Pages

Wednesday, July 15, 2009

KULIYAH SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

Kita masih lagi membincangkan keadaan dan suasana masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi S.A.W. Kalau kita imbas belakang sedikit dari yang kita ceritakan minggu lalu. Ketika zaman Nabi Ismail, kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Tetapi setelah sekian lama, mereka mula lupa dan menjauhkan diri mereka dari agama. Sebut tentang lupa ni.. saya pun ada buat suatu penelitian yanng sangat menarik tentang lupa. Insya Allah ada masa kita ceritakan. saya juga cuba mengupas, betul ke makan kepala ikan jadi lupa ?. Betul ker kalau baca batu Nisan boleh jadi lupa ?. Lupa ni sebenarnya apa yer ?. Penyakit ke tabita yanng boleh diubah. Insya Allah kitabincangkan pada masa2 yang akan datang.
.
.
Seperti saya sebutkan pada minggu yang lalu keadaan agama dan pegangan masyarakat Arab mula berubah pada zaman Amru bin Luhay. Siapakah dia Amru bin Luhay ni ?. Beliau merupakan salah seorang pemimpin masayarakat arab dari suku atau kaum Khuza'ah. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat lemah lembut, bersopan santu, tutur katanya lembut. Kerana keelokan sikapnya itu masyarakat arab Makkah ketika itu memandanngnya denngan penuh penghormatan. Ala kalau zaman2 kita2 yang jahil kita mungkin anggap dia ni macam tok lebai lah tak pun tok wali. memang kalau kita baca sejarahnya pun dia seorang yang kuat beribdah. Tetapi rupanya Syaitan itu lagi bijak dan cerdik dengan tipu muslihat.
.
.
Pada satu ketika Amru bin Luhay bertolak ke Syam untuk berziarah. Dan dia sangat terkejut melihat ramai masyarakat di Syam menyembah berhala. Maka Syaitan pun datang Jeng jeng jeng.. Datanglah idea kepada Amru bin Luhay untuk membawa satu berhala itu balik ke Makkah. Kerana pada tanggapannya, mungkin ini adalah amalan Nabi2 terdahulu yang telah terhakis di Makkah. Ye lah maklum saja, Syam adalah tempat kebanyakan Nabi2 berada di sana. Maka dia pun beranggapan bahawa itu adalah suatu amalan yang sangat mulia.
.
.
Maka apabila dia balik ke Makkah, dia pun membawa berhala pertama ke tanah suci Makkah. Berhala tersubut dinamakan sebagai Hubal. Haa fakta ni kena ingat tau. Berhala yang pertama di Makkah adalah Hubal tau. Maka apabila dia balik ke Makkah dia pun mula mengajak penduduk Makkah supaya menyembah berhala. Dia pun mengajar masyarakat Makkah supaya menjadikan berhala sebagai perantara Tuhan di muka bumi. Sejak dari itu berkembanglah aktiviti penyembahan berhala di Makkah. Dicipta pula behala2 yang sangat besar. Tak tahulah pulak besar mana. Sama ke tak dengan apa yang ada kat Batu Cave tu. Itu pun tak tahu. Hehehehe. Antara berhala-berhala besar di Makkah adalah Mannah diletakan di persisiran laut Merah, Al-latta diletakan di Thaif, dan Al-Uzza di lembah Nakhlah.
.
.
Apabila aktiviti penyembahan berhala semakin menjadi-jadi Syaitan mula menunjukan kuasanya. Amru bin Luhay dengan izin Allah dapat berkomunikasi dengan Jin. maka di arahkan Jin-jin itu supa mencari berhala-berhala yang pernah ada pada zaman Nabi Nuh dan telah tenggelam kerana banjir besar. Maka jin-jin tadi pun mengeluarkan berhala-berhala tersebut, di antaranya berhala Waad, Suwaa, yaghuth dan Nasr yang mana dikatakan kesemuanya ini tertanam di Jeddah. Kemudian berhala-berhala yang dikeluarkan ini di letakkan di suatu tempat yang namanya Thihamah. Mesti pembaca2 pening nak bayangkan tempat2 dalam kuliyah kita hari ni kan ?. hehehehe namanya pun belajar sejarah kan ?.
.
.
Antara undang2 yang mereka buat atau kita nak sebut macam syariat mereka di dalam beribadah :
.
  1. Merek menyerahkan korban mereka kepada berhala
  2. Mereka mengkhususkan sesuatu makanan kepada berhala
  3. Bernazar terhadap tanaman dan ternakan

Dan macam2lagilah. Nak sebut pun tak ingat dah, sebab banyak sanngat yang mereka buat untuk berhala mereka ni.

.

Bermula dari sinilah penyembahan berhala mula mereka ke seantero persada. Sebab diantara usaha gigih Amru bin Luhay, dia akan mengedarkan berhala-berhala tersebut kepada setiap pengunjung yang datang. Maka bayangkan setiap pengunjung yang menunaikan haji akan balik bersama-sama berhala dan semakin bertebaranlah gejala ini di atas muka bumi. Mmmm kesian Amru bin Luhay ni. Sebab ajarannya menyebabkan dosanya sentiasa berpanjangan...

.

Ok. Bersambung lagi di minggu hadapan..

Tuesday, July 14, 2009

JOM REFRESH IMAN..

Masuk je bulan rejab maka dimana-mana tempat pun akan cerita tentang Israk dan Mikraj Nabi S.A.W. Menarik kan ?. Sentiasa saya ulang2 ini adalah kesempatan untuk kita berubah. Peristiwa yang berlaku kepada baginda S.A.W. adalah momentum baru untuk kita terus maju dan mara ke hadapan.

Bagi mengenang di antara peristiwa yang sangat hebat yang berlaku kepada baginda S.A.W. berbanding dengan peristiwa2 yang lain, Israk Mikraj mempunyai jutaan makna dan maksud tersirat yang tidak akan selesai kita ulang-ulang dan ungkapkan di dalam pelbagai majlis. Sebab itu bila kita semakin mengkaji peritiwa ini kita sentiasa mendapat perkara yang baru. Semakin kita menghayati dan menelitinya kita akan menemui perkara yang baru. Itulah namanya mukjizat.

Cerita pasal mukjizat ni teringat kepada ceramah Sidi Abdul Rasyid. Bagaimana beliau mengupas kehebatan mukjizat Nabi. Jom kita refresh iman kita. Tengok perbandingan kita duduk di mana. Nabi Nuh ada mukjizat, bila dia menunjukan mukjizatnya kepada Umatnya tidak ramai di antara mereka yang beriman. Nabi Musa pun sama. Bila kita baca cerita Nabi Musa kita mesti rasa, nape lah bodohnya si Firaun tu..dah Nabi Musa tunjukan macam2 mukjizat pada dia..nape dia tak beriman.

