"Belalang pun Ahlul Nujum Jugak Pak" ni antara dialog yang mewarnai TV2 malam tadi. Maksudnya apa ?. Maksudnya saya tengok jugak cite tu malam tadi.Itu aje hehehehe...
Yang nak cerita untuk hari ini adalah NASIB BAIK. Macam Pak Belalang. Sentiasa bernasib baik. Nasib Baikkkk. Konsep yang susah nak hilang dari orang Melayu. Adakalanya baik, tapi kadang2 bila dah asyik berpegang dengan nasib baik aje.. bila kita nak berubah dan sedar. Sebagai contoh sekarang heboh serata dunia penyakit H1N1....kita akan kata apa ?. Kita akan kata : "Nasib baik kat China"... Kena orang Singgapura kita pun kata Nasib baik kat sana...kena kat Malaysia kita pun kata : "Nasib baik 2 orang". kemudian kita pun kata Nasib baik dah sembuh... Heheheheh..
Kalau asyik nasib baik ajer..bila kita nak ambilnya sebagai suatu amaran Tuhan. Amaran di atas kesalahan dan kemungkaran yang sangat berleluasa.
Memang berpegang dengan nasib baik ni merupakan sesuatu yang digalakan supaya kita mengaggap yang yang berlaku itu baik. Yelah.. orang yang berniaga sebagai contohnya...untung tu pun baik dan tak untung pun baik.. Maka ia jadi NASIB yang sentiasa BAIK. Al-Hamdulillah!!!.. yang faham macam ini betullah. Tapi yang kita.., kita kata nasib baik tu sebab kita rasa kita selamat.Iyeke selamat ?. Bukan selamat. Kita belum kena je lagi..
Hujung minggu yang lalu ribut melanda berberapa kawasan dan tempat, bermula dari tempat kediaman ambo yang hina ni ceh! ( Teluk Intan ) sampai le ke tempat ambo mencari sesuap nasi kat Politeknik Sabak Bernam ni. Banyak pokok tumbang, bumbung melayang, rumah kena hempap pokok ( termasuk rumah sahabat kite kat JPA ni ) dan macam-macam kerosakan lagi. Haaa kalau nak tahu pandangan saya..kena check kat tajuk2 khutbah Jumaat yang sebelum ni.
Tapi.. bagi yang rumahnya selamat mesti dia kata : " Nasib baik bukan rumah aku, kalau rumah aku... tak tahulah macamna bro!". Kalau yang kena kat rumah dia pulak dia kata : "nasib baik kena kat sipi ( kena sikit ) aje, kalau tak.... aku pun tak tahulah bro!." Kalau kena betul2 atas rumah dia, dia akan kata : "Nasib baik kena rumah aku bro, kalau kena kat aku...". kalau kena dekat dia pulak, dia akan kata : " Nasib luka sikit je bro, kalau tak..". Hye kawan...sampai bila nak hitung nasib baik ajeee. Belajarlah membaca keadaan dan suasana. Mungkin Allah bagi kena sipi sebab Allah cuma nak ingatkan kita, bukan tanda kita nasib baik dan selamat..Ingat tu Allah nak ingat kan kita. So kena ingat lah. Jangan asyik fikir kita selamat dan sentiasa bernasib baik. Macam PAK BELALANG!
Ustaz Khir : adakah kita ni sentiasa bernasib baik. Atau kita rasa kita bernasib malang ?. Ada jawapan ke ?. Saya pun tak tahu ni. Cuma sekadar pertanyaan.
0 comments:
Post a Comment