Pages

Wednesday, December 28, 2011

KHUTBAH UNTUK ORANG MUDA

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ماقدمت لغدٍ واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

Dalam sebulan kebelakangan ini nama saudara Adam Adli menjadi sebutan dan mendapat tempat melalui carian di laman-laman sosial di kalangan mahasiswa. Terlalu banyak pandangan dan komentar diberikan. Sama ada yang menyanjung tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina. Ini bukanlah episode baru di dalam sejarah gerakan mahasiswa bahkan sebahagian kecil dari perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Negara pernah digemparkan dengan kebangkitan mahasiswa seawal tahun 1960an yang membela nasib golongan miskin yang kebulur di kawasan-kawasan perkampuangn. sehingga mengundang kebangkitan Mahasiswa memperjuangkan hak rakyat miskin di Baling Kedah. Pada waktu tersebut, mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) serta beberapa pertubuhan mahasiswa yang agak vokal telah mengambil keputusan untuk menggerakkan rakyat di sana. Pada tanggal 19 November 1974, Mahasiswa telah berjaya menggerakkan lebih 1000 orang rakyat untuk berhimpun. Rapat umum tersebut berterusan sehingga 21 November 1974. Ketika itu, mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran rakyat dikhabarkan lebih 13 ribu ummat membanjiri Pekan Baling.

Peranan golongan mahasiswa juga tidak dapat dinafikan di dalam meniup kesedaran rakyat terhadap isu-isu global seperti Isu Palestin, penjajahan Amerika ke atas Iraq dan sebagainya. Menyorot sejarah ketamadunan umat peranan dan sumbangan golongan muda ini tidak boleh dinafikan.

Firman Allah:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى (13)وربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات والأرض لن ندعو من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا (14)

13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.

14. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran." ( Kahfi : 13-14 )

Sebagai seorang Mahsiswa perlu menguasai suasana dan perkembangan semasa. Jangan menjadi Mahasiswa yang hanya tergelam di dalam selimut keseronokan dan duduk dicelah ketiak gejet-gajet canggih bermain game dan melayari laman-laman sosial. Sehingga melumpuhkan kehebatan intelektual mahasiswa. Mahasiswa perlu mencabar diri untuk berlari bersama dengan kelajuan arus perdana. Kepekakan dan kebisuan Mahasiswa hari ini akan mengundang kepada masa depan yang kelam. Persoalannya adakah mahasiswa kita hari ini benar-benar sensitive terhadap setiap perkara yang berlaku. Adakah mahasiswa yang ada telah benar-benar bersedia untuk mewarisi negara ini dan terus memecut laju menuju sebuah negara yang disegani dunia. Atau mahasiswa kita terus diperbodohkan dengan menghidangkan kepada mereka program-program picisan yang langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap pembinaan jati diri mereka. Program-program hiburan, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang langsung tiada batasan, konsert-konsert, dan pelbagai lagi program yang mengundang kemurkaan Allah terus disusun dan diatur. Yang akhirnya membekukan minda mahasiswa dari terus berfikir.

Mimbar adakalanya tertanya-tanya apakah pandangan mahasiswa terhadap isu-isu besar di dalam negara atau langsung tidak pernah kisah dan peduli dengan apa yang sedang berlaku. Sebagai contoh, apa pendirian mahasiswa tehadap pendedahan sebuah badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) yang melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, ramai boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

