Pages

Wednesday, February 17, 2010

Lagi elok kalau LUPA..

Lupa merupakan suatu fenomena yang sentiasa dihadapi oleh setiap manusia. Tidak ada seorang manusia pun yang mampu mengelakan fenomena ini berlaku terhadap dirinya. Kita akan pasti terlupa. Gejala lupa ini pasti akan terjadi sama ada disebabkan secara langsung atau secara tidak langsung. Biasa berlaku di kalangan masyarat umumnya tertinggal kunci kerata di meja makan, tertinggal jam tangan di dalam tandas bahkan yang paling menyedihkan tertinggal anak di pusat membeli belah. Semua ini termasuk di dalam kategori lupa. Dari sudut pandangan perubatan lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu tidak kira tua atau muda malahan kanak-kanak, seperti lupa sekejap di mana meletakkan satu-satu barang sebelum menjumpainya semula. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca daripada penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang leka seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.

Lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Paling kerap, lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.


Lupa sindrom otak pasca traumatik biasanya berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga mencederakannya manakala sindrom otak organik disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, alkohol berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan[1].

Menurut Dr Fathi Afifi[2] lupa adalah fenomena Fisiologi. Maklumat akan samapai kepada manusia melalui pancaindera, kemudian maklumat dihantar ke otak dan ditafsirkan sebagai maklumat. Maklumat tadi dihantar semula dan disimpan disuatu tempat di dalam otak. Ia disebut sebagai memori. Seandainya berlaku sesuatu ancaman terhadap memori ini maka fenomena lupa akan terhasil. Ancaman tadi sama ada disebabkan oleh kondisi sesoranng atau pun keadaan fizikalnya. Gangguan kondisi seperti berada di dalam keadaan kelam kabut, tertekan dan tergopoh gapah. Manakala gangguan dari sudut fizikal berlaku akibat gegaran pada kotak memori sesorang atau gangguan pada saraf-saraf tertentu.

Dr Muhaamad Abdul Sami; Gadd, Dekan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Lupa di alamai oleh semua manusia. Ia merupakan suatu nikmat Allah kepada mereka. Seandainya manusia tidak lupa nescaya mereka akan hidup di dalam kesedihan yang berterusan.

Lupa juga sering dikaitkan dengan nyanyuk. Hilang ingatan merupakan simptom nyanyuk yang paling kerap ditemui. Bagaimanapun lupa itu sendiri tidak membolehkan anda dilabel sebagai seorang yang nyanyuk. Uniknya, seseorang yang nyanyuk kebiasaannya hanya mengingati perkara-perkara lama yang berlaku dalam hidup mereka berpuluh-puluh tahun lampau tetapi tidak dapat mengingati perkara yang baru mereka buat atau alami dalam masa beberapa minit sahaja. Ini ada kaitan dengan teori memori di mana orang nyanyuk tidak boleh membuat template atau acuan baru disebabkan oleh bilangan saraf otak yang sudah berkurangan, yang ada hanyalah acuan lama. Sebab itu mereka hanya boleh mengingati kisah yang lampau sahaja. Nyanyuk atau Alzheimer adalah penyakit yang belum ditemui punca sebenar dan penawarnya. Menurut kajian, ia berpunca daripada kerosakan sel otak yang mengakibatkan masalah daya ingatan, pemikiran dan kelakuan yang menjejaskan tugasan seharian, hobi dan perhubungan sosial. Penyakit ini biasanya dihidapi oleh mereka yang berusia 65 tahun ke atas, namun tidak mustahil dihidapi oleh mereka yang jauh lebih muda.


Penyakit ini ditemui pertama kali oleh ahli Psikiatri Jerman, Alois Alzheimer pada tahun 1901. Kajian Alois dilakukan terhadap Auguste D. wanita berusia 50 tahun yang menghidap penyakit ini. Alzheimer telah dikelaskan oleh Emli Kraepelin sebagai sebahagian dari senile dementia (penurunan fungsi kognitif akibat kerosakan atau penyakit dalam otak) dalam edisi kelapan Textbook of Psychiatry yang dikeluarkan pada tahun 1910.



