Pages

Sunday, May 24, 2009

Easy to solat...Solat too Easy

Hujung minggu baru ini saya berkesempatan bersama-sama pelajar Kolej Antarabangsa Lagenda, Mantin, dalam program easy to solat...solat too easy... Menarik. Bersama-sama Mahasiswa yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar cerdik!. Memang berbeza sekali pengalamannya dengan mengajar ditempat sendiri.

Program dalam masa 3 jam berlalu terlalu cepat. Sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan. Saya tak pasti adakah kerana mereka ini pelajar yang terpilih atau kerana kekuatan Modul program ini yang disusun oleh sahabat saya Lobai Kampong. Apa-apa pun Lobai Kampong is the best. Hidup Lobai Kampong!!! .

Persoalan pertamanya dalam program ini... solat itu susah ker ?. nak tahu ker jawapannya.. kenalah bawa kami ( Imtiyaz Training and Motivation Centre ) ke tempat anda. Pasti anda akan merasa kehebatannya!. Persoalan yang juga biasa ditanya kepada saya, kenapa ye kita susah sangat khusyuk ?.

Boleh ker kita solat dalam bilik..tutup pintu dan tutup lampu, supaya gelap. Bila gelap baru khusyuk.. iyer ker ?. Bukan ker bila gelap-gelap Setan lagi banyak ?, hehehehe. Ada jugak tanya macamna kalau saya tutup mata solat Ustaz boleh ker? Eh yang main tutup-tutup tu kenapa ?. Ye lah ustaz kalau tutup baru khusyuk ?. Yeker dah tutup lagi khusyuk ?. Bukan makin ditutup matanya, lagi pelbagai perkara belegar di dalam ingatan dan bayangannya. Habiiiiis kami nak buat macam mana yer ?. Kalau tanya saya yang itu jawapannya mudah sahaja, datang jumpa kami, untuk kami jelaskan ( Imtiyaz Training and Motivation Centre ) hehehhe. Yelah mana boleh nak cerita kat sini. bukan nak promote ni tapi kami cuma tawarkan bantuan. "Kami bukan Along...Kami cuma nak tolong !"

Persoalan khusyuk ini mengisi slot kami yang pertama sekitar 1 jam 30 minit. Sedara kita kena ingat, solat itu bukan sekadar praktikal dan teknikalnya sahaja..tetapi apa yang paling penting adalah menyedari kebesaran Allah dan kehebatannya. Al-hamdulillah bila kami mengembara dengan mesin Soyuz yang ada.... kami bersama dapat melihat kebesaran dan kehebatan Allah. Maka itu tips 1 bagaimana khusyuk akan menjengah hati kita. Bayangkan bila bumi dibandingkan dengan matahari kita ini tiada nilainya !. Adusss! syahdunya. Bayangkan pula dengan kebesaran matahari tersebut...disebutkan oleh ahli astronomi sistem Milky Way kita ada lebih kurang 200 000 matahari yang bentuknya hampir sama dan dengan kekuatan yang sama. SUBHANALLAH !!!!


Thursday, May 21, 2009

RENUNGAN JUMAAT - AMPUN TUANKU!

الجامع الصغير. الإصدار 3,22 - لجلال الدين السيوطي

المجلد الرابع >> فصل: في المحلى بأل من حرف السين

4817- السلطان ظل الله في الأرض، يأوي إليه الضعيف، وبه ينتصر المظلوم، ومن أكرم

سلطان الله في الدنيا أكرمه الله يوم القيامة

التخريج (مفصلا): ابن النجار عن أبي هريرة

تصحيح السيوطي: حسن

Hari ni nak kongsi hadith ni dengan semua pembaca.

Hadith ini kedudukannya hasan disisi Imam Sayuti R.A.

Maksudnya :

Sultan itu adalah bayangan ( pemegang amanah pentadbiran Allah ) Allah di muka bumi. Mengadu padanya orang-orang yang lemah dan membantu orang-orang yang dizalimi. Barang siapa yang memuliakan Sultan / Pemimpin Allah di dunia maka Allah memuliakan dia di akhirat.

AJAIB !

Nabi S.A.W dalam hadithnya yang Hasan menurut Imam Sayuti meletakan kedudkan yang sangat tinggi bagi Sultan, Raja, Pemimpin dan Seumpamanya. Ampun Tuanku, Sembah patik harap diampun .

Allah bukan sekadar meletakan martabat tersebut dengan O. Tapi ada syaratnya.
  • Orang yang lemah boleh mengadu nasib padanya .
  • Orang yang zalim dapat dibantu.
Ni yang susah ni. Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Tapi memanng kena cakap. hadith ni Nabi yang kata. Bukan saya yang kata. Bila Nabi kata kita kena sampaikan. sebab dalam Hadith yang lain Nabi sebut :

المستدرك على الصحيحين،الإصدار 2.02 - للإمام محمد بن عبد الله الحاكم النيسابوري.

المجلد الرابع >> -32- كتاب الأحكام

7036/34- أخبرنا أبو عبد الله محمد بن عبد الله الزاهد الأصبهاني، حدثنا أحمد بن محمد

بن عيسى القاضي، حدثنا أبو نعيم، وأبو حذيفة قالا:

حدثنا سفيان، عن الحسن بن عمرو، عن محمد بن مسلم بن السائب، عن عبد الله بن عمرو

-رضي الله تعالى عنهما- قال:

قال رسول الله -صلَّى الله عليه وسلم-: (إذا رأيت أمتي تهاب فلا تقول للظالم يا ظالم، فقد

تودع منهم).

هذا حديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
.



“ Apabila engkau melihat ummatku takut maka tidak berani berkata kepada orang yang berlaku zalim , wahai si zalim maka diucap selamat tinggal daripada mereka .”

Heheh maksud mudahnya lebih baik dia tak ada. Tak ada ?. Tak faham jugak ker ?. Maksudnya lebih baik mati.

Nak fahamnya mudahnya begini. Kita guna kata2 si Jebat yang mohon Derhaka " Raja (pemimpin ) adil , Raja ( Pemimpin ) disembah, Raja ( Pemimpin ) zalim Raja ( Pemimpin ) Disanggah ".