Nabi kita pun ada mukjizat. Nabi dah tunjukan mukjizatnya kepada musyrikin Makkah. Kita pun kata ” Apalah diorang ni mukjizat Nabi punya hebat...kenapa tak percaya ?”. mmm kita pernah tak tengok mukjizat Nabi ?. Kita tak tengok bulan terbelah kan ?. Kita pun tak tengok Nabi Diisra’kan, kita pun tak tengok pancaran cahaya keluar dari mulut nabi kan?. Kalau kita tengok kita semakin beriman ke tak agaknya ?. Tapi perasan tak ? kalau kita hidup zaman Nabi dan melihat secara live pun mukjizat tersebut, itu bukan jaminan keimanan dan bukan juga jaminan kekuatan Iman. Belum tentu kalau kita tengok mukjizat tu iman akan semakin kuat. Sebab apa saya kata begitu ?. Sebabnya mukjizat-mukjizat yang kita sebutkan tadi adalah sebahagian mukjizat2 yang ulamak kategorikan sebagai mukjizat kecil... memang betul kita tak menyaksikannya. Tapi kita tak dapat tengok yang kecik dan sebenarnya kita tak perasan kita hari2 tengok mukjizat Nabi yang paling besar ?. Hah tak tahu ?. Nape tak tahu ? Laa tu yang ngkau letak dalam almari dan yang berabuk2 tu.. Tu mukjizat nabi tu bang.. Kita tak terdetik pun nak tengok.. Kita kadang2 baca pun tidak. Isyh isyh isyh... teruknya kita ni kan ( sama je kita ni )..

Kalau Al-Quran..Mukjizat yang paling besar pun kita tak heran.. macamna pulak mukjizat2 yang lain. Lagi kita tak akan heran kan ?. Maka mustahil tak.. kalau-kalau ( andaian saja ) kita lahir zaman Nabi , kita ni pun tak akan pasti kita jadi pengikut Nabi ke tidak. Sebab apa... sebab hati kita tidak cenderung dan tak taajub pun dengan mukjizat Nabi.

Pelik kan kita selalu cerita pasa Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun, Haman dan ramai lagilah mereka yang tidak beriman dan tak takut pun dengan Allah dan tak heran dengan mukjizat Allah... tapi sebenarnya kita boleh tengok bayangan mereka zaman kita ni. Bahkan mungkin ramai lagi dan lagi teruk pun ada kot. Seteruk2 Firaun, firaun bertemu dengan Nabi Musa dan tengok Nabi Musa tapi yang ada zaman ni Nabi Musa pun tak kenal ada.... Tak caya ?. Yang sedanng membaca anda kenal tak Nabi Ilyas.. Cerita sikit pasal Nabi Ilyas.. Haaa...dah tak dapat.. Kira kantoi la tu. Hehehehe. Jom kita Refresh Iman kita... Copp Copp jap! Ada istilah baru saya jumpa, sama macam yang saya gunakan , dia kata Jom kita Recharge Iman Kita... Menarik gak tu. Apa2 pun selari ngan hadith Nabi جددوا إيمانكم Nabi kata : ” Perbaharui Iman Kamu”, Jadi nak refresh pun boleh dan recharge pun boleh, jangan reject sudah...

JOM REFRESH IMAN..

Masuk je bulan rejab maka dimana-mana tempat pun akan cerita tentang Israk dan Mikraj Nabi S.A.W. Menarik kan ?. Sentiasa saya ulang2 ini adalah kesempatan untuk kita berubah. Peristiwa yang berlaku kepada baginda S.A.W. adalah momentum baru untuk kita terus maju dan mara ke hadapan.

Bagi mengenang di antara peristiwa yang sangat hebat yang berlaku kepada baginda S.A.W. berbanding dengan peristiwa2 yang lain, Israk Mikraj mempunyai jutaan makna dan maksud tersirat yang tidak akan selesai kita ulang-ulang dan ungkapkan di dalam pelbagai majlis. Sebab itu bila kita semakin mengkaji peritiwa ini kita sentiasa mendapat perkara yang baru. Semakin kita menghayati dan menelitinya kita akan menemui perkara yang baru. Itulah namanya mukjizat.

Cerita pasal mukjizat ni teringat kepada ceramah Sidi Abdul Rasyid. Bagaimana beliau mengupas kehebatan mukjizat Nabi. Jom kita refresh iman kita. Tengok perbandingan kita duduk di mana. Nabi Nuh ada mukjizat, bila dia menunjukan mukjizatnya kepada Umatnya tidak ramai di antara mereka yang beriman. Nabi Musa pun sama. Bila kita baca cerita Nabi Musa kita mesti rasa, nape lah bodohnya si Firaun tu..dah Nabi Musa tunjukan macam2 mukjizat pada dia..nape dia tak beriman.

Nabi kita pun ada mukjizat. Nabi dah tunjukan mukjizatnya kepada musyrikin Makkah. Kita pun kata ” Apalah diorang ni mukjizat Nabi punya hebat...kenapa tak percaya ?”. mmm kita pernah tak tengok mukjizat Nabi ?. Kita tak tengok bulan terbelah kan ?. Kita pun tak tengok Nabi Diisra’kan, kita pun tak tengok pancaran cahaya keluar dari mulut nabi kan?. Kalau kita tengok kita semakin beriman ke tak agaknya ?. Tapi perasan tak ? kalau kita hidup zaman Nabi dan melihat secara live pun mukjizat tersebut, itu bukan jaminan keimanan dan bukan juga jaminan kekuatan Iman. Belum tentu kalau kita tengok mukjizat tu iman akan semakin kuat. Sebab apa saya kata begitu ?. Sebabnya mukjizat-mukjizat yang kita sebutkan tadi adalah sebahagian mukjizat2 yang ulamak kategorikan sebagai mukjizat kecil... memang betul kita tak menyaksikannya. Tapi kita tak dapat tengok yang kecik dan sebenarnya kita tak perasan kita hari2 tengok mukjizat Nabi yang paling besar ?. Hah tak tahu ?. Nape tak tahu ? Laa tu yang ngkau letak dalam almari dan yang berabuk2 tu.. Tu mukjizat nabi tu bang.. Kita tak terdetik pun nak tengok.. Kita kadang2 baca pun tidak. Isyh isyh isyh... teruknya kita ni kan ( sama je kita ni )..

Kalau Al-Quran..Mukjizat yang paling besar pun kita tak heran.. macamna pulak mukjizat2 yang lain. Lagi kita tak akan heran kan ?. Maka mustahil tak.. kalau-kalau ( andaian saja ) kita lahir zaman Nabi , kita ni pun tak akan pasti kita jadi pengikut Nabi ke tidak. Sebab apa... sebab hati kita tidak cenderung dan tak taajub pun dengan mukjizat Nabi.