Tanda-Tanda Awal Nyanyuk :

  • Lupa – Terutamanya mengenai aktiviti atau maklumat yang beru diterima.
  • Hilang tumpuan – Bermasalah dalam merancang, menyelesaikan tugasan biasa dan pemikiran abstrak seperti menyelesaikan masalah matematik mudah.
  • Masalah bahasa – Gagal mengingati nama sesuatu objek, perkataan yang bercampur dan kesukaran melengkapkan ayat.
  • Kekeliruan masa dan tempat – Kesukaran mengenalpasti jiran terdekat, bagaimana tiba ke sesuatu lokasi dan kekeliruan mengenai bulan atau musim.
  • Kelemahan penilaian – Berpakaian yang kurang sempurna atau lemah dalam membuat keputusan kewangan.
  • Penglihatan menjadi kabur.
  • Kelemahan pergerakan dan koordinasi – Pergerakan menjadi perlahan dan gagal mengimbangi tubuh.
  • Perubahan tingkah laku dan mood – Perubahan mood secara drastik, emosi tidak terkawal, perubahan personaliti dan kerap takut.
  • Hilang minat sesuatu aktiviti, kerap tidur dan menghadap televisyen untuk tempoh masa yang panjang.

Justeru, lupa dan nyanyuk adalah suatu keadaan yang sangat berbeza. Nyanyuk selalunya dikaitkan dengan golongan yang berusia. Fenomena ini melibatkan kemerosotan fungsi pemikiran seseorang. Manakala lupa pula adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu tidak kira tua atau muda malahan kanak-kanak, seperti lupa sekejap di mana meletakkan satu-satu barang sebelum menjumpainya .


LUPA DARI KACA MATA ISLAM

Di antara bukti keesaan Allah SWT kepada manusia adalah menciptaakan otak manusia dengan penuh kehebatan dan keunikan. Otak manusia mampu menyimpaan jutaan maklumat di dalam tempoh masa yang tertentu. Maklumat yang disimpan didalam otak disebut sebagai ingatan atau memori. Manusia menyimpan setiap memori dan perjalanan kehidupannya di dalam kotak memori yang unik ini. Ingatan ini adalah merupakan anugerah Allah kepada manusia. Dengan anugerah ingatan ini, kita mampu mengingat dan meraikan hari-hari indah di dalam hidup ini. Sebagai contoh memori kita terhadap hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun pertemuan pertama. Walau bagaimanapun tidak semua yang ada di dalam memori tersebut mampu dikenang dan diingat kembali. Adakah kita masih mengingat wajah jururawat yang menyambut kelahiran kita ?. Adakah kita masih mengingat baju yang dipakai tiga hari selepas majlis perkahwinan kita ?. Adakah kita masih mengingat apakah perkataan pertama yang kita ucapkan semalam ?. Ketidak mampuan kita mengingat ini merupakan suatu fenomena yang dinamakan sebagai lupa.

Seandainya ingatan adalah anugerah Allah, menurut Islam lupa juga adalah anugerah Allah. Kedua-dua adalah pemberian Allah yang mempunyai hikmah dan kelebihan. Gejala lupa mula dikesan seawal manusia pertama diciptakan di atas muka bumi berdasarkan firmah Allah :


Dan Demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman Yang teguh.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmidzi daripada Abu Hurairah R.A, Baginda SAW bersabda :