Dimana keperihatinan mahasiswa bila berhadapan dengan isu laporan ketua audit Negara yang saban tahun menunjukan ketirisan wang milik rakyat di mana-mana. Sebagai contoh di dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 perhatian seluruh warga Negara tertumpu kepada projek pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding. Wang rakyat dibazirkan sebanyak RM 4 juta 428 ribu. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan gesaan agar rakyat berhemah di dalam berbelanja dan ada yang masih teragak-agak untuk membeli baju, buku, dan kelengkapan sekolah untuk anak-anak, ada sesetengah pihak yang langsung tidak merasa apa-apa dengan pembaziran yang berjumlah puluhan juta ringait seperti yang dicatatkan oleh Jabatan Audit Negara sebuah Agensi kerajaan yang menjalankan tugas memeriksa perjalanan dan aliran kekayaan yang dimiliki oleh rakyat dan diuruskan oleh kerajaan. Begitu juga teguran Ketua Audit Negara terhadap Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 atau 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. Negara juga dikejutkan dengan isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta tetapi tidak membuahkan apa-apa keuntungan kepada Negara. Mahasiswa harus melihat isu-isu ini sebagai agenda utama. Perjuangan Mahasiswa menuntut ilmu adalah untuk mewarisi Negara ini. Apakah yang bakal kita warisi seandainya apa yang sedang kita miliki hilang begitu sahaja.

Justeru golongan mahasiswa atau golongan pemuda seharusnya menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk membina diri selengkap mungkin. Memenuhi segala tuntutan untuk mengharungi dunia ini dengan kehebatan dan keunggulan.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " عَجِبَ رَبُّكَ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ

“Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Setiap pemuda atau Mahasiswa seharusnya menanamkan di dalam diri mereka ciri-ciri pemuda seperti gambaran di dalam Al-Quran. Di antaranya.

1. Keyakinan dan keberanian yang mantap

Firman Allah, maksudnya :

Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. dan Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.(Surah Yunus :83)

Pemuda seharusnya mempunyai keyakinan dan keberanian yang tinggi. Kendatipun mereka menyedari bahawa fir’aun akan menyiksa mereka, namun mereka tetap beriman dengan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Dalam sejarah dunia secara umumnya , kita dapat memerhatikan bahawa sifat ini adalah fitrah golongan mudaa. Revolusi dan perubahan yang berlaku dalam kancah pemikiran dan konflik ketamadunan dunia baik barat mahupun timur seringkali dihiasi dengan pemuda dan merekalah yang menjadi tonggak dalam satu-satu perjuangan dan meruntuhkan firaun ummat sepanjang zaman.

2- Memiliki kesabaran dan ketaatan yang benar

Kisah Nabi Ismail a.s., seorang pemuda yang redha dan rela disembelih bapanya di atas arahan Allah mengajar kepada para pemuda agar bersabar dan taat pada kebenaran. Ia tidak langsung ragu pada perintah yang diterima oleh ayahnya, sekalipun isu yang dibawa terkait dengan nyawanya sendiri. Garis pemisah yang ditunjukkan dalam kisah Nabi Ismail ini adalah kesabaran dan ketaatan yang dicurahkan adalah demi perintahh Allah. Kesabaran dan ketaatan itu tidak diberikan kepada yang mengingkari hokum-hukum Alah.

3- Taqwa, berakhlaq mulia dan adil

Firman Allah, maksudnya :

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: “Marilah ke sini.” Yusuf berkata: “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku Telah memperlakukan Aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.( Surah Yusuf : 23)

Pemuda yang dimuliakan oleh Allah adalah yang bertaqwa dan mempunyai akhlaq yang mulia. Inilah sifat-sifat asasi pemuda yang bermakna kepada sejarah manusia. Tindakan mereka adalah untuk keredhaan Allah s.w.t.dan mereka berlaku adil dalam setiap perkara. Inilah juga merupakan manifestasi kepada keimanan dan keberanian yang tinggi. Jika dinilai dari godaan yang diuji ke atas Nabi Yusuf, a.s., pastinya amat sedikit dan barangkali tiada seorang pun yang akan tegar menolak godaan dan pujukan wanita tersebut. Namun begitulah Allah mahu mendidik generasi pemuda yang mendatang melalui contoh tauladan yang baik dari kisah pemuda terdahulu.