Abis tu kalau tak betulkan kesalahan mereka, maka kita menzalimi dirinya . Kesian dia. Dia kan tak tahu. Kesian mereka2 yang ada mata tapi buta ni :

لجامع الصغير. الإصدار 3,22 - لجلال الدين السيوطي

المجلد الثالث >> [تتمة باب حرف الألف]

2738- انصر أخاك ظالما أو مظلوما. قيل: كيف أنصره ظالما؟ قال: تحجزه عن الظلم،

فإن ذلك نصره

التخريج (مفصلا): أحمد في مسنده وصحيح البخاري والترمذي عن أنس

تصحيح السيوطي: [عزاه للبخاري، فهو صحيح

Bantulah saudaramu yang Zalim dan dizalimi. Ditanya : Bagaimana membantu yang zalim. Maka dikatakan tahanlah dia dari kezaliman itu maka itu adalah bantuan untuknya.

Jadi yang jadi pemimpin-pemimpin yang zalim dan tidak membantu orang miskin dan ditindas macammana nak bantu mereka ye. Apa lagi....tahan mereka dari melakukan kezaliman itu. Mcammana yer. Haaa senang je tu, jangan undi dia. hehehehe kesian dia. memanglah kesian . Tapi itu je cara nak tahan dia dari buat zalim. Mudah kan ?
.

Sebab selagi dia pegang kuasa, dia asyik nak makan rasuah jer. Selagi dia berkuasa dia nak menyusahkan rakyat. Yelah mana tak susah. Kalau datang pergi kampung. Orang kampung susah ker senang ?. Susah bang oooi. Dia datang, kena sambut, nak siapkan kapetnyer, nak sediakan makanan kegemarannya, nak buat itu nak buat ini. Kita lantik dia nak senangkan kita. Tapi kita pulak yang susah. Aiii menyusahkan betul lah. hehehehehe. Yang bukan begini jangan terasa.Saya bagi contoh untuk huraikan hadith Nabi jer. Takder kot pemimpin kat Malaysia macam ni. Kat Malaysia ni semua takut Allah kan. Yang zalim2 mana ada. Tak Caya tanya PM baru kita.

Wednesday, May 20, 2009

PAGI!!!! ( untuk lobai kampong )

الإسلام:


نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا


فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة ،


وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة ،


وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء ،


وهو مادة أو كسب وغنى ،


وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة ،


كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء .

Islam itu adalah :


i.Peraturan yang meliputi seluruh kehidupan manusia .

ii.Negara, Negeri, kerajaan dan Masyarakat .

iii.Akhlak, kekuatan, kasih-sayang dan keadilan .

iv.Kebudayaan, perundangan, Intelektual dan penghakiman.

v.Material, pendapatan dan kekayaan .

vi Jihad, dakwah, tentera dan idea.

vii. Asasnya hádala aqidah yang benar , Ibadah yang benar .


Pagi…


Masa traning ESQ165, pagi ni menunjukan semangat. Sebab apa pagi. Sebab biasanya pagi waktu orang bergegas pergi kerja dalam keadaan semangat.


Tengah hari penat. Di tambah pula dengan makan. Petang...lagi leka dan melalaikan.. Malam...zzzzzz. tidur lagi baik. Jangan ikut Adlin aman ramli...jangan tidur lagi.. bukan ke dalam mazhab Syafie kita, kena tidur awal. Pelik !.


Islam ni mudah nak faham. Sebab Islam itu mudah.


إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ،


فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا، وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ


وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ


Islam itu mudah. Barang siapa yang menyusahkan dirinya dengan Islam, maka dia akan kecundang. Beriltizamlah, laksanakanlah, berilah khabar gembira serta cari kekuatan ( beramal pada waktu-waktu bertenaga ) pada waktu awal pagi, petang dan di akhir malam.


Mungkin sekarang kita tak jumpa apa strategi mudah dan sesuai itu. Islam bukan dekat sekolah agama. sahaja Bukan juga untuk Ustaz-ustaz dan juga lebai-labai ( termasuk sahabat kita lobai kampong ). Nabi berjaya menerangkan Islam kepada mereka yang bukan Islam. Cabaran !.


Mungkin para pembaca ada cadangan. Macamana nak bagitahu masyarakat... kita perlu kembali kepada Islam sebab Islam itu mudah. Sebab Islam itu selamat. Sebab Islam itu segalanya. Apa ye caranya ?. Ceramah sesuai ker ?. Forum..?. Ker sebenarnya... cara dakwah tu kena berubah. Tak sama lagi macam zaman Nabi. Ermm jangan salah faham pulak. Bukan Islam tu yang perlu diubah, tapi cara kita nak sampaikan.


Tahu tempe tak ? Sekarang ni jarang dah jumpa tempe dalam daun koko atau pisang . Ada tapi tak banyak .Tapi sekarang ni pembungkusannya dah canggih. Tapi rasa ketempeannya tetap sama. Sebab tu Muka YB Dato’ Khir Toyo tegang. Makan tempelah tu agaknya...?. Takkan buat botok pulak.Hehhehe .Kan botok Haram . Orang Islam mesti tak buat punyalah. Maka betullah dia makan tempe aje...hehehehe. Apa pun bungkusnya ia tetap tempe. Orang-orang kat Media Prima kata Rebranding!.


Ni pun saya nak cerita sikit. Yang berbalah-balah pasal Wahabi ke tak Wahabi ke. Mmm dari sudut kajian ilmiah dan praktikalnya saya tak menolak ia memang suatu yang merisaukan akidah. Ada juga dua tiga buku yang saya baca nyatanya mengkafirkan Al-’Asyairah. Al-’Asya’irah tu apa ? Kalian pun tanya saya Al-’Asya’irah tu apa ? Tak tahu ker ? . Tak tahu kan ?. Saya pun tahu kalian tak tahu… Makanya kenapa nak cerita kalau tak tahu. Saya pun tak mahir sangat dalam perbalahan ini. Pandangan saya Cuma berdasarkan apa yang saya belajar dulu masa kat kuliyah. Agak-agak Ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru yang mengajar di Masjid-masjid di Negeri Sembilanlah. Berapa peratus pak cik-pak cik dan Mak Cik-Mak Cik kat kampong tu tahu apa itu Wahabi.


