hari-hari putih. Ini pendapat Ma'mar dan Abd Razzak.
.
Ini sedikit fakta renungan. Kebetulan hari ni hari khamis dan memang ikut jadual kuliyah Fiqh kita.
.
Antara kelebihan puasa enam. Seperti yang dinyatakan oleh As-Syeikh Al-Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali Al-Baghdadi Ad-Dimaysqi.
.
1. Puasa 6 hari dalam bulan syawwal melengkapkan pahala puasa setahun.
.
2. Puasa syawwal dan Syaaban dan bulan2 yang lain sama kedudukannya dengan solat-solat sunnat. Solat-solat sunnat menjadi pelengkap kepada solat Fardhu. jadi begitu juga kedudukan puasa sunat. ia merupakan pelengkap kepada puasa wajib.
.
3. Puasa dalam bulan Syawwal adalah sebagai tanda penerimaan puasa di dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana Allah seandainya menerima amalan seseorang, Allah akan memudahkan dia melakukan amal soleh. Seperti kata-kata salaf as-Soleh.
.
ثواب الحسة الحسنة بعدها
.
Pahala kebaikan itu adalah dengan melakukan kebaikan selepasnya.
.
4. Puasa Ramadhan menghapuskan dosa-dosa. Kemudian kita berhari raya sebagai tanda bergembira. Manakala puasa Syawwal adalah sebagai tanda syukur di atas nikmat tersebut. Iaitu nikmat di ampunkan dosa-dosa. tiada nikmat yang paling besar melainkan diampunkan dosa-dosa. Maka sebaik-baik tanda syukur itu adalah dengan mengabdikan diri. puasa adalah manifestasi kesyukuran ini.
.
5. Diantara hikmahnya juga adalah sebagai tanda bahawa ibadah yang kita tunaikan kepada Allah tidak sekadar terhenti pada masa dan waktu tertentu sahaja. Tetapi ibadah itu sentiasa berterusan selagi mana kita hidup di atas muka bumi ini. Pada bulan Ramadhan kita bertempur dengan nafsu. Apabila kita berjaya bukan bererti kita perlu berehat sahaja. maka datangnya syawwal sekali lagi kita turun untuk bertempur. Seperti ungkapan orang bijak pandai .
.
أن الصائم بعد رمضان كالكار بعد الفار
.
Puasa selepas Ramadhan itu ibarat lari dari medan perang kemudian turun berjuang kembali.
.

Sunday, September 27, 2009

reFRESH imAN lePAS RAya

''Mana Milik Kita'-Nada Murni-Rabbani
.
Mana milik kita...
Tidak ada milik kita...
Semua yang ada..
Allah yang punya
.
Tidak ada kita punya...
Kita hanya mengusahakan saja..
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...
Kita Allah punya..
.
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja...
Tidak terlepas dari ciptaanNya...
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita...
Kita hanya mengusahakan..
Apa yang telah ada
.
Mana milik kita...
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada..
Allah yang punya
Tidak ada kita punya...
Kita hanya mengusahakan saja..
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...
.
Mengapa kita sombong..
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu...
Kepada Allah yang empunya..
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya..
Malulah kepada Allah..
Kerana milik Ia punya
.
Janganlah berbangga...
Apa yang ada pada kita..
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa...
Janganlah mengungkit..
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya..
Yang sebenarnya Allah punya
.
Marilah kita bersyukur..
Bukan berbangga..
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa...
Gunakanlah nikmat Allah itu..
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja...
Agar tidak mengungkit-ungkitnya..
.
Mana milik kita
Tidak milik kita...Semua yang ada..Allah yang punya..Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
.

Pagi tadi dalam perjanan ke tempat bekerja di politeknik Sultan Idris Shah, saya sangat tertarik dengan dendangan sebuah lagi yang sangat2 memukau. Walaupun lagu ini pernah berkumandang suatu masa dahulu, tetapi kita pasti akan disegarkan kembali setiap kali mendengar lagu ini . Ditambah dengan kemerduan suara Al-Marhum Ustaz Asri, melengkapkan pakej pada lagu ini. Bukan sekadar kemantapan dari sudut vokal tetapi yang paling utama adalah keikhlasan dari sudut lirik, irama dan penyanyinya.
.
Sama ada kita perasan atau tidak, memang kita tak punya apa-apa. Bahkan apa yang ada Allah yang pinjamkan untuk kita. Apa yang kita perolehi memang dia yang telah sediakan untuk kita. Walaupun zahirnya kita yang berusaha, tetapi hakikat sebenarnya kita hanya menerima pemberian Allah. Allah yang bagi.
.
Kereta kita memang zahirnya kita yang beli tetapi sebenarnya Allah yang sediakan untuk kita. Apa aje, semua yang ada, yang kita lihat yang kita rasa, yang kita tak nampak, semuanya segalanya Allah yang punya.
.
Udara ini Allah yang punya Allah bagi pinjam dan guna, bumi ini Allah yanng punya dia bagi pinjam dan guna. BARULAH KITA TAHU TAK ADA YANG MILIK KITA...
.
.
Ustaz Khir : Bagus dengar lagu ni. Sangat2 menyentuh perasaan.
.

Monday, September 14, 2009

Raya yang tertangguh...














Apa yang saya faham tentang R.A.Y.A ?

Dalam bahasa Melayau perkataan RAYA terlalu banyak digunakan.