Kesimpulannya

Sudah sekian banyaknya kisah pemuda yang dari sisi gemilang dan malang yang disajikan Al-Quran untuk tatapan. Putuskan sekarang di mana dan apa pilihan anda. Wahai mahasiswa! Cukup-cukuplah bersuka ria dengan hiburan yang tidak berkesudahan. Bangkitlah untuk membersihkan segala lumpur yang terpalit pada polisi kehidupan manusia. Walau hanya berada di posisi mahasiswa yang masih muda perjalanan hidupnya, mengapa tidak dimanfaatkan keistimewaan kudrat yang masih gagah dan daya pemikiran yang masih segar untuk terus mencurah bakti. Jika tidak mampu berada di pentas besar masyarakat, cukuplah tidak menjadi dayus dengan membiarkan hak diri sendiri diperkotak katik oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan mahasiswa. Semarak kemaraan mahasiswa pasti menjadi lebih unggul andai seluruh tenaga muda ini menggabung tenaga membentuk gagasan yang lebih perkasa. Sesungguhnya, menjadi mahasiswa anda punya kuasa yang paling digeruni iaitu kuasa belajar! Belajar itu memerlukan segala yang mencabar minda dan kemampuan. Kuasa belajar itu membuatkan anda arif. Arif akan hak untuk membina diri malah hak untuk membina tamadun manusiawi. Belajarlah dari sejarah dahulu. Pedomannya terlalu tinggi untuk disia-siakan.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Wednesday, December 14, 2011

Cabang Iman ke 33 – Mensyukuri nikmat Allah yang pelbagai.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. ( 21 ) Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) ( 22 )[1]

Kata Al-Imam Al-Hulaimi :

1. Beribadahlah kepadanya dan jangan melalaikannya. Kerana menjadi hak manusia ke atas Allah adalah beribadah kepadanya kerana telah menciptakan manusia, member rezeki dan memberikan nikmat kepadamu.

2. Beribadahlah kepadaNya dan bukan selainnnya. Allahlah yang mencipta kamu dan mencipta mereka yang datang sebelummu. Jangan mengambil sesuatu sebagai sekutunya, ikhlaskan diri di dalam beribadah, jangan memakai nama dengan namanya dan dialah tuhan dan tiada selainnya.

Allah S.W.T menyebutkan berberapa nikmat yang wajib manusia membesarkanNya dan kemudiannya mendatangkan daripada pelbagai nikmat supaya manusia mensyukurinya. Nikmat yang pertama dan utama yang manusia wajib mengakui kebesaran Allah adalah kewujudan. Dari kewujudan itu datangnya pelbagai nikmat yang lain.

Al-Imam Ibnu ‘Atoillah As-Sakandari menyebutkan di dalam Hikamnya :

نعمتان ما خرج موجود عنهما ولا بد لكل مكوَّن منهما : نعمة الإيجاد ونعمة الإمداد

Dua nikmat yang tidak dapat lari daripadanya segala menciptaan dan pasti untuk semua kejadian adalah : Nikmat Ijad dan Nikmat Imdad

أنعم عليك أولاً بالإيجاد وثانياً بتوالي الإمداد

Di anugerahkan kepadamu pertamanya dengan ijad kemudian yang kedua secara berturut-turut Al-Imdad.

Daripada nikmat penciptaan ini datanglah nikmat-nikmat yang lain. Sebagai contohnya nikmat pancaindera. Mata boleh melihat. Telinga boleh mendengar dan sebagainya. Firman Alllah S.W.T :

Begitu juga firman Allah ;

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.( 78 )[2]

Alah menjadikan segalanya bertujuan untuk kamu mensyukurinya. Mensyukurinya dalam erti kata menggunakannnya pada jalan ketaatan dan bukan di atas jalan kemaksiatan. Bahkan setiap anggota, setiap sel, atom dan segala yang ada di dalam diri manusia tidak akan mampu untuk kita menghitung nikmat Allah yang pelbagai.

