Pages

Sunday, October 24, 2010


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْظُرُونَ إِلاَّ فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوِ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ ». قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
.
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : “Bersegeralah melakukan amal kebajikan sebelum tibanya tujuh perkara. Adakah kamu ingin menunggu sehingga menjadi fakir yang melupakan, atau kaya yang melampau, atau sakit yang membinasakan, atau tua yang menguzurkan, atau mati yang datang mendadak, atau menanti kedatangan Dajjal, kedatangan yang dahsyat dinanti, atau kiamat, saat yang memeritkan dan memahitkan. Hadith ini Hasan Gharib.
.
Bersegera melakukan kebajikan.
.
1. Laksanakan kebajikan walaupun sekecilmana. Jangan meremehkan kebajikan dan kebaikan walaupun ia kecil.
.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِىَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
.
Daripada Abdullah bin Shomit daripada Abu Dzar katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : “Janganlah meremehkan kebajikan sedikit pun, walaupun dengan hanya senyum kepada saudaramu”
.
7 Penghalang kebajikan.
.
1. Kefakiran.
.
عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « كاد الفقر أن يكون كفرا ، وكاد الحسد أن يغلب القدر
Daripada Anas bin Malik R.A : Nabi S.A.W bersabda : “Kefakiran itu hampir menjerumuskan ke arah kekufuran, dan hasad dengki itu hampir-hampir mendahului ketentutan”
.

2. Kekayaan.
.
عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا ، وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
.
Maksudnya : Dari ‘Atho’ katanya : Aku mendengar Ibnu Abbas berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Seandainya ada bagi seorang manusia itu dua lembah harta, maka dia akan bercita-cita untuk yang ketiga. Dan tidaklah perutnya dipenuhkan melainkan dengan tanah. Allah mengampunkan orang yang bertaubat”
.
3 & 4. Sakit dan umur yang lanjut.
.
Dengan datangnya sakit dan usia yang lanjut, segala kekuatan menjadi lemah. Tenaga dan kudrat semakin berkurang. Pandangan mata semakin kabur. Dalam keadaan ini tiada daya melakukan kebajikan melainkan angan-angan.
.
5. Mati
.
Kematian adalah pengakhiran amalan hidup manusia. Firman Allah s.w.t :
.
وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
.
Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
.
6 & 7. Dajjal dan hari kiamat
.
Doa Nabi S.A.W memohon dari dilindungi dari fitnah Dajjal :
.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَدْعُو « اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Wednesday, October 6, 2010

Remeh 2

Susah juga nak kikis benda2 remeh ni. Ingat tak dulu, ada lagu popular yang tajuknya yang remeh dan yang temeh. Sapa ye penyanyinya. Lupa pulak. dah. Selalu lagu tu dulu keluar dicorong-corong radio. Dengar jugak lah. masa tu mana ada radio IKIM.fm pilihan utama. Jadi dengar jerlah yang ada tu. Berbalik kepada hadith yang kita bincangkan semalam-semalam tu
من حسن إسلام المرء ترك ما لا يعنيه
Maksudnya : "Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang itu, ia meningalkan apa yang tidak penting baginya"
.
Maka kita kena fahamlah nak asing-asingkan di antara apa yang penting dan apa yang tak penting. Apa yang utama dan apa yang tak utama. Saya pernah orang bertanya. Dia kata : " Ustaz tahu tak kenapa huruf ba dalam bismillah pada permulaan Al-Quran tu panjang huruf ba-nya". Cuba anda tengok. kan panjang sikit tu. Kenapa ye panjang. Saya pun jawablah dia panjang sebab tu khat dia. Tulisan dia. Tak kisahlah panjang ke pendek. Kalau khatnya lain, lainlah bentuknnya. Orang yang bertanya tadi nampak macam tak puas hati. Dia kata ; "salah tu Ustaz. Ustaz kena banyak belajar lagi tu ". Dia kata dalam huruf ba tu ada menyimpan seribu satu rahsi. Rahsia hidup dan alam. Takkan Allah sengaja panjangkan kalau tak ada makna. Dia ada makna yang tersembnyi sukar dihurai dan tidak terungkap. perghhh, dasyat giler! (kata budak2 sekaranglah). saya pun hampir2 begong juga jadinya. Penting ke nak tahu tu. Apa faedah pun kalau kita mengetahui kenapa alif itu tegak, ba itu melintang dan tha itu bertitik tiga. Macamna kalau tha itu bertitik empat. Apa akan jadi kalau dia bertitik lima. Sampai bila nak bincang.
.
Hehehehe itulah yang berlaku bila kita asyik nak fikir yang remeh dan yang temeh. Tengok pulak bagaimana pandangan Al-Quran tentang benda-benda remeh ni. Firman Allah S.W.T :
.
سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْما ًبِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاء ظَاهِراًوَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَداً
.
(sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, Yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, Yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba Dalam gelap akan sesuatu Yang tidak diketahui; dan setengahnya Yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan Yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada Yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". oleh itu, janganlah Engkau berbahas Dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan Dengan bahasan (secara sederhana) Yang nyata (keterangannya di Dalam Al-Quran), dan janganlah Engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). ( kahfi :22 )
.
yang penting kita nak tahu cerita Ashabul kahfi tu dan pengajarannya. manakala bilangannya, umur mereka, nama mereka tu dah tak jadi penting. Sebab yang penting pengajaran dari kisahnya. Sama macam Masyitah bagi anak Firaun. Siapakah namanya yang sebenar. tak ramai Ulamak bincang. bahkan kita pun gelar dia masyitah. Dan ada juga orang kita bagi nama anak dengan nama masyitah. Bahkan Masyitah itu bukan nama dia. Siapa nama dia. Dah jadi tak penting. Sebab yang lebih penting apa yang dia buat. Maka ini neraca Al-Quran bagaimana untuk kita berhadapan dengan perkara yang remeh.
.
Semakin bertambah menarik ni. Tunggu untuk REMEH 3