Pelik kan kita selalu cerita pasa Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun, Haman dan ramai lagilah mereka yang tidak beriman dan tak takut pun dengan Allah dan tak heran dengan mukjizat Allah... tapi sebenarnya kita boleh tengok bayangan mereka zaman kita ni. Bahkan mungkin ramai lagi dan lagi teruk pun ada kot. Seteruk2 Firaun, firaun bertemu dengan Nabi Musa dan tengok Nabi Musa tapi yang ada zaman ni Nabi Musa pun tak kenal ada.... Tak caya ?. Yang sedanng membaca anda kenal tak Nabi Ilyas.. Cerita sikit pasal Nabi Ilyas.. Haaa...dah tak dapat.. Kira kantoi la tu. Hehehehe. Jom kita Refresh Iman kita... Copp Copp jap! Ada istilah baru saya jumpa, sama macam yang saya gunakan , dia kata Jom kita Recharge Iman Kita... Menarik gak tu. Apa2 pun selari ngan hadith Nabi جددوا إيمانكم Nabi kata : ” Perbaharui Iman Kamu”, Jadi nak refresh pun boleh dan recharge pun boleh, jangan reject sudah...

Thursday, July 9, 2009

Khutbah Jumaat 08 Julai 09

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ…
.
.
Ummat Islam sering dinodai . Sejarah gemilangnya dipalit arang. Prestasi cemerlangnya dipandang sinis sementara pejuang kedaulatannya pula dicurigai . Seringkali kita melihat umat Islam menjadi asing dan terhina di atas tanahair sendiri , menjadi hina di hadapan kaum bangsa sendiri dan menjadi lemah dalam jumlah mereka yang ramai . Mereka hilang identiti dan luntur kualiti . Saban hari kita menyaksikan pembantaian umat Islam di merata tempat. Bermula dengan kisah tragis di palestin yang tidak selesai berdekad-dekad lamanya, bumi afghanistan yang sentiasa bermandi darah, iraq yang kian lumpuh, selatan thailand yang sentiasa menuntut korban dan baru-baru ini pemberontakan di Xinjiang memaparkan detik2 duka umat Islam yang akan terus menjadi mangsa dan korban di tanah air mereka sendiri. Kekacauan di bandar Urumqi tercetus apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat untuk membantah kematian beberapa pekerja di kilang Uighur dalam rusuhan pada 25 Jun lalu. Seramai 156 terbunuh dalam pergaduhan tersebut. Etnik Uighur telah lama mendakwa mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Mari kita melihat apa yang berlaku di Xinjiang bukan sekadar masalah dalaman China tetapi sebagai masalah ummat Islam yang bersaudara.

Sidang jumaat sekalian

Bukankah kita ummat yang terbaik ?
.
.
Firman Allah swt yang bermaksud:
.
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
.
( Surah Aali Imran . Ayat 110 )
.
.
Persoalannya , kenapa dan mengapa ummat ini mengalami kemerosotan yang amat parah dan sangat kritikal ? Malah kenapa ummat ini terperangkap dalam kancah yang merosakkan prinsip aqidah mereka , melunturkan nilai akhlak dan moral mereka jua mengheret mereka dalam konflik perasaan dan polemik jiwa yang tidak berkesudahan .
Realiti ini telah memaparkan satu landskap kehidupan ummat yang sangat menghiris dan memilukan perasaan kita yang masih memiliki selembar iman dan secangkir agama ini . Manakan tidak kalau kita menyorot seketika berberapa isu utama negara ini, kita akan melihat senario berikut ……..
.
.
1. Institusi keluarga porak peranda .
.
Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sementara anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan , isteri durhaka tanpa rasa hormat kepada suami dan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab tanpa rasa bersalah . Bahkan tidak keterlaluan saya mengatakan tahun 2008 adalah tahun memaparkan keruntuhan institusi keluarga artis2 yang menjadi pujaan masyarkat. Bahkan statistik yang dikeluarkan Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.
.
.
2. Remaja tanpa jati diri .
.
Dunia mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa . Masa depan mereka terumbang ambing laksana langkah kaki mereka yang tidak berketentuan . malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik.Mereka menyumbang kepada peningkatan taraf index jenayah yang menggugat rasa aman dalam Negara. Statistik polis menunjukan pada 2007 - 1,837 kes jenayah dicatatkan dan 3,383 pelajar ditahan. Manakala pada tahun 2008 ia meningkat mendadak 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.
.
.
3. Aktiviti maksiat dan Pusat hiburan bercambah .
.
Ianya bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tanpa sebarang sekatan dan kawalan . Sebaliknya dengan rasa bangga , aktiviti dan pusat maksiat ini diperluas tanpa mengira sentiment ummat Islam . Dari konsert menyambut tahun baru, kemerdekaan negara, konsert amal, konsert sempena jom heboh dan pelbagai nama dan sempena ia diadakan .Rentak muziknya menenggelamkan ketinggian suara azan dari menara rumah Allah ( masjid ) dan aksi lincah mereka mengatasi keaktifan seorang pendakwah yang tekun menyebarkan agama .
.
.
4. Program agama dan gerakkerja dakwah difitnah .
.
Aktiviti amal Islami sering berhadapan dengan fitnah dan terpaksa berhadapan pula dengan pelbagai implikasi yang tidak sedikit , khasnya dari pihak tertentu yang sering memandang perkembangan ini dengan rasa cemburu yang negatif. Pandangan masyarakat dunia terhadap Islam juga sedikit sebanyak mempengaruhi umat Islam sendiri. Masyarakat barat melihat Islam sebagai agama pemberontak dan pelampau. Kita turut terpalit dengan memandang mereka yang berjubah dan berserban sebagai ekstrem dan fanatik agama. Melihat wanita yang berjubah, bertudung labuh dan berpurdah sebagai pelampau dan menganjurkan keganasan. Berbeza dengan yang berseluar pendek dan bermini skirt dianggap sebagai ketamadunan dan berperadaban. Fenomena ini hanya melahirkan masyarakat yang jahil dan menjadikan mereka lemas dalam arus deras mungkar dan maksiat yang sukar dikawal dan dibatasi .
.
.
Elemen inilah yang menghancurkan peradaban insaniyyah ( kemanusiaan ) dan anasir inilah pula yang menjadikan keadaan ummah mengalami dilemma dalam mencari identiti dan kualiti diri mereka .
.
.
Insafilah , bahawa kejatuhan ummat ini bukan kerana mereka berpegang teguh dengan ajaran agama Islam tetapi kerana hubungan mereka dengan Islam yang kian renggang , penghayatan mereka yang kian luntur , amalan mereka yang kian surut , akhlak mereka yang kian terhakis dan keimanan mereka kepada Allah serta hari akhirat kian malap .
.
.
Marilah , kita bergandingan dengan seluruh upaya dan daya yang kita miliki serta mengambil segala ruang dan peluang yang ada untuk mengembalikan semula kegemilangan dan .
kecemerlangan ummat ini .
.
.
Pastinya pula tiada formula dan tiada pilihan yang paling tepat melainkan kita kembali ke pangkuan agama dengan segala penghayatan dan perlaksanaannya. Komited dan istiqamah dengan setiap suruhan dan ajaran Ilahi . Hayatilah Firman Allah swt ini : ( yang bermaksud )
.
.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baik ciptaan ( dan lengkap sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur dan menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
( Surah at Tiin : Ayat 4 – 8 )
.
.
Islamlah yang mengajar kita supaya membina silaturrahim agar wujud perpaduan yang merentasi kepentingan bangsa dan kaum serta agama dan budaya .
.
.
Islamlah yang mendidik kita supaya mentaati ibubapa , menghormati orang yang lebih dewasa dan menyayangi mereka yang lebih muda , agar lahir masyarakat penyayang yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain .
.
.
Islamlah yang membimbing kita supaya menghindarkan diri dari segala maksiat , mungkar dan jenayah , semoga masyarakat bukan sahaja mendapat redho dan rahmat Ilahi tetapi juga bebas dari kerosakan dan kemusnahan serta hidup dalam keamanan dan kesejahteraan .
.
.
Islamlah yang membentuk nilai akhlak dan moral terpuji bagi meletakkan ummat Islam sebagai ummat yang bermartabat dan berdaulat jua bertamaddun dan berkeperibadian tinggi.
.
.
Islamlah yang menjana kekuatan spiritual dengan nilai pengabdian diri kepada Allah swt . Kekuatan rohani inilah pula yang mencetuskan rasa takut kepada Allah dan mampu menilai antara syurga dan neraka serta dosa dan pahala .
.
.
Demi masa depan ummah dan tanahair tercinta ini , malah demi masa depan kita bersama , marilah kita kembali dengan sehayun tangan dan selangkah kaki ke pangkuan agama suci ini , justeru hanya inilah jalan yang lurus , jalan yang membawa kita ke pintu syurga .
.
.
Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah al – An a’am : Ayat 153 )
.
.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
.
.
.
Ustaz khir : Khutbah arini adalah ubah suai ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin bin Hasan At-Tantawi. Menarik sangat kupasannya. Maka saya pun ubah suai sedikit. Boleh diedarkan. Terima kasih.

