Cabang Iman terakhir : Menyukai sesuatu terhadap sahabatnya seperti
ia mnyukai sesuatu terhadap dirinya.[1]
لا
يؤمنُ أحدُكم حتى يُحِبَّ لأخيه ما يُحِبُّ لنفسِه
Tidak (sempurna)
iman seseorang kamu sehingga dia mencintai sahabatnya seperti dia mencintai dirinya
sendiri.[2]
المسلِمُ مَن سَلمَ المسلِمونَ مِن لسانِهِ ويدِهِ، والمهاجِرُ مَن هجرَ ما نَهى اللَّهُ عنهُ.
Maksudnya : Seoarang Islam adalah individu yang
terpelihara Muslim yang lain dari lidahnya dan tangannya. Seorang Muhajir,
adalah individu yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.[3]
أنَّهُ
قالَ في حَجَّةِ الوداعِ …وسأخبرُكم مَنِ المسلمُ من سلمَ النَّاسُ من لسانِهِ
ويدِهِ والمؤمنُ من أمِنهُ النَّاسُ على أموالِهم وأنفسِهم والمهاجرُ من هجرَ الخطايا والذُّنوبِ والمجاهدُ من جاهدَ نفسَهُ في طاعةِ اللَّهِ تعالى
Nabi S.A.W berkata di dalam khutbah wida’ : Aku akan beritakan
kepada kalian siapa dia muslim. Iaitu manusia terpelihara dari lidahnya dan
tangannya. Mukmin pula adalah mereka yang dipercayai manusia untuk menjaga
hartanya dan jiwanya. Manaka muhajir adalah adalah mereka yang meninggalkan
kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa. Dan Mujahid adalah mereka yang
bersungguh-sungguh di dalam ketaatan kepada Allah.[4]
كن وَرِعًا تكن
أعبدَ الناسِ ، و كن قنِعًا
تكن أشْكَرَ الناسِ ، و أَحِبَّ للناسِ ما تُحِبُّ لنفسك تكنْ مؤمنًا ، و أَحسِنْ
مجاورةَ مَن جاورَك تكنْ مُسلمًا ، و أَقِلَّ الضَّحكَ فإنَّ كثرةَ الضَّحِكِ
تُميتُ القلبَ
Pesan Nabi S.A.W kepada Abu Hurairah : Jadilah
seorang yang wara’ kamu akan menjadi manusia yang paling kuat beribadah.
Jadilah seorang yang qani’ kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur.
Cintailah kepada manusia apa yang kamu cintai untuk dirimu kamu akan menjadi
mukmin. Berbuat baiklah kepada sesiapa yang berjiranan dengan mu kamu akan jadi
muslim. Sedikitkan ketawa, kerana banyaknya ketawa akan mematikan hati.[5]
تَلَقَّتِ
الملائِكَةُ روحَ رجلٍ ممَّن كان قَبلَكُم . فقالوا : أعَمِلتَ مِن الخيرِ شيئًا ؟
قال : لا . قالوا : تَذَكَّر . قال : كُنتُ أُدايِنُ الناسَ . فآمُرُ فتياني
أنْ يُنظِروا المُعسِرَ ويَتَجَوَّزوا عَن الموسِرِ . قال : قال اللهُ عزَّ وجلَّ
: تَجَوَّزُوا عنه
Malaikat menemui roh seseorang sebelum kamu. Kata mereka : Adakah
anda pernah melakukan sesuatu kebajikan ?. Katanya : Tidak. Kata Malaikat :
Ingatkan kembali!. Katanya : Aku memberi hutang kepada orang ramai. Maka aku
menyuruh orang suruhanku untuk melihat mereka yang susah supaya diberi tempoh
kepad yang susah dan memberi kemudahan kepada yang memindah dipermudahkan. Kata
Nabi S.A.W : Allah berfirman :
Permudahkanlah baginya.[6]
0 comments:
Post a Comment