Tak tahu..? Macamana ni, kita pun tak tahu kan berapa peratus. Agak-agak yang tahunya berapa peratus ?. Macam ni... tengok analogi ni. Waktu saya mengajar Haji kat sebuah surau kat Seremban. Saya pun ceritalah. Di Madinah ada Masjid Nabi, Masjid tu khubahnya hijau. Rasa-rasa yang dengar tu tahu ker ?. Hijau macamna. Macam daun ker..ker bentuknya macamna ?. Tahu ker ?. Tak pernah pergi. Tak tahu lah. Abis cerita bentuk, Design, rupa, warna untuk apa yer ?. Orang tak tahu. Cerita buat apa. Tak Cuma nak bezakan. Bezakan apa bila tak tahu.


Allah bezakan siang dengan malam. Tahu tak ?. Tahulah sebab kita tahu, siang apa, malam apa. Wahabi tahu tak ? Tak... sebab apa yang kita punya ( Ahl Sunnah Wal Jamaah ) pun ramai yang tak tahu. Salah ker, kita kuatkan aqidah ummat ini dengan sekukuhnya, Mat Rempit ramai, anak-anak gadis yang melepak ramai, yang ngisap ramai. Nah ini kerja kita untuk jelaskan Aqidah untuk mereka. Kenapa banyak masa digunakan untuk melebel orang Wahabi dalam masa yang sama kerja masih banyak. Khuatir orang yang dilebelkan itu ikhlas memberi penerangan pada masyarakat tentang Islam. Bila kita labelkan dia sebagai Wahabi orang meminggirkan dia. Siapa rugi. Heii kawan kita boleh mengajar 27 juta rakyat Malaysia ni semua ker ?. Hebat ker kita ?. Ajaib !.

Tuesday, May 19, 2009

ESQ





Kes S.O.S.I.A.L lagi

  1. Semalam ada peristiwa tingkat 4. Gempar jugak. Berani betul. Korang tentu tertanya-tanya. Biar dulu. Saya belum nak cerita. Tapi mungkin kalian dapat agak. Khas untul pensyarah2 yang setia membaca artikel2 yang saya copy dari laman web lain dan juga untuk anak-anak didik ( yang susah nak dididik kena titik ok kot ) yang setia menanti sebarang berita dan makluman dari saya, terima kasih diatas sokongan yang anda berikan. Sem depan kerja kita lagi berat. Saya nak tolong sahabat-sahabat kita PU, nak Implimentasikan apa yang kami pernah buat dulu ( dengan guru sukses ). Kita nak bangunkan gergasi yang sedang tidur.
  2. Saya mulakan entry hari ini dengan " KE ARAH MENGAMALKAN HIDUP ISLAM" . Ini semangat yang pernah membakar sekolah kami dulu. Bukan bakar sampai hangus tapi bakar semangatnya. Kami masa tu sungguh-sungguh betul untuk merealisasikannya. Pengalaman menarik 1998.
  3. Semalam baca blog Ukthi Atriza ( www.atriza.blogspot.com ). Kalian pun kena baca. Menarik. saya tak kenal pun Ukhti ni. Tapi kerana matlamatnya sama maka ketentuan Allah menarik hati saya membaca blognya.

Monday, May 18, 2009

Imtihan...Periksa...Exam

Sekarang ni sedang belangsung Exam akhir semesta. Student yang dah Semesta 4 (sijil ) dan semesta 6 ( Dip ), adalah periksa akhir bagi mereka. maka bersungguh-sungguhlah mereka bersengkang mata untuk dapat keputusan yang terbaik. Ada juga mungkin bercita-cita nak rebut kerusi anugerah pengarah atau best student masa hari konvokesyen nanti..Kadang-kadang geli hati jugak manusia ni kan..

Cuba korang teka .. yang kita sungguh-sungguh nak dapat yang terbaik tu nape yer?. Sebab apa yer ?, Ke sebab nak dapat kerja yang bagus-bagus..?. iye ker ?...Ermm ada ke kerja ?. Bukan ker ramai yang tak kerja dah sekarang ni ?. Nak kerja ker ?. hehehe memang geli hati. Ker sebab kita nak orang kenang kita sebagai best student ?.. Mungkin jugak... nanti waktu naik pentas ambil dip. tu, kan bangga jer waktu naik atas pentas tu ?.. Iyer ker... itu ker yang kita nak ?. Betul ker ?. Ke sebenarnya apa yang kita nak kita pun tak tahu. Yang kita tahu kita nak yang terbaik.

Ada seorang pelajar tu marah betul dia. Bila ditanya kenapa ?. Dia kata saya tak suka untuk periksa. Kenapa sistem pendidikan kita ada periksa..?. Betul jugak tu. Kenapa yer kita periksa ?. Tak boleh ker tak periksa ?. Kenapa kena ada UPSR, kenapa kena ada PMR, SPM, STPM, STAM masuk IPT pun ada periksa. kakitangan kerajaan pun merungut sebab ada PTK...tu pun periksa. Periksa...Periksa.. Periksaaa dan periksa lagi. Anak-anak murid saya yang di USIM, dengarnya dan selesai periksa. Keputusan pun dah dekat-dekat nak keluar. Hehehe tunggu keputusan periksa pulak... Pun periksa punya hal..

Sekarang ni pun dimana-mana ada perkataan periksa tu. Di Akademi JPJ ada pemeriksaan MENINGITIS, kat pusat tahan Imegresen pun sibuk periksa memeriksa.. Kat sempadan-sempadan negara pun kena periksa Influenza H1N1 (
jangan lupa baca doa wabak ). Ini angka binatang2 yang Allah jadikan untuk Periksa Iman manusia. Pun Periksa jugak.

Perasan tak..kalau kita periksa :

1. Kita takut .

2. Kita nak tahu apa keputusan .

Masa kita periksa kita takut. Time-time periksa, biasanya time ramai student kena histeria, takut ker ? . Agaknya lah. Takut apa ?. Mesti takut apa nak jawab nanti... sebab apa takut... sebab belum baca lagi... Sebab apa belum baca lagi... sebab tak ada masa... iye ker takder masa ????. Alamakkkkk... itu yang kena histeria tu.. Dah masa orang belajar engkau buat benda tak senonoh, masa nak periksa engkau takut yer.. Masa hidup di dunia tak takut Tuhan.. Bila datang Malaikat Mungkar dan Nakir nak buat
Oral Test ngan engkau...engkau takut ye...

Manusia..manusia..manusia. Sama juga saya. Saya pun manusia.