Kita biasa dengar

JALAN RAYA

BALAI RAYA

HANTU RAYA

KUIH RAYA

BAJU RAYA

PASAR RAYA

KOTA RAYA

BANDAR RAYA

PILIHAN RAYA

Dan ada macam-macam RAYA lagi.

Yang saya faham RAYA ni sesuatu yang SUPER HEBAT.

Dalam taman kita duduk mesti ada banyak kedai2 runcit. tetapi nak bezakan kedai runcit kita dengan kedai runcit orang lain kita guna PASARAYA. Sebab apa ?. Sebab kita bukan kedai runcit tapi kita adalah PASARAYA. PASARAYA bukan kedai runcit tapi dia adalah SUPER HEBAT dari kedai runcit. Kalau awak bukak PASARAYA tapi orang nak beli bawang pun tak ada, kunyit pun tak ada, tepung pun tak ada. Orang tak panggil kedai awak PASARAYA tapi orang akan panggil cari PASAL AJE !.

Begitu juga dengan balai raya. Mesti ada kehebatan perkaataan raya ni kan. Macamana pula Hantu Raya ?. Hantu ni ada masa raya je ker ?. sama macam kuih raya ngan baju raya.

RAYA RAYA RAYA.

Raya ni sesuatu yang sangat luar biasa dan sesuatu yang sangat hebat. Orang tak akan panggil sesuatu tempat itu bandar raya kalau bandar tadi tak ada ciri-ciri banda raya. Orang akan panggil bandar jer. Hari pun orang tak akan panggil sessuatu hari tu hari raya melainkan ia memang sesuatu yang sangat hebat dan mengangumkan.

Apa yang hebat sangat hari raya bagi anda ?.

Mungkin anda akan kata hari Raya hebat sebab kita dah boleh makan balik.. Masa pose tak boleh makan, maka bila raya kita dapat makan. Ermm hebat ker raya hanya kerana dapat makan balik ?

Mungkin juga ada yang kata Hari Raya ni hebat sebab dapat pakai baju baru-baju raya. ermmm iye ke raya ni jadi hebat sebab dapat pakai baju baru ?

Mungkin ada yang kata raya ni hebat sebab masa raya boleh balik kampung. Spesial sangat ker balik kampung awak tu, yang menyebabkan raya tu jadi sangat spesial.

Mungkin ada yang akan memberikan 1001 lagi jawapan.

kalau dengar ustaz2 ceramah masa2 nak raya ni, mesti kita yang dah biasa dengar jadi loya pulak dah, Ustaz2 kata raya ni hari kemenangan, hari kejayaan dan hari meraikan kegemilangan kita menawaskan nafsu. Kalau macamtu betul lah tu. Tapi menang ker kita ?. Kita menang dari apa ?. Kita kalahkan siapa ?. Apa perlawanan yang kita menang tu ?.

Ada yanng kata kita menang sebab dapat menewaskan nafsu. Iye ker nafsu awak tu dah tewas. Cuba tengok betul2. Awak cuma tewaskan nafsu makan jer kan ?. Nafsu tidur kalah tak ?. Nafsu pemalas kalah tak ?. Nafsu membeli belah kalah tak ?. Nafsu takabbur kalah tak ?. Bahkan mungkin ada beratus lagi nafsu yang kita tak mampu nak kalahkan. Menang ke kita ?. Haaah kalah ? Kalah nak raikan apa ?.


Ustaz2 biasa sebut antara nafsu yang berleluasa dalam bulan Ramadhan adalah nafsu makan waktu berbuka. Kesian yang bersemangat membeli di bazar Ramadhan tu hihihi. Asyik kene perli jer tu. ermm mungkin ada yang sedang terlupa tu.. Bahkan ada Nafsu yang lagi huduh dan buruk dari nafsu makan tu.. Macamna pulak nafsu rakus perniaga ?. Mengaut untuk yang berlipat kali ganda. Makanan yang dijual ntah apa-apa ntah rasanyer. Tapi sebab dah letak aji no moto satu beg maka yang beli pun rasa sedap semacam jer. Ini kan Nafsu. Menang ke kita kak ?. Menang ke kita bang ?. kalau tanya yang meniaga mesti dia kata hasil keuntungan jualan tu nak guna untuk keperluan hari raya. Berhak ker dia beraya tu ?. ( hahaha jangan mare ye )

Tu tak masuk yang meniaga kuih raya lagi tu. Yang membelinya satu hal . Dengan sangat bernafsunya memborong apa aje kuih yang ada di depan mata. Yang meniaga pun sama-sama bernafsu rakus. Sebab tu biasa kita tengok kuih macam-macam warna tapi semua satu rasa jer. Ingat tak ? kuih yang paling top dulu-dulu tu , kuih almond london. Ada ke letak 1/4 jer badam dalamnyer. iskh iskh iskh sangat bernafsu peniaga itu. Dia pun mula menjual dari pagi sampai malam, sebab nak cari duit raya. berhak ker beraya tu ?. Kalah tu kak. kalah dengan nafsu 1/4 buah badam dalam almond london hihihi.

Hai.. nampak gayanya macam kena tangguh jer raya tahun ni. Sebab apa kena tangguh ?. sebab kita masih dalam perlawanan lagi. Belum layak dapat PIALA lagi. Dah kalau tak dapat piala nak raikan apa. Kalau dapat pingat gangsa pun ok jugak. Ini kita kena pukulan K.O tu. K.O kita kak, K.O.

Ustaz Khir : nantikan ucapan hari raya merangkap khutbah jummat sempena hari raya..