Firman Allah S.W.T :

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? ( 6 ). Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?( 7 ). Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?( 8 ). Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?( 9 ). Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?( 10 ). Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?( 11 ). Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) Yang kuat kukuh?( 12 ). Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang cahayanya?( 14 ). Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) Yang mencurah-curah, -( 13 ). Untuk Kami mengeluarkan Dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -( 14 ). Serta kebun-kebun Yang subur bertaut-taut pokoknya?.( 15 )[3]

An firman Allah S.W.T dalam ayat yang lain :

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan Yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa Dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka Segala keperluan hidup mereka Dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya Yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya Yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata Yang mereka kumpulkan.( 32 )[4]

Amalan:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ غَنَّامٍ الْبَيَاضِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِى مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ. فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ يَوْمِهِ وَمَنْ قَالَ مِثْلَ ذَلِكَ حِينَ يُمْسِى فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ لَيْلَتِهِ



[1] Al-Baqarah

[2] An-Nahl

[3] An-Naba’

[4] Az-Zukhruf

Cabang Iman ke 32 : Menunaikan janji

Firman Allah S.W.T :

Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. [1]

75. Dan di antara mereka ada Yang membuat janji Dengan Allah Dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, tentulah Kami akan bersedekah, dan tentulah Kami akan menjadi dari orang-orang Yang soleh"

76. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil Dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang Yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

77. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik Dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa Yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Kedua-dua ayat di atas bahkan banyak ayat-ayat yang lain menggambarkan gesaan menunaikan janji. Janji yang di buat sama ada dengan manusia atau janji yang dibuat dengan Allah S.W.T. Setiap perjanjian pasti akan dituntut janjinya. Pepatah Melayu juga menyebutkan kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Sabda baginda S.A.W :

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Di dalam Islam janji juga disebut sebagai Aqad. Sama ada aqad menunaikan solat iaitu niatnya, aqad ketika perkahwinan, aqad ketika jual beli, aqad ketika melafazkan nazar dan sebagainya. Justeru baginda S.A.W bersabda :

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلا شَرْطًا حَرَّمَ حَلالا، وَأَحَلَّ حَرَامًا , وَالصُّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ النَّاسِ إِلا صُلْحًا أَحَلَّ حَرَامًا أَوْ حَرَّمَ حَلالا.

Orang Islam di pegang di atas pensyaratan mereka melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Perdamaian harus di antara manusia melainkan perjanjian yang menghalal kan yang haram atau mengharamkan yang halal.

Di dalam bab muamalat isu aqad dan perjanjian ini di antara isu yang menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Undang-undang berkaitan dengan perlindungan pennguna ada diantaranya dipengaruhi oleh undang-undang British era pasca penjajahan. Sebagai contoh undang-undang kontrak 1950 atau Akta Kontrak 1950. Undang-undang ini ditulis semasa era pasca penjajahan dan era awal merdeka. Maka, sudah pasti pengaruh undang-undanng british terkandung di dalam undang-undang ini khususnya dari kes-kes rujukan yang berkaitan dengan isu-isu kepenngunaan.

Satu daripada perkembangan yang paling penting dalam perkara ini adalah kewujudan perjanjian bentuk seragam(standard form contracts). Kemunculan perjanjian-perjanjian sebegini menghapuskan sama sekali andaian bahawa ianya adalah hasil dari kerelaan bebas di antara pihak-pihak yang terlibat. Perjanjian bentuk seragam lazimnya dicetak dengan banyak untuk digunakan berulang kali bagi urusan yang sama. Ia biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar dalam urusan mereka dengan pengguna. Syarikat dan badan korporat ini lebih berkemahiran dalam selok belok perniagaan serta mempunyai kewangan lebih mantap berbanding dengan pengguna itu sendiri. Melalui perjanjian sebegini, syarat-syarat yang membebankan pihak yang lemah dapat dimuatkan ke dalamnya. Contohnya, syarat yang membolehkan bank mengubah peratus keuntungannya ke atas pinjaman yang telah diberi kepada pelanggan, sedangkan kadar itu telah dipersetujui bersama sebelumnya. Malah perkara tersebut selalunya merupakan perkara yang pertama ditanya sebelum pengguna mengambil sebarang keputusan.

