Pages

Sunday, August 23, 2009

RAHSIA PUASA DI DALAM صوم

Dah masuk hari ketiga ni. Macamna puasa anda semua ada ok ?. Mintak2 dan harap2 Ok. Seronok masa puasa2 ni tengok cite Upin dan Ipin kat Tv 9, sementara tunggu2 berbuka tu kan. tulah kadang2 tengok citer katun lagi bermanfaat dari tengok citer2 Melayu yang mengarut-mengarut tu :).
Hari ni nak cerita Pasal Puasa. Puasa dalam bahasa Arab صوم . Haa jadi Rahsia puasa pun ada dalam صوم tu.
ص
ص ni stand for Sabar. Puasa ni kena banyak2 sabar. Tengok makanan yang sedap2 pun sabar. Sabar ni kedudukannya tinggi di sisi Allah. Banyak sangat ayat berkaitan dengan sabar. Antaranya firman Allah وبشِّرِ الصَّابِرِين، Berbahagialah orang-orang yang bersabar. Dalam bulan Ramadhan ni ada macam2 keistimewaan. Ramadhan tu ada kelebihan sendiri. Puasa pun ada kelebihan sendiri. Kelebihan ramadhan + Kelebihan Puasa = Super Hebat. hehehehe. Sebab tu bulan ramadhan ni bulan hebat. Antara kehebatannya adalah Sabar. Sabar ni adalah sifat yang super hebat!. Sebab tu dalam Kitab nasihat-nasihat agama (النصائح الدينية ) ada disebutkan suatu hadith yang yang menyatakan الإيمان شطران iman itu ada dua bahagian, pertama Sabar kedua Syukur. Haa kan tinggi sabar tu sampai dikatakan ia menyerupai sebahagian Iman. Sabar dalam puasa ni ada banyak .
  1. Dengan Puasa kita sabar dalam melaksanakan Ibadat. tengah-tengah hari waktu kita lapar tahap maksima tu. Kita sabar jer. Sabar jerlah nak buat macamna. kalau mengeluh kurang pahala tau.
  2. Puasa juga mengajar kita sabar di dalam meninggalkan dosa. Melihat kenikmatan dosa kena sabarlah. Sebab sabar dapat menahan diri kita dari melakukannya. Dalam bulan puasa ni bukan sekdar benda2 haram jer kena tinggalkan, benda2 yang dihalalkan pun kena tinggalkan. makan tu hukumnya harus. Tapi dalam bulan ramadhan tengahari mana boleh makan. Bersama suami dan isteri tu hukumnya halal. Tapi tengah-tengah hari mana boleh ehem ehem.. Jadi yang baru-baru kahwin tu Ustaz nasihatkan banyak2 sabar ye.

و

Manakala و pulak stand for wara'. Yang membezakan puasa golongan khusus dengan puasa kanak-kanak adalah dengan adanya sifat wara'. Seperti sifat sabar, wara' juga adalah rahsia untuk mendapatkan puasa super hebat. Apa ye wara' ni ?. Banyak takrifan ulama' tentang wara' saya cenderung untuk mengambil ta'rifan meninggalkan benda2 syubhah dan perkara-perkara harus yang berlebihan. Sebagai contoh. ermm tidur tu haruskan..tapi janganlah tidur yang berlebihan. Dia cuma banngun bila solat jer. yang lain tidur. Pun tak dibolehkan jugak tu. Memanglah puasa dia sah tapi kurang lah pahala. Jadi penting untuk ada sifat wara' ni. Wara' juga perhiasan ulamak-ulamak. ia umpama selendang indah yang tersimpuh di bahu mereka. Dalam membeli-belah ketika ramadhan ni pun, samada untuk juadah berbuka atau untuk persediaan raya, utamakan sifat wara'. Jangan diikutkan nafsu kita, habis pahala sepanjang ramadhan. Utamakan WARA' di dalam setiap pilihan.

م

Untuk م stand for Muhsinin (محسنين ) . bagi memastikan puasa kita puasa yang hebat, kenalah bersifat dengan sifat golongan Muhsinin. Ikhlas, jujur, taqwa dan ihsan menjadi garis panduan kehidupan. Muhsinin ni adalah pakej lengkap akhlak mulia. Orang muhsin adalah orang yang baik. Muhsinin adalah orang yang jujur, muhsinin adalah orang yang pemurah. Muhsinin adalah mereka yang bertaqwa. Muhsinin adalah mereka yang sentiasa bertaubat.

.