Tuesday, October 5, 2010

REMEH

Lama..lama dan sangat lama tak mencatat di sini. Sibuk ?. Tak jugak. Ke tak de idea ?. Pun tak jugak. Alhamdulillah banyak sangat idea yang dianugerahkan Allah. Banyak sangat benda yang nak dibincangkan. Ermm mungkin kadang-kadang kemalasan yang membelenggu diri. Ditambah pulak dengan kerja-kerja remeh temeh yang sentiasa mengekang ;) .


Ermm sebut pasal remeh temeh ni. setiap orang pasti akan berhadapan dengan remeh temeh setiap hari. Bahkan setiap saat. Walaupun ia remeh dan temeh kadang-kadang ia boleh jadi besar. Macam tengok anai-anai lah. Kita tengok dia kecik jer. Comel. Siapa sangka makhluk Allah sekecil dan seremeh itu boleh meruntuhkan bangunan. Tapi memang berlaku.



Tetapi membesar-besarkan benda yang remeh pun jadi masalah jugak. Saya pernah dengar ada orang bercerai hanya kerana berebut remote control Tv. Tak percaya ?. Ermm saya bila dengar macam tak percaya. Tapi dengarnya cerita tu cerita betul. Cerita yang betul ni walaupun macam tak logik maka ia berlakulah. Sebab ia betul. kalau tak betul pun tak mustahil berlaku sebab bilamana benda-benda remeh diperbesarkan maka tak mustahil pun berlaku.


Mungkin anda pun pernah duduk dalam perkara remeh. pernah tak kita bermesyuarat selama berjam-jam lamanya. Tapi akhir2 tak ada keputusan jugak. Sebab apa sebab suka bincang benda remeh. Bayangkan ada suatu mesyuarat itu, ahli-ahlinya bertegang urat berjam lamanya. Bincang apa ?. Mereka cuma bincang nak letak makanan dalam polisterin ke nak letak dalam pinggan. Tak caya ?. Ermm kebetulan mesyuarat tu saya ada dalamnya. ermm remeh remeh ;).


Dalam berhadapan dengan perkara-perkara ini mari kita tengok bagaimana Al-Quran dan hadith mengnajar kita berinteraksi dengan makhluk yang namanya siremeh ini :


من حسن إسلام المرء ترك ما لا يعنيه


Maksudnya : "Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang itu, ia meningalkan apa yang tidak penting baginya"




Maksudnya tiggalkan benda-benda remeh. jangan terlalu banyak memikirkan benda remeh. Tetapi tak pula sampai mengabaikan langsung. Tapi pasti ada yang bertanya. Mana kita nak tahu benda tu remeh ke tak. betul gak tu. Kalau kita tak tahu benda tu remeh. macamna kita nak tinggalkan. ini masalah ni.

Sebab tu dalam Islam ada suatu Ilmu yang namanya Maqasid Syar'iyah. tujuan untuk kita mengutamakan yang utama. Bila mana dah tahu mana yang utama dan perlu mengutamakan yang utama maka yang tak utama tulah namanya remeh.

kerja untuk Islam dan kerja untuk diri sendiri. sudah pasti kerja untuk Islam duduk no 1. Jadi kerja untuk diri jatuh no 2. tetapi berapa ramai yang gagal menutamakan yang utama lantas mengutamakan yang remeh.

Wah semakin menarik ni.. Jadi kena berhentilah ni. Jumpa lagi siri akan datang REMEH 2 ;)