Pages

Sunday, January 31, 2010

Kenapa dengan KITA ?.

Maaf.. lama sangat tak berblog.Ada banyak sangat alasan nak bagi ni ;). Tapi itu cuma alasan jer kan. Apa pun terima kasih kepada pembaca setia. Sekarang ni sibuk pulak dengan Facebook. Saya mula menjawab persoalan-persoalan, pertanyaan-pertanyaan spontan dan sikit2 tazkirah ringkas di face book. Saya rasa lagi intraktif dan pantas dalam menyampaikan maklumat. tu yang kadang2 tak terlayan jugak blog ni ;)

Akhir-akhir ini budaya berpeluk dikalangan artis dah jadi macam perkara biasa. Dalam Filem tak payah ceritalah kompem berpeluk. Bila ditanya sebab apa ?. Dia akan kata pengarah yang suruh. Tetapi gejala ini diluar lakonan juga menjadi semakin parah dan menjadi-jadi.

Orang ramai bertanya, kenapa ustaz nak cakap tentang Artis. Dunia artis itu sendiri pun dah bercampur baur di antara haram dan halal. Bahkan boleh dibilang berapa yang halalnya. jadi... tak jadi isulah, kalau mereka nak peluk ker, cium ker, apa ker.

Yelah dari satu sudut betul tu. Tapi apa pendapat anda bila berlaku kebakaran dalam hutan?. Kenapa nak kena padam api tu ?. Bukankah kayu memang kawan karib api. Kadang2 Bomba kena siram pulak dekat pokok yang belum terbakar. Sebab apa yer ?. Haaa sebab nak selamatkan pokok yang belum terbakar. yang dah terbakar tu memang dah tak boleh buat apa dah. jadi kita kena siram jugak. Tapi bukan sebab nak gunakan kayu yang dah terbakar tu. Tapi sebab nak selamatkan kayu yang belum terbakar.

Saya menyarankan pihak2 yang berkuasa supaya memandang gejala ini sebagai suatu gejala yang perlu dibenteras. takkan masa diorang nak ambil hadiah tu tak ditaklimatkan dulu kena buat apa. Tak cakap ker. yang peluk tu tak payah buat.Bukan masalah mereka tu, Tapi kita nak selamatkan orang lain. Supaya tabiat buruk itu jangan menular dan menjadi tabiat dalam masyarakat.

Tuesday, January 19, 2010

Pengenalan Ilmu Tauhid

  • Definisi: Membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam
  • Berdasarkan sumber aqli dan naqli.
  • Mendedahkan kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.
  • Bidang perbahasan: Rukun Iman
  • Ilmu paling mulia kerana membahaskan sesuatu yang amat mulia – Allah.
  • Wajib fardu ain dipelajari untuk membina keteguhan hati.
  • Mempelajari penerangan lebih mendalam hukumnya fardu kifayah

Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam

  • Iman adalah asas amalan
  • Untuk mendapat ganjaran dalam kehidupan
  • Pintu Masuk Islam: Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Kepentingan Tauhid dalam Kehidupan Manusia

.

Jika tidak fahami Tauhid:

1. Jika tidak kenal Tuhan dan tujuan hidup, akan menyamai binatang malah lebih teruk

2. Terpedaya dengan dunia

3. Amalan manusia akan rosak

.