NI GAMBAR ANAK-ANAK MURID SAYA KAT PSIS TENGAH KELAM KABUT JAWAB PERIKSA.

MENUNG APA TU BANG !!!




Isu Negeri Sembilan...

Saya pastekan dari laman blog Lobai kampung...http://lobai-kampung.blogspot.com. Mari bersama kita renungkan. Timbang2kan dan buatlah penilaian sendiri...

Anti Wahhabi atau Jaga MB ? Siri 3
Posted by Lobai Kampung at Saturday, April 25, 2009 .

Isu melabelkan tenaga pengajar sebagai Wahhabi ini rupanya menjadi sebahagian masalah yang dihadapi oleh Mufti Negeri Sembilan yang baharu. YB Sohibus Sammahah Dato' Yusof b Hj Ahmad melahirkan kekecewaannya terhadap sikap melabelkan tenaga pengajar terdiri dari kalangan ulama yang banyak berjasa dalam menjayakan dakwah di Negeri Sembilan sebagai Wahhabi.

Malam tadi ( 24 April 2009 - Jumaat jam 7 malam ) bertempat di Balai Undang Johol telah berlangsung majlis meraikan Mufti baru Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak jati Johol yang pertama menjawat jawatan tersebut. Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Islam Johol (YAPIS) ini dihadiri oleh hampir 200 orang tetamu jemputan terdiri dari pelbagai latar jawatan dan politik.

Dalam ucapan yang di sampaikan oleh YB Dato Yusof, beliau menyorot kembali usaha yang dilakukan oleh para penderma dan tanggungan biasiswa yang diterimanya bersama 4 orang sahabat yang lain merintis jalan meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1969. Sehingga kini kelima-lima mereka banyak memberi sumbangan di dalam perkembangan pendidikan dan dakwah di Negeri Sembilan terutama di sektor kerajaan. Beliau menekankan betapa pentingnya pendidikan agama diberi perhatian serius dalam usaha melahirkan generasi ulama.

Beliau turut menyentuh beberapa cabaran atau isu yang dihadapinya ketika menjawat Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Bermula dengan kontroversi penamatan kontrak Mantan Mufti, Dato Hj Murtadza sehingga membawa kepada pelbagai polemik yang diserabutkan oleh orang-orang politik (BN) pada Januari 2009 sehingga terlantiknya beliau pada April 2009. Katanya polemik itu lebih termaklum di kalangan Undang Yang Empat. Betapa besarnya polemik yang berlaku.
Seterusnya beliau masuk ke Jabatan Mufti di dalam keadaan kerusi Timbalan Mufti kosong akibat dipindahkan ke Putrajaya dan beberapa pegawai juga dicadangkan untuk ditukarkan. Umum sedia maklum, ketegasan Timbalan Mufti Negeri Sembilan menimbulkan rasa ketidak selesaan di kalangan beberapa pihak terutama MB sendiri. Beliau terpaksa melaksanakan tugas Mufti dan pentadbiran dalam masa yang sama. Sehingga entri ini ditulis pengganti Timbalan Mufti masih belum diisi. Tidak cukup dengan itu, bangunan Jabatan Mufti sejak dari dahulu benar-benar mencabar kesabaran SS Dato Mufti. Bayangkan pada usia 64 tahun beliau terpaksa turun naik ke tingkat 4 bangunan SUK Lama yang menempatkan pejabat Jabatan Mufti. Betapa rendahnya nilai agama diletakkan oleh BN. Tiada lagi tempat yang lebih baik, selesa dan sesuai. Dengar khabarnya bangunan lama Pejabat Daerah Seremban yang berpindah ke Seremban 2 akan diberikan kepada Jabatan Mufti. Tapi apakan daya jenis kepala fikir untung tak fikir agama, akhirnya bangunan itu diberikan kepada Kompleks Kraftangan di bawah kendalian bekas Menterinya Dato' Rais Yatim.

Kemudian beliau turut menyentuh isu melabel Ulama dengan gelaran wahhabi. Menurut beliau fahaman wahhabi memang merbahaya kerana mereka mudah mentakfirkan sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka. Menggunakan hanya Nas Al-Quran dan Hadis yang sohih sahaj sehingga menyebabkan beberapa amalan yang bersandar pada hadis lemah dikira sebagai bid'ah. Ini termasuk amalan berwirid selepas solat, membaca qunut, bertahlil dan sebagainya.
Tetapi apa yang mengecewakan beliau adalah sikap melabelkan seseorang ulama dengan gelaran wahhabi. Sepatutnya diterangkan kepada masyarakat tentang ciri-ciri penyelewengan Wahhabi, biarkan mereka menilai siapa wahhabi yang sebenar,bukan dengan melabelkan orang tertentu. Beliau nampak tidak begitu selesa dengan isu label-melabel kerana menurut beliau orang yang dilabel itu banyak mencurahkan ilmu dan jasa kepada masyarakat. Apakah cukup dengan satu dua perkara yang disebut oleh ulama tersebut menyebabkan beliau layak digelar wahhabi. Ini satu fitnah jahat. Mudahnya mereka menghukum. Siapa kita ?

LK sendiri masih mencari apakah sebabnya dan motif golongan tersebut melabel ulama dengan gelaran wahhabi. Apakah mereka ingin kedudukan yang lebih selesa, sehingga memaksa mereka memijak Lobai yang lain. Jika benar mereka prihatin terhadap persoalan akidah, tolong perbetulkan sama akidah ahli UMNO/BN yang meyakini makhluk lebih dari meyakini Allah. Jika Mahathir berkuasa dahulu, Mahathirlah segalanya, Bila Pak Lah berkuasa, Pak Lah lah segalanya. Kini giliran Najib pula. Bagaimana akidah mereka yang menolak ayat al-Quran dan hadis Nabi?

LK tidak pernah percaya UMNO/BN prihatin bab akidah ini. Kalau dulu mungkin. Bila Natrah dimurtadkan seluruh orang Melayu Islam bangun membela. Hari ini bukan satu sahaja Natrah dimurtadkan bahkan berpuluh ribu yang dimurtadkan, kenapa tidak prihatin? Sebab mungkin benda ni tak menjejaskan ekonomi negara bak kata Nabil. Haram sungguh !! Mana-mana Lobai yang handal sangat tu jangan pulak perlekahkan orang lain. Kerja kita masih banyak tidak ada masa nak bercakaran sesama kita.

