Pages

Wednesday, October 7, 2009

Antara keistimewaan Fiqh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan ialah hukum-hukum syara' yang mengatur segala perbuatan dan perkataan mukallaf. Mudahnya segala apa yang berkaitan dengan perbuatan maka hukumnya disebutkan di dalam fiqh. Nak makan hukum apa ?. Ada yang harus, ada yang wajib, ada yang sunat ada yang haram. Ermm makan ada yang wajib ker ?, Eh ada. Mesti ada. Kan hari raya puasa haram berpuasa. kalau tak boleh puasa kena makan. kalau tak makan namanya puasa. maka kena makanlah itu hari..


Selain itu perlu juga dijelaskan bahawa fiqh mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aqidah dan akhlak. Ketiga-tiga bidang ilmu ini adalah saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Sebagai contohnya solat itu hukumnya wajib dari sudut fiqhnya. Tetapi menunaikan solat dengan niat menyembah tuhanyang selain Allah batal aqidahnya. Kerana aqidah itu matlamat akhir kepada fiqh dan akhlak bahkan ia adalah terasnya.


Begitu juga keadaannya seseorang yang tidak berpegang teguh ikatannya dengan Allah maka mereka akan mencuaikan kewajipan solat walau pun jelas hukumnya wajib. Kerana wajib itu hasil dari hukum fiqh manakala persoalan keimanan dan kepercayaan pada Allah dan hukumannya terletak pada akidah.


Begitu juga kalau kita lihat di dalam tuntutan yang lain. Di dalam surah Ali Imran ayat 130 Allah menyebutkan " Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-lipat kali ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, supaya kamu berjaya" .


Dalam ayat tersebut jelas kaitan di antara pengharaman riba' dan nilai ketaqwaan. Di mana nilai ketaqwaan neraca dan kayu ukurnya adalah akidah yang mantap kepada Allah. makanya tak betul orang kata biar tak pakai tudung yang penting apa yang ada dalam hati. Sebab kedua-duanya jalan seiringan iaitu ibarat rel keretapi yang jalan beriringan di antara satu dengan yang lain.



0 comments:

Post a Comment