Pengguna pasti akan teraniaya apabila bank kononnya diberi hak mutlak menukar peratus keuntungannya sesuka hati, tanpa persetujuannya. Terdapat juga syarat seperti bank mempunyai hak untuk mengubah, menghapuskan apa-apa syarat bila-bila masa tanpa memberitahu pelanggan dan ia akan berkuatkuasa apabila bank sendiri memutuskannya. Sepatutnya sebarang perubahan syarat mendapat persetujuan bersama dengan pelanggan. Contoh lain adalah, kontrak sebuah syarikat penerbangan mengandungi terma bahawa walaupun tempat duduk pelanggan telah ditempah dan disahkan, pelanggan mungkin tetap dihalang menaiki kapal terbang [2]. Baginda S.A.W menyebutkan di dalam sebuah hadith :

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله : من باع بيعتين في بيعة فله أوكسها أو الربا. وفي لفظ : " نهى النبي عن بيعتين في بيعة

Begitu juga di dalam sebuah hadith yang lain :

و عن سماك عن عبد الرحمان بن عبد الله بن مسعود عن أبيه قال : نهى النبي عن صفقتن في صفقة قال سماك : هو الرجل يبيع البيع فيقول بنسا كذا أو هو بنقد كذا أو كذا

Ulamak menyatakan masalah ini di dalam berberapa bidang . Di antaranya :

i. Seorang lelaki menjual barangannya kepada seseorang dengan RM 10 dalam tempoh masa yang tertentu. Apabila tiba masa yang dijanjikan si pembeli masih tidak mampu untuk mejelaskan bayarannya. Maka sipenjual pun berkata : Saya jualkan barangan ini semula dengan harga RM 12. Jual beli ini adalah riba’.

ii. Seorang lelaki meminjamkan kepada seseorang yang lain RM 100 dengan syarat memberinya 10 kg padi miliknya ketika padinya dituai. Apabila tiba musim menuai lelaki tadi datang untuk mengambil 10 kg padi dan berkata, jual kepada saya 10 kg padi itu dengan nilai yang lebih tinggi. Maka tidak boleh kerana termasuk di dalam bab dua jualan di dalam satu barang.

iii. Al-iamam asy-Syaukani di dalam Nail al-Awtar menaqalkan satu pandangan daripada al-Imam Syafi’e berkaitan masalah yang sama. Sebagai contohnya seorang lelaki menjual padinya kepada seseorang yang lain dengan harga RM 10 dengan syarat si pembeli menjual kepadanya rumah miliknya dengan harga RM 200 000.00 . Jaul beli begini adalah haram kerana sah atau batalnya suatu proses jual beli itu terpaksa bergantung dengan yang lain.

Antara hikmah pengharam jual beli begini kerana :

i. Tipu daya

ii. Perkelahian.

iii. Syak

iv. Syubhat.

v. Melindung diri daripada riba.

Agama Islam menggalakkan manusia mewujudkan suasana adil di dalam setiap kehidupan, khususnya di dalam melaksanakan aqad. Sesuatu peruses jual beli seharusnya memberi keuntungan dan keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Si penjual perlu mendapat ganjaran yang sepadan dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkannya, begitu juga kepada pengguan. Pengguna perlu mendapat barangan dan perkhidmatan yang berpadanan dengan jumlah wang yang dikeluarkannya . Islam juga menekankan sifat-sifat mulia di dalam setiap proses jual beli. Sebagai contohnya Islam melarang wujudnya ketidak patuhan terhadap akad yang telah dibuat. Sebagai contohnya, syariat Islam menetapkan kaedah :

Barang siapa yang membeli makanan maka tidak harus dia menjualnya sebelum dia memilikinya”.

Kaedah ini merupakan intipati daripada hadith baginda S.A.W . Daripada Jabir R.A katanya : Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sekirannya kamu membeli makanan maka janganlah kamu membelinya sehinggalah kamu memilikinya”.

Daripada Ibnu Abbas R.A :

Sesungguhnya baginda S.A.W barang siapa membeli makanan maka jangnalah menjualnya sehinggalah dia memilikinya”.

Berkata Ibnu Abbas : “ Semua perkara adalah sedemikian”.