Dengan adanya gabungan ص و م maka jadilah orang yang disebutkan oleh Allah iaitu golongan Muttaqin. Ermm pening pulak..kejap mihsinin kejap Muttaqin. Muttaqin tu apa pula ?.

.

Haa nak faham mudahnya begini. Kita andaikan Ramadhan tu kilang. Kilang yang memperoses bahan-bahan mentah kemudian keluarlah produk. kilang Ramadhan memperoses bahan-bahan mentah yanng kita ada. Kalau bahan-bahan mentah kita itu adalah sabar, Wara' dan Muhsinin maka produknya adalah Muttaqin. jeng jeng jeng renung-renungkan pulak apa bahan mentah kita, kalau bahan mentah yang kita ada sepanjang dalam kilang Ramadhan itu Tidur, ngantuk, lapar dan dahaga aje maka kita akan dapat produk Mukhsirin ( orang-orang yang rugi ). takkan kita akan dapat produk yang sama kalau bahan mentah berbeza. Kalau yang kita bancuh tu ikut acuan kodok mesti keluar kodok takkan keluar kuih Keria pulak kan ?.

.

Tapi yang ramainya kita ni kan, bancuh ikut bancuhan kodok tapi ada hati nak makan kek. Pelik pelik pelik dan memang pelik. Kalau Tak sabar, tak wara' dan Tak ada sifat2 Muhsinin boleh ke nak jadi Muttaqin ( orang yang bertaqwa ) ?.

RAHSIA PUASA DI DALAM صوم

Dah masuk hari ketiga ni. Macamna puasa anda semua ada ok ?. Mintak2 dan harap2 Ok.

Thursday, August 13, 2009

Salam Jumaat

Apa khabar semua pembaca setia blog saya dan semua yang datang menziarah. Lama sangat dah tak ber-update blog ni. Dalam seminggu ni kesihatan tak menentu. Mudah-mudahan Allah berikan kesembuhannya. اللهم أنت الّشافي لا شفاء إلا شفائك. Ditambah lagi dengan keadaan yang tak menentu sekarang. Nyata Allah sedang berbicara dengan kita tentang sesuatu. Tentang apa agaknya ?. benarkah manusia semakin jauh dari Allah. Betul kah kita semakin gagal memahami diri kita ?. Sama-sama lah kita renungkan. Teruskan berdoa dan teruskan thabat di atas jalan agama dan perjuangan agamanya.

Saudara-saudara sekalian. dalam hidup ini kita terpaksa melalui macam-macam keadaan dan suasana kan. Adakalanya kita bergembira dan adakalanya kita bersedih. Dalam apa keadaan pun ucapkan الحمدلله . teringat saya kisah dogeng yang sentiasa saya sebut di dalam ceramah-ceramah saya. Kisah seorang Raja dan Khadamnya. Raja ni seorang raja yang sangat suka berburu. Tetapi biasanya bila dia pergi memburu dia akan membawa bersama-sama dengannya Khadamnya yang seorang tu. Khadan ni ada suatu sifat yang sangat terpuji yang disukai oleh Raja berkenaan, menyebabkan dia menjadi Khadam kesayangan Raja.

Pada suatu hari, Raja mengajak si Khadam pergi berburu. Mereka pun mula meredah hutan belantara. Semakin jauh berjalan mereka semakin keletihan, dalam keadaan itu Khadam tetap mengungkapkan الحمد لله - الحمد لله - الحمد لله . Dah jauh berjalan mesti penat gila kan. yang si Khadam masih menyebut الحمد لله sangat ajaib. Kita ni kadang2 dah penat kita dah tak ingat dah. Kalau lapar sangat kita pun bedal semacam jer. Kalau ngantuk sangat kita pun baring jer. teruskan cerita tadi lagi. Maka setelah penat berjalan akhirnya melintaslah seekor rusa di hadapan mereka, maka sekali lagi si Khadam mengungkapkan الحمد لله . Raja bersedia dengan busur dan anak panahnya mengarah kepada rusa tersebut. Zassss kelajuan anak panah tadi menusuk ke dalam jantung si rusa menyebabkan ia tidak mampu bergerak. Mereka pun dengan pantas menerpa ke arah si rusa. Sambil lidah si Khadam mengungkapkan الحمد لله - الحمد لله . Raja dengan pantas mencabut pedang dari sisinya untuk menyembelih si rusa. Dengan ketentuan Allah Si Raja terpotong jari kelingkingnya. Apa agak-agak yang dikatakan oleh si khadam tatkala melihat jari kelingking Raja terpotong ? . Haa pastinya dia mngatakan الحمد لله سيكون خيرا إنشاء الله . Katanya : " Insya Allah akan ada kebaikan padanya ". Si Raja lantas memandang kepada Khadamnya dengan penuh kebengisan. " Wahai Khadam..kamu mengatakan Al-Hamdulillah kepada jari beta yang terpotong ???. Akhirnya si Khadam dipenjarakan. Kesian kan. tetapi khdam tetap mengucapkan Al-Hamdulillah. Nak tahu cerita selanjutnya. nanti saya sambung yer. Ada keje nak buat ni. Hehehehe