حدثنا عَبْدُ بنُ حُمَيْدٍ أخبرنا أبُو نُعَيْمٍ، أخبرنا هِشامُ بنُ سَعْدٍ، عن زَيْدِ ابْنِ أَسْلَمَ، عن أبي صالحٍ، عن أبي هُرَيْرَةَ قال: قال رَسولُ الله صلى الله عليه وسلم: "لَمّا خَلَقَ الله آدَمَ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَسَقَطَ مِنْ ظَهْرِهِ كُلّ نَسَمَةٍ هُوَ خَالِقُهَا مِنْ ذُرّيّتِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَجَعَلَ بَيْنَ عَيْنَي كُلّ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ وَبِيصاً مِنْ نُورٍ، ثُمّ عَرَضَهُمْ عَلَى آدَمَ فَقَالَ: أَيْ رَبّ، مَنْ هَؤُلاءِ؟ قال: هَؤُلاَءِ ذُرّيّتُكَ، فَرَأَى رَجُلاً مِنْهُمْ فَأَعْجَبَهُ وَبِيصُ ما بَيْنَ عَينَيْهِ، فقال: أيْ رَبّ، مَنْ هَذَا؟ فقال: هَذَا رَجُلٌ مِنْ آخِرِ الاْمَمِ مِن ذُرّيَتِكَ يُقَالُ لَهُ دَاوُدِ، قال: رَبّ وَكَمْ جَعَلْتَ عُمْرَهُ؟ قال: سِتّينَ سَنَةً، قال: أيْ رَبّ، زِدْهُ مِنْ عُمْرِي أرْبَعِينَ سَنَةً، فَلَمّا انْقَضَى عُمْرُ آدَمَ جَاءَهُ مَلَكُ المَوْتِ فقال: أَوَلَمْ يَبْقَ مِنْ عُمْرِي أرْبَعُونَ سَنَةً؟ قال: أَوَلَمْ تُعْطِهَا لاِبْنِكَ دَاوُدَ؟ قال: أو لم تعطها ابنك داود قال: فَجَحَدَ آدَمُ فَجَحَدَتْ ذرّيّتُهُ وَنَسِيَ آدَمُ فَنَسِيَتْ ذُرّيّتهُ، وَخَطِيءَ آدَمُ فَخَطِئَتْ ذرّيّتُهُ".
قال أبو عيسى: هذا حديثٌ حسنٌ صحيحٌ. وقد رُوِيَ من غيرِ وَجْهٍ عن أبي هُرَيْرَةَ عن النّبيّ صلى الله عليه وسلم[1].

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari Abu Hurairah. Ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Manakala Allah menciptakan Adam, Allah mengusap pungungnya, lalu dari punggung itu berjatuhan seluruh jiwa yang Allah akan menciptakannya dari anak cucunya sampai hari Kiamat. Dan Allah menjadikan di antara kedua mata masing-masing orang kilauan cahaya. Kemudian mereka dihadapkan kepada Adam. Adam berkata, 'Ya Rabbi, siapa mereka?' Allah menjawab, 'Mereka adalah anak cucumu." Lalu Adam melihat seorang laki-laki dari mereka. Dia mengagumi kilauan cahaya yang memnacar di antara kedua matanya. Adam bertanya, 'Ya Rabbi siapa ini? 'Allah menjawab, 'Ini adalah laki-laki dari kalangan umat terakhir dari anak cucumu yang bernama Dawud.' Adam bertanya, 'Ya Rabbi, berapa tahun usia yang Engkau berikan padanya?' Allah menjawab, 'Enam puluh tahun.' Adam berkata, 'Ya Rabbi, tambahkan untuknya dari umurku empat puluh tahun.' Manakala umur Adam telah habis, dia didatangi oleh Malaikat Maut. Adam berkata,' Bukankah umurku masih tersisa empat puluh tahun?' Malaikat menjawab, 'Bukankah engkau telah memberikannya kepada anakmu Dawud?' Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, 'Adam mengingkari, maka anak cucunya pun mengingkari. Adam dijadikan lupa, maka anak cucunya dijadikan lupa; dan Adam berbuat salah, maka anak cucunya berbuat salah."



[1] تحفة الأحوذي للمباركفوري ـ كتاب تفسير القرآن عن رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم 1813 ـ باب وَمِنْ سُورةِ الأعراف



[1] Pakar Perunding Geriatrik, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Rajbans Singh.

[2] Pensyarah kesihatan otak dan Saraf, Universiti Al-Azhar. Mesir.


Bersambung...

0 comments:

Post a Comment