Jumhur Ulamak bersepakat tidak boleh menjual makanan sebelum memilikinya berpandukan keuda-dua hadith di atas. Hikmah pengharaman makanan adalah kerana pada kebiasaannya makanan terdedah kepada rosak dan luput. Boleh jadi makanan tadi telah rosak sebelum si pembeli memilikinya. Jadi tiada jaminan dia menjual barangan yang baik kepada pembeli seterusnya. Sebahagian ulamak mngqiaskan perkara-perkara lain kepada kaedah ini berdasarkan pandangan ibnu Abbas. Masalah ini dikuatkan lagi dengan hadis Hakim bin Hizam katanya : Wahai Rasulullah saya membeli berberapa barangan. Beritahulah saya apa yang dibolehkan dan apakah yang tidak dibolehkan . Maka baginda S.A.W berkata : Apabila kamu membeli sesuatu janganlah menjualnya sehingga dia memilikinya”.



[1] Al-Maidah : 1

[2] Tingkatkan Keadilan Kepada Pengguna, Mastura bt Mohd Zain ,Pegawai Penyelidik IKIM 29/07/2008, Berita Harian .

Cabang Iman ke-26 : Jihad di jalan Allah.

Pengertian

Di antara pandangan ulamak adalah:

بذل أقصي ما يستطيعه الإنسان في من طاقة لنيل محبوب أو لدفع مكروه.

Mengerahkan seluruh kemampuan untuk mendapatkan kebaikan dan menolak bahaya.

Bila disebutkan kata jihad fi sabilillah maka maknanya adalah berperang melawan orang-orang kafir untuk menegakkan kalimah Allah. Inilah definisi yang disebutkan oleh para ulama salaf, berdasar ayat-ayat dan sunah-sunah Rasulullah.

39. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;

( Al-Hajj : 39-40 )

Bahkan syaitan pun memahami bahawa jihad itu maknanya perang di jalan Allah demi meninggikan kalimah Allah, sebagaimana disebutkan dalam hadits :

Dari Sibrah bin Abi Fakihah bahwasanya Rasulullah bersabda…," Sesungguhnya syaitan menghadang manusia di setiap jalan kebaikan. Ia menghadang manusia di jalan Islam," Apakah kau mau masuk Islam dan meninggalkan agamamu, agama bapamu dan agama moyangmu ?" Ia tidak menururti syaitan dan masuk Islam.Maka syaitan menghadangnya di jalan hijrah," Kamu mahu berhijrah, meninggalkan tanah air dan langit yang menaungimu ?Ia tidak menuruti syaitan dan berhijrah maka syaitan menghadangnya di jalan jihad," Kamu mahu berjihad, sehingga terbunuh dan isterimu diambil orang serta hartamu dibahagi-bahagi ?" Ia tidak menuruti syaitan dan tetap berjihad. Siapa saja melakukan hal itu, maka sudah menjadi kewajiban Allah untuk memasukkannya ke syurga. Dan siapa saja terbunuh maka sudah menjadi kewajiban Allah untuk memasukkannya ke syurga. Dan siapa saja tenggelam (kerana jihad atau hijrah—pent) maka sudah menjadi kewajiban Allah untuk memasukkannya ke syurga. Dan siapa saja terlempar dari kendaraannya (saat hijrah atau jihad) maka sudah menjadi kewajiban Allah untuk memasukkannya ke syurga."

Istifadah

1. Keutamaan jihad dengan nyawa dan harta di atas jihad dengan dakwah seperti diterangkan di atas adalah bagi orang yang jihad (perang) dan dakwah baginya fardhu kifayah. Adapun bagi orang yang dakwah baginya fardhu 'ain seperti dalam keadaan di mana tidak ada da'ie lain selainnya maka dakwah lebih utama baginya. Imam Ibnu Hajar berkata," Seakan-akan maknanya adalah bahawa seorang mukmin yang melaksanakan hal yang fardhu 'ain atasnya lalu ia mendapatkan keutamaan ini (jihad), bukan atas orang yang melaksanakan jihad saja dan melalaikan kewajiban-kewajiban 'ain lainnya. Ketika itulah terlihat keutamaan mujahid kerana ia telah mencurahkan nyawa dan hartanya untuk Allah semata, juga kerana jihadnya merupakan manfaat yang mengenai orang lain."