Wednesday, July 8, 2009

Kuliyah Perkembangan Perundangan Islam ( تاريخ التشريع الإسلامي)

السلام عليكم bertemu sekali lagi di dalam kuliyah perkembangan perundangan Islam تاريخ التشريع الإسلامي . Terima kasih kepada yanng sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk memahami permasalahan ini. Hari ini kita akan membincangkan keadaan Arab sebelum pengutusan Baginda S.A.W.
.
.
Masyarakat Arab hidup di dalam keadaan kemiskinan dari semua aspek. Miskin dari sudut akhlak, miskin dari aspek sosial, miskin dari aspek ekonomi dan segalanya. Walau bagaimanapun dalam pembacaan saya di dalam keadaan masyarakat Arab yang serba dhaif dari pelbagai sudut ini, ada di antara adat dan budaya mereka menyebabkan kita merasa kagum. Sebagai contohnya sifat menyayangi keluarga dan suku mereka. Walau pun pada asasnya baik, tetapi lama kelamaan sifat itu membina tembok asabiyah yang sangat menebal.
.
.
kalau dilihat dari sudut kemasyarakatan, masyarakat Arab Jahiliyah kebanyakan hidup di dalam keadaan buta huruf. Lebih kurang macam dalam filem P.Ramli tulah. Yang si Sudin baca sekolah jadi sarkis tu ( tengok dalam youtube, menarik diorang ulas. Hehehehe ). kira2 bolehlah kot kita nak gambarkan keadaan sosial masyarakatnya macam tu. Dari sudut Akhlak pun macamtu juga. Saya turut sarankan pembaca-pembaca membaca sebuah buku sirah yang saya kira sangat menarik. Tajuknya Ar-Rahiq Al-Makhtum, tulisan Syeikh Mubarakfuri. Memang menarik. Dulu saya mengajar kitab ni di Surau taman Dato' Syahbandar, di Seremban. Lama dah kelas tu berhenti semenjak pindah Teluk Intan ni. Buku tu dalam bahasa melayu, diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Harga pun murah. Dalam RM 50 je. Tengok huraian Syeikh Mubarakfuri sangat menarik tentang kehidupan masyarakat zaman jahiliyah. Sangat detail dan teliti huraiannya.
.
.
Masyarakat Arab ketika itu hidup dalam keadaan menyembah berhala. Menurut kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, orang yang pertama membawa berhala ke mekah adalah seorang lelaki yang namanya Amru bin Luhaiy. Dialah juga yang mengeluarkan berhala-berhala yang tenggelam ketika zaman nabi Nuh dengan bantuan Jin. Menarik sangat cerita ni. Nak cerita semua kat sini takut lari pulak dari tajuk perbincangan kita hehehehe. Yang menariknya mereka tidak mempercayai 100% bahawa berhala yang disembah itu sebagai Tuhan. tetapi mereka beranggapan bahawa berhala itu adalah sebagai suatu usaha mereka menghampirkan diri pada Tuhan atau beranggapan berhala adalah perantaraan Tuhan. Maka ALlah menjelaskan perangai mereka dengan menyebutkan :
ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى
"Tidaklah kami menyembahnya (berhala ) melainkan bertujuan untuk mendekatkan diri kami dengan Allah"
.
.
Manakala dari sudut perundangan dan peraturan, masyarakat Arab Jalihilyah tidak mempunyai sebarang peraturan rasmi yang bertulis dan dibukukan. Sebab apa ye?.. Sebabnya... dah kebanyakan mereka buta huruf sapa nak menulis. Kalau ada pun yang bertulis sapa pulak nak membacanya. Tapi bukanlah kesemuanya sekali buta huruf, ada juga yang bijak dan cerdik dikalangan mereka. Sebab itu ada syair2 dan sajak2 mereka digantung di kaabah. Sebagai suatu pengiktirafan mereka kepada penyair-penyair.
.
.
Dalam keadaan masyarakat menyembah berhala , ada juga kelompok kecil dari mereka yang mendakwa mengikut ajaran Masihi ( Nasrani/Kristian ), jumlah mereka adalah minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk tanah arab ketika itu. Di samping masyarakat masihi yang minoriti terdapat juga mereka yang mengamalkan syariat Nabi Ibrahim. Mereka digelar sebagai Al-Hunafa' atau Al-Hanifiyah. Ada orang mengatakan Al-Hunafa' ini agama. Saya tak bersetuju dengan pendapat yanng membezakan agama langit ( samawi ) dan agama buatan ( wadh'i). Sebab apa ?. Sebab semua agama adalah buatan melainkan Islam. Salah kalau kita katakan Nabi Isa itu Kristian, Nabi Ibrahim itu Hanifiyah, Nabi Musa itu Yahudi. Salahlah..sebab mereka semua adalah Islam. Jadi untuk keluar dari khilaf tersebut boleh sahaja kita katakan itu adalah pensyariatan. Sebab nyatanya syariat itu berbeza, tetapi agama itu sama.
.
.
Selain dari keadaan mereka yang pelbagai agama, mereka juga percaya dengan dukun, pawang, bomoh, dan segala peramal-peramal. Bahkan mereka yang meramal ini diletakkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Mereka menjadi rujukan utama di dalam masyarakat. Segala keputusan akan dirujuk kepada mereka. Tambah sikit lagi.. Orang melayu kita pun lebih kurang jugak.. Ramai lagi yang masih percaya dengan dukun, bomoh atau pawang. Ada yang masih percaya dengan benda2 karut marut, macam percaya dengan cincin ajaib, batu hikmah, keris puaka ( kes pelajar UM tu puaka lain ). kadang2 yang jual batu, keris atau apa pun hikmah namanya tadi.... selekeh je. Kenapa yang tukang jual tu, dia sendiri yang tak pakai batu tu. Pernah saya jumpa dekat pasar malam , satu pakcik ni jual batu hikmah. Dia kata kalau sapa beli batu ni akan jadi kaya. maka berpusu-pusu orang pergi tengok. Yang peliknya pakcik tu pun tak kaya. Dia balik pun naik bas jer. Bodohnya sebahagian orang kita ni. Sama macam masyarakat jahiliyah lagi.
.
.
.
Itu lebih kurang keadaan masyarakat Jahiliyah. Minggu depan bersambung lagi..