Kesan terhadap manusia

1. Mengetahui tujuan hidup

2. Hati manusia bersatu di bawah naungan Ilahi

3. Amalan akan menjadi baik dan soleh

Sunday, January 10, 2010

Pagi yang terang

Isnin tiba lagi dalam turutan hari-hari tang mendatang. Bagi sesetengah orang Isnin merupakan hari yang sangat dinanti-nanti. berbeza pula dengan sesetengah orang yang lain, yanng melihat Isnin sebagai hari yang paling membosankan. Bosan sebab apa sebab hari Isnin, kita kena pergi kerja, pergi sekolah, kena buka kedai, kena hadiri mesyuarat dan macam-macam lagi yang dikaitkan dengan hari ini.
.
Kalau hari ni ada yang bercadang nak pergi hospital, maka elakan hari Isnin kerana hari Isnin memang orang ramai. Nak ke pejabat POS pun orang ramai. Nak servis kereta pun orang ramai. Ke mana nak pergi Isnin ni ?. Mana-mana pun orang ramai. Kenapa yer ?.
.
Apa pun bukan niat saya nak membebel pasal hari Isnin. Apa pun Isnin itu akan datang. kalau panjang umur kita jumpa lagi Isnin hadapan. Harini nak kongsi satu perkara yag sangat menarik.
Ada kaitan dengan kuliyah saya malam tadi di Taman Senangin, Seremban, Negeri Sembilan. Ermm yang duduk dekat-dekat area tu bolehlah jumpa saya di sana. Ahad minggu keempat setiap bulan. Kita baca dua kitab. Fiqh Manhaji dan Tarikh Tasyri'. Bukan nak cerita yang tu.
.
Apa yang nak saya kongsikan adalah respon yang saya dapat bila mana saya cuba timbulkan Isu, belajar solat dan belajar meningkatkan kualiti solat. Ada beza tak ?. Pasti berbeza kan. Tapi apa bezanya ye. Bukan sekar berbeza dari sudut sebutan dan ejaan sahaja. Itu budak tadika pun tahu. Tapi kita nak tengok bezanya pada kita.
.
Bila agak-agaknya anda belajar solat ?. Ermm kebanyakan kita belajar solat waktu di darjah satu, dua atau tiga. Ada yang belajar masa masuk Tadika Islam ABIM. Tadika KEMAS tak tahu pulak saya, ada belajar solat ker tidak. Seingat saya selama dua tahun saya belajat tadika KEMAS makan je yang banyak. Heheheh. Mungkin ada yang belajar solat masa dia belajat kat PASTI. Atau mungkin Mak dan Ayah yang ajar seawal usia 7 tahun.
.
Selepas kita berjaya menghafal doa-doa dan bacaan-bacaan dalam solat tu, bila lagi kita belajar solat ?. Ermm tak ada kan ?. Sebab apa tak ada ?. Sebab kita dah hafal . Betul tak ?. Kenapa nak belajar lagi bila dah hafal ?. Hebat hebat.
.
Sebab tu ada di antara pelajar saya bila disuruh baca doa qunut, dia kata " Dulu ada hafal ni..Tapi dah lupa pulak ". Aik solat ni boleh main lupa-lupa ker ?. Sebab tu tuan-tuan, adik-adik, kakak-kakak yang saya sayangi. Bukan sekadar kita belajar solat, kita kena belajar juga nak tingkatkan kualiti solat. Ermm maksud tingkatkan kualiti tu apa yer ?. Ringkasnya saya katakan kita belajar untuk memperhalusi setiap gerakan-gerakan, bacaan-bacaan dan sebagainya. nak perhalusi macam mana ?. Haa maka kena cari Ustaz tolong tengokan bacaan kita, tengokan gerakan kita. Betul ker tak . Tepat ke tidak.
.
Ada tak kita buat macam tu ?. Mesti tak ada kan. Sebab kita selama ini cuma belajar solat tetapi belum belajar meningkatkan kualiti solat..
.
Ustaz Khir : Solat yang berkualiti menatijahkan modal Insan yang berkualiti ( macam slogan hari kualiti la pulak : ) )

Wednesday, January 6, 2010

Posting pertama tahun 2010/1431

Assalamualaikum..

Lama sangat dah tak menengok kat blog ni. Nak kata sibuk sangat tak jugak. Cuma kerja tu sentiasa ada. Patutlah Imam Hasan Al-Bana kata : الواجبات أكثر من الأوقات , kerja dan tanggungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada.

Tahun 2010 ni dimulakan dengan pelabagai isu dan perkara. nampaknya TV3 pun ada macam-macam yang baru. Yang paling saya berminat dan sempat menyaksikannya adalah soal jawab dan segmen Aduan Rakyat. Ermm dua2 program yang saya kira kalau dilakukan secara baik dan telus, kita boleh bagi satu seat Parlimen untuk TV3. Dan mungkin sahaja TV3, bahkan mana2 media pun lebih pantas untuk mencari masalah berbanding sesetengah wakil rakyat yang dilantik.

Itu satu hal. Yang paling memberi kesan terhadap semua saya kira adalah isu kalimah Allah. Masa nilah kita tengok orang UMNO pun bukan main kuat TAKBIRnya. Kalau tak tu, kat mana-mana pun sentiasa menghidupkan yang layu. Hidup...terus melayu. Maka layulah ia. hehehehe.

Saya kira, kerajaan bukan sekadar perlu membuat rayuan pada mahkamah tentang isu ini. Kerajaan perlu lebih progresif di dalam menjelaskan isu. Dalam kalimah Allah ini adakah isu utamanya kesalahan menggunakan kalimah Allah bagi bukan beragama Islam, atau hanya sekadar mengelakan kekeliruan masyarakat Islam tentang kalimah tu.