2. Termasuk fiqh dakwah adalah bagi para da'ie dan penuntut ilmu untuk memperhatikan keadaan umat Islam, apa yang mereka perlukan, apa yang belum mereka ketahui, apa yang mereka lalaikan. Hari ini, majoriti umat Islam tidak mengerti fiqh jihad dengan makna perang ini. Musuh-musuh Islam menghinakan dan membunuh kaum muslimin di mana-mana, sementara para pemimpin di negara-negara islam yang lain akur kepada musuh-musuh Islam dan menyambut mereka dengan penuh penghormatan dan kekeluargaan, dengan alasan membuat perdamaian padahal hal itu tak lebih dari sikap menyerah dan menghinakan diri. Sudah sepatutnya da'ie dan penuntut ilmu menerangkan makna syar'e jihad ini dan mengajak umat untuk melakukan persediaan dalam keadaan lemah seperti saat ini, Rasulullah bersabda :

من مات و لم يغز و لم يحدث به نفسه مات على شعبة من النفاق

"Siapa mati dan belum pernah berperang atau meniatkan diri berperang maka ia mati dalam salah satu cabang dari kemunafikan.

3. Termasuk memahami dengan baik fiqh maratibul amal adalah mendahulukan yang terpenting, paling bermanfaat, paling menjanjikan hasil dunia dan akhirat. Dalam hal ini, memilih jihad sebagai satu-satunya alternatif mengembalikan kemuliaan umat termasuk hal paling berlandaskan syariat dan yang paling masuk akal.

Cabang Iman ke -27 : Berjaga di jalan Allah ( المرابطة في سبيل الله )

Firman Allah S.W.T :

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).[1]

Bersiap sedia untuk berjihad itu adalah sebahagian dari proses Jihad tersebut. Ia iabarat ‘iktikaf sebelum menunaikan solat. Seseorang yang bersiap-siaga di jalan Allah telah mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengansegala kemungkinan yang bakal akan berlaku. Samalah seperti orang yang sedang beriktikaf menanti kedatangan imam, masuknya waktu dan bangun untuk menunaikan solat .

Rasulullah SAW bersabda:


رِبَاطُ يَوْمٍ فِى سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا


Berjaga-jaga di perbatasan satu hari membela agama Allah itu lebih baik dari pada dunia seisinya.

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا وَمَوْضِعُ سَوْطِ أَحَدِكُمْ مِنْ الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا وَالرَّوْحَةُ يَرُوحُهَا الْعَبْدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْغَدْوَةُ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

Ribath (bersiap siaga) satu hari di jalan Allah lebih baik dari dunia dan apa saja yang ada diatasnya dan tempat luka seorang dari kalian di syurga lebih baik dari pada dunia dan apa saja yang ada diatasnya dan berangkat pada awal hari (pagi) atau berangkat pada akhir hari (siang) untuk berperang di jalan Allah lebih baik dari pada dunia dan apa saja yang ada diatasnya “

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم؛ أَنَّهُ قَالَ (مِنْ خَيْرِ مَعَاشِ النَّاسِ لَهُمْ، رَجُلٌ مُمْسِكٌ عِنَانَ فَرَسِهِ فِي سَبِيْلِ اللهِ. يَطِيْرُ عَلَى مَتْنِهِ. كُلَّمَا سَمِعَ هَيْعَةً أَوْ فَزْعَةً طَارَ عَلَيْهِ. يَبْتَغِي الْقَتْلَ وَالْمَوْتَ مَظَانَّهُ. أَوْ رَجُلٌ فِي غَنِيْمَةٍ فِي رَأْسِ شَعَفَةٍ مِنْ هٰذِهِ الشَّعَفِ. أَوْ بَطْنِ وَادٍ مِنْ هٰذِهِ اْلأَوْدِيَةِ. يُقِيْمُ الصَّلاَةَ وَيُؤْتِي الزَّكَاةَ. وَيَعْبُدُ رَبَّهُ حَتَّى يَأْتِيْهِ الْيَقِيْنُ. لَيْسَ مِنَ النَّاسِ إِلاَّ فِي خَيْرٍ).


