Kebanyakan penulis bersepakat mengatakan perkembangan fiqh itu terbahagi kepada 6 peringkat :
1. Peringkat Pertama
Merupakan peringkat pembentukan dan pengesahan hokum-hukum terdahulu. Peringkat ini dnamakan sebagai zaman kenabian ( ’Ahdu an-Nubuwah ). Ketika ini Al-Quran masih diturunkan. Nabi s.a.w juga menjadi rujukan utama kepada perundangan Islam. Jadi tak ada masalahlah. Kalau sahabat Nabi tertanya-tanya sesuatu masalah...maka Nabi kan terus menjawabnya. Segala percakapan, perbuatan dan tindak tanduk Nabi jadi hukum. Sama ada wajib, harus, haram atau sebagainya.
2. Pringkat Kedua
Peringkat ini adalah peringkat para Sahabat. Ada perkara berlaku pada zaman ini tidak berlakku pada zaman Nabi S.A.W. Sebagai contohnya pengumpulan Al-Quran di dalam sebuah buku yang tersusun. Maka ia menjadi perbahasana sama ada ia merupkan satu perkara baru yang diada-adakan atau sebagainya. Maka di dalam hal ini para sahabat menggunakan segala ijtihad berdasarkan dalil-dalil yang ada. PERINGKAT PENGEMBANGAN HUKUM.
3. Peringkat ketiga.
Peringkat ini bermula daripada berakhirnya pemerintahan Khulafa; Ar-Rasyidin sehinggalah permulaan kurun kedua hijrah. Pada peringkat ini Negara-negara Islam itu sendiri sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang sangat pesat dengan berlakunya pembukaan negara-negara baru. Keadaan ini menuntut kepada suatu sistem yang lebih tersusun di dalam penyampaian agama Islam khususnya di dalam penerangan berkaitan hukum bagi menyusuaikan pendekatan dengan tahap pengetahuan dan penguasaan Ilmu-ilmu dasar hukum serta bahasa Arab.
4. Peringkat keempat.
Peringkat ini bermula daripada tahun 101 hijrah sehingga 310 hijrah. Pada peringkat ini juga perkembangan masalah fiqh lebih luas. Hal ini juga disuburkan lagi dengan keprihatinan para pemimpin terhadap ilmu fiqh dan juga Ulamak-ulamak Fiqh. Tatkala Islam semakin berkembang pesat melangkaui batasan sempadan negara-negara Arab menyebabkan banyaknya berlaku percanggahan dari sudut adat dan tradisi masyarakat setempat . Percanggahan ini menuntut kepada penyelesaian. Maka lahirkan ulamak-ulamak hebat di dalam menjawab segala permasalahan dengan berdasarkan kaedah hukum dan ijtihad mereka .
5. Peringkat kelima
Peringkay yang kelima bermula dari pertengahan kuruh kelima hijrah dan berakhir dengan kajatuhan Baghdad pada tahun 656 hijrah. Lahirnya golongan ulamak yang berijtihad berdasarkan kaedah yang digariskan oleh ulamak-ulamak mujtahid mutlak yang terdahulu. Maka bermula era taqlid di peringkat masyarakat awam.
6. Peringkat yang keenam
Peringkat ini bermula daripada kejtuhan baghdad sehinggalah hari ini. Pada peringkat ini tiada suatu kaedah baru dan kelompok mazhab baru wujud, melainkan taqlid di dalam mazhab tertentu.
Pada peringkat zaman ini juga bermulanya pengajaran dan pembelajaran fiqh itu di dalam bentuk yang baru dan meninggalkan kaedah pembelajaran yang di lalui ulamak-ulamak terdahulu. Di negara kita sebagai contoh, pembelajaran berubah dari sistem pondok kepada sistem pembelajaran di sek kebangsaan atau di sekolah-sekolah menengah.
Maka sewajarnya pada zaman ini kita meneliti permasalahan fiqh ini lebih cermat dan teliti bagi ahlinya. Hal ini kerana corak pembelajaran yang berubah membawa impak dan kesan yang besar di dalam pemahaman kita beragama.
Tidak mustahil pun hari ini ada di antara masyarakat yang tidak mengetahui apakah mazhab ikutan dan panduanya. Bahkan jauh sekali bagi mereka yang berpandangan menolak untuk bermazhab. Perlu juga ketahui bahawa permasalahan fiqh ini adalah berkaitan dengan perbuatan manusia. Permasalahan yang kita hidup dengannya dan berjalan berpandukan panduaannya. Maka sudah pastinya di sana ada perkara-perkara yang dibuka ruang seluas-luasnya bagi meraikan perbalahan dan mendatangkan keistimewaan di dalam perbalahan tersebut. Di sana juga ada ruang-ruang yang tidak dibenarkan kita berbalah sama sekali. Sebagai contohnya hukum arak itu haram, hukum puasa di bulan ramadhan itu wajib dan sebagainya.
Bahkan di sana ada ulamak meletakkan kaedah antaranya :
1. Tidak saling menyalahkan di dalam maslah khilafiyah.
إنما ينكر المتفق عليه ولا ينكر المختلف فيه . فلا ينكر بعضنا على بعض ما دامت المسألة خلافية
Perkara yang boleh kita mengingkarinya ( membantah ) bila bercanggah di dalam perkara yang disepakati, dan tidak diingkari ( dibantah ) di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan. Dan janganlah kita saling salah menyalahkan selagi mana perkara tersebut berada di dalam masalah khilafiyah.
2. Keluar daripada khilaf itu hukumnya mustahab ( sunat )
Disana adanya perbezaan di anatara halal, haram dan had wara’. Apabila kita mengikut yang halal dan haram maka kita akan selamat. Di dalam riwayat para sahabat Nabi S.A.W meninggalkan 70 perkara daripada perkara halal kerana khuatir termasuk di dalam hal-hal yang diharamkan. Ini menunjukan keluar dari khilaf itu adalah lebih baik.
3. Bagi seorang faqeh ( ulamak fiqh ) pula seharusnya menjiwai masalah dengan menggambarkannya, kemudian menstrukturkannya, kemudian mengklasifikasikan hukumnya, kemudian barulah mengeluarkan fatwanya. Perkara ini perlu bagi membezakan seseorang itu sama ada ia Mufti atau Faqeh. Fatwa adalah kemampuan Mufti memahami suasana selepas dia mendengarnya. Ia bukan sekadar melaksanakan hokum yang dipelajarinya tetapi menyelesaikan masalah orang yang bertanya.
Pengalaman saya sewaktu bersama Mufti Mesir adalah sangat menarik dalam masalah ni. Insya Allah pada minggu hadapan saya ceritakan.( BERSAMBUNG )

1 comments:
Ustaz punya slide sangat sangat membantu saya.
Post a Comment