Pages

Tuesday, April 28, 2009

BUKU TERHANGAT KINI!!!

NILAI MASA DI SISI ULAMAK.

Sebuah buku yang terhebat di zamannya. Menngupas pandangan ulamak tentang masa. Bagi yang membacanya pasti akan rasa teruja dengan kehebatan mereka. Sehinggakan ada di antaranya yang meninggalkan makanannya kerana khuatir sesaat yang berlalu tidak akan berulang kembali. Hebat!!. Anda perlu memilikinya untuk merasa masa sebenarnya adalah sangat berharga.

ANTARA KANDUNGAN TERHEBAT :

1. Ketika nazak Imam Abu Yusuf masih menjawab fatwa.
2. Ibnu Al-Khayyat al-Nahwi belajar di jalanan sehingga terjatuh ke dalam lubang.
3. Abu Nuaim al-Asfahani dibacakan buku keatasnya sewaktu beliau berjalan.

DAN BANYAK LAGI !!!

Pengarang : Al 'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi.
Kata-kata Aluan : Dato' Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad
( Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan )
Penterjemah : Ustaz Syuhadak Mahmud dan Ustaz Khushari Hamthan
Tebal : 123 Muka Surat
Harga : RM 20 ( Tidak termasuk pos )
Tempahan : 019 3231429

Kekuasaan Allah

1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

2. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.

3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -

4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

5. Matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu;

6. Dan tumbuh-tumbuhan Yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

7. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

8. Supaya kamu tidak melampaui batas Dalam menjalankan keadilan;

9. Dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang Yang ditimbang.




Monday, April 27, 2009

Apa nak jadi..

Masyarakat di politeknik ni taklah menarik sangat. Cumanya saya berazam untuk jadikannya menarik. Maklumlah yang masuk ke Politeknik ni bukanlah dari pelajar yang super hebat di sekolah mereka. Ada di antara mereka dalam kategori pertengahan. Tapi berdasarkan pemerhatian saya peratusnya ramai yang berada ditahap sederhana rendah. Cabaran semakin menarik dan seronok. Saya nak pastikan dalam masa berberapa bulan yang akan datang kita akan rasakan bahang gelombang perubahan pelajar yang super dahsyat. itu azam saya. kesian tenngok mereka ni. Tapi jangan salahkan mereka mungkin akan tiba masanya Islam akan datang mengetuk pintu hati mereka insya Allah.