Dedikasi untuk guru-guruku

Aku dedikasikan sajak-sajak ini kepada guru-guruku di Tadika Kampung titian akar 1985-1986, Guru-guruku sek. Keb. Astana Raja 1987 - 1992, Guru-guru Sek. Men Agama Ulu Gadong 1993-1995, guru-guruku di Maahad Ahmadi 1996-1999.

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

DOA MOHON KESELAMATAN DARIPADA WABAK

Ybhg Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad memesan agar doa ini dibaca 3 kali pagi dan 3 kali di waktu petang. Mudah-mudahan dapat melindung diri dari wabak, fitnah dan penyakit yang sedanng melanda negara.

تَحَصَّنَّا بِذِي الْعِزَّتِيْ وَ الْجَبَرُوْ تِ


وَ اعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ


وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوْتُ


اللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الْوَبَاء


وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى


وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَ الطَّاعُوْنَ وَ الْبَلَاء


بِلُطْفِكَ يَاْ لَطِيْفُ


يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ و سَلَّمَ .


وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعلمين

"Kami berlindung dengan-Mu ya Allah, Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada-Mu ya Allah, Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakal kepada-Mu ya Allah, Tuhan yang Hidup lagi tidak Mati. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami dari kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami dari segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan Ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya Engkau ya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala

pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan Pemilik sekalian alam”.


Thursday, May 14, 2009

Belia Hari ini cerminan Masa Hadapan

Dipetik dari laman Web IKIM


Nor Hartini Bt. Saari

Pegawai Penyelidik

30/05/2008 | Artikel Bahasa Malaysia

"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." Itulah kata kata yang lahir daripada Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.

Kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau ini sebagai generasi muda yang merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan.

Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogankata-cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan mereka seperti ‘Belia Tonggak Negara', ‘Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok' dan sebagainya.

Mengikut Dasar Pembangunan Belia dan Akta Pertubuhan Belia serta Pembangunan Belia Malaysia, belia ditakrifkan dalam akta ini sebagai seseorang yang berumur tidak kurang lima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun. Sehingga tahun 2005 jumlah belia dianggarkan 11.1 juta atau 42.5% daripada keseluruhan penduduk negara. Memandangkan jumlah golongan belia yang agak besar, maka sumbangan dan tanggungjawab belia juga dilihat begitu besar.

Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.

Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia berada dalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantu kemajuan dirinya dan juga ummah.

Namun begitu, apa yang dapat kita lihat dalam suasana semasa, dalam arus kemodenan dan kemajuan ini, golongan belia menghadapi cabaran sangat hebat. Golongan ini bukan sahaja terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat seperti budaya Hedonisme iaitu yang suka berfoya-foya, dan berhibur dengan keterlaluan dan melalaikan, bahkan mereka seringkali dikaitkan dengan kegiatan penagihan dadah, rempit dan jenayah, ragut, lumba haram dan sebagainya.

Perangkaan yang ditunjukkan sejak tahun 2001 sehingga Mei 2006 mencatatkan 3,182 penunggang motosikal ditahan dan 2,970 daripada mereka yang berusia 16 tahun. Ini tidak termasuk mereka yang meninggal dunia akibat lumba haram. (Berita Harian, 8 September 2006). Berdasarkan kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Persatuan Mecegah Dadah Malaysia (Pemadam) pada tahun 2005 sahaja, bilangan penagih dadah di kalangan golongan belia yang berusia antara 16-39 tahun berjumlah 23, 699 orang atau 72.23%.

Mungkin pada hari ini jumlah ini sudah bertambah. Apakah punca permasalahn ini terus berlaku? Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk mempersiapkan belia ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan agama masa akan datang?

Jika dimbas semasa zaman kegemilangan tamadun Islam, antara tokoh belia yang perlu dicontohi ialah Usama Bin Zaid yang ketika itu berusia 18 tahun telah menjadi panglima perang untuk menentang kerajaan Rom di Syam. Begitu juga semasa perkembangan Islam di Mekah sehingga berkembang ke Madinah, golongan muda seperti Saidina Ali Ibni Abi Talib, Saidina Osman Ibni Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi para sahabat nabi yang ketika itu menjadi pelopor kepada kebangkitan dan menjadi penggerak dan sentiasa berjuang dan berjihad dalam menegakkan ajaran Allah s.a.w. Kebanyakan mereka pada ketika itu, berusia kurang daripada 40 tahun.

Melihat kepada suasana semasa, bagaimana sejarah lampau ini dapat diulangi semula, jika sebahagaian besar golongan belia tidak mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dan ummah? Sehubungan itu, dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai cermin masa hadapan negara, maka golongan belia ini perlu meletakkan diri mereka sebagai penggerak dan pembina tamadun yang unggul, yang dihormati oleh masyarakat dunia.

Justeru itu, mereka perlu memikirkan masa depan agar dapat menghasilkan kesedaran. Bak kata pepatah "Menyesal dahulu pendapatan ,menyesal kemudian tidak berguna." Nama baik dan keperibadian yang tinggi perlu dijaga untuk jaminan masa depan. Oleh itu, golongan belia hari ini perlu menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang boleh menjamin masa depan cemerlang.

Sebenarnya pada usia muda ini adalah waktu yang paling baik untuk menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dan apabila seseorang itu telah mencapai usia 40 tahun, dia dikatakan telah mencapai tahap kematangan. Apabila kematangan itu dicapai maka seseorang itu bolehlah memikul atau menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Nabi Muhammad SAW sendiri telah dilantik menjadi rasul ketika baginda berusia 40 tahun.

Seperkara lagi golongan belia juga perlu menekankan kepada akhlak. Akhlak yang baik harus diiringi bersama-sama pegangan agama yang tidak longgar. Akhlak Rasulullah s.a.w perlu dijadikan contoh yang terbaik terutama di kalangan belia. Akhlak baginda Rasulullah s.a.w adalah seumpama al Quran.

Andai akhlak baginda menjadi ikutan, kita dapat melahirkan pemimpin pada hari esok yang berakhlak mulia, berilmu dan mengamalkan amalan kerohanian yang mantap dalam semua hal terutama menguruskan pentadbiran negara.

