Pages

Wednesday, September 30, 2009

Kuliyah Fiqh

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadith Abu Ayub Al-Ansari Nabi S.A.W bersabda :
.
مَنْ صَاْمَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّأ مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
.
Barangsiapa yang berpuasa Ramdhan dan mengikutinya dengan enam hari di dalam bulan syawwal, maka dia seolah-olah berpuasa setahun.
.
Hadith ini banyak diperbincangkan dikalangan ulamak dari sudut kedudukan hadith dan juga cara beramal dengannya. Tidak ketinggalan juga mereka yang mengatakan hadith ini adalah hadith yang sahih. Ada juga yaang mengatakan hadith ini hanyalah hadith yang mawquf. pendapat ini didatangkan oleh Ibnu "uyaynah dan lain-lain. imam Ahmad bin Hnabal juga cenderung kepada pendapat ini.
.
Manakala dari sudut beramal dengannya. Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat melakukan puasa enam hari di dalam bulan Syawwal. Di antara yang cenderung dengan pandangan ini adalah Ibnu Mubarak, Imam Syafie, Imam Ahmad, Ishak dan ada juga yang mengingkarinya.
.
Bahkan ada juga yang mengatakan tidak memadai hanya dengan puasa Ramadhan sahaja. ia perlu dilengkapkan dengan 6 hari di dalam bulan Syawwal.
.
Ada juga yang menyebutkan berpuasa pada harinya hukumnya makruh tetapi tidak membantah bagi yang berpuasa padanya. Sebagai contohnya Imam Malik. Dia menyebutkan di dalam kitab muwatta' bahawa tidak diketahui seorang pun dari ahli ilmu dah Fuqaha' berpuasa pada hari tersebut. Dan tidak sampai suatu maklumat pun kepadaku katanya, dari salafu As-Soleh yang berpuasa pada hari tersebut. Imam malik mengambil pandangan sedemikian kerana khuatir melakukan perkara yang tidak thabit dari Nabi S.A.W.
.
Bagi mereka yang mengatakan hukumnya sunat pulak. Mereka turut berselisih tentang sifat dan cara perlaksanaannya.
.
1. Sunat hukumnya dia berpuasa di awal bulan secara berturut-turut. Ini pendapat Imam Syafie dan Ibnu Mubarak. Mereka berdalilkan hadith yang marfu' dari Abu Hurairah. Yang menyebutkan :
.
من صام ستة أيام بعد الفطر متتابعة فكأنما صام السنة
.
Barang siapa berpuasa 6 hari berturut-turut selepas hari Raya. Maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Hadith ni disebutkan oleh Imam At-Thobrani melalui silsilah yang dhoif.
.
2. Tidak ada beza di antara mereka yang berpuasa berturut-turut atau yang berselang-selang. Ini pendapat Waqi' dan imam Ahmad.
.
3. Pendapat ketiga mengatakan jangan berpuasa hari selepas hari raya kerana ia adalah hari makan dan minum. Digalakan berpuasa 3 hari sebelum hari-hari putih. Ini pendapat Ma'mar dan Abd Razzak.
.
Ini sedikit fakta renungan. Kebetulan hari ni hari khamis dan memang ikut jadual kuliyah Fiqh kita.
.
Antara kelebihan puasa enam. Seperti yang dinyatakan oleh As-Syeikh Al-Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali Al-Baghdadi Ad-Dimaysqi.
.
1. Puasa 6 hari dalam bulan syawwal melengkapkan pahala puasa setahun.
.
2. Puasa syawwal dan Syaaban dan bulan2 yang lain sama kedudukannya dengan solat-solat sunnat. Solat-solat sunnat menjadi pelengkap kepada solat Fardhu. jadi begitu juga kedudukan puasa sunat. ia merupakan pelengkap kepada puasa wajib.
.
3. Puasa dalam bulan Syawwal adalah sebagai tanda penerimaan puasa di dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana Allah seandainya menerima amalan seseorang, Allah akan memudahkan dia melakukan amal soleh. Seperti kata-kata salaf as-Soleh.
.
ثواب الحسة الحسنة بعدها
.
Pahala kebaikan itu adalah dengan melakukan kebaikan selepasnya.
.
4. Puasa Ramadhan menghapuskan dosa-dosa. Kemudian kita berhari raya sebagai tanda bergembira. Manakala puasa Syawwal adalah sebagai tanda syukur di atas nikmat tersebut. Iaitu nikmat di ampunkan dosa-dosa. tiada nikmat yang paling besar melainkan diampunkan dosa-dosa. Maka sebaik-baik tanda syukur itu adalah dengan mengabdikan diri. puasa adalah manifestasi kesyukuran ini.
.
5. Diantara hikmahnya juga adalah sebagai tanda bahawa ibadah yang kita tunaikan kepada Allah tidak sekadar terhenti pada masa dan waktu tertentu sahaja. Tetapi ibadah itu sentiasa berterusan selagi mana kita hidup di atas muka bumi ini. Pada bulan Ramadhan kita bertempur dengan nafsu. Apabila kita berjaya bukan bererti kita perlu berehat sahaja. maka datangnya syawwal sekali lagi kita turun untuk bertempur. Seperti ungkapan orang bijak pandai .
.
أن الصائم بعد رمضان كالكار بعد الفار
.
Puasa selepas Ramadhan itu ibarat lari dari medan perang kemudian turun berjuang kembali.
.

0 comments:

Post a Comment