Tuesday, July 7, 2009

APA KATA ANDA ?

Festival Muzik Diteruskan Walaupun Kes H1N1 Dilapor Meningkat

KUCHING, 7 Julai (Bernama) -- Edisi ke-12 Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) pada Jumaat hingga Ahad ini akan tetap diteruskan walaupun timbul kebimbangan di kalangan masyarakat tempatan berikutan peningkatan kes jangkitan import dan tempatan Influenza A (H1N1) di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata Sarawak mengesahkan lapan kes baru jangkitan H1N1, termasuk lima jangkitan tempatan semalam, catatan tertinggi dalam masa sehari kes H1N1 yang pertama kali dikesan di negeri ini pada 22 Jun.

"Kami telah mengadakan persiapan (untuk menganjurkan festival muzik tahunan ini). Negeri ini memutuskan untuk terus mengadakannya, dan kami akan mengambil langkah-langkah pencegahan khusus," katanya kepada pemberita di sini.

Dr Chan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana negeri, berkata kes terbaru H1N1 menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Sarawak kepada 16, termasuk lapan kes di Kuching, lima (Miri), dua (Bintulu) dan satu kes di Sibu manakala 24 kes sedang menunggu keputusan ujian.

"Amat malang, kami menjangkakan sejumlah kes (yang diuji) positif," katanya.

Dr Chan berkata lima kes jangkitan tempatan yang dicatatkan semalam termasuklah seorang wanita dan tiga anaknya yang berusia antara tiga dan tujuh tahun) yang mendapat jangkitan daripada suami/bapa mereka yang baru kembali dari Brunei.

"Mereka dirawat di wad isolasi Hospital Miri dan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata tiada sekolah di Sarawak yang ditutup akibat jangkitan H1N1 kerana mereka yang positif dikuarantin di rumah.

Orang ramai bimbang, RWMF tahun ini yang akan mempersembahkan 13 kumpulan muzik antarabangsa dan empat kumpulan Malaysia di Kampung Budaya Sarawak, di Santubong dekat sini akan mengakibatkan penularan H1N1.

Penganjur festival itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menjangkakan kira-kira 20,000 peminat muzik menyaksikan festival tiga hari yang menjadi tarikan ramai itu.

Ditanya jika RWMF menjadi "bom jangka" berikutan ramai peminat muzik datang dari seluruh pelosok dunia, termasuk dari negara terjejas wabak H1N1, Dr Chan berkata Sarawak mengambil langkah pencegahan ketat bagi mengelakkan penularan selesema itu.

"Diharapkan, ia tidak mengorbankan sesiapa di sini," kata beliau, dan menambah kata bahawa Jabatan Kesihatan akan menggerakkan petugas kesihatan dari bahagian lain untuk festival itu.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan hotel di bandar raya ini hari ini bagi menerangkan mengenai langkah-langkah pencegahan dan saringan mengesan H1N1 semasa penganjuran RWMF.

"Kami ingin meminimumkan risiko," kata beliau. Sejumlah 20,000 topeng perlindungan muka akan diedarkan kepada pengunjung festival berkenaan.

Minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif STB Gracie Geikie berkata satu pasukan perubatan akan ditempatkan di Kampung Budaya Sarawak bagi tetamu STB, artis dan lebih 200 wartawan asing dari media cetak dan elektronik untuk melakukan saringan mengesan selesema setiap hari.



-- BERNAMA
Ustaz Khir : Apa kata anda ?. Menarik kan ?. Manusia memang sukar untuk menngambil iktibar. Selamat berkonsert...

Sunday, July 5, 2009

Cerita pasal PSIS sikit...