Wednesday, August 5, 2009

KULIYAH HARI NI CERITA PUASALAH PULAK..

Sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan ramadhan al-mubarak. Bulan yang terkandung di dalamnya kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Bulan ramadhan adalah bulan ke -9 di dalam kalender hijrah. Ramadhan berasal dari perkataan رمضا ء/ رمض yang bermaksud “terik matahari” . Manakala رمضت الغنم ertinya sekawan kambing yang sedang mencari makanan di padang rumput dan pada masa itu matahari panas terik sehingga mencerderakan kambing tersebut. Menurut Imam Az-Zamakhsyari “Ketika masyarakat arab menamakan sesuatu bulan, maka mereka menamakan sesuatu bulan ini bersesuaian dengan situasi bulan tersebut”. Bulan ramadhan adalah bulan kepanasan matahari berada di tahap yang sangat tinggi. Oleh kerana itu ia dinamakan dengan Ramadhan. Puasa dalam bahasa Arab الصوم . menurut Kamus Lisanul Arab ia bermaksud الإمساك عن الفعل . Iaitu menahan diri daripada melakukan seseuatu seperti makan, minum, dan lain-lain. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran yang mengisahkan Mariam Alaiha As- Salam :

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. jika kamu melihat seorang manusia, Maka Katakanlah: "Sesungguhnya Aku Telah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha pemurah, Maka Aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".

Sementara pengertian puasa dari istilah syara’ seperti yang disebut di dalam kitab Manhaj Fiqh As-Syafi’e terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Jilid ke-2 : Menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat . Firman Allah s.w.t :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَعَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa .
( Al-Baqarah : 183 )

Kewajipan berpuasa di dalam ayat tersebut datang dengan lafaz كتب yang bermaksud فرض iaitu diwajibkan . Kewajipan berpuasa merupakan suatu kewajipan yang pasti yang datang dari dalil yang jelas. Ia juga disokong oleh dalil-dalil yang lain.
Pengertian Taqwa لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Menurut Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah taqwa ialah :

i. Takut kepada Allah
ii. Beramal dengan al-Quran
iii. Redha dengan yang sedikit
iv. Bersedia untuk hari kemudian


Bentuk-bentuk Taqwa

1. Takut dan gentar kepada Allah :

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).
( Al-Hajj : 1)

2. Berwaspada dan takut terhadap peringatan Allah berkenaan pembalasan dan azab neraka-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. :

"Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku".
(An-Nahl : 2 )

3. Menghindari maksiat , dosa-dosa dan menyanggah hukum-hukum syarak yang suci . Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya[ * ], akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
(Al-Baqarah : 189 )

[ * ] pada masa jahiliyah, orang-orang yang berihram di waktu haji, mereka memasuki rumah dari belakang bukan dari depan. hal Ini ditanyakan pula oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w., Maka diturunkanlah ayat ini.

4. Kewajipan mentauhidkan Allah dan bersyahadah . Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar .
( Al-Ahzab : 70 )

5. Menuntut keikhlasan dan keyakinan

Demikianlah (perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah[ * ], Maka Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
( Al-Hajj : 32 )

[ * ] Syaa'ir Allah ialah: segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadat haji dan tempat-tempat mengerjakannya.

Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka Itulah orang-orang yang Telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Al-Hujjurat : 3 )

6. Kewajipan taat dan mengabdikan diri hanya kepada Allah . Firman Allah s.w.t. :


Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk-Nya-lah ketaatan itu selama-lamanya. Maka Mengapa kamu bertakwa kepada selain Allah?.
( Al-Nahl : 52 )



NATIJAH TAQWA

1. Mendapat kemuliaan daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :

(yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
( Yunus : 63-64 )

2. Memperolehi bantuan dan pertolongan Allah .

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.
(An-Nahl : 128 )

3. Mendapat kurniaan ilmu ladunni dan hikmah daripada Allah . Firman Allah s.w.t :


Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan[*]. dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar.
(Al-Anfal : 29 )

[ * ] artinya: petunjuk yang dapat membedakan antara yang Haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan.


