Pages

Monday, February 1, 2010

Bagaimanakah kita mengenal Allah.

Sekiranya kita melihat sebuah kereta bergerak dari tempat yang jauhdi hadapan kita , kemudian kita melihat kapal terbang yang terbang di udara, tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta dan ada juru terbang yang memnadu kapal terbang.

Bagaimana kita yakin kereta dan kapal terbang ada pemandu ?

Sebab sekiranya tiada pemandu yang memandu kereta tersebut , kita tentunya tidak akan melihat kereta bergerak dengan baik walaupun jalan tersebut bengkang-bengkok. Adakah kereta tersebut mampu bergerak mengikut jalan yang bengkang-bengkok tanpa dipandu.

Jadi nak tahu kewujudan Allah bagaimana ?.

Kita mengetahui kewujudannya dengan melihat peredaran dan putaran alam ini dengan penuh teliti dan pertukaran siang dan malam mengikut aturan dan ketetapan yang tetap. Seandainya tuhan itu tidak wujud nescaya kita akan melihat berlakunya perlanggaran dan percanggahan peraturan di dalam alam ini. tetapi ia tidak berlaku.

.

Firman Allah :

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ {35} أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بَل لَّا يُوقِنُونَ {36} .

.

35. (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta Dengan tiada Yang menciptanya, atau Adakah mereka Yang mencipta diri mereka sendiri?

36. Adakah mereka Yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang Yang tidak meyakini (kebenaran apa Yang mereka pernah mengakuinya).

,

Jadi bagaimana pula untuk kita mengetahui sifat-sifat Allah ?.

Kita mengetahui sifat-sifat Allah melalui firman-firmannya, Hadith-hadith Nabi dan melihat keagungan penciptaannya. Firman Allah S.W.T :

.

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ {3} وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ {4}

.

3. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.

.

4. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya.


Melihat dan berfikir terhadap penciptaannya akan melahirkan kewujudan sifat-sifat Allah di dalam diri kita.

Sebagai contoh :

  • Kita dapat melihat hikmah pada setiap penciptaan membuktikan bijaksananya penciptanya. Allah itu bersifat bijaksana ( Al-Hakim )
  • Kita dapat melihat kehebatan dan kepakaran si Pencipta di dalam setiap penciptaannya. Allah maha mengetahui ( Al-Khabir )
  • Kita dapat melihat kehebatan dan kekuatan di dalam setiap penciptaanya. Allah Maha Kuat / maha perkasa ( Al-Qawwiy )
  • Kita dapat melihat pelbagai kehidupan yang ajaib pada penciptaanya. Allah maha menghidupkan ( Al-Muhyi )

0 comments:

Post a Comment