Walau apapun suasana semasa, kita masih tidak terlambat untuk membangunkan golongan belia hari ini. Usaha memperkasakan ilmu, selain kesedaran golongan belia hari ini terhadap gaya hidup Muslim yang mengamalkan ajaran islami, mampu mengangkat martabat golongan belia.

Dalam pada itu, golongan belia perlu bersedia dalam memajukan diri dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Semoga golongan belia hari ini bersedia untuk menjadi seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat dalam usaha menjauhkan diri daripada sebarang amalan dan tindakan yang boleh merosakkan diri, maruah dan melemahkan umat Islam.

Jika persediaan ini disempurnakan dengan baik dan rapi, maka cogankata ‘Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara' dapat dilihat dan dilaksanakan dengan jayanya.


Ustaz Khir : Bagus artikel ini. Jadi saya gunakan untuk pembentangan petang ini di PI PSIS, jam 3. Untuk Student Seni Bina, JKE.

PETIKAN DARI BUKU NILAI MASA DISISI ULAMAK

Tha’lab An-nahwi menerima jemputan dengan syarat disediakan baginya ruang untuk dia mentelaah .

Menerusi kitab : Galakan menunutut ilmu dan kesungguhan di dalam menghimpunkannya, diceritakan bahawa Tha’lab : Nama beliau adalah Ahmad bin Yahya As-shaibani, salah seorang ternama di bidang nahu, lughah, sastera , hadith dan ilmu qiraat. Lahir pada tahun 200 h dan wafat pada 291 h, bahawa beliau tidak pernah berpisah dengan kitab yang dipelajarinya . Apabila beliau dijemput untuk menghadari sesuatu majlis ia hanya menerima jemputan tersebut dengan syarat disediakan baginya ruang seluas tempat bersandar bagi meletakkan kitab dan mentelaah .

Disondol binatang ketika bermutalaah lalu mati .

Sebab kewafatan beliau adalah pada hari jumaat selepas solat asar beliau keluar dari masjid, ditangannya ada kitab yang dibacanya semasa sedang berjalan, tiba-tiba datang seekor kuda menyondolnya menyebabkan beliau jatuh ke dalam longkang besar, setelah beliau diselamatkan didapati keadaannya seperti orang separa gila , lalu dibawa ke rumahnya di dalam keadaan dia mengeluh kesakitan terhadap kesakitan di kepalanya. Pada keesokan harinya beliau kembali menemui Allah .

Ibnu Jarir menjaga masanya dan keazamannya mentafsir quran sejumlah 30 ribu helai .

“ Beliau adalah syeikh bagi seluruh Ulama’ tafsir, juga pakar di bidang sejarah dan hadith, salah seorang ikon kehebatan di dalam mengisi ruang masanya dengan menuntut ilmu, menyampaikannya, menulis dan mengarang . Jumlah karangan Ibnu Jarir menjangkau satu bilangan yang amat dikagumi oleh pencinta ilmu” menurut Imam Al-Allamah Yaqut Al-hamawi menerusi tulisan beliau ( Mu’jam Al-Udaba’ ). Di dalam menyebutkan biografi Imam Ibnu Jarir, Al-hafiz Al-khatib Al-baghdadi juga tidak ketiggalan mencoretkan kehebatan Imam Ibnu Jarir di dalam kitab beliau ( Tarikh Baghdad ). Maka di sini saya mencatatkan beberapa fakta peting mengenai Imam yang hebat ini .

Diceritakan oleh Ali bin Abdullah Assimsi daripada Qadhi Abi Umar dan Abi Qasim Warraq : “sesunguhnya Imam Abu Ja’far pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya : “Apakah kalian mempu untuk mentafsir al-quran ?”. Mereka bertanya : “Berapa jumlahnya ?”

“30 ribu helai Jawab beliau” . Sahabat-sahabatnya lantas berkata perkara ini : “mentafsirkan quran dengan kadar yang sebigini banyak akan mengahabiskan umur sebelum sempat kita menyempurnakannya !” lantas imam Tobari meringkaskan tafsir tersebut kepada 3000 helai sahaja dalam tempoh 7 tahun bermula tahun 283 sehingga 290 h” .

Keazamannya menulis kitab tarikh sejumlah 30 ribu helai.

Kemudian Imam Ibnu Jarir bertanya lagi kepada mereka : “Apakah kalian mampu untuk mencatat buku sejarah sejak zaman Nabi Adam hingga ke zaman kita ?” Mereka bertanya : “Berapa jumlahnya ?”

“30 ribu helai Jawap beliau” . Sahabat-sahabatnya lantas berkata : “Perkara ini ( mencatat sejarah sejak zaman Nabi Adam hingga ke zaman kita dengan kadar yang sebigini banyak ) akan menghabiskan umur sebelum sempat kita menyempurnakannya !” Lantas beliau berkata : “إنا لله ، sebenarnya keazaman yang tinggi telah hilang daripada kita”. Lantas imam Tobari meringkaskan tarikh tersebut kepada 3000 helai sahaja dan selesai mengulangkajinya pada hari rabu 27 rabiul akhir tahun 302 h .

Beliau mengarang sebanyak 40 muka surat dalam sehari .

Kata Khatib Al-Baghdadi : “Saya mendengar As-simsi menceritakan bahawa sesungguhnya Ibnu Jarir mengarang sebanyak 40 muka surat dalam sehari. Usaha ini berterusan sehingga 40 tahun” . Diriwayatkan oleh muridnya yang bernama Ibnu Ja’far Al-farghani di dalam kitabnya yang mesyhur ( Assilah ) , bahawa sekumpulan murid-murid beliau menghitung umur gurunya Ibnu Jarir sejak ia baligh sehingga kewafatannya ( 86 tahun ) , iaitu kira-kira 70 tahun , kemudian mereka mengagihkan umur tersebut kepada helaian-helaian tulisan berliau, maka keputusan yang dapat dilakukan melalui perhitungan itu adalah tuan gurunya menulis sebanyak 14 helain di dalam satu hari”. Perkara ini tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia melainkan dengan Inayah dan bimbingan daripada Allah Taala.

Jumlah karangan beliau adalah 358 ribu helai .