Apa khabar semua pembaca. Mudah2 an berada di dalam nauangan kasih sayang Allah. Hari ni terasa nak kongsi suasana di PSIS ( Politeknik Sultan Idris Shah ). Ia terletak di hujung negeri Selangor. memang tepi laut sungguh, Nak sampai ke sana, Ya Allah...jauhnya. Dari jalan besar nak ke luar lebih kurang 22 KM. Memang jauh. Itulah yanng saya tempuh hari-hari. Tambah lagi 35Km ke Teluk Intan. jadinya 57KM. Pergi balik 114KM. Seminggu 570KM. Sebulan lebih kurang 12540KM. Hehehe itu serba sedikitlah.
.
.
.
Bukan nak cerita yang itu tu. Tu muqaddimahnya sahaja. Nak ceritanya tentang pendaftaran pelajar2 baru Politeknik. Teringat zaman2 belajar dulu. Tapi jauh sangat bezanya. Seawal pendaftaran macam2 cerita yang dah dengar (Dengar saje, sebab saya datang lewat petang ). Yang datang dengan rambut warna-wani, yang pakai selebet, yang pakai seluar jin, yang rambut panjang dan macam2 yang..dan yang lagi.. Sedih, kesian, geram, kecewa dan macam2 lagilah. yang membaca blog saya, yang ada kuasa tolonglah buat sesuatu untuk pemuda-pemudi Islam kita ni. Politeknik ini boleh katakan 90% adalah budak melayu beragama Islam.
.
.
.
Buat pengetahuan semua, lepasan politeknik ni kebanyakannya akan mengisi sektor kerajaan dan swaata. Bahkan kajian dibuat hampir 90% mereka ini mendapat pekerjaan. maksudnya untuk negara kita sebahagian besarnya ( bukan setengahlah kot ), tenaga kerja disumbangkan oleh lebih 27 buah politeknik dan kolej kamuniti seluruh malaysia, termasuk sabah dan sarawak. Memang kita tidak menaruh harapan tinggi untuk mereka memimpin negara. tetapi kena ingat, kalau mereka bukan pemimpin pun, maka mereka adalah sebahagian besar pengikut yang ada. Kalau ada pemimpin sehebat mana pun, tapi ada pengikut yang rosak..apa yang ingin dibangunkan ?.
.
.
.
Seawal petang semalam saya mengambil alih tugas membasuh rohani mereka. tapi sejauh mana keberkesanannya Wallahu A'lam.. Sebab mereka ni wajib datang Pusat Islam Minggu ni aje. Dan tambah pelik dan mebingungkan dan membengongkan saya, pembantu2 MSK ( ni student2 lama ni ), pagi2 lagi bukan main semangat kejutkan pelajar2 baru ni untuk solat subuh. Pastu cantek dok ada, boleh dia balik bilik...dia tidur pulak. Apa ingat solat subuh ni untuk pelajar baru aje ker ?. Ingat solat subuh ni untuk yang baru daftar je ker. Nilah manusia yang paling pelik dalam dunia yanng pernah saya jumpa. Mudah2an Allah bagi hidayah untuk mereka. Apa contoh yang ada. Waktu saya punya semangat ( agaknyalah ) berceramah di Pusat Islam, dia pun duduk berdua2 bawah pokok tepi tasik. . Iskh... Iskh... Iskh.. pelik...pelik.. Apa dah.. Ni macam ketam nak ajar anaknya berenang lah kot. Tapi dia yang lemas dulu.
.
.
.
Ustaz Khir : Maaf hari ni nak cerita pasal tempat kerja sikit. Kongsi pengalaman..

Thursday, July 2, 2009

Khutbah Jumaat , 03 Julai 2009

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ…
.
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {1} الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ
الْغَفُورُ {2}

Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)

Saudara-saudara sekalian….

Allah menciptakan manusia dengan menetapkan segala keperluan dan kehendak manusia. Allah melengkapkan manusia dengan segala sifat kesempurnaan sebagai seorang manusia. Apabila Allah mencipta kesenangan dan kemewahan, Allah juga mencipta kesushan bagi manusia, Allah jua yang menciptakan kesihatan dan dia jua Tuhan yang menciptakan sakit untuk manusia, tatkala Allah menciptakan kesenangan Allah turut menciptakan kesusahan. Semuanya adalah bagi manusia merenung dan menyedari hakikat kekuasan Allah. Allah menciptakan kesihatan supaya manusia beribadah kepadanya. Bersyukur dengan segala nikmat kesihatan tersebut. Segala kesenangan, kemewahan, kebahagian dan keharmonian terhimpun di dalam nilai kesihatan. Tidak ada nilai duit yang banyak tetapi kita merana di hospital, bahkan mungkin sahaja duit yang berjuta nilainya itu akhirnya akan kering kerana membiayai kos perubatan.
.
Kebahagian yang sedang dikecapi turut akan hilang tatkala sakit datang menyapa. Segala hidangan-hidangan yang lazat, lauk pauk pelbagai rasa, air minuman pelbagai perisa dan warna tiada gunanya ketika kesakitan mengancam nyawa. Maka.. itulah nilai kesihatan bagi kita. Tetapi dengan kesihatan yang berpanjangan adakalanya manusia terlupa kepada yang memberikan nikmat tersebut. Maka Allah datangkan dengan sakit bagi mengingatkan manusia bahawa kesihatan itu…Dialah yang memberinya dan Allah yang menggantikannya dengan kesakitan. Allah S.W.T menjelaskan kisah Nabi Ibrahim A.S. dalam firmannya :

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ {78} وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ {79} وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ {80} وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ {81} وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ {82}
.
"Tuhan Yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah Yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

"Dan Tuhan Yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dia lah) Yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan daku;

"Dan (Dia lah) Yang Aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Allah menciptakan sakit adalah sebagai pengajaran bagi manusia. Ia merupakan puncak kehilangan upaya manusia melawan ketentuan Tuhan dan kemuncak pengharapan manusia kepada Tuhannya sebelum datangnya kehidupan yang lain. Tiada suatu kuasa pun yang mampu menghalang penyakit dari menghinggapi kita. Adakalanya penyakit itu datang dari udara, sentuhan, perhubungan, tidak kurang pula penyakit yang datang melalui perantaraan makhluk Allah yang lain seperti nyamuk, babi, tikus, burung, lembu dan lipas. Dan hakikat sebenarnya penyakit itu datangnya dari pencipta manusia dan yang juga menciptakan penyakit.

Saudara-saudara sekalain…

Apabila kita sakit, kita akan menggunakan pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit yang sedang kita hadapi. Kita akan gunakan seluruh daya dan upaya untuk sembuh. Ada yang sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk merebut kesihatan. Ada juga yang melakukan pelbagai cara untuk menghindarkan diri dari panyakit. Maka kita seharusnya bertanya memikirkan kenapa kita memerlukan sihat ?. Sihat itu untuk apa ?. Apa pentingnya sihat itu untuk kita ?. Seandaianya jawapan yang kita perolehi dengan kesihatan yang ada, akan saya gunakan untuk terus beribadah kepada Allah dan berjuang untuk agam Allah. Tahniah… bahkan jutaan tahniah saya ucapkan. Anda berhak untuk mengecapi kesihatan yang snda dambakan. Bagaimana pula kalau sekadar sihat untuk terus kita melakukan maksiat dan dosa untuk Allah. Dengan sihat semakin sombong dan angkuh kita kepada Allah. Dengan kesihatan semakin jauh kita dari masjid, surau, tempat-tempat pengajian. Kita tetap juga enggan tunduk dan patuh kepada Allah. Saudara...Apalah nilai sihat itu. Kita berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk sihat. Apakah makna sihat itu. Bersusah payah kita berusaha dan adakalanya kita mengorbankan suluruh yang ada untuk sihat, tetapi apabila kita dapat sihat, sihat hanya menjauhkan diri kita dari Allah.

Ya Akhi...

Allah menjadikan kita terdiri dari fizikal, spritul dan mental. Jadi bila kita membincangkan tentang sakit dan sihat, perlu juga kita sebutkan secara keseluruhannya sekali. Jangan hanya tertipu dengan kesihatan jasad semata-mata dan dalam masa yang sama kita melalaikan kesihatan mental dan jiwa. Kesihatan fizikal hanyalah sebahagian dari ujian untuk manusia. Kerana dengan kesihatan manusia biasanya akan lupa, lalai dan leka. Sebab itu baginda S.A.W menyebutkan :

اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara.. Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, waktu lapang sebelum datang sibuk, waktu muda sebelum tua dan waktu senang sebelum susah.