Hadith riwayat Abu Hurairah R.A :

Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W, sesungguhnya baginda bersabda: “ Kehidupan yang terbaik bagi manusia adalah seorang yang memegang tali kudanya bersiap untuk berjuang di jalan Allah. Dia tmelompat di atas punggung kudanya setiap kali mendengar suara atau serangan yang mengejutkan. Dia melompat diatas kudanya, mencari kematian terbunuh atau kematian di tempat yang diharapkannya. Atau seorang lelaki dengan kambingnya di satu puncak bukit dari beberapa puncak bukit, atau di lembah yang dalam dari beberapa lembah, dikerjakannya solat, dibayarnya zakat dan tetap menyembah Tuhannya sampai menemui keyakinan (kematian), sedang kepada orang banyak dia melimpahkan kebaikan.

يا عابدَ الحرمين لَوْ أبْصَرْتَنا لَعَلمْتَ أنكَ في العبادِة تلعبُ

من كان يخضب خدَّه بدموعِه فَنُحورنا بدمائنا تَتَخضَّب

أو كان يُتْعِبُ خَيْلَه في باطلٍ فخُيولنا يومَ الصبِيحة تَتْعبُ

ريحُ العبيرِ لكم ونحنُ عبيرُنا وَهجُ السنابِك والغبارُ الأطيبُ

ولَقَد أتانا من مَقَالِ نبينا قول صَحيح صادق لا يَكْذبُ

لا يستوي وَغُبَارَ خيل الله في أنف امرئ ودخانَ نار تَلْهَبُ

هذا كتاب الله يَنْطق بيننا ليس الشهيدُ بمَيِّت لا يَكْذبُ

Wahai ‘abid Al-Haramain,seandainya engkau memperhatikan kami,
engkau pasti tahu bahwa selama iniengkau hanya main-main dalam beribadah.

Kalau pipi-pipi kalian basah dengan air mata

maka leher-leher kami basah bersimbah darah.


Kalau kuda-kuda kalian letih dalam hal yang sia-sia,

maka kuda-kuda kami letih di medan laga.

Semerbak wanginya wangian, itu untuk kalian,

sedangkan wewangian kami pasir dan debu-debu.

Dan telah datang kepada kita sabda Nabi kita

Sabda yang benar, jujur, tidak boleh didustakan

Tiada bersemayam debu kuda Allah pada hidung seseorang

Bersama asap api nereka yang menyala-nyala

Inilah Kitab Allah berbicara kepada kita

Tidak boleh didustakan; Tidaklah para syuhada’ itu mati

Telah datang Al-Quran kepada kita menjelaskan,

para syuhada tidak akan pernah mati, dan itu pasti.


عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ عَامَ تَبُوكٍ خَطَبَ النَّاسَ وَهُوَ مُضِيفٌ ظَهْرَهُ إِلَى نَخْلَةٍ فَقَالَ :« أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ النَّاسِ وَشَرِّ النَّاسِ إِنَّ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ رَجُلاً عَمِلَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ عَلَى ظَهْرِ فَرَسِهِ أَوْ عَلَى ظَهْرِ بَعِيرِهِ أَوْ عَلَى قَدَمَيْهِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمَوْتُ وَإِنَّ مِنْ شَرِّ النَّاسِ رَجُلاً فَاجِرًا جَرِيئًا يَقْرَأُ كِتَابَ اللَّهِ لاَ يَرْعَوِى إِلَى شَىْءٍ مِنْهُ ».

“Mahukah aku khabarkan kalian dengan sebaik-baik manusia dan seburuk-buruk manusia ? Sesungguhnya daripada sebaik-baik manusia adalah seseorang lelaki yang Berjihad di Jalan Allah sambil menunggang kuda atau menunggang unta atau atas kakinya sehingga datang
kepadanya maut. Dan sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah seseorang lelaki yang membaca dan memahami kitab Allah (al-Qur’an) tetapi dia tidak mengendali diri daripada melakukan perbuatan keji.”



[1] Ali-Imran : 200