Imam Ibnu Jarir diputerakan pada 224 h dan meninggal dunia pada tahun 310 h . Apabila dikira umur beliau sejak baligh hingga kewafatannya , ini beerti beliau telah hidup selama 72 tahun ( setelah ditolak 14 tahun umur sebelum baligh ) . Didarabkan dengan 14 helaian setiap hari, ini bermaksud himpunan karangan beliau adalah sebanyak 358 ribu helaian .

Murid-murid belaiu mencatat bahawa jumlah kitab tafsir dan tarikhnya adalah sebanyak 7 hingga ke 8 ribu helaian . Kini, kitab tarikh At-tobari telah tercetak dengan bilangan 11 jilid yang besar, manakala kitab tafsir beliau pula telah dibukukan menjadi sebanyak 30 jilid besar . Cubalah pula kamu hitung kitab-kitab karangan beliau yang berbaki iaitu berjumlah 351 ribu helaian lagi. Maka ianya bolehlah dijadikan satu perpustakaan lengkap dengan kepelbagain ilmu . Semuanya ditulis dengan tangannya sendiri, maka kejernihan ideanya serta kehebatan ilmunya umpama madu lebah asli dan keju yang menyelerakan. Semua perkara ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana kebijaksanaan beliau di dalam mengatur dan menyusun masanya, dan kehandalan beliau bagaimanakah cara terbaik mengisinya dengan menuntut ilmu dan mencatatkannya demi generasi yang akan datang .

Penyusunan masa dan kerjanya .

Qodhi Abu bakar bin Kamal yang merupaan anak murid dan sahabat kepada Imam Ibnu jarir pernah menyebutkan kaedah penyusunan masa dan perkerjaannya, kata beliau :

“Adalah Imam Ibnu Jarir setelah makan akan tidur di atas pakaian daripada jenis kain yang lembut dan benangnya pula adalah tebal dan kasar, yang diperbuat daripada benang kattan pilihan, dipakai ketika cuaca panas bagi menyejukkan badan, lengan bajunya pendek dan dicelup dengan minyak wangi jenis sandal dan mawar. Kemudian beliau bangun dan bersembanyang zuhor di rumahnya, lantas menulis sehinggalah masuk waktu asar, kemudian beliau akan duduk mengajar sehingga masuk waktu maghrib , pengajian fekah pula disambung selepas solat isyak . Setelah itu beliau masuk ke rumahnya . Beliau telah membahagi-bahagikan masanya untuk kepentingan diri, agama dan masyarakat sebagaimana beliau mewakafkan waktunya kepada Allah .

Masih menulis walaupun ketika saat kewafatannya .

Al-ustaz Kurdali di dalam tulisannya yang berjodol ( Kunuz Al-ajdaad ) ada mencatatkan biografi Ibnu Jarir dengan katanya : “Tidak pernah tercatat bahawa Imam Ibnu Jarir membazirkan walaupun satu detik daripada umurnya melainkan untuk menimba ilmu dan menyampaikannya” . Al-Mua’fi meriwayatkan daripada sebahagian orang yang boleh dipercayai , bahawasanya ia berada di sisi Imam Abi Ja’far sebelum kewafatannya . Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sejam atau kurang dari waktu kedatangannya. Dinyatakan padanya bahawa doa ini datangnya daripada Ja’far bin Muhammad, lantas ia minta agar diambi l pen dan kertas agar ia dapat mencatat doa tersebut. Ditanya kepada beliau : “Apakah disaat ini ?”. Lantas beliau menjawab : “Sepatutnya bagi manusia itu tidak sekali-kali membiarkan ruang masanya berlalu begitu sahaja tanpa mnuntut ilmu sehingga disaat kematiannya” . Moga Allah merahmati beliau terhadap pengorbaanan yang dilakukan untuk agama dan ilmu dengan sebaik-baik ganjaran .


P/S : Sesuai untuk bahan bacaan sampingan ketika menyampaikan kuliyah / ceramah dan usrah.

Harga : RM 20

Untuk tempahan : 0193231429

TIPS REFRESH IMAN 3

KERTAS KERJA IDEA: KE ARAH MEMARTABATKAN USRAH


USRAH

Usrah merupakan satu daripada enam elemen yang diperkenalkan oleh Ikhwan al-Muslimun dalam meningkatkan mutu pertarbiahan ahli gerakan Islam. Ia bermatlamatkan membina ukhuwah atas sendi aqidah, fikrah, kesedaran, dan cita-cita. Matlamat ukhuwah diletakkan sebagai matlamat tertinggi di samping proses menerapkan kefahaman dan membina kaderisasi yang bernilai.

Ukhuwah dianggap sebagai asas kejayaan bagi sesebuah gerakan sebagaimana termaktub dalam nas-nas yang sorih. Ia dijadikan sebagai imad dan autad yang menjadi pemangkin, seolah-olah akar yang mencengkam bumi, jauh ke dalam. Proses membina ukhuwah mestilah kreatif dan biasanya ia terbina setelah melalui halangan-halangan kepayahan.

Puzzle adalah gambarannya, ada yang besar dan ada yang kecil, saling melengkapi antara satu sama lain. Konsep ithar melangkaui walaw kaana bihim khasasah adalah tahap tertinggi dalam konsep ini, sekurang-kurangnya berlapang dada dan meletakkan segala keburukan pada diri sendiri dan menyahkan perasaan prasangka tidak menentu terhadap orang lain.

Konsepnya sebegini: Lupa kebaikan diri, tetapi ingat kebaikan orang. Ingat keburukan diri, tetapi lupa keburukan orang. Dalam usrah, soal ini yang dibina. Seolah-olah, tayar sahaja tidak dianggap kereta. Stereng juga tidak boleh dikatakan kereta. Tetapi gabungan kesemua termasuk pintu, baru membentuk sebuah kereta. Kepala tidak indah tanpa rambut sebagaimana tangan tidak berguna tanpa oto-otot yang menggerakkannya. Tubuh pula tidak bernyawa tanpa jantung yang berfungsi.


ELEMEN-ELEMEN PENGUAT USRAH

Elemen terpenting dalam pembentukan adalah murabbi. Murabbi adalah penternak yang berjiwa dan mempunyai selera yang tinggi untuk memenangkan Islam dengan apa cara sekalipun. Ini digambarkan oleh Sa’id Hawwa berkenaan gurunya, betapa gurunya bekerja mempertahankan Islam seolah-olah Islam seekor kambing yang disembelih.