4. Diampunkan dosa-dosa


Maka makanlah dari sebagian rampasan perang yang Telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-ANfal : 69 )

5. Dipermudahkan segala urusan :


barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Ay-Thalaq : 2-3 )


Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya .
(At-Thalaq : 4 )


Doa memohon ketaqwaan .

Menurut Abu Hurairah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hateem “ Aku
mendengar nabi membaca :
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
(As-Syam : 8 )

Kemudian baginda membaca :

اَلَّلهُمَّ آتِ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَ مَوْلاَهَا

Ya Allah berikan diri ini ketaqwaannya, dan bersihkan ia sesungguhnya engkau yang mampu membersihkannya, engkau lah yang memelihara dan menjaganya .


Tuesday, August 4, 2009

Membentuk manusia yang bertamadun..

Tamadun .. Apa ye tamadun ?. Anda pernah dengar apa itu tamadun ?. Kita ni masuk dalam kategori mereka yang bertamadun ke?. macam-macam persoalan berlegar dibanak saya waktu membaca buku "Anugerah Islam untuk ketamadunan" karangan Dr Muhammad 'Imarah. Buku yang sangat menarik untuk kita kongsi bersama. Buku ni ada jual dipasaran dengan terjemahan Dr. Muhammad Nur Manuty. Menarik dan sangat mendatangkan kesan. Kebetulan buku ini saya perolehi waktu menyampaikan ceramah di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Saya memetik komen Dr Muhammad Nur Manuty, beliau menyebutkan : " Karya Muhammad "imarah adalah sesuai untuk semua peringkat masyarakat. buku ini tidak sahaja sarat dengan idea-idea konvensional tentang tamadun, tetapi ia juga mengemukakan idea-idea ijtihadiyy tentang kaedah-kaedah yang praktis bagi membina semula tamadun Islam yang lebih bermakna pada masa hadapan. Sesunguhnya kelahiran buku ini dapat menyumbang ke arah pengukuhan faham Islam sebagai addin al-hadari serta komprehensif" .


Wah.. pening kalian baca ye. Sekali-sekala cerita dalam laras akademik pulak hehehe.


bila kita bandingkan pendapat sarjana-sarjana barat dan Islam tentang ketamadunan kita sendiri pasti akan melihat bahawa mereka mengakui tamadun Islam hanya akan wujud bila masyarakat semakin hampir dengan Islam. Berbeza dengan tamadun barat, mereka menganggap bahawa tamadun itu bermula apabila agama terpisah dengan kemajuan. Berbeza kan ?. Sebagai bukti Profesor Richard E. Sullivan menekankan peranan agama dalam pembentukan tamadun Islam. tegasnya lagi, tamadun Islam adalah hasil dari agama itu sendiri.


Maka kita hanya akan dikira bertamadun apabila kita dekat dengan Islam. Sebab Islam tidak hanya melihat kepada luaran dan mengabaikan spritual manusia. Kalau kita hanya melihat ketamadunan itu dari luaran sahaja maka seolah-olah kita mengenepikan peranan agama di dalam pembentukan manusia. Ye tak ?. Ketika itu manusia tidak ada beza dengan binatang kan. Bahkan binatang lagi hebat dari manusia. Cuma bandingkan kita dengan gajah. Dari sudut fizikal gajah lagi kuat adakah gajah lagi bertamadun dari kita ?. Bandingkan pula manusia dengan labah-labah. Labah-labah mampu membina rumahnya hanya menggunakan air liur tanpa bantuan mana-mana arkitek bertauliyah. JKR pun tak pernah tengok sarang labah2 ni sesuai ke tak untuk kediaman. Canggih tak labah-labah ?. Mestilah canggih kan ?. Boleh ker kita katakan Labah2 lagi bertamadun dari kita ?. Kita pun tak mampu buat macam labah2 kan. dengan pelbagai agensi pantau pembinaan bangunan kita. Tapi baru setahun pakai dah runtuh ..


Maka sebab itu Tamadun Islam bukan dinilai melalui bangunan-bangunan yang hebat-hebat tu, tetapi manusia akan bertamadun bila dia semakin hampir dengan Allah.


Ustaz Khir : Kita ni bertamadun tak ?