Di antara bukti keesaan Allah SWT kepada manusia adalah menciptaakan otak manusia dengan penuh kehebatan dan keunikan. Otak manusia mampu menyimpaan jutaan maklumat di dalam tempoh masa yang tertentu. Maklumat yang disimpan didalam otak disebut sebagai ingatan atau memori. Manusia menyimpan setiap memori dan perjalanan kehidupannya di dalam kotak memori yang unik ini. Ingatan ini adalah merupakan anugerah Allah kepada manusia. Dengan anugerah ingatan ini, kita mampu mengingat dan meraikan hari-hari indah di dalam hidup ini. Sebagai contoh memori kita terhadap hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun pertemuan pertama. Walau bagaimanapun tidak semua yang ada di dalam memori tersebut mampu dikenang dan diingat kembali. Adakah kita masih mengingat wajah jururawat yang menyambut kelahiran kita ?. Adakah kita masih mengingat baju yang dipakai tiga hari selepas majlis perkahwinan kita ?. Adakah kita masih mengingat apakah perkataan pertama yang kita ucapkan semalam ?. Ketidak mampuan kita mengingat ini merupakan suatu fenomena yang dinamakan sebagai lupa.
Seandainya ingatan adalah anugerah Allah, menurut Islam lupa juga adalah anugerah Allah. Kedua-dua adalah pemberian Allah yang mempunyai hikmah dan kelebihan. Gejala lupa mula dikesan seawal manusia pertama diciptakan di atas muka bumi berdasarkan firmah Allah :
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman Yang teguh.
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmidzi daripada Abu Hurairah R.A, Baginda SAW bersabda :
حدثنا عَبْدُ بنُ حُمَيْدٍ أخبرنا أبُو نُعَيْمٍ، أخبرنا هِشامُ بنُ سَعْدٍ، عن زَيْدِ ابْنِ أَسْلَمَ، عن أبي صالحٍ، عن أبي هُرَيْرَةَ قال: قال رَسولُ الله صلى الله عليه وسلم: "لَمّا خَلَقَ الله آدَمَ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَسَقَطَ مِنْ ظَهْرِهِ كُلّ نَسَمَةٍ هُوَ خَالِقُهَا مِنْ ذُرّيّتِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَجَعَلَ بَيْنَ عَيْنَي كُلّ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ وَبِيصاً مِنْ نُورٍ، ثُمّ عَرَضَهُمْ عَلَى آدَمَ فَقَالَ: أَيْ رَبّ، مَنْ هَؤُلاءِ؟ قال: هَؤُلاَءِ ذُرّيّتُكَ، فَرَأَى رَجُلاً مِنْهُمْ فَأَعْجَبَهُ وَبِيصُ ما بَيْنَ عَينَيْهِ، فقال: أيْ رَبّ، مَنْ هَذَا؟ فقال: هَذَا رَجُلٌ مِنْ آخِرِ الاْمَمِ مِن ذُرّيَتِكَ يُقَالُ لَهُ دَاوُدِ، قال: رَبّ وَكَمْ جَعَلْتَ عُمْرَهُ؟ قال: سِتّينَ سَنَةً، قال: أيْ رَبّ، زِدْهُ مِنْ عُمْرِي أرْبَعِينَ سَنَةً، فَلَمّا انْقَضَى عُمْرُ آدَمَ جَاءَهُ مَلَكُ المَوْتِ فقال: أَوَلَمْ يَبْقَ مِنْ عُمْرِي أرْبَعُونَ سَنَةً؟ قال: أَوَلَمْ تُعْطِهَا لاِبْنِكَ دَاوُدَ؟ قال: أو لم تعطها ابنك داود قال: فَجَحَدَ آدَمُ فَجَحَدَتْ ذرّيّتُهُ وَنَسِيَ آدَمُ فَنَسِيَتْ ذُرّيّتهُ، وَخَطِيءَ آدَمُ فَخَطِئَتْ ذرّيّتُهُ".
قال أبو عيسى: هذا حديثٌ حسنٌ صحيحٌ. وقد رُوِيَ من غيرِ وَجْهٍ عن أبي هُرَيْرَةَ عن النّبيّ صلى الله عليه وسلم[1].