Murabbi tidak boleh hanya seorang yang soleh tanpa menafikan kesolehan sebagai faktor terpenting. Murabbi perlu melengkapi dua faktor utama mencakupi kesolehan dan kebijaksanaan. Ia boleh kita sebutkan juga sebagai kuasa Al-Quwwah wa al-Amanah. ‘Umar menyatakan kebimbangan terhadap maksiat-maksiat yang dilakukan kerana dibimbangi akan menghilangkan keberkatan, dan dalam masa yang lain beliau menyatakan kegusaran terhadap orang yang tinggi taqwa tetapi tidak strategis.

Murabbi menghayati makna mas’ul dan melengkapi raa’in. Mereka mendidik ahli mengikut kesesuaian zaman mereka, bukan mengikut zaman mereka ditarbiah. Mereka memahami kalam Albert Enstein: Permasalahan masa dahulu akan dapat diselesaiakn dengan pemikiran masa sekarang.

Idealisme mereka memuncak dan mereka mencintai pembaharuan. Seorang sarjana menyebut, perkara yang sentiasa berganjak dan tidak static adalah perubahan. Mereka sentiasa mencari strategi untuk membentuk ahli mereka.

Elemen seterusnya adalah manhaj tarbiah. Namun manhaj tarbiah dan elemen seterusnya bukanlah satu perkara yang terpenting jika dibandingkan dnegan murabbi, kerana dalam membentuk fard muslim yang bernyawa, seorang murabbi tidak akan mengira siapa sahaja yang menjadi anak didik mereka. Tidak perlu kita katakan nilai kesetiaan dan kepatuhan itu penting, cukuplah dikatakan sebagai supplement dan perencah menambah rasa.

Namun janganlah sampai kita mengabaikan manhaj ini kerana sesuatu yang bermanhaj akan melicinkan lagi perjalanan. Ia ibarat minyak pelincir yang banyak memberikan manfaat kepada gerakan Islam. Struktur manhaj boleh diperhalusi berdasarkan sirah-sirah nabi SAW dan apa yang telah disusun para ulama haraki yang faqih, bukan hanya alim.

Pembentukan ahli jangan hanya dilihat dari kaca mata nilai budi dan ilmu semata-mata, kerana sejarah membuktikan Islam pernah bangkit di tangan orang yang kurang nilai budi dan kurang berilmu. Khalid al-Walid telah melanggar beberapa arahan nabi dan bertindak semberono tetapi beliau merupakan enjin utama kepada gerakan. Ikramah belum sempat mendalami ilmu sedalam mungkin tetapi mati sebagai syuhada’ dalam membela Islam.

Senangnya disebut, kita jangan menyangka hanya orang yang ‘baik’ menjadi pemenang kepada Islam. Justeru, pemilihan ahli mestilah meluas. Kita mungkin boleh menyandarkan kekuatan kita kepada kata-kata Umar al-Khattab: Sesungguhnya nilai Islam ini berkurangan sedikit demi sedikit apabila tiada lagi orang yang mengenal jahiliyah dalam Islam.


MEKANISME USRAH

Apabila dikatakan pemilihan ahli ini luas dan tidak terbatas dalam satu-satu sempadan, maka nilai kekreatifan dan kritis sangat mustahak. Mungkin usrah akan berbentuk ilmu jika ahlinya terdiri daripada pencinta ilmu, atau boleh jadi juga sebaliknya. Usrah mungkin boleh jadi praktikal dan bersifat amali jika ahlinya terdiri daripada orang yang banyak bergerak daripada bercakap, namun boleh juga jadi sebaliknya sebagaimana di atas.

Usrah boleh dibuat dalam bentuk daurah yang leboh menitik-beratkan soal perbincangan. Alangkah baik sekiranya apa yang dibincangkan dimuatkan dalam satu kertas kerja idea lalu dibentangkan di peringkat yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya dijadikan sahaja bahan rujukan.

Usrah boleh dibuat dalam bentuk yang agak ‘memaksa’ dalam melatih ketekunan dan kekuatan ahli sekaligus menjadikan ahli sebagai nadi utama gerakan. Malah ia boleh juga dibuat dalam riadah, ziarah, dan sebagainya. Kita tidak boleh terlalu rigid dengan usrah sehingga kita menganggap usrah sebagai medan yang agak ‘ortodoks’ dan beku, sebaliknya usrah mesti digerakkan dalam bentuk fluidity yang mencair dan menyerap, bagaikan aliran air yang tidak mampu disekat oleh mana-mana batu.

Justeru, kemungkinan naqib akan membuat tayangan video, atau belanja makan malah ‘dibelanja’, bermain teka-teki, belajar bersama-sama, membuat operasi khusus Malam Merdeka atau Malam Tahun Baru, bermain carrom atau chess, belajar skill computer, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya. Semua ini anjal dilaksanakan dengan syarat unsur kefahaman dan kesedaran mesti diberikan secara implisit dan eksplisit.


TADRIJ

Unsur tadrij sangat penting dalam mana-mana tarbiah. Kita tidak boleh memetik buah sebelum masaknya, atau menggerakkan kereta di waktu pagi tanpa memanaskan enjin terlebih dahulu. Malah nabi SAW mengajar kita, untuk bertahajud sekalipun memerlukan kepada solat sunat dua rakaat yang ringkas.

Tadrij bermaksud beransur-ansur. Bermakna, dalam tarbiah memerlukan kepada pemeringkatan dalam memastikan ahli usrah akan melalui kesmeua pengalaman tarbiah dalam bentuk yang lebih membumi. Seseorang yang tidak melalui unsur tadrij akan mudah tenggelam dan lemas sekalipun pada awalnya mereka merupakan seorang yang sangat bersemangat.

Dalam tadrij, satu perkara yang boleh dikadikan peringatan ialah, jangan kita ingin melihat hasil sesuatu perkara dalam jangka terdekat kerana perjuangan memerlukan kepada jangka hayat yang panjang dan memerlukan nafas yang tidak semput.

PENUTUP

Terlalu banyak perkara yang ingin disentuh berkaitan dengan usrah. Perbincangannya terlalu panjang dan ia memelukan kepada syarahan lisan dan pembacaan yang meluas. Kita tidak boleh lagi terikat dengan pendekataan Al-Banna secara rigid tetapi mengadaptasikannya mengikut kesesuaian.