Mudahnya begini, saya nak tanya yang duk berdemo tulah. Mereka marah tu sebab apa agaknya ? Ke sebab orang lain berdemo dia pun bukan main kuat demo dan takbirnya. Ermm faham ker tak tu ?. Yang kamu tu nak tuntut apa tu ?. Saya bukan memperlekehkan usaha mereka. Ye butul semangat perlu ditunjukan. Maklumlah dia tu ketua pemuda kan kan kan. Tapi demo tu nak minta apa ?. Nak pertahan apa ?. Ok, dia pun akan kata kita mempertahankan kalimah Allah itu digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Bagus bagus bagus tu. Tapi masa sambutan tahun baru hari tu, kenapa tak ada seorang pun ketua pemuda yang berdemo dan hantar memo dekat TYT ker, Agong ker, PM ker ?. Tak dengar pulak .

Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tanya macamtu kan ?. Haa kan malam sambutan Tahun baru tu, bukan setakat salah guna kalimah Allah tu, tapi dengan berani-beraninya mempersendakan Allah, dengan melanggar larangan Allah. Bila kita langgar larangan Allah, kita ni ikut Allah ker, kita lawan Allah. Kalau dah lawan Allah salah ker tak ?. Kenapa tak demo. Dia pun kata perhimpunan 2010 tu tak salah . Abis yang penguat kuasa tangkap duduk menggesel-gesel tu apa ?. Yang bercampur-campur lelaki perempuan tu apa, yang bersidai-sidai tu apa?. Tak salah ker tu. Itu menjunjung kalimah Allah. Atau menghina kalimah Allah. Kita sebenarnya nak letakan Allah paling tinggi ker apa ?. Cuba jawab sikit...

Cuba tengok ni pulak betul2...Kat Seremban ada seorang budak umur 12 tahun dari lubuk cina kena tangkap sebab naik motor tak ada lesen. jauh tu lebih kurang 50KM. Jalan malam2 pulak tu.

Nak pergi mana ?.
Pergi Seremban.

Cari apa ?.
Nak sambut tahun baru .

Sambut dengan apa ?.
Baca Yasin ker ?.
Solat Hajat ker ?.
Ceramah Agama ker ?.

Ke apa sebab budak tadi berani berjalan sejauh itu?.
Mesti nak cari hiburan kan ?.
Hiburan tu Allah suka ker ?
Allah redha ker ?. Allah benar kan ker ?.

Tolong bagitahu saya yang kurang arif ni...

Jadinya kita sebenarnya menjunjung kalimah Allah itu ke tidak. Kalau kita sendiri dah hina kalimah Allah tu, maka pasti orang2 bukan beragama Islam lebih berani nak buat apa ajer.

Saya gunakan analogi yang sama juga dalam isu yang kedua. Isu vivapalastina. Kita bukan main marah dengan Yahudi, dengan Mesir, dengan Zionis dengan sapa-sapa ajer dengan kurang ajar menghinakan Masjidil Aqsa. Ada yang berdemo sampai hilang suara dia. Sebab punya sayang dia dengan masjidil Aqsa. Fuhhh bagus semangat tu. Ada semangat cintakan Islam. Tapi malangnya masjid kampung dia sunyi, dia tak rasa apa-apa. Masjid taman dia pun, dia tak pernah jejak. Kita sibuk mempertahankan masjid yang jauh tapi yang dekat dengan kita terabai. Jangan jadi macam ayam jantan Kokoknya kuat, ekor berlumuran tahi.

Saya ni sebut pun, untuk diri saya. Mudah-mudahan dengan kedatangan 2010 dan 1431 ni, kita lebih faham mana yang lebih utama. Simbol ke penghayatan.. Kita sibuk mempertahankan simbol, tetapi penghayatan sudah lama terabai..
Perkataan Allah itu wajib kita pertahankan. Tetapi mengenal Allah itu lebih utama dari kalimahnya. Takut Allah itu lebih utama. Menurut perintah Allah itu lebih utama.
Al-Quran itu wajib kita menjaga dan memeliharanya. Tetapi membacanya lebih utama dari sekdar dijaga. Beramal dengannya lebih utama dari menjaganya.
Mempertahankan Masjidil Aqsa itu wajib. tetapi mendirikan masjid di dalamnya adalah lebih utama. Buat apa masjid yang cantik tetapi hanya sekadar perhiasan.


Jumpa lagi.

Ustaz Khir : sekarang sibuk pulak ber Facebook. jangan lupa add saya yer..