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari Abu Hurairah. Ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Manakala Allah menciptakan Adam, Allah mengusap pungungnya, lalu dari punggung itu berjatuhan seluruh jiwa yang Allah akan menciptakannya dari anak cucunya sampai hari Kiamat. Dan Allah menjadikan di antara kedua mata masing-masing orang kilauan cahaya. Kemudian mereka dihadapkan kepada Adam. Adam berkata, 'Ya Rabbi, siapa mereka?' Allah menjawab, 'Mereka adalah anak cucumu." Lalu Adam melihat seorang laki-laki dari mereka. Dia mengagumi kilauan cahaya yang memnacar di antara kedua matanya. Adam bertanya, 'Ya Rabbi siapa ini? 'Allah menjawab, 'Ini adalah laki-laki dari kalangan umat terakhir dari anak cucumu yang bernama Dawud.' Adam bertanya, 'Ya Rabbi, berapa tahun usia yang Engkau berikan padanya?' Allah menjawab, 'Enam puluh tahun.' Adam berkata, 'Ya Rabbi, tambahkan untuknya dari umurku empat puluh tahun.' Manakala umur Adam telah habis, dia didatangi oleh Malaikat Maut. Adam berkata,' Bukankah umurku masih tersisa empat puluh tahun?' Malaikat menjawab, 'Bukankah engkau telah memberikannya kepada anakmu Dawud?' Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, 'Adam mengingkari, maka anak cucunya pun mengingkari. Adam dijadikan lupa, maka anak cucunya dijadikan lupa; dan Adam berbuat salah, maka anak cucunya berbuat salah."
Abu Isa berkata, "Ini adalah hadis hasan shahih. Ia telah diriwayatkan tidak dari satu jalan dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam."
Di dalam Al-Quran Allah SWT juga menceritakan kisah Nabi Musa yang dilupakan oleh Syaitan :
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, Yang merupakan lorong di bawah tanah.
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah Dalam perjalanan kita ini".
Temannya berkata: "Tahukah apa Yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, Dengan cara Yang menakjubkan".
Di dalam kisah Nabi Yusuf Allah SWT menceritakan, bagaimana keterlupaan menyebabkan ia kekal di dalam penjara .
42. Dan berkatalah Yusuf kepada orang Yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh Syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu Tinggalah Yusuf Dalam penjara beberapa tahun.
Begitu juga Allah SWT menceritakan keadaan lupa pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun .
dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Di dalam suatu hadith yang lain, para sahabat meriwayatkan keadaan keterlupaan Baginda SAW :
الحديث: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لَا أَدْرِي زَادَ أَوْ نَقَصَ فَلَمَّا سَلَّمَ قِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَدَثَ فِي الصَّلَاةِ شَيْءٌ قَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا صَلَّيْتَ كَذَا وَكَذَا فَثَنَى رِجْلَيْهِ وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ وَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَلَمَّا أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ قَالَ إِنَّهُ لَوْ حَدَثَ فِي الصَّلَاةِ شَيْءٌ لَنَبَّأْتُكُمْ بِهِ وَلَكِنْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ فَإِذَا نَسِيتُ فَذَكِّرُونِي وَإِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَتَحَرَّ الصَّوَابَ فَلْيُتِمَّ عَلَيْهِ ثُمَّ لِيُسَلِّمْ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ[2]
Daripada Alqomah katanya : Abdullah menceritakan Nabi SAW menunaikan solat, maka berkata Ibrahim Aku tidak tahu sama ada bertambah atau berkurang. Apabila Selesai solat, baginda SAW ditanya : Ya Rasulullah adakah berlaku sesuatu di dalam solat ?. Maka baginda bertanya : Apakah dia ?. Maka diceritakan kepada baginda SAW. Kemudian baginda menunaikan 2 kali sujud. Baginda SAW bersabda seandainya berlaku sesuatu di dalam solat maka aku akn memberitahu kamu. Aku adalah manusia seperti kamu, aku terlupa seperti kamu terlupa. Maka apabila aku terlupa ingatkan aku. Apabila seseorang daripada kamu lupa di dalam solatnya, berpeganglah dengan yang yakin. Kemudian tunaikan sujud sebanyak 2 rakaat.
[1] تحفة الأحوذي للمباركفوري ـ كتاب تفسير القرآن عن رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم 1813 ـ باب وَمِنْ سُورةِ الأعراف
[2] فتح الباري، شرح صحيح البخاري، الإصدار 2.05 - للإمام ابن حجر العسقلاني -المجلد الأول - كِتَاب الصَّلَاةِ - باب التَّوَجُّهِ نَحْوَ الْقِبْلَةِ حَيْثُ كَانَ
0 comments:
Post a Comment