Sakit dan sihat datang dari Allah. Samada kita minta atau tidak ia akan datang. Sakit pasti akan datang untuk mengingatkan kita tentang sihat. Tetapi dengan hanya mementingkan sihat fizikal kita masih belum benar-benar sihat. Sebagai analogi mudahnya, ramai yang menyebutkan sakit adalah saudara kepada kematian. Tetapi berapa ramai daripada kita mengambil iktibar dari kesakitan yang datang. Biasa kita melihat di hospital-hospital. Semakin bertambah sakitnya semakin dia tidak sembahyang . Orang yang sakit tidak terdetik hatinya untuk memperingati Allah. Orang yang sakit lupa kepada Allah, Yang datang menziarah tidak juga takut kepada Allah. Orang yang sakit tidak menjaga solatnya, orang yang menziarah pun sama tidak menunaikan solat. Lantas mengangkat tangan kepada Allah memohon kesihatan ?. Kesihatan apa yang kita mohon ?. untuk apa sihat itu kita pohon. Memohon kesihatan dalam keadaan dosa yang banyak dan duduk di dalam keadaan sentiasa melakukan maksiat..dan Adakah kita memohon untuk sihat agar boleh kekal di dalam dosa dan maksiat itu ?. Sebab itu bila mana kita semata-mata memelihara kesihatan jasad sihat tetapi jiwanya sakit tidak ada gunanya. Keadaan ini berlaku apabila kita memisahkan ilmu dengan Allah.

Saudara saudara..
Bila mana ilmu terpisah dari Allah, bila mana kesihatan fizikal tidak selari dengan kesihatan mental, bila mana kesihatan fizikal tidak selari dengan kesihatan rohani, kita hanya melahirkan manusia yang tempang kehidupannya.

Mari kita merenung seketika firman Allah S.W.T :


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {1} خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ {2} اقْرَأْ وَرَبُّكَالْأَكْرَمُ {3} الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {4} عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ {5}
.
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Masya Allah sangat luar biasa hebat ayat Al-Quran ini. Hebat susunannya. Hebat methodnya. Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menciptakan . Baca dengan nama Tuhanmu. Membaca dengan nama Allah, bermakna mengkaji dengan hubungan dengan Allah. Apa bidang yang kita kaji hubungkan kepada Allah. hubungan dengan Allah tidak boleh putus.

Sebagai contoh dalam bidang perubatan kena ada hubungan penyakit dengan Allah. Kalau putus hubungan dengan Allah kita akan melihat pesakit, melihat kematian tetapi tidak mampu merubah dirinya . Apa pandangan tuan-tuan seorang doktor yang sentiasa melihat kematian, tidak juga berubah, tidak juga bsembahyang. Setiap hari melihat kesengsaraan kematian, tidak juga insaf. Dia melihat kematian, menguruskan kematian tidak juga dia berubah, setiap hari melihat ngerinya kematian tidak juga terdetik hatinya. Sebab apa ?. Sebab ilmu terpisah dari Allah.

Sudara-saudara apalah guna fizikal kelihatan hidup tetapi hatinya mati . Sihat fizikal tetapi sihat digunakan untuk derhaka kepada Allah. Sihat fizikal tetapi mentalnya sakit, sihat fizikal tetapi imannya sakit, sihat fizikal tetapi rohaninya sakit.. Maka adakah kita sanggup merelakan kesihatan ini menghumbankan kita ke neraka Allah.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah Kedua :

Saudara-saudara sekalian….

Selain melihat penyakit yang datang sebagai suatu proses kasih sayang Allah, mungkin sahaja sakit, wabak, pandemik atau apapun namanya merupakan bala dari Allah. Islam tidak menolak pandangan perubatan tentang penyakit . Sebagai contohnya penyakit denggi disebabkan oleh kekotoran . Islam sendiri menyebutkan dalam banyak hadith tentang menjaga kebersihan. Dari suatu sudut Islam memandang wabak sebagai suatu ancaman Allah terhadap dosa yang kita lakukan untuk mengubat jiwa dan iman yang turut sakit. Sabda baginda S.A.W :

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله
Apabila zina dan riba berleluasa di dalam suatu tempat maka berhaklah mereka mendapat azab daripada Allah.

Apabila maksiat terlalu berleluasa bala Allah pasti akan turun. Seandainya bala Allah turun ia tidak mengira mangsa. Sama ada yang beriman atau pun tidak. Kecil atau besar. Jawatan tinggi atau rendah. Seorang menteri atau seorang tukang cuci semua berpotensi untuk menjadi mangsa. Suatu masa dahulu negara kita pernah dilanda dengan Coxsackie, yang hanya menyerang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Ratusan menjadi korban seluruh dunia. Lebih dahsyat dari itu seandainya kita melihat sejarah pandemik H1N1 dan sekelas dengannya, ia telah mengorbankan ratusan juta manusia seluruh dunia sejak dikenal pasti seawal 1918, penyakit AIDS turut menyaksikan korban puluhan juta manusia seluruh dunia, bahkan pernah suatu kajian dibuat pada tahun 2005 menunjukan Tiga orang mati kerana AIDS dalam sehari, manakala 19 kes baru HIV dikesan setiap hari di seluruh negara. Bukankah semua ini peringatan Allah buat kita yang sentiasa lalai. Masih ada ruang dan masa untuk kita kembali kepadanya. Suka saya mengingatkan perkara yang sering saya ulang-ulang di dalam khutbah-khutbah saya sebelum ini apabila riba berleluasa, rasuah menjadi amalan dimana-mana, anak-anak menderhaka dan mencampakkan i/bapa yang telah tua kerumah-rumah kebajikan, banyak kemungkaran dan maksiat yang tidak dihalang dan dicegah bahkan digalakkan dan disuburkan lagi. Pergaulan bebas di kalangan remaja sama ada di bawah-bawah pokok, di kafeteria-kafeteria, di kelas-kelas atau di mana sahaja, pertandingan nyanyian yang diadakan baik apa pun namanya samada juara nyanyian, karaoke baik sempena apa pun majlis tadi diadakan , Hiburan menjadi asas kehidupan, artis-artis dipuja, ulamak dihina, al-quran dilupa, sunnah dicela, syariat tidak dipelihara, agama tidak dijaga. Islam disisihkan, masjid-masjid dibiar sepi dan sunyi, Islam hanya menjadi agenda sampingan.. Masjid dibiarkan tanpa pembelaan, pusat-pusat sukan ditaburkan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan. Kesemuanya ini mengundang kemurkaan Allah.

sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama bersedia menerima ujian Allah dalam bentuk pandemik H1N1 ini, bukan sekadar mematuhi arahan kesihatan dengan membasuh tangan, menutup mulut ketika batuk dan bersin, tidak berada di tempat-tempat orang ramai dan sebagainya, kita juga perlu mempersiapkan diri dengan taubat dan kembali kepada Allah. Jadikalah kesihatan dan kesempatan yang ada ini untuk belajar sesuatu tentang Allah, belajar mengerti kasih sayang Allah dan menghargai kasih sayang Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Perkembangan Perundangan Islam

السلام عليكم
Semoga kalian semua berada di dalam keadaan yang sangat luar biasa di bawah naungan tuhan yang meletakkan langit tanpa tiang. Terima kasih di atas sokongan anda menjayakan kuliyah mingguan kita. Terima kasih juga saya ucapkan bagi mereka yang sudi mengedarkan bahan2 yang terkandung di dalam blog ini kepada staf2 di pejabat, jiran dan sahabat2 yang lain. Tak apa. Ambil je. Tak perlu minta izin. Ia bukan milik saya pun. Ilham dan ilmu ( kot ada ilmunye lah ) adalah milik Allah.
Terima kasih juga kepada yang meng'email dan sms saya bertanya pelbagai perkara. Yang saya terjawab saya jawablah ( tapi setakat ni saya dah jawab semua kan . hehehehe ). Kalau ada soalan2 yang tak saya jawab lagi, ingatkan saya. Insya Allah saya cuba cari jawapannya.

Pada minggu ni, dalam kuliyah mingguan kita, saya nak berkongsi dengan anda tentang peringkat-peringkat perkembangan perundangan Islam. Opss sebelum tu, sesiapa yang berminat untuk turut serta di dalam kuliyah secara langsung, sudi-sudialah datang ke tempat saya mengajar ( membebel sebenarnya ). Untuk yang duduk di lembah klang dan selangor, kuliyah Perkembangan fiqh saya bertempat di Masjid Al-Mustaqimah, taman Cheras Indah dekat2 Shamelin Perkasa. Pada hari sabtu minggu ketiga dan keempat , selepas maghrib. Untuk mereka yang duduk di Negeri Sembilan, khususnya sekitar seremban, kelas Fiqh dan perkembangan Fiqh bertempat di Surau taman Senangin, dekat2 dengan Seremban Jaya dan dekat2 exit tol Senawang. Pada hari Ahad minggu keempat, selepas maghrib.

Sedara-sedara, Para ulamak telah mengambil langkah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan fiqh itu kepada 2 pandangan atau bahagian :
  • Ada dikalangan mereka membahagikan perkembangan itu mengambil iktibar dan seakan-akan perkembangan manusia, dari sudut pertumbuhan, perkembangan, dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan selanjutnya. Mereka menandaikan Fiqh itu ibarat manusia. Melalui tempoh kanak2 pada awal usia, kemudian membesar dan menjadi matang.
  • Ada juga yang melihat dan menyusun perkembangan perundangan Islam itu berdasarkan perbezaan-perbezaan, keistimewaan-keistimewaan, yang kelihatan di dalam ilmu fiqh itu sendiri. Mereka yang mendokong pandangan kedua ini, walaubagaimanpun bercanggahan pendapat tentang peringkat perkembangannya. Ada yang mengatakan ia mempunyai 4 peringkat, sebahagian yang lain pula mengatakan 5,6 dan ada juga mengatakan 7 peringkat.

Walau bagaimanapun waktu saya belajar dulu, guru kami lebih cenderung memilih untuk membahaskan pandangan kedua dan memilih mereka yang mengatakan perkembangannya terbahagi kepada 4 peringkat.

  • Peringkat pengasasan dan perkembangan. Peringkat ini merujuk kepada zaman baginda S.A.W. boleh kita katakan peringkat ini adalah peringkat At-Tanzil(التنزيل) dan Ittiba' Al-wahyu ( اتباع الوحي) ( Penurunan Al-Quran dan Patuh terhadap apa yang diturunkan ).

  • Peringkat pembinaan dan penyempurnaan. Perinkat ini meliputi zaman sahabat, tabi'in sehinggalah pertengahan kurun ke -empat.

  • Peringkat beku (jumud الجمود ) dan ikut-ikutan ( Taqlid التقليد ) . Peringkat ini bermula daripada pertengahan kurun ke-empat Hijrah sehingga kurun ke 12 Hijrah.

  • Peringkat kesedaran dan kebangkita. ( النهضة و اليقظة) . Peringkat ini bermula daripada kurun ke 12 Hijrah sehinggalah hari ini.
Kita juga akan dapat melihat kesan perkembangan ini pada kitab-kitab fiqh yang ada. Pada zaman permulaan tu, memang tak ada suatu buku fiqh pun dibuat dan dibukukan. Hal ini kerana pada zaman ini segala permasalah mereka akan merujuk terus kepada baginda S.A.W dan akan turun wahyu dari Allah di atas setiap persoalan dan apa yang mereka musykilkan.
Fahamkan betul2 tu. Sebab apa. Masa time kuliyah ada orang tanya, kenapa hari ni kita sibuk2 nak bermazhab, sedangkan saidina Abu Bakar tak ada mazhab, saidina Ali tak ada mazhab..macamna tu ustaz. Betul.. para sahabat tak bermazhab. habis kenapa kita kena bermazhab. Saya jawab mudah je : "Dah kita bukan hidup zaman Nabi. Kita pun bukan Sahabat. Zaman kita Al-Quran tak turun. Haa tu jawapan paling mudahlah". Sebab itu para sahabat tidak membentuk apa2 mazhab. Sebab zaman itu adalah zaman dimana semua hukum Nabi yang jawab. tetapi pada zaman pertengahan para sahabat, kita mula lihat wujudnya para sahabat yang berijtihad ( mengeluarkan hukum yang tiada ). Maka adakalanya ijtihad mereka itu disokong sahabat yang lain dan ada kalanya tidak. Bagi saya itu adalah asas permulaan kepada pembentukan mazhab2 yang lebih tersusun dengan kaedah2 dan usul mereka.

Bersambung minggu hadapan..
.
.
.
.
Di atas itu adalah gambar Al-Marhum Syeikh Abdul Rasyid bin Syeikh Mohd Said Al-Linqqi. Adik Almarhum Syeikh Ahmad bin Mohd Said Al-Linqqi dan juga merupakan bapa saudara Dato' Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad, bekas Muti N. Sembilan. Ketika mendengar ceramah Syeikh Abdul Rasyid, Masya Allah, lautan Ilmunya. Sukar nak jumpa ulmak2 melayu yang sehebat beliau dan adik beradiknya pada zaman ini. sapa2 yang nakkan video tu insya Allah. Saya cuba